Jumaat baru ni sempat kami merajinkan diri ke Midvalley untuk menonton filem ketiga dari pengarah muda, Syamsul Yusof. Selepas kejayaan filem Evolusi KL Drift dan Bohsia, keluar lagi satu filem aksi dari Syamsul. Kali ini kesinambungan untuk KL Drift 1 iaitu Evolusi: KL Drift 2. Tayangan bermula 25th March 2010.
Trailer Evolusi: KL Drift 2
Antara pelakon utama dalam cerita ni dah kompem lah ada si Syamsul (nak hero aje), Farid Kamil, Aaron Aziz, Scha Alyahya dan Shaheizy Sam. Dan sinopsis cerita ni, malas kami nak cerita sebab korang nengok lah sendiri sebab memang tak rugi. Tapi kami lebih suka menyenaraikan mengapa sebab korang harus menonton dan mengapa sebab korang tidak harus menonton. Tapi memang tak tipu, panggung penuh beb! Pecah panggung! Sampai seat yang dah jahanam pun, orang sanggup beli lagi.
8 Sebab Korang Harus Menonton KL Drfit 2
1. Filem aksi yang tersangat-sangat hebat dari kretiviti anak Malaysia.
2. Barisan pelakon yang tiada tolok ganding kehebatan dan kebekersanan.
3. Jalan cerita yang amat-amat tersusun dan baik sekali.
4. Sukar mencari kelemahan. Walaupun ada tetapi terlalu halus untuk dipertikai.
5. Filem dengan bajet besar. Deserve untuk mendapat hasil box office.
6. Sound System yang baik dan tidak menyakitkan telinga. Maklumlah banyak aksi drift.
7. Aksi dari 3 drifter tempatan boleh dikatakan sangat hebat.
8. Editing yang sangat-sangat bagus. Gerakkan kamera juga lebih baik berbanding KL Drift 1 yang memeningkan.
8 Sebab Korang Tidak Harus Menonton KL Drfit 2
1. Scene percintaan antara Scha dan Syamsul dilihat terlalu poyo dan meloyakan.
2. Cerita aksi akan dicemari gelak tawa dan “BOOO” dari penonton semasa Scene meloyakan antara Syamsul dan Scha.
3. Masa scene drift area Bukit Bintang, nampak ramai gila penonton tepi jalan. Makcik pakai tudung on the way beli ikan pun ada. Ini lah masalah orang Malaysia, kalau ada shooting memang sibuk nak nengok. Last-last bila masuk panggung, dah hilang dia punya real. Berbeza sungguh dengan Hollywood.
4. We all tak faham apasal geng gangster dadah tu, taknak bunuh Syamsul tu awal-awal. Tapi kalau dia bunuh awal-awal, dah tak jadi filem pulak kan? Hero mati awal. Hahahaha!!
5. Tidak menggambarkan sifat sebenar Polis. Dalam cerita ni polis sangat lembap dalam menjalankan siasatan.
6. Scene semasa Syamsul di sabotaj dengan dadah, memang lawak bila si Syamsul lari walau tak salah sedangkan dia boleh beritahu segalanya mengenai sabotaj. Lari-lari terus pergi jumpa Scha pulak tu. Sigh~
7. Cerita serius tapi bila ada lakonan Shaheizy Sam, cerita akan jadi lawak. Maklumlah sejak mamat ni berlakon Adnan Sempit, nengok muka dia je satu panggung nak gelak.
8. Scha Alyahya berlakon super kayu tetapi tetap hebat dalam certain-certain scene.
Kami dapat cerita dari krew yang terlibat dalam filem ni, katanya si Syamsul ni kena marah dengan bapaknya, Datuk Yusof Haslam. Kenapa pulak kena marah? Katanya si Samsul dah terjahanamkan kamera yang berharga 90 Ribu Hengget. Kamera yang diletakkan di hadapan kereta akhirnya terjatuh dah rosak serta merta. Mana tak mengamuk si bapak ye tak? Tapi apalah sangat 90k tu kalau nak dikira dengan keuntungan yang bakal dikaut dipenghujung tayangan nanti. Lagi pun bukan sengaja kan? Tapi tak tahu betul ke tidak cerita ni. Tapi kami yakin cerita ni betul.
