Tweet!

Email: hoi@ohartis.com Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon





















Only 1 step to become a great Oh! Artis supporter:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here at Oh! Artis. We swear!

(Review) V3 Samseng Jalanan dari Box Office kepada Sampah

Artikel ini telah menerima bacaan sebanyak 27,629 views | Hantar ke Twitter! |

March 18, 2010 oleh khai  
Di dalam kategori Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan, Wayang

Share

Semalam, sempat kami curi sedikit masa yang amat pack minggu ini untuk ke Mid Valley atas dua tujuan. Satunya nak shopping dan yang keduanya, nak beri sokongan pada hasil karya sulong Farid Kamil bertajuk V3:Samseng Jalanan atau yang seharusnya dulu Remp-it V3 semasa diharamkan dari ditayang. Dan review yang akan anda baca ini adalah pendapat peribadi penulis sahaja. Tiada sebarang niat sabotaj, memandai-mandai, mereka-reka atau apa sahaja tetapi kami yang menonton (atau ada juga yang sudah menonton), jadi kami tahu dan berhak untuk memberi kritikan mahupun pujian.

Kepada Farid Kamil, ceq betul-betul kesian la dekat hang noo. Hang ni berbakat gila-gila tapi ceq kesian betul bila tahu yang karya-karya hang ni dipotong sana sini oleh badan penapisan filem. Seharusnya V3 adalah Box Office, tetapi akhirnya hanya umpama sebuah Sampah. Masuk drama pun tidak layak dan memang terang lagi bersuluh filem tersebut ditayangkan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Mungkin Farid, jauh disudut hati, anda sendiri tidak gembira dengan tayangan filem tersebut.

Oh! Artis memang sejak awal lagi memberi sokongan pada pembikinan V3 ni sehinggakan kesemua cerita mengenai perkara sebalik tabir V3, kami keluarkan dulu berbanding akhbar tempatan dan website hiburan lain. Bukan apa, hanya kerana satu iaitu sokongan kuat buat hasil kerja dan pemikiran kretif anak muda kita bagi memajukan industri seni tempatan. Tapi kecewa yang teramat bila dapat tahu lebih 40% filem tersebut terpaksa dipotong kerana mempamerkan aksi lumba haram yang melampau. Yang herannya, cerita ni pun bukan untuk budak-budak. Cerita untuk 18 tahun ke atas. Memang ada bangsat-bangsat diluar sana yang dah besar panjang, tapi still nak mencontohi aksi di dalam filem. Tapi takkan demi sampah, sebuah karya yang seharusnya Box Office semudah itu menjadi sumpahan keramat penonton? Bila dunia filem kita nak maju?

KELEBIHAN:

- Kesan khas semasa accident di awal cerita yang sangat gempak!

- Sinematografi sangat menarik di mana banyak shoot yang diambil hanya dalam satu action.

- Ops, tiada lagi!

KEKURANGAN:

- Jalan cerita tak menarik disebabkan banyak scene yang dipotong.

- Jalan cerita juga menjadi terabur atas sebab yang sama.

- Selain menghisap rokok, buat muka masam. Itu sahaja tugas Lisa Surihani di dalam cerita tersebut. Ibarat pak pacak dan jelas, bakat sebenarnya bukanlah setakat itu.

- Farid cium Intan Ladyana, then tiba-tiba Intan Ladyana cakap Farid tak jujur. Ape jadahnya? Itu antara satu scene yang membuat anda rasa betul-betul diperbodohkan oleh kerana terlalu banyak scene yang sepatutnya ada telah tiada menjadikan cerita itu sudah difahami.

- Tiada yang lainnya dengan aksi rempit di jalanan. Selalu dapat dilihat di jalanraya atau sama sahaja seperti filem lumba haram yang lain.

- Aksi bercakap, berborak, bergaduh dan berlawak bodoh, lebih banyak dari aksi yang sepatutnya lebih diketengahkan. Tapi kami faham sebab banyak scene perlumbaan dah kena potong. Nak buat camana kan?

- Pihak trafik betul-betul diperbodohkan dalam cerita ini sekaligus menggambarkan imej buruk pada pihak polis.

- Aqasha jadi watak antagonis tidak berapa sesuai. Kalau ambil Zul Huzeimy memang confirm menjadi.

- Soundtrack yang digunapakai adalah lagu Pawana dari Search. Kenapa tak buat soundtrack sendiri. Dah bosan dah dengar lagu pawana. Tak feeling dah.

Konklusi kami kepada V3: Samseng Jalanan, boleh dikatakan pada awal 10 minit sahaja cerita ini menarik untuk ditonton. Yang selebihnya, anda sendiri akan dapat melihat bagaimana hasilnya apabila sesebuah hasil kretiviti yang seharusnya Box Office ditukar menjadi sampah oleh pihak yang bertanggungjawab. Jalan cerita berterabur dan terlalu banyak yang boleh dipertikaikan. Kalau kami tidak memandang karya Farid Kamil ini telah disekat oleh banyak pihak, mungkin filem V3 ini jauh lebih hebat dari Remp-IT arahan Ahmad Idham beberapa tahun yang lalu.

Kepada Farid Kamil, takpelah. Mungkin bukan rezeki anda untuk filem ini kerana terlalu banyak masalah yang menimpa. Pada masa akan datang mungkin lebih bagus buat filem yang tak banyak risiko untuk dipotong di mana hasilnya selepas potongan, pasti adalah sampah.

OHARTIS: MEMANG SEDIH BILA FILEM YANG KITA NANTI-NANTIKAN SEJAK TAHUN LEPAS AKHIRNYA KELUAR DALAM KEADAAN YANG LANGSUNG TIDAK MENARIK.

