(Gambar) Sekitar Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2009/2010

Minggu lalu telah berlangsung Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) untuk tahun 2009/2010 sempena ulangtahun ke-25 tahun Media Hiburan hadir memeriahkan Industri hiburan tanah air. Anugerah ini tidaklah sebesar Anugerah Bintang Popular atau Anugerah Juara Lagu, tapi boleh tahan ramai jugalah selebriti yang datang untuk memeriahkan majlis. Anugerah ini berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. (Balik dari Saloma Bistro, boleh jalan kaki pergi Zouk kejap ye tak? Tak gitu artis-artis sekalian?)
Berikut adalah senarai pemenang anugerah yang tersedia pada hari tersebut.
1. Artis Lelaki Paling Bergaya – Anuar Zain
2. Artis Wanita Paling Bergaya – Erra Fazira
3. Artis Lelaki Berkulit Cantik – Dafi
4. Artis Wanita Berkulit Cantik – Siti Nurhaliza
5. Artis Lelaki Mata Mengancam – Dr Fadzley
6. Artis Wanita Mata Mengancam – Rozita Che Wan
7. Artis Lelaki Hidung Memukau – Jimmy Shanley
8. Artis Wanita Hidung Memukau – Rita Rudaini
9. Artis Lelaki Gigi Tercantik – Diddy AF
10. Artis Wanita Gigi Tercantik – Lydia Ibtisam
11. Artis Lelaki Bibir Seksi – Norman Hakim
12. Artis Wanita Bibir Seksi – Linda Onn
13. Artis Lelaki Rambut Menawan – Anuar Zain
14. Artis Wanita Rambut Menawan – Fouziah Gous
15. Artis Kacak – Kamal Adli
16. Artis Jelita – Diana Danielle
17. Pesona Artis Baru – Scha Al Yahya
18. Artis Lelaki Paling Sensasi – Azwan Hj Ali
19. Artis Wanita Paling Sensasi – Abby Abadi
20. Anugerah Khas Media Hiburan – Siti Nurhaliza
21. Anugerah Penghargaan Istimewa Media Hiburan – Ramlah Ram
Petikan Akhbar Sinar Harian.
Siti Nurhaliza, Anuar terima dua anugerah PPMH09/10
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menjadi penerima Anugerah Khas dalam Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2009/10 (PPMH09/10) anjuran majalah hiburan popular tanah air, Media Hiburan, terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
Beliau juga turut terpilih sebagai pemenang kategori Artis Wanita Kulit Tercantik dalam majlis yang berlangsung dengan gilang-gemilang di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Anuar Zain menjadi artis kedua selepas Siti yang berjaya menerima dua anugerah dalam dua kategori iaitu Artis Lelaki Paling Bergaya dan Artis Lelaki Rambut Menawan.
Penyanyi senior, Ramlah Ram pula sebagai penerima Anugerah Istimewa PPMH.
Anugerah PPMH yang mula diperkenalkan sejak tahun 1996 itu bukan sahaja bertujuan untuk menghargai dan meraikan golongan artis tetapi juga memberi peluang kepada peminat untuk mengundi artis kegemaran mereka.
Sebanyak 19 kategori dipertandingkan dan keputusannya adalah seratus peratus di tangan pembaca yang membuat undian sejak awal menerusi borang PPMH dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).
Semua Pemenang PPMH menerima hadiah berupa trofi dan hamper.
Majlis yang dihadiri ramai barisan artis popular tanah air seperti Erra Fazira, Umie Aiza, Scha Al-Yahya dan Diana Danille sempena meraikan ulang tahun ke-25 Media Hiburan sebagai majalah hiburan nombor satu tanah air.
Turut hadir, Penerbit Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin, Pengurus Saloma Bistro, Mohd Yazid Abd Aziz dan Pengarah Urusan Kumpulan One Drop Perfumes, Josafri Johari.
Dihoskan oleh dua pengacara sensasi, Along Raja Lawak dan Didie Alias, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada One Nation Emcees, Elyana, Fabulous Cat, Adam, Alyah, Shiela OIAM, Black dan Ramlah Ram.
Dan berikut adalah gambar suasana dan keadaan semasa Anugerah berlangsung.
































+ Thanks Redpeanut.
(Panas) Adik Pengacara RTM bangga bersalib
April 29, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Kami ada terima maklumat yang gambar berikut ni adalah adik kepada pembaca berita dan pengacara TV1 (nama dirahsiakan). Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui tetapi melihat nama si empunya badan, memang sama nama bapanya dan muka pun boleh dikatakan “kembar seiras” yang tidak lebih dan tidak kurang.


