Oh! Artis

  • FacebookFacebook
  • TwitterTwitter
  • YoutubeYoutube
  • Google+Google+
  • Utama
  • Kami
  • Hubungi
  • Site Map
  • Iklan
  • Selebriti
    • Tempatan
    • Antarabangsa
    • Indonesia
  • Panazzz
    • Menarik
    • Bikin Panas
  • Gosip
    • Kisahnya
    • Cari Pasal
    • Gambar Artis
  • Gallery
  • TV
  • Kahwin
  • Muzik
  • Promosi
  • Umum
    • International Event
    • Isu Semasa
    • Gambar Menarik
  • Editorial
  • Wayang
    • Most Popular

      All time

    • Adegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli

      892 Comments

    • Tuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah

      809 Comments

    • Latest Stories

      What is new?

    • Apa Yang Best Akademi Fantasia 2013?

      May 24, 2013

    • Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon

      May 24, 2013

    • Comments

      Most Recent

    • AFUNDI on:

      Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon

    • AFUNDI on:

      Apa Yang Best Akademi Fantasia 2013?


shifra-hijab
JustDealMy
whitebeauty

88

Bikin Panas · Panazzz · Selebriti · Tempatan · TV

(Panas) Isu Halimah Jongang dan Fatimah Juling menghina agama

  • by Gadis Lonely?
  • April 23, 2010
  • Tweet
  • Share
  • Email
  • Tweet
  • Share
  • Email

fatimah-juling

Bermulanya dengan cerita komedi Halimah Jongang. Kini terbit pula cerita Fatimah Juling Halimah dan Fatimah adalah dua nama yang besar dalam sejarah Islam. Kedua-duanya adalah wanita yang hebat dalam sirah perjuangan Rasulullah s.a.w.

Halimatussaadiah adalah ibu susuan Rasulullah . Manakala Fatimah adalah anak baginda Rasulullah s.a.w. Saidina Fatimah begitu cintakan Rasulullah sehingga kewafatan Saidina Fatimah begitu dekat dengan kewafatan Rasulullah.

Kenapa penerbit filem di Malaysia tidak begitu menjaga sensitiviti Islam. Walaupun sekadar nama tetapi sewajarnya menceritakan tauladan agung dua nama serikandi ini. Apakah penerbit filem ini tidak begitu mengetahui kedudukan wanita dalam Islam. Sehingga begitu mudah melahirkan idea yang tidak bernas ini?

A. Kelebihan wanita daripada Lelaki

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda:

“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

B. Anak Perempuan lebih istimewa

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

halimah-jongang

C. Kelebihan Ibu

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

D. Kelebihan Taat Kepada Suami

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Ibunya.”

E. Ibadah Wanita;

13. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

F. Keistimewaan wanita Dalam melahirkan dan menjaga Anak.

15. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

Fikir-fikirkan lah….wahai mereka yang berakal……

Oleh,
Muhammad Aliffudin B Ramlee [blog]

OHARTIS: DALAM ISU INI, BAGI KAMI MUNGKIN NAMA YANG DIGUNAKAN HANYA KEBETULAN SAHAJA TAPI SEPATUTNYA JANGAN JADIKAN KEKURANGAN ORANG SEBAGAI HIBURAN. APAPUN YANG BUKAN KEBETULAN, MENGAPA TV3 MENGGALAKKAN ORANG UNTUK MELEWAT-LEWATKAN SOLAT MAGHRIB ATAUPUN LANGSUNG TIDAK SOLAT MAGHRIB DENGAN SENGAJA MENAYANGKAN CERITA-CERITA YANG MENARIK PADA WAKTU 7 HINGGA 8 MALAM? DITAMBAH PULA