Konklusi kami, pergilah menonton tanpa segan silu. Sokong industri filem tempatan yang hebat seperti ini. Harga tiket RM12 dirasakan amat-amat berbaloi dengan kepuasan yang diterima. Jangan jadi poyo dengan mengatakan korang memang tak suka layan filem Melayu. Sedarlah sikit awak tu kecik-kecik pun makan belacan. Melayu buat cara Melayu. Kalau bukan Melayu sokong Melayu, takkan nak Yahudi sokong Melayu.
Memang tak dinafikan, banyak cerita-cerita Melayu sampah yang terhasil. Tapi jangan pekakkan telinga bila orang kata cerita ini dan itu bagus, korang tetap anggap sampah. Tapi nak cakap sikit, walau kami ni menyokong hasil seni anak tempatan, cuma ada satu pengarah yang dah memang kami “ban” setiap hasil kerjanya untuk kami tonton. Kalau sebut nama karang takut pengarah tu menangis. Tapi kami rasak orang tahu kot pengarah hitam manis dan kurus-kurus tinggi tu. Kalau cerita dia, DVD cetak rompak pun tak berbaloi untuk dibeli.
Sekian review dari Oh! Artis. Saya Khai melaporkan untuk TV3. Hehehe. Gadis Lonely tak ikut pergi wayang. Dia ceret beret dah seminggu tak hilang-hilang. Perut biawak la katakan.
OHARTIS: FARID KAMIL, HANG BERLAKON APA-APA FILEM AKSI, SEMUANYA JADIKAN FILEM TU BEST. TAPI KESIAN HANG BILA BUAT FILEM AKSI SENDIRI, GAGAL TAK HENGAT.























wow..nice..
later leh try ^_^
hahahahahaha, makcik beli ikan pun nak gak tgk kete drift
cam nak kena g negok nih..huhuh :aie: :aie: :aie:
macam menarik je…
tengok trailer pun dah best..arap2 tengok nt lg bes..kamera je dah 90k..huhu :bloody:
time ni la baru cite2 best nk kuar
ups:
time aku kat msia taknak kuar plak.. :bloody:
kena tunggu 2bulan ar dpt dload
tp mmg betol pon, masa drang luah perasaan cintan rmai gelak dalam panggung tuh.. siott jerk.. masa last tuh, pas bunuh scha apsal polis x kepung jerk kete tuh. leh plak biar lari dan drift..
haha, ko ktuk shamsul lari, die mmg xda bakat nk lari kot.ekekeke
psstt…shamsul muke die mcm lebeh kurang muke ko la khai.ekekeke
gua da tgk smlm, memang ape yg di beritahu tu btul. shot2 yang di ambik mse kejar-mengejar tu memang giler kentang! mase scene kat tempat kontena tu, da mcm filem luar pun ade, lokasi pun dah pelbagai, xde la do drift kat jln raye je mcm dulu…(tu pun jalan same, gne byk kali). Daripada gua, gua puas ati giler except for babak cintan Syamsul ngn Scha, paling x thn mase pas scha kene mrh dalam keta tu, lpas scha ngaku dier ske kat syamsul, tbe2 lak syamsul cair….huhu
adeh, sini takde panggung, mggu depan baru bley layan T_T
kalau dieorang buat drift pakai kete buatan malaysia yang dibanggga2kan tue lagi best… nie nak bangga rosakkan kete mahal.. ape kes? haha… :aie:
ptt part kereta pun dia kena tambah sket, jangan la scene drift je memanjang.. dalam tu aku nampak dia ade pegang tong NOS.. ape salahnya guna nos tu masa aksi kejar mengejar? syok sket filem tu.. hehe
masa camera yang aku rasa dia mount kat kereta tu, bergegar gila.. adehs, phail. masa ngah drift, ada camera yg nampak kete tu sebenarnya slow. tak laju pung..
tapi overall, cite ni mmg terbaik la utk movie Malaysia. scene kat port tu dah mcm kat luar negara punya file dah.. hahaha. harap yg num 3 nanti buat lagi gempak. baguih2.
mari la ramai2 penuhkan panggung tengok filem kl drift 2 ni ye..
rsenye tao spe pngrh yg kne ‘ban’ tu.
:
:
hahahahaha.
point no 4 tu,asenyer sbb dye nk trap syamsul tu..
kan dah berkali2 dye ckp nk trap si syamsul tu..
tak nak bunuh tos,nak biar menderita..camscene last la,yg scha mati tu..klu tak,awal2 lg dh tembah syamsul..tp dorg dera dlu farid ngan scha..
btw,berkena tgk no plat ALY 4,RX 7..dua2 no plate tak kuar lg..huhu
2-3 hari ni full house..tggu mggu depan la nk tgk
Syamsul (nak hero aje) <—- hahah ayt ni xleh tahan..hahah
da filem die kn..bese lah..cam Rosyam gak..filem die..die lah heronyer..best ke ct ni ek..hurm..
yang pasal si aaron tanak bunuh zack awal2 coz die nak sabotaj tu la..kasi zack masuk penjara sama mcm dia buat kat anak buah si aaron tuh.
memang! cite ni best! tang scha kena hentam dek adnan sempit terasa nak keluarkan tisu je. haha!
Scha belakon superb la jugak!
aku dah tengok cerita ni. serious best. one of the good malay films, worth ur money to watch. bukannya main2 la sebab jalan cerita pun best, sebab korang xkan boleh agak apa akan jadi pada scene berikutnya, pendek kata unpredictable la. and aku suka part aaron aziz and shaheizy sam gaduh dengan corrie lee,nampak real gila dowh mcm mafia hongkong tengah berlawan, siap dengan cakap cina yang mmg kedengaran mcm org cina cakap. THUMBS UP SYAMSUL YUSOF! nice film! way better dari hasil kerja FArid Kamil! kudos to u! jom tgk movie ni ramai2!
adik aku kata best. NAK TGK!!
ooo..da tengok citer nih..mmg bez..setaraf ngan filem international..mmg3 bez..hehe..tp part yg shamsul cintan ngn scha 2 kureng sket..poyo sgt..sumer penonton dok gelak n boo..haha..tp puas hatila tgk..ramai tepok tgn time citer nih abis..cina n india pn de tgk skali..syabas beti..tak jd sampah cam sesetengah citer 2…
blom berkesempatan lg..kalau susah sgt,tggu raya nnt la masuk tv3..keke
Sorry…xminat Scha..
Jd x tgk pun cerita nie..
p/s: X blh tahan time part MV utk filem ni.. Shamsul try nyanyi la pulak..(at least ada la pakej skit).. nak try2 jd penyanyi dah ke??
Mcm nak ikut Diana la pulak… :love:
aku dah tengok, best giler siot!!
Salam, aku bersama 2 lagi rakan dah tgk cite ni.. bagi aku, memang best dan gempak laa.. kalo aku rate cite ni, aku bagi 4.9 bintang daripada 5 bintang..
alahh..
mcm tiru cite fast n furious jea!
korg pasan, polis dua2 cite ne drifter..nk selesaikn kes.
so..spe tiru spe weh??
adoi~ :aie:
korg rse fast n furious besh ke kl drift?? haha
pstt: persamaan cite fast n furious yg first skli kudd..haha
memang best! stakat ni terbaik laa dari shamsul tuu.. btw part cintan shamsul ngn scha tuu memang satu panggung gelak.. sebab suara scha kasar sgt.. jadi x romantik.. heheh..
finally ada gak yg wat review…mgu depan gua terjah panggung…hahaha
hahhaaa..mmg xbleh blah ar tme scene jiwng tuh..wat spoil ja..geli tlinga dgr..mmg kna boo jer time tuh..hahahaaa
: standard sgt ar aytnye..poyo..hu3 so,nxt tme tlg ler jgn wat bnda yg sma cm tuh..
90k omg?
bersamaan dengan 7500 tiket wayang
warhh
ape maw heran
adnan sempit pun hampir 700k orang tengok
inikan plak cite yang lagi gempak nie
memang aku salute la cite nie
walopun belum tgk lagi
cite ni mmg besh , heee . aku tgk mula2 dia launch khamis tu . part plg besh tyme farid kamil nyer kaki kene hammer ngn aaron . yg si scha kene hantuk kt dinding . adusssss. tyme lawak yg part bercinta tu . ahahahaha . mcm geli lakkkk . mmg pngung tyme tu pun duk sorak gak . ahahahaha .
kesian pengarah tu, sebab dolu dolu die la yg hebat dan byk buat filem bagi org Melayu tgk. kalau xsuke pun, aku rase kau takyah la promosi sekali bende camni. bende negatif ni.
ok2, aku xnak kacau ko. cume aku pun dah tgk KL Drift 2 ni. mmg best dan cool. lelagi Aaron Aziz ngan Sam ade pulak kan. diorg tu natural gile la. dan aku xde la gelak pun tgk Sam ni (hehe)
aku rase filem ni kene tukar name “Evolusi Putrajaya Drift”
tak payah nak kesian-kesian. Dia bukan buat tayangan filem amal secara percuma. Anda membayar dan anda berhak buat apa yang anda nak buat.
kt Hollywood bikin filem lam studio maaa….dari pelakon utama sampai ke tukang sapu is pelakon….apa mau heran scene real….tp layankan aje lahhh…
Hmmm… Revolusi yerk??? Ingatkan Evolusi…. Tapi aku tak layan lah citer2 gini… Lantaklah…!!
mmg best…sedih tgk scha kene blasah:(
tengok citer kld2 mmg besh . aaron aziz bleh dpt anugerah watak jahat yg paling berkesan .tahniah utk semua .
Aku pun dah tgk.. siap buat review gak lagi…
Sokong jgn x sokong…
setengah pengarah je aku ban gak..
yg lain layan… he he he
bab makcik tgk drift tuh lojik la..cube sekrg wat drift kt bukit bintang..mesti la org tgk. lagi x logik kalau org x tgk..nampak sgt direktor dh bagi arahan jgn tgk. logik la..jadahnye drift tgh2 bandar..kn semua org pelik tuh.
yes… betul2… suka suka….
adnan sempit gak besh!hahaha
yes..aku pun dah tgk sbtu lps
..pnggung mmg penuh xhenggat..siap ader dua couple india yg tgk citer ni gak..dok sebelah aku plak tur..rsnyer memang 1malaysia lyn citer ni..good job syamsul yusof..tp part loving2 tur agak membosankan
: ..tapi nak puji kat scha la..lakonan die mmg berkesan nak2 lg time kene henyak ngan aaron n sam..mmg nmpk real die menderita sakit kene pukul..
selepas sy tgk filem ni bru2 nie.. apa yang pasti cite nie mmg best..berbaloi dengan tiket yg dibeli… sbbnya.. teknik drift mmg menjadi.. kumpulan gangster plak mmg kejam terutama masa tgk scha meraung dibelasah dgn sam. terlalu ganas.. tp itu lah kepuasan bg penonton yg minat filem aksi.. selin itu plot crita yg tersusun menjadi kan filem ini mudah difahami dan juga menarik untuk ditonton.. betambah menarik apabila polis turut ‘menganas’ dengan mempamerkan aksi drift semasa mengejar penjenayah.. mungkin meniru dri polis story kot.. hehe.. x salah kan.. asalkan untuk belajar dari karya filem lain… xrugi apa2 pon. apa pun syamsul dah buat terbaik. tahniah.. crita nie mmg best.. org yang xda perasaan ataupun org yang x bernafsu dgn filem negara kita sendiri je ckp xbest..agungkan barat.. tp pemikirkan jauh kebelakang…bab kata soal hati..xguna ada mata klu xdapat melihat, x guna ada hati klu x tahu menilai
aku sokong @SWAT 100%
aku rase kalo polis tu pakai evo10 kejar2..lg gempaq
HEBAT! :8
cerita ni takde cerita… baik tgk kereta berlumba kat tepi jalan…Syamsul tu ada masalah…nak jadi hero memanjang…pasal dialah cerita ni jadi hampeh…berlakon macam kayu getah, suara dia macam katak menguak dalam tong biskut meri…kalau orang lain jadi hero…mesti lagi better…
suck la syamsul yusof.
mase tengok trailer rase biase jew.x nak tengoklah
bosan tgk symsul xde bkt nk jd hero nk jd gk..
kn bgos klu wtak symsul 2 bg kt farid kmil n watak farid kmil 2 bg kt symsul…
bwu best…
ni x sume cte die wt msty die jd hero…
tamak tol….
eleh xheran pn filem ni lg bagus dri filem farid kamil…
tgklh anak sape?jd camera2 dia leh pinjam ngn bapak dia kos modal dh leh kurgkn hehehe
aku rs klu filem farid kamil join adventure ngn yusuf aslam ngn anak dia confirm meletup gak hehehe…
pe2 jelh den xsuka anak yusuf aslam dlam filem bebaran jerrrr…hahaha…aku xtgk lg tp filem yg pertama tu baran jer boring siyot hero baran2 niii org kenelh sekali skala kool xpe t den tgk hehehe
kpd semua doa kn nabil menng dlm mahkamah…hebat gak peguam nabil upah lega aku dgr…hehehe
Filem Evolusi KL Drift 2 nie mmg diffrent ngn yg lame..kali nie mmg penuh ngn drama..tahniah kpde pengarah & pelakon2 yg telah menjayakn filem nie..:)
aku bru nk tgk esok
tp cm best giler je aku nengok da makig
best2..p aku x puas ati tol la..
mntg2 la filem dia asyk c symsul 2 je y jdik hero
bowink giler dowh..!!
c scha lak lg ssuai blakon jadik lucu la
cm kayu je dia emo2..
intan ldyna ag best!
hurmm..dh tgk smlm..
okla ctenye…tp sbbkn hero nye adelah syamsul so trus spoiled sumenye..die lyk jd pengarah jela..bg org lain berlakon…
cte dh ok..babak cintan tu mmg time aku tgk pon sume org gelak..mcm xkene je..yg lain ok..scha pon nmpk keras..Farid kamil gak yg best…Sam plak mmg muka die kite akan teringatkn Adnan sempit..kira lwak sgt..ape pon..Syamsul,lps ni mngarah je..xyah berlakon lg k..
peace no war!!!
ak tingn gk nk tngk…bila ajk kawn2 g lyn cite ni, smua pn wt muka sposen…maklum la cte melayu, diorng lyn cte omputih je..ayt xleh blah ‘best ke cte tu? buang duit je g tngk cte malayu’
ha ah mmg x patut shamsul slalu jd hero,mmg x slah,mmg la filem bikinan dia,kadang2 kene lah mengalah sket,buat filem utk tontonan umum.jd sudah tau ape kehendak penonton, aku rasa klu dimainkan farid kamil sebgai hero,lg le terasa hgtnye lakonan2 artis2 selain aksi2 yg ada dlm filem,karisma seorang pelakon utk menjiwai watak adalah 1 peranan yg besar utk menghangatkn lg filem, so filem nie, watak gengster aaron ngn sam dapat kita rasai,tp watak HERO??? ( nasib baik la shamsul x main watak gengster, agaknya mcm mana ek korang?? cube fikirkan…hahaha)
Pengarah hitam manis, kurus-kurus tinggi…memang ban habislah…harap pas ni die sedar la…
aku baru tgk smlm..
hbt giler la..
p tym dialog scha,1 paggug gelak
siap de sore2 sumbag ckp cam sore nyah chow kit..hehe
x rugi la 10 hegget..mmg masyuk!!
thniah bt sumer y t’libat..
Sebenarnya bukan 90K harga kamera tu, tapi 900K!
Tapi kamera tu dah diinsurankan sebelum penggambaran. Semua macam tu. So, SKOP production bayar sket jela. Lagipun kamera
semua tu disewa. Kalau x silap, dari kompeni S’Pore.
tengok blog ni
http://gabanblog.blogspot.com/2009/03/death-of-satria-rwd.html
biarlah syamsul tu nak jadi pelakon utama pon. korang ingat senang ke nak buat cerita ini meletop-letop dgn dia jd pengarah, pelakon dan hape lagi entah.
tapi scene kat pelabuhan tu memang terbaik ar. haha. kamera sana sini kau! cantik!
ade beberape points yg aku rase bes:
1) muke ketat aaron aziz ngan shaheizy sam + telo cine sket + scene shaheizy sam nk mengamok pki pedang mmg cun
2) teruja sbb fez time tgk filem kt malaysia ade polis pki skyline…meaning gaji polis agak kompetetif..mantap..(klu filem bapak die asyik2 scene polis naik van polis je kn)
3) scene kt port kelang….scene reverse kt dlm terowong sg penchala tu kn..pastu si shaheizi sam tu duduk kt tingkap sambil menembak2 kereta remy ishak…
point to be improved (yg aku rase x effect bajet sgt)
1)dialog – sumpah xsedap lgsg….emm try tanye afdlin…or try masuk kelas dialog…or cari org yg terer tulis skrip..
2)jln cerite dh agak okay…tp bab buat ending….dr yg fez dulu dh fail….yg 2nd pon same agak fail…menangis dgn darah2 + kete terbakar at background…ntah la….
3) bakat lakonan farid kamil di bazir kn begitu sahaja..tau la die handicap dlm cite tu..tp bg la die bawak kete ke ape ke..die x contribute lgsg selain kaki kene tukul besi time nk ending…
-sekian….time kasih
gua nak aaron dgan sam menang award thn ni…tgk la cara dia berlakon kl drift 2 tu..mmg smart la beb..caya sama joe n ery 8)
ak rase shamsul tu tak patut berlakon…lagi2 jadi hero sbb tak best langsung and macam poyo gak…lg baek jd pengarah je lg bagus
hi hi belanja filem EKLD2 ni mesti besar. tapi pada pandangan wa filem ni masih belom berjaya. namun ianya bukan rugi tapi para karyawan filem melayu harus ambil iktibar dari kerugian besar bila berkarya. anak2 muda zaman skrg suka filem aksi, lelaki dan perempuan. jadi patut ambil kira filem nih boleh jadi evergreen atau tidak. wa rasa filem ni bagus buat aksi tapi hancur jika ambil kira DIALOG dan babak “turning point” dalam filem – babak romantik yang 2-3 minit itu. babak scha + shamsul sepatutnya buat filem ini lagi org respect bertukar buat org jadi loya. bahasa lenggok dan bahasa bukan lisan sgt2 kurang digunakan. shamsul boleh jadi pengarah dan pelakon yg hebat dlm masa sama, itu tiada hal. tapi setakat ini, shamsul masih sbg pengarah dan pelakon bawah kualiti. perlu usaha keras, perlu belajar lagi utk jadi hero atau pelakon yg hebat dan macho di kaca mata penonton filem tempatan. shamsul perlu kerja keras lagi. sy percaya shamsul boleh jadi pelakon yg hebat jika dia ada sikap mahu belajar dari pelakon2 yg handal spt dato rahim razali, rosyam nor, khalid salleh, afdlin shauki. watak scha masih boleh diperbaiki. wa tak nafi, awek melayu ni mmg cun, panas dan seksi. ini adalah market. sampai 1 level, semua org percaya dgn rupa paras tidak cukup utk jadi hebat dan disanjungi sbg pelakon handalan. kalau scha hanya nk suka2 berlakon dan berseronok di zaman muda ni wa rasa dah cukup la tak payah belajar lebih2 bidang lakonan nih. tapi kalau scha mahu jadi hebat perlu perbaiki lagi lakonan. dalam EKLD2 ni boleh tahan lah, berani ambil watak heroin dan scha perlu sedia utk belajar dari kelemahan dlm filem ini. boleh perlu lebih jauh lah. percayalah. watak jahat aaron dan shaheizi hebat dan menjiwai. tahniah utk mereka berdua. watak jahat mmg hidup. sy percaya semua org suka watak mereka. dua pelakon ini boleh pergi jauh dlm industri filem tempatan. lakonan remy ishak tidak kurang hebat. cuma dialog yg biasa buatkan dia tidak menonjol sgt. lihatlah dia dlm Nur Kasih, kalau bukan kerna dialog, nama remy tidak popular spt hari ini. Jadi, ini jelas tunjukkan pada kita skrip dan dialog itu sgt2 penting dalam pembikinan filem supaya org boleh hargai karya ini se-ianya. lakonan farid kamil makin bertambah baik dari sebuah filem ke filem yg seterusnya. boleh nampak dia buat “homework” utk prestasi sendiri. cuma dia tidak diberi watak besar dlm filem ini namun wa masih nampak dia tertonjol. syabas. bye bye.
aku bangga first preview cite ney kat UTP. hihi…
CAYALAHHHHHH SYAMSUL FILEM NI MEMANG GEMPAK! PATUTPUN DAPAT KUTIPAN TINGGI SAMPAI 6 JUTA LEBIH.KAMI FAN SYAMSUL YUSOF BERBANGGA PASAL KUTIPAN TINGGI DAN SYAMSUL MENANG PENGARAH TERBAIK PALING MUDA DALAM SEJARAH.WAHHH..RESPECT! YG LAIN TU JGN DENGKI YE…HEHEHEHE
br tgk mngu lepas kat astro..mantap la gak citer nie…sbb2 harus/tidak harus tgk filem nie mmg tepat la..
Dh keluar kt wayang..
filem ni not bad la bg aku…ade aksi bnyk
filem ni memang one of the best la in malaysia walau story simple.bab aksi memang syamsul bagus la..sejak aku mula tgk filem ni la aku rasa syamsul tu boleh pegi jauh..tgk skrg film dia smua success, kl gangster 12 juta kan?