Share

Subscribe Oh! Artis Share this post at Twitter

Artikel Berkemungkinan

»  Rempit “Farid Kamil” V3 release March 2010
»  Adnan Sempit ciplak storyline Rempit V3
»  (Gambar) Diana Amir yang mantap
»  Poster Remp-IT V3 yang di halalkan
»  (GAMBAR) Norman Hakim Buka Gerai Western Food
»  (Tahniah) Farid Kamil dan Ijazah Sarjana Muda UiTM
»  (Review) Filem Evolusi: KL Drift 2
»  Blog Heliza AF5
»  (Gambar) Imaj baru Awie the PEKIDA Man
»  (Gambar) Kehidupan So-sial Peserta Gadis Melayu – Nadiah Adrianna

Special Campaign! Get Involve Now!





Only 1 step to become a great Oh! Artis supporter:
1. Take a look any ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear for God sake!!

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit oh..?!!

105 Comments on "(Review) V3 Samseng Jalanan dari Box Office kepada Sampah"

  1. Chikugunya on Thu, 18th Mar 2010 10:07 am 

    Tak suka semua cerita pasal rempit2

  2. n on Thu, 18th Mar 2010 10:07 am 

    bila dh bnyk potong itu yg jd smpah…tp kalu crta barat x pe plk … :o:

  3. ZUL on Thu, 18th Mar 2010 10:08 am 

    setakat untuk kos produksi tempatan bolehlah….kalau nak lebih kene bajet belas juta….puluh juta…ye x?

  4. n on Thu, 18th Mar 2010 10:09 am 

    tp mmg x mnt jg cerita rempt ni…x sesuai…

  5. Zala Wajik on Thu, 18th Mar 2010 10:10 am 

    baca ni je dah tahu bosan.

  6. nonie on Thu, 18th Mar 2010 10:13 am 

    buat pengetahuan sedara..hanya 20% je yg dipotong…kalau nak tulis pun kena buat kajian..kalau setakat 20% rasanya tak tjejas lagi kot filem 2..

    Gadis Lonely? Reply:

    @nonie, alahai nonie.. Kami bukan tak tahu cuma tersilap antara peratus dipotong dan peratus aksi rempit seperti yang diumumkan.

    Anda juga harus buat research kerana yang dipotong adalah 40% dan bukannya 20%. Apapun terima kasih kerana menegur.

    Source: http://farid-kamil.blogspot.com/2009/07/rempit-v3-confirm-banned.html

  7. Amir on Thu, 18th Mar 2010 10:13 am 

    aku pun x suka cite pasal rempit2 ni..

  8. Chikugunya on Thu, 18th Mar 2010 10:14 am 

    KASI AKU TENGOK FREE PUN AKU TAK HINGIN. TERSANGAT ANTI DENGAN KEGANASAN DI JALAN RAYA… BUDUH!

  9. Ismail Noh on Thu, 18th Mar 2010 10:14 am 

    next rempits film? :o:

  10. Zul on Thu, 18th Mar 2010 10:19 am 

    hehe, nasib baik x p tgk lagi..
    ramai dah kata x besh cita nieh….

  11. Anarm on Thu, 18th Mar 2010 10:30 am 

    hilang mood aku nk layan movie ni.. tggu movie lain jela.. next!! :-|

  12. kisahsensasi on Thu, 18th Mar 2010 10:41 am 

    amatlah rugi bile daya kreatif pengarah muda disekat sebegitu rupa… dan kalau tak silap V3 nie adalah filem rempit yang terakhir untuk tayangan filem kat malaysia….

    p/s : tumpang simpati kat farid kamil

  13. buih on Thu, 18th Mar 2010 10:47 am 

    tak perlu ada citer macam ni..tak mendatangkan faedah..sikit pun tak heran kena potong 40% ke, 60% ke,100% pun takpe..

  14. AZGUGU on Thu, 18th Mar 2010 11:16 am 

    aku x suka citer rempit…

  15. ujang on Thu, 18th Mar 2010 11:44 am 

    tau takper…tak best lgsung jln cite…sbb kene potong

    -pelakon semua ok kecuali aqasha…..tak reti lgsung blakong jahat….sgt2 tak sesuai aqasha nie…dr remp-it die tak best..mcm budak skema jd org jahat…

    - cmner plak bisnes rempit pakai alphad..,
    -knp si aqasha tue nk sgt race dgn frd kamil
    - cmner lak pompuan tue leh bg frid kamil tdo umh..mcm tak logik senang sgt dpt…
    - aksi racing pun mcm tak brapa best..last race jatuh trus menang..

    -mula2 jer best…lama2 mcm cite biasa…

    aku tak salah kan farid kamil…tp F**AS(nanti kene saman) yg potong2….sengal btol..

  16. Anon on Thu, 18th Mar 2010 11:47 am 

    cerita rempit korg xske,habis cerita lumba kete 2 korg suke la ye?kalau x,xkan sampai box ofis,sampai nak keluar sambungan die lak,hahaha…
    korg ni entah ape2 la.support la sikit wayang tempatan,tapi jangan support filem razak mohaideen sudah,oops! hahaha…bagi aku cerita paling sampah kat malaysia ni filem2 razak mohaideen.nama je lecturer filem,tapi hancus~

  17. Marki on Thu, 18th Mar 2010 11:47 am 

    Dalm the making nampak mcm bukan main lagik best .. tapi bila tgk siap boleh mneguap lagi..sadis.. best lagi cite Anak Halal lakonan farid tue..

  18. jantan terhangat on Thu, 18th Mar 2010 12:06 pm 

    Sory, dulu boleh la tgk cerita camni sbb baru kan.bila dah banyak sgt jadi borink. sebab scene smua sama.

    kereta nye filem lagi la..

    otak pengarah ni x berkembang ke..dah xde genre lain. Action ke

    p/s tunggu filem KRU studio. cerita perang tu..hm cam menarik. n muzikal.

  19. jgn marah on Thu, 18th Mar 2010 12:07 pm 

    aku dah agak dah
    balik2 citer rempit
    rempit yg dulu2 pun aku nyampah
    stereotaip
    ditambah pulak yg rempit ni

    kalau tak potong 40% pun aku rasa mmg sampah
    tambah pulak amik aqasha
    amik la muka jahat sikit

    nak buat ape kalau aku dari dulu sokong citer tempatan
    tapi citer tempatan ni tetap kat tahap macam tu
    tak berubah2
    idea langsung tak menarik
    baik tgk drama kat tv
    layan asmaradana lagi syiok

    ;p

  20. ?mimi? on Thu, 18th Mar 2010 12:13 pm 

    ala biasala sume ni politik namanya.alasan nk potong2 scene.tp filem dari luar negara yg kadang2 sampai bole terpesong x der lak nk potong2.pelik betul.kalau pihak yang memotong tu x nk potong scene dari filem luar negara so yg dalam negara x yah la potong..konon la nk membanteras rempit tapi terima filem luar negara berkonsepkan perlumbaan…hehhe kelakar pun ader.alasan tak munasabah langsung.sy ni pun bukan minat sgt citer rempit2 ni tp biler pikir dgr alasan yg macam2 x munasabah sb xnk kuar filem ni x setujula

  21. Kate on Thu, 18th Mar 2010 12:42 pm 

    semalam baru tgk kat alamanda.. jalan citer memang kelam kabut.. yang penting, ending dia paling siot.. masa ending, sume mengeluh.. kesimpulan, aku bagi 2.5 stars out of 5.. takpelah, takleh nak komen lebih2 sebab memang tahu ni filem sulong farid kamil and 40% dan kena potong.. so harap2 filem kedua jauh lebih baik k..

  22. riez on Thu, 18th Mar 2010 12:50 pm 

    cite malaysia ni asek pasal rempit, cinta jer.boring.bukan tk nk sokong, tp tgoklah kualitinya bbanding dgn crite barat spt underworld.adoi….jauh seh

  23. riez on Thu, 18th Mar 2010 12:52 pm 

    layan na o mei dn asmaradana lg bagus.haha

  24. Rjuna on Thu, 18th Mar 2010 1:01 pm 

    David Teo nak cover kerugian (lebih 80% kena potong fakta=terjah tv3), dia tetap terbitkan jugak, kalau dia taknak sakitkan hati penonton patut dia tak tayangkan filem ni, simpan jer buat tukun

    aku juga ada ulas filem ni hahaha kutuk jangan tak kutuk :p

  25. myadlan on Thu, 18th Mar 2010 1:04 pm 

    dulu aku memang sokong cerita filem tempatan ni. sekarang ni rasa macam dah kurang kreativiti balik sebab asyik citer mat rempit n mat keter je..

    takpe la aku tunggu raya nanti leh tengok kat astro

  26. mantis on Thu, 18th Mar 2010 1:21 pm 

    patot amik gadis lonely jadi heroin… selain isap rokok, buat muka masam dan boleh bercium pipi sambil berkata “awak tidak setia”. dia jugak boleh kritik lakokan dia sendiri.. hahaha. sian gadis lonley x kena pelawa jadi artis… bila la nak ada superman dan james bond malaysia.. x nak la papayaman. sengal.

  27. knightblogger on Thu, 18th Mar 2010 1:59 pm 

    em..kalau dah kena potong, memang cam gitulah jadinya..

  28. v4 seniman jalanan on Thu, 18th Mar 2010 2:03 pm 

    kalau cerita bess potong 50% pon bleh layan juga…

    secara lojiknya kalau potong 40% crita nih sampai 3 jam la kalau tak silap matematik saya

    ataupon crita nih sejam saja sebab dah di potong 40%?

    dah memang tak bess tak yah la nak salahkan org lain

    Gadis Lonely? Reply:

    x logik cerita melayu sampai berjam-jam. Bila dah kena potong 40%, rasanya mereka perlu re-shot semula dengan scene2 yang kita rasa tidak perlu. Kasihan.

  29. mek klate on Thu, 18th Mar 2010 2:40 pm 

    kawanku kata tak best lgsung cite nie.Aku pun tak suka cerita2 aksi dan rempit ni. Sesak nafas la tengok diaorang gaduh2 tumbuk2 lumba2 nie. Farid, len kali wat cerita yang boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia ok. 1 Malaysia kan.. 8)

  30. iblis on Thu, 18th Mar 2010 2:46 pm 

    takpe… jgn kecewa ngan filem v3 ni… yelah citer ni tak membawa kan apa kebaikan… sampah dan mcam2

    Tapi yg patut disokong adalah filem2 dan drama2 yang memesongkan akidah adalah lebih baik. Citer2 pasal iblis dan syaitan la yang paling patut kita sanjung dan kalau boleh kita sokong bio pecah panggung catatan kutipan dia.

    Kemudian filem2 dan drama2 pasal orang2 elite yang khayal dengan duniawi… filem mcm ni pun baik… kita boleh cuci mata. Kalo boleh, sila la ke skrin tv memasing. Jilat2 la bila babak menarik dipaparkan dalam citer tu…

    tapi jangan la sgt2 menyokong filem2 nasihat… jgn… kita nak enjoy… bukan nak dengar nasihat… filem2 mcm ni kita patut kutuk habis-habisan… lepas tu kita bndingkan dengan filem2 luar negara yang budjet meka billion2. bandingkan ngan filem2 box-office mcm avatar, titanic, TF dan mcm2 la…

    kalo bole, tekankan pasal budjet filem kita ngan budjet filem mat saleh… ckp… negara kita ni buat filem sampah… budget ntah hapa2… patut buat filem budget billion jugak… serlahkan kreativiti anak muda kita… mintak ramai2 penerbit pakat2 pakai harta rakyat untuk buat filem… jual anak2 untuk pasaran luar… lacur kan anak gadis utk dijadikan mdal filem… suh pelakon kita bogel, berlakon porn lagi bagus…

    heheheh nnt baru la kita leh maju dalam industri filem… baru la kita boleh berjaya… mat saleh pun bukak mata ngan industri filem kita nanti :p

  31. aloqmalai on Thu, 18th Mar 2010 2:50 pm 

    BETOL SGT2 wei…prabih masa ja p tgk muvi yg kena kerat…suppose crita tu lg syok..skali p tgk mcm crita x abih ja..berteraboq xdak dah..SH*T!!!

    **btw, 10 min first tu kt kedah kot..tu yg syok tu..hahaha

  32. acadterror on Thu, 18th Mar 2010 4:22 pm 

    rasanya kdg2 filem omputih lg ganas tp xkene ptg pn .plik jgk

  33. riez on Thu, 18th Mar 2010 4:27 pm 

    tu la namanya takde keseragaman.huhu.tak bleh nak ckp lebih2.nnt kena saman.;p

  34. izzat aziz on Thu, 18th Mar 2010 5:50 pm 

    apa lagi keluar je versi khas dalam bentuk dvd ke, untuk di download ke, dalam tu letak semua scene yang dipotong pahtu baru boleh nilai btol.. :)

  35. Edge on Thu, 18th Mar 2010 5:58 pm 

    padan muka.. mmg aku suka gila filem pasal mat rempit ni gagal.. SAMPAHHHHH MAT REMPIT… Hahahahahahaha…

  36. aizuddin on Thu, 18th Mar 2010 6:57 pm 

    aku tengok 10 min je la camni..pastu tido..huhu :bloody:

  37. Piratz on Thu, 18th Mar 2010 8:58 pm 

    bek tgk cite greenzone… lagi banyak aksi gansa.. tak kena potong plak tue…

    tak pun alice in wonderland.. gempak seyh… :love:

  38. polo on Thu, 18th Mar 2010 9:56 pm 

    dah takde cerita lain ke nak tunjuk? balik2 rempit..balik2 hantu..tah hapa2 movie/drama kat msia ni..tak membangun minda sungguh!

  39. apis on Fri, 19th Mar 2010 12:11 am 

    kalo betul nak potong jgn kasi tayang langsung cite tuh
    teruk betul
    mula2 dah teruk
    adengan ringan2 dalam panggung wayang
    adoi
    tolong la
    gadis2 seksi2
    motif?
    alahai
    niat tak menghalalkan cara

    pada pelakon2 tu pikir2 la duit yang hangpa dapat tu

    to farid khamil

    aku kesian kat ang
    pelakon dah ok
    jalan cite sampah

    aku sokong sgt komen peribadi penulis

  40. Edge on Fri, 19th Mar 2010 12:20 am 

    Mmg selama2 nyaaa filem Malaysia ni…
    Cerita Mat Rempit..
    Cerita Lumba Kereta..
    Cerita Hantu…
    Selama-Lamanyaaaaa… Hahaha..

  41. myne on Fri, 19th Mar 2010 12:35 am 

    tengok trailer pn x best nikan filem tu mat rem pit.memang x minat langsung nak tengok,buang duit jew,baik tunggu iron man2 lagi best.

  42. McmBgs on Fri, 19th Mar 2010 1:32 am 

    tunngu ironman 2 bulan may ni..200 kali ganda best dari filem ni..

  43. Arra Jasmy on Fri, 19th Mar 2010 6:22 am 

    Salam..bese lah tuh.kdg2 tak faham betul dgn sesetengah pihak.citer Jalang yg lagi byk censored and tak berfaedah.nak tengok pown meluat tak de plak nak cut sana sini.setakat aksi2 rempit neh byk lak yg nak kne potong.tak tgk lagi citer neh tapi dah ramai yg cakp tak best.huhu

  44. soli on Fri, 19th Mar 2010 8:34 am 

    tunggu citer nih kua bkn main lama lg..alih2 bila dah kua,citer langsung tak best..citer tah pape..pelakon pun hampeh..best lagi tgk citer adnan sempit..skrg ni nak tgk filem mlayu kene pk bnyk x..bazir duit je..antara bnyk2 filem mlayu,hanya filem jgn pandang blkg dan adnan sempit jer yg btol2 bez n puas hati..

  45. umiMikail on Fri, 19th Mar 2010 10:06 am 

    aku sokong statement c iblis tu. :-) filem2 cmni org nk sokong.adusss…

  46. akusape on Fri, 19th Mar 2010 2:15 pm 

    dah x larat nak tgk cite rempit2 lagi lepas tgk AdnanSempit..
    wat la filem yg ade isu lain2 plak.. :-|

  47. ?mimi? on Fri, 19th Mar 2010 2:16 pm 

    x sokong langsung org nk buat filem yg bukan2 ni….suh jd macam orang barat buat filem la….ntah pape…itu menunjukkan kita nk meniru jer,,,x der pendirian….ish ish…..

  48. mohdisa on Fri, 19th Mar 2010 4:51 pm 

    aku tak tgk lagi filem ni, tp ini kali kedua aku baca tentang sampah berterabur dek V3 ni…ades, teruk la kalau camni….filem yg boleh jadi box office last2 masuk box bin…sampah semata-mata…kepada farid kamil teruskan karya anda…dan jadikan sampah anda berguna…nak bikin filem kena ikut rule penapis2 sampah tu…:P

  49. heish on Fri, 19th Mar 2010 5:01 pm 

    aku dah tengok.. dan hasilnya aku menyesal.. kate banyak dah kene potong, tp apesal adegan ringan2 dalam pawagam tu lepas plak.. kat pemulaan story plak tu.. haiyoooooo.. tu dah kira lucah tu farid.. ko brani kan? ape motif ko tonjolkan shot haram tu? ko nak meraikan kebebasan org muda skang yek? pastu scene yang si garing pegang spender intan tu pastu bau.. WHAT THE HELL? ko inagt ni film hollywood ke ape? heissssh lucah nak mampos.. pastu ayat yang kuar dari plakon2 sampah ni tak abis2 sial, anak haram,(ade yang kene mute- mungkin sebut ayat super lucah)-mmg mcm melayu yang dah rosak akhlak.. Die ni wat filem langsung tak ingat kat Allah kan? aku nak tobat ah, banyak dosa aku g tengok cite sampah ko.. Aku malu coz dah tengok cite ko! =(

  50. umiMikail on Fri, 19th Mar 2010 5:36 pm 

    yeke heish?apesal adegan ringan2 x d tapis ek?tula jd ikotan remaja skrg..maunye x byk kes buang baby..adusss

  51. Aizat on Sat, 20th Mar 2010 9:37 am 

    Kan memang klasifikasi dia pun utk 18 tahun ke atas…wat ape nak potong ? Cite John Rambo x de plak nak potong….bunuh2 org,penggal kepala orang….Lepas dah ptong2 scene bukannya dapat klasifikasi Umum(U) pun… :choler:

  52. Chikugunya on Sat, 20th Mar 2010 10:01 am 

    Err… John Rambo? Haa..? Siapa penerbitnya? Yusof Haslam… Prof Razak? yang mana satu ni?

  53. lulu on Sat, 20th Mar 2010 10:25 am 

    bila khabir batia nk kuar kan film lg…asek2 penerbit yg same je buat film.sampah pulak tu…penerbit yg bagus2 smua bikin drama je. baik tgk drama dkt umah ats sofa smbil peluk bini mkn cekodok.ade baiknye jugak…
    eh profesor tu buat film lg ke? adoooo tobat la wt malu uitm je

  54. eiyda on Sat, 20th Mar 2010 2:19 pm 

    mmg x layan citer2 samseng jalan raya ni..huhu..xsuke…

  55. Edge on Sat, 20th Mar 2010 3:06 pm 

    Mati Laaaa Korang yang buat filem mat rempit ni.. sampai kiamat pun aku x nak tgk..

  56. Edge on Sat, 20th Mar 2010 3:07 pm 

    Khabir Bahtia buat filem lagi bagus daripada Pengarah2 Melayu..

  57. alkisah on Sat, 20th Mar 2010 4:01 pm 

    wahh..mcm2 kutukan maut diterima oleh V3 nih..biasala filem bajet ciput nilah jadinya tambah lagi ngan potongan yang tak segan silu oleh pihak berpatutan..lagipun kalau ada filem baru kuar xyahla gi tengok buang masa dan membazir je, lagi baik pakat2 gi masjid xkena bayar sesen pun tapi Allah ganti lagi ngan pahala yang berlipat kali ganda. Nasib baik la kat KB ni takde panggung wayang kalau x gua mgkin terjebak sama layan V3, bulih :) tgk betis anak2 gadis kita yg comel2 tu..oh best

  58. syafiq on Sat, 20th Mar 2010 4:05 pm 

    rempit2.. x abes2..
    smlm aku tgk cite laskar pelangi..
    berpuluh kali lg bagus!!
    budak2 blakon pnuh kejujuran..
    cite yg menyentuh jiwa..
    membuka minda..
    ni asek nk sempitkn minda dgn rempit2, lucah2, jiwang2..

  59. BoScH MFG 5 on Sat, 20th Mar 2010 6:18 pm 

    ala…nak buat mcmna..dah standard cita melayu..nk buat aksi x tahu cngat..just ulang2 aksi biasa yg kita tengok je..terima je lah..perlu dibaiki lg lah…

  60. bobanmasdar on Sat, 20th Mar 2010 7:13 pm 

    xyah la buat citer rempit nie lg. xde pekdah pon. konon nk jdk pengajaran. padahal mat rempit kat luar lg suke & bangge adelah. buat la mcm citer ketika cinta bertasbih ke ape. xpon jdk cam KRU. tgk trailer MERONG MAHAWANGSA tu pn da tau best & gempak punye. barulah maju. nie kalau org luar tgk. filem m’sia ni asyik2x rempit, antu, cinta, masok disko. terok btol m’sia ni.

  61. Wan Perlis on Sun, 21st Mar 2010 1:02 am 

    adnan sempit lagi best. dalam hati ada taman

  62. MiLza on Sun, 21st Mar 2010 4:09 am 

    y ptog2 2 b’lgak baik jer..
    dia igt kita org Malaysia ni hdup bwah tmprug kot
    bnyk bnda y mrosakkn minda msuk kiri knan blkg dpn
    x tggu filem2 melayu bt aksi..
    bnyk lg filem luar y blh jhnam kn minda
    mmg ptt la filem kite cm sengal pn

  63. pak abu on Sun, 21st Mar 2010 12:07 pm 

    lepas ni cuba wat filem pasal masalah rakyat malaysia plak….mcm2 isu boleh dibangkitkan dlm malaysia ni…bukan setakat rempit je…iye x…

  64. Aby RAd on Sun, 21st Mar 2010 1:52 pm 

    byk giler kene potong. ape yg tgl? xbest la camni. aku plg benci crita yg dipotong2. konfem hilg semangat nak tgk

  65. apis on Sun, 21st Mar 2010 4:55 pm 

    kat sini aku tgk ramai gile kondem filem ni termasuk la aku
    tapi kat fb farid kamil punya la ramai kaki2 jilat siap bodek dan penuh dengan kata2 indah mengangbarkan filem v3 ni terlampau seronot

    adoi
    teruk betoi sampai tak bley beza ok ke tak cite tuh:bloody:

  66. nabil on Sun, 21st Mar 2010 5:44 pm 

    dalam hati saya ada taman :)

  67. Tiffany on Sun, 21st Mar 2010 9:34 pm 

    Kesimpulannya, SUDAH SUDAH LA BUAT CERITA REMPIT NI!!!

    Cuba la buat cerita yg berfaedah skit.
    Hentikan cerita-cerita yg tak meransang minda.
    Hentikan cerita-cerita yg tak bagi apa-apa pengajaran.
    Hentikan cerita-cerita yg membodohkan orang ramai.

    Tolong lah wahai pembikin-pembikin filem!
    Buat la filem yg berfaedah.

  68. fatimah on Mon, 22nd Mar 2010 2:11 am 

    sorry sy bukan komen pasal filem ni…komen ni ditujukan wat admin yg sgt dsyngi eheheheh…

    awat sejak dua tiga menjak ni geng2 oh media da tak rajin nak upload entri baru ek?klu dulu masa muda2 6,tujuh bulan yg lalu mmg tak kan rasa bosan ngn oh media coz evryday ader jer yg baru tapi la ni…mmmmm

    plez,make smthng b4 1 of ur fun become bored ;)

    whtever,love oh media always

    Gadis Lonely? Reply:

    Hi Fatimah. Untuk bulan ini, crew kami agak sibuk menyelesaikan beberapa project baru untuk di’release’kan berdasarkan deadline yg semakin dekat. Kami keluarkan project baru ini semua hanya untuk semua pembaca seperti anda. Dan bila ianya selesai, semua website Oh! Media akan berfungsi seperti sediakala dengan update-update terbaru. Sokongan anda amat kami hargai.

  69. jebatderhaka on Mon, 22nd Mar 2010 4:18 am 

    Filem ni tak masuk wayang lagi pun mmg dah orang melayu kat malaysia ni lingkup ..seks bebas, buang anak, buang mak bapak, rogol dan macam-macam lagi(nak sebut pun malu). yang merempit pula mmg lagi pro dari yang kita tgk dalam filem..jadi tak payah la kita nak menuding jari kat filem V3 ni. muhasabah diri sendiri dulu..dari melabelkan filem kita sampah.lebih baik bagi komen yang membina. setakat la ni V3 dah box-office dan kutipan melebihi 3 juta.

    Kalau berterusan menghentam pengarah muda macam Farid Kamil ni macam mana industri filem kita nak maju. bajet mmg la ciput setakat 1-2 juta ja.tapi kalau tak diberi peluang macam ni tahun bila dia nak maju…nak tunggu umur dia 50 baru bg peluang. pakai tak berkembang la budak tu. tak payah la nak bandingkan dengan filem luar yg keluar dengan bajet sampai 50-100 juta. kita terima saja la kalau dia dah pilih genre aksi dengan tema mat rempit. buat filem pun kena tgk juga kehendak penonton sekarang..kalau dia buat filem lepas tu rugi, aku rasa tak ada produser dah nak bagi peluang kat dia. kalau dah box-office tu ada la peluang untuk buat filem lagi…mungkin lebih baik dari V3 ni. kalau dah terer sangat mengkritik bagi la tema yang boleh buat duit kat produser filem kita…. 8)

  70. Day on Mon, 22nd Mar 2010 9:12 am 

    sokong semua kenyataan dri mulut Jebatderhaka…org Melayu di Malaysia ni pkir luas skit arrr… :)

  71. cda on Mon, 22nd Mar 2010 9:47 am 

    xde modal citer lain ker? blk2 versi highway n hantu jer…
    xla havoc mn… kalo nk try pn, wat la ln dr yg ln kan…
    so bab tiru meniru ni, phm2 jela… xle nk kt mengata mn yg btl mn ok n mn x… hope ada cite yg bkn tuk ank muda je…
    btw… be urself! ahakz!

    p/s: yanie mentor meninggal.. sakit ketumbuhan dlm paru2.. sm2 sedekahkan al-fatihah…

  72. cda on Mon, 22nd Mar 2010 9:48 am 

    MiLza.. mmg btl tu.. sengal kan.. hehehe

  73. honeydew on Mon, 22nd Mar 2010 11:15 am 

    20% dipotong?ptutnya lgsg tak jejaskan kualiti cter ni. Tapi tolonglah filem ni dh msuk dlm kategori hampeh. Jalan cter entah apa2,karya yg tak menarik lgsg harap kontoversi je lebih. Aku dh tgk okay cter ni bkn main komen je…mat2 motor yg tgk cter ni mula2 masuk wyg buat kecoh yelah cter pasal depa lastly kuar wyg lgsg tak bersuara hahaha klakar!!

  74. mimieyamor on Mon, 22nd Mar 2010 11:48 am 

    aku pun g tgk citer ne lasnyt dgn kwn aku…x best la…x pham aku… :-|

  75. ishak on Mon, 22nd Mar 2010 2:29 pm 

    sebenarnya pihak finas tu,yang membuatkan filem malaysia jadi sampah…aku heran filem luar tak ade pun diorang potong……heran betul….kalau filem orang putih nampak buah dada tak ada pun finas potong..kenapa local diorang suka potong ? aku rasa finas adalah sampah bukan filem tersebut..finas yang menjadikan filem malaysia sampah

  76. wrx133 on Mon, 22nd Mar 2010 5:37 pm 

    aku tgk aritu..
    mmg benarlah kata si penulis..

    pd aku citer ni lg best, mantap n mgghairahkn klu x dpotong oleh PINAS..wa rsa panas la bai..

    pd aku sng jer..
    g upload filem rempit v3 100%, yg xptong..
    guna blog, forum or anything..
    bak kta org tua, lubang tikus..
    pas 2 biar rakyat malaysia khususnya mat rempit download
    biar sume tgk..
    mcm filem gadoh klu x silap aku..

    amacam cara x?

  77. jebatderhaka on Mon, 22nd Mar 2010 6:10 pm 

    Finas ni mmg double standard betoi..filem omputih tak pula dipotong konon takut lari cerita..mai tang filem melayu kira nak potong ja..bukan nak fikir periuk nasi orang dah. kalau dok potong sana potong sini bukan jadi filem dah..serupa jamban tak siap la..macam mana la filem malaysia nak berkembang

  78. Edge on Mon, 22nd Mar 2010 10:41 pm 

    bersedia untuk filem rempit lagi lakonan Nabil bertajuk Kecoh Betul… Inilaaaa filem Malaysia..

  79. ZHAZALI MD YUNUS on Tue, 23rd Mar 2010 8:39 am 

    RATA RATA KAT LUAR SANA BENCI KAN REMPIT ..DAH TU BUAT PROMOSI PLAK KAT FILEM..YANG PI TU PUN GENG GENG TU JUGAK..MUNKIN BOLIH DAPAT TIP TIP BARU LEBIH HEBAT..BIASA AJE..KECEWA KOT?

  80. ANTUZZ on Tue, 23rd Mar 2010 12:22 pm 

    kalo filem luar tayang ganas2..buat derk je LPF ni..tp bila filem melayu buat aksi sket trus nk potong..susahlaa nk berkarya…
    pastu yg org kita ni mmg mostly otak tertutup sket (hahaaa)
    takkanla sbb tgk filem rempit..makin ramai yg nk merempit…bengonggg
    dulu takde filem rempit pung..ramai gak yg wat wheelie…seks bebas..buang anak…
    ni arr org kita…kalo tgk citer antu takpe lak…akidah terpesong pung sanggup duk melangut depan tv..
    bila arr nk maju…
    bagi aku FK ni mmg berbakat besar..
    kalo kita yg tak sokong dia berkarya..takkan nk suh org luar lak..
    filem sampah mcm filem indon tu ramai lak yg nk sokong.
    apepun…FK..keep up the good work!!

    kpd penerbit filem, lain kali takyah wat filem aksi..baek wat filem sundal bolong lagi senang takde potong2 :lol:

  81. putri on Tue, 23rd Mar 2010 2:11 pm 

    klu x truk xdenye nk potong2..

  82. putri on Tue, 23rd Mar 2010 2:13 pm 

    sokong FINAS..pasni kne hati2la ble nk mengarah cite.. 8)

  83. carl on Wed, 24th Mar 2010 2:08 am 

    puteri nak sokong finas cz dia tak paham hasil karya seseorg tue sangat bernilai n bermakna utk seorg pengkarya..finas potong n sekat hanya untuk filem tempatan ke??mcm mana pulak dengan filem luar misalnya??aku tgok filem luar lagi dasyat dari filem malaysia skrg nie tapi tetap jugak dilepaskan untuk tayangan rakyat malaysia..n lagi satu FK lagi bagus dari tok guru dia PARM (sape yang tak paham buat2 paham la k)..tgok hasil tok guru dia buat citer hantu aku rasa mcm nak jerit WTF je lepas habis tgok kat panggung citer hantu bodoh tue..himpunan koleksi citer hantu tapi semuanya sampah..diulangi SAMPAH!!!membunag duit penonton..so finas tolong latpis n jgn bagi tayang filem2 bodo mcm tue lagi lepas nie..n tolong jgn potong filem org n bagi kebebasan untuk pengkarya berkarya dengan hasil seni merka.. :p

  84. aS on Thu, 25th Mar 2010 11:19 am 

    apa2 hal pun, i mmg x minat citer psl rempit merempit nih…. dh byk sgt… pls la buat citer lain plak….

  85. Edge on Thu, 25th Mar 2010 8:46 pm 

    Kepada pengarah2 Malaysia ni.. Tolong leee ubah fikiran korang tu.. Banyak lagi idea2 menarik yang bole dikeluarkan untuk buat filem.. Asyik2 rempit!!!!

  86. apitkl on Fri, 26th Mar 2010 3:40 am 

    setau aku finas potong cerita nih skit jer…….bagi aku jalan cerita jer merapu btul

  87. nonie on Fri, 26th Mar 2010 12:19 pm 

    gadis lonely…ape yg awak bace 2 adalah entry bln july tahun lps…utk confirmation sila la bace paper yg baru yek..then baru tulis..farid sendri ngaku 20% terpaksa dipotong…yg 2 die sendri ckp filem die kne banned..bace yek..jgn main tulis jek…

  88. nonie on Fri, 26th Mar 2010 12:21 pm 

    gadis lonely…ape yg awak bace 2 adalah entry bln july tahun lps…utk confirmation sila la bace paper yg baru yek..then baru tulis..farid sendri ngaku 20% terpaksa dipotong…yg 2 die sendri ckp filem die kne banned..bace yek..jgn main tulis jek…

    petikan dari utusan
    Namun, mujurlah dengan bantuan penerbit filem tersebut, David Teo dan Farid sendiri telah bertemu dengan ahli Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan berbincang secara diplomasi.

    Akhirnya, dengan persetujuan semua pihak, sebanyak 20 peratus babak filem ini dipotong yang membabitkan adegan yang memaparkan aksi wheelie, wheelie-kang (angkat tayar belakang) dan cara mereka memboloskan diri daripada sekatan polis.

    Bukan sekadar pemotongan tetapi judulnya juga harus ditukar dan maka itu, judul V3: Samseng Jalanan dipilih menggantikan judul asalnya, Remp-It V3.

    Biarpun filemnya diberi klasifikasi 18 PL, Farid tetap menarik nafas lega dan memberitahu pemotongan itu sebenarnya tidak menjejaskan keseluruhan jalan cerita filem yang menelan bajet sebanyak RM1.8 juta itu.

  89. manis18.blogspot.com on Sat, 27th Mar 2010 12:06 pm 

    Buat mat rempit bertambah berlagak adalah..!
    Aku benci samseng jalanraya nih..!

  90. @SWAT on Tue, 30th Mar 2010 9:03 am 

    =( sedih bila mengenangkan industri filem kita.. dah bab ganas di potong.klu crita itu diketegorikan sbg filem aksi.. so jlan crita di mesti melibatkan ganas dan juga aksi.. tlg faham ketegori filem sblum buat potongan atau sbrg spekulasi.. kadang2 filem kita bagus.. tapi kita sendiri yang menjadikan nya ibarat sampah.. salah sapa? filem barat xda plak yg nak bising..? jgn mengukum filem kita dengan kebodohan kita sendiri.. klu suma x boleh, ganas cikit x boleh, aksi lebih cikit xboleh.. baik wat filem teletubis je

  91. rina on Tue, 30th Mar 2010 1:19 pm 

    pengarah kreatif? the minute he wanted to do another street racing movie he already falls intro copycat category. how can some of you tards say that he’s a “pengarah kreatif yang cerita dipotong” oh come on be original la, sorang buat cite rempit…sume nak buat cite rempit, sorang buat cite pakai Awie, sume nak buat cite pakai Awie, dont blame the Malaysian Authorities that our local movie tak berkembang, blame to the movie director/producer/actor yada2 la. fools. be original lah bro. all the same, cinta + sex + gaduh + tumbuk + tunjuk peha skit = the end. there was a time that people say cerita hindustan sume bleh agak, mamat jumpa awek, jatuh cinta, nyanyi bawah pokok, ada problem (e.g awek adalah sedara, mak halang cinta, bapak tak restu) then in the end gaduh2 tembak2 pastu happy ending. ha sama la ngn cite melayu skarang. please stop streotyping anymore la en pengarah2 sume. and penonton2, please grow up and demand a more original story la.

  92. pakmattempe on Wed, 31st Mar 2010 10:26 pm 

    sy dah tgok filem ni..ok la…
    drpd filem prof mamak tuh huhuhu..
    part yg sy paling suke adalh part mule2 skali…
    time mereka tgok wyg, wat maksiat dlm panggung balik tu xcident kne lnggar lori ..trburai prut ..mati katak :bloody: x sempat bertaubat,

    *xpe farid kamil, cube lg next time ye ;)

  93. MiLza on Sat, 3rd Apr 2010 3:50 pm 

    pe kate suh farid kuar snyp2 y full
    cm filem gadoh 2..
    t’kjut aku tgk..
    cm bkn filem mlysia dowh..

  94. lyna on Thu, 8th Apr 2010 12:33 am 

    bodoh gle cte ni..buang duit je tengok..bengong…!!! sapa2 yg tak tengok lg..baik jgn tengok..rugi beb!! :choler:

    lyna Reply:

    lupe nak g tau..nasib baik ade farid kamil..ahhaahahaaa

  95. Syam on Fri, 9th Apr 2010 11:03 pm 

    patut masuk ke tong sampah jer filem ni…pastu tanam dan bakar….. :choler:

  96. cenno on Thu, 15th Apr 2010 8:00 pm 

    setuju ngan rina.. tu bukan pengarah kreatif, tapi pengarah copycat yang syok sendiri.. camner nak kata filem tu memberi pengajaran moral, sedang cite tu pun dok tayang benda yang tak bermoral.. lebih banyak benda yang tak bermoral dari yang boleh dijadikan pengajaran.. mujur kena gak finas potong.. kepada farid kamil, fikirkan lah sesuatu yang baru.. barula pembaruan dan layak digelar ‘pengarah krea:bloody: tif’..

  97. spring on Sun, 18th Apr 2010 4:40 am 

    bole x pengarah mesia jgn wat psl rempit2 ???!!
    ingat bgos sgt ke rempit2 ni ? lg mat rempit bangge ad la ! bohsia2 sume bangge sbb citer psl dorang kua, seap wat filem lg ! poodahhh !

  98. elyzae on Mon, 19th Apr 2010 8:27 pm 

    korang ni jahat lar……..alaaaaaa biasa lafilm camne pun ada owang yg akn minat gak film tu…….pe laaaaa……sume ni bisa je…….cam la x penah tngk film2 yg cam ni…….kesian farid………..rmai owg bencikan film die……..tpi spe yg buat film bohsia,rempit yg m’gatal ni dose tau…………. :D ;) 8)

  99. PaKciK on Tue, 20th Apr 2010 11:28 pm 

    pado den indah kabo dr rupo…
    tp apow kn dayo…
    apow2 pown tahniah kat farid kamil sal ley wat gak cite…

    P/S:anda yg kutok ley ke wat? :D :D

  100. Anak Kedah on Sat, 24th Apr 2010 7:18 am 

    Apa la angpa smua ni..cm mna filem m’sia nk maju kalu dh rkyatnya mgutuk smpai x mau2..kpda pengutuk2 tu cermin kan diri anda dahulu sblm anda mgutuk hasil kerja org len..kpd cik rina, kalu dh anda pndai sgt..sy nk calonkan anda jadi pengarah baru..ADA MAU KA..????

  101. syamimi on Wed, 28th Apr 2010 4:42 pm 

    mat rempit ni bleh mnjatuhkan maruah ibubapa mereka???? mereka x fikir bhawa negara memerlukan pemimipin yang cerdik pintar pada masa akan datang????

Beritahu kami apa yang anda fikirkan.. jeng jeng jeng! Tapi AWAS!!
Sebarang komen yang tidak manis, tanpa kompromi akan dipadam.





:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:



Respon mungkin ditapis dahulu. Jadi tak perlu submit dua kali ya. Jika terdapat apa-apa error selepas anda submit sebarang komen, sila refresh page tersebut. Jangan klik back kerana tanpa refresh, komen anda masih belum diterima kami. Dan ingat, Oh! Artis tidak mengamalkan chatting di bahagian komen. Sebarang respon yang tidak berkaitan artikel akan dipadam sama sekali. Kami mengamalkan kualiti dan bukannya kuantiti.

Auto sistem kami akan menapis respon jika:
- Komen mengandungi bahasa kesat atau mencarut.
- Komen mengandungi Link Promosi web/Affiliate
- Nickname pelik seperti "gambar panas, klik sini"
- Email yang tidak wujud seperti aaa@aaa.com

* Komen anda di bawah tanggungjawab anda sendiri [disclaimer]

Blog Widget by LinkWithin