Yang menjadi isunya, kami tak hairanlah golongan-golongan macam ni lebih prefer untuk jadi hamba hidup cara kebaratan. Tapi janganlah sampai pakai rantai salib tapi masih bangga dengan nama Melayu Islam tu. Pergi la tukar nama jadi Paula Abdul ke, Abdul Paula ke. Kan? Read more
(Gambar) Lan Pet Pet gurau kasar nampak?
April 28, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Selebriti
Alahai Lan. Gambar di bawah adalah gambar Lan Pet Pet yang niat asalnya nak bergurau dengan Wangi The Fabolous Cat, tapi dilihat agak tidak senonoh. Dengan gaya muka kaki peraba dan si perempuan gaya terkejut di raba. Macam lah dah tiada perkara lain yang boleh dibuat gurau kan?

Teringat kisah beberapa tahun lalu pabila Lan Pet Pet bergurau kasar di sebuah bank di ibu negara. Lan yang tiba-tiba masuk ke dalam Bank, dengan tiba-tiba menjerit (lebih kurang) “Semua jangan bergerak! Angkat tangan!!” yang kemudiannya mendatangkan kemarahan mereka yang ada di Bank tersebut. Ingatkan ada rompakkan ke apa. Ini cerita kami dengar dari telinga ke telinga. Tak tahu la sejauh mana kebenarannya. Read more
(Gambar) Syarul Ezani pelakon KAMI dan Kekasih
April 27, 2010 by Mr XY
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Kepada peminat series dan juga filem KAMI, pasti kenal sangat dengan watak Ali dalam cerita tersebut. Teman baik kepada Abu (Nas-T) yang sangat kool dan macho pada luarannya, tetapi tertekan dengan masalah keluarga. Dalam entri ini, khas kepada peminat “Ali”, we all nak show off wajah kekasih di alam nyata beliau.

Maklumat lengkap mengenai kekasih Syarul Ezani tak pula diketahui secara detail. Cuma apa yang pasti, gadis comel tersebut belajar di tempat yang sama dengan Ezani iaitu di HELP University College. Kalau anda peminat dia, carilah sendiri.

* Syarul Ezani (Ali) paling atas sekali.
Extra – Syarul Ezani dalam Kami The Movie
+ Thanks Nur Amira.
OHARTIS: DAH LAYAN FILEM KAMI LEBIH 5 KALI TAPI MASIH RASA NAK LAYAN LAGI. SIAPA NAK JAWAB? ABU MATI…
(Panas) Benarkah Amylea Azizan dah lupa daratan?
April 26, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Akademi Fantasia, Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan, TV

Kelakar! Itu sahaja yang terpacul dari mulut bila melihat screenshot di atas. Bukan apa, kepada Amylea Azizan, tak salah jika anda ingin membenci Akademi Fantasia kerana kebanyakkan dari kami semua pun memang membenci Akademi Fantasia yang semakin-lama semakin tidak berisi. Tapi sebelum anda buat sesuatu, beribu mata sebenarnya memandang even di Facebook.
Rasanya satu Malaysia mengenali Amylea Azizan dari rancangan Akademi Fantasia musim ketiga yang ketika itu dimenangi oleh Mawi yang sudah tidak WORLD langsung sekarang ni. Siapa tak kenal Amylea Azizan ketika itu, seorang gadis tidak seberapa tinggi berasal dari Langkawi dengan rambut ala Mamee Slrrppp (anda juga jadi model Mamee Slrrppp selepas itu).
Mungkin Amylea Azizan lebih disenangi orang memanggilnya sebagai Amylea OIAM maklumlah selepas tidak berapa menjadi dengan AF, Amylea Azizan mencuba nasib dalam One In A Million musim ketiga. Semua orang hormati keputusan anda tetapi untuk anda join kelab anti-AF betul-betul menunjukkan yang anda sangat kelakar! Sungguh!
Apapun mungkin juga ada sesuatu yang tersembunyi disebalik apa yang dilakukan Amylea. Itu Amylea perlu jawab sendiri kenapa dan mengapa. Read more
(Gambar) Majlis pertunangan Aziz M Osman dan Puteri Lily
April 24, 2010 by Mr XY
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan

Disember lalu, kami pernah mengeluarkan artikel mengenai saham Aziz M Osman yang masih tinggi apabila tersebarnya gambar Aziz bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Puteri Lily Lokman yang juga anak kepada seorang pengarah teater, Lokman Ghani Lokgha. Gambar tersebut disokong apabila Aziz M Osman diluhat bergandingan dengan Puteri Lily ketika berlangsungnya Anugerah Skrin 2009 (ASK09).


Dan pada 18 April lalu, berlangsung majlis pertunangan antara Aziz dan Puteri Lily. Read more
(Panas) Isu Halimah Jongang dan Fatimah Juling menghina agama
April 23, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Local Drama, Panazzz, Selebriti, Tempatan, TV

Bermulanya dengan cerita komedi Halimah Jongang. Kini terbit pula cerita Fatimah Juling Halimah dan Fatimah adalah dua nama yang besar dalam sejarah Islam. Kedua-duanya adalah wanita yang hebat dalam sirah perjuangan Rasulullah s.a.w.
Halimatussaadiah adalah ibu susuan Rasulullah . Manakala Fatimah adalah anak baginda Rasulullah s.a.w. Saidina Fatimah begitu cintakan Rasulullah sehingga kewafatan Saidina Fatimah begitu dekat dengan kewafatan Rasulullah.
Kenapa penerbit filem di Malaysia tidak begitu menjaga sensitiviti Islam. Walaupun sekadar nama tetapi sewajarnya menceritakan tauladan agung dua nama serikandi ini. Apakah penerbit filem ini tidak begitu mengetahui kedudukan wanita dalam Islam. Sehingga begitu mudah melahirkan idea yang tidak bernas ini? Read more
(Gambar) Hubungan Ramona Zamzam dan Sahee Shamsuddin
April 23, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Kami menerima email bertanyakan soal hubungan antara Raminza Zamzam dan Sahee Shamsuddin. Sejauh mana hubungan mereka seperti yang digembar-gemburkan. Apapun kami sendiri tak dapat nak pastikan selain kenalah bertanya pada tuan badan sendiri.
Sahee Shamsuddin pelakon baru yang meningkat naik. Siapa yang follow Penunggu Gunung Raya, kenallah mamat ni. Boleh tahan dia berlakon. Kira hebat jugalah dan boleh pergi lebih jauh lagi. Ramona Zamzam pula, pelakon tambahan dalam filem 2 Hati 1 Jiwa dan Nana Tanjung (rajin Prof Media tu amik dia ye?).
Apapun kalau ada yang masih ingat, we all pernah keluarkan satu artikel tahun lepas mengenai beberapa gambar yang menggambarkan Ramona Zamzam ni seakan-akan seorang lesbian. Tapi itu semua mungkin hanya gambar atau posing mengada-ngada secara beramai-ramai.
Berikut email yang kami terima. Read more
(Terkini) Achik Spin Meninggal Dunia dalam Kemalangan
April 17, 2010 by Mr XY
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Guys, kami di Oh! Artis diberitahu sebentar tadi, Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md Shari, 28 tahun telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) berhampiran Perhentian Nilai, PLUS kira-kira jam 6:15 petang tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2, dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya.
Arwah tercampak dari kereta dan maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah hampir diseluruh badan. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta sebelum kebakaran bermula. Berita lanjut mengenai kemalangan ini, kami akan update kemudian.
Arwah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.
UPDATE:






+ Gambar milik rakan media kami, OndScene @ Bro Syam.
Video Semasa Kejadian
In Memory Forever | Spin – Janji Kita
In Memory Forever | Spin – Mengusung Rindu
OHARTIS: KAMI MEMBESAR DENGAN KEMERDUAN SUARA ARWAH. MEMANG SANGAT SEDIH DAN TERKEJUT. SEMAKIN HARI MAKIN RAMAI INSAN SENI PERGI MENINGGALKAN KITA. ADAKAH INI SURATAN ATAU KEBETULAN? WALLAHUALAM. KEPADA KELUARGA ARWAH DAN ISTERI TERCINTA, TABAHLAH MENGHADAPI DUGAAN INI. ACHIK, PEMERGIANMU KAMI IRINGI DENGAN BACAAN AL-FATIHAH DAN SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. REST IN PEACE, ACHIK
(Panas) Iqram Dinzly melamar Fouziah Gous di Twitter
April 15, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Buat peminat kepada dua orang pelakon berbakat yang sedang hangat bercinta, tak lama lagi pasti akan ada berita gembira untuk korang di mana telah kelihatan Iqram Dinzly cuba melamar Fouziah Gous secara terbuka di Twitter. Biarpun ianya seakan-akan satu gurauan, tetapi bagi kami, Iqram benar-benar maksudkannya. Apapun kami rasa memang dah sampai masanya untuk mereka berdua melangkah ke satu lagi alam kehidupan memandangkan usia masing-masing yang semakin meningkat. You’re the man Iqram!

Kemudiannya di balas oleh Fouziah..

OHARTIS: SERONOK MELIHAT KEHIDUPAN MEREKA YANG BERCINTA LEBIH-LEBIH GOLONGAN SELEBRITI. APAPUN KAMI TAKNAK SEBUT APA YANG SELALU JADI DALAM HUBUNGAN SESAMA ARTIS NI CUMA MAMPU NASIHATKAN, BINALAH SEBUAH MASJID YANG SUCI DAN BUKANNYA DIPENUHI KEMAKSIATAN KERANA ITU YANG MENYEBABKAN KERUNTUHAN MASJID YANG TERBINA INDAH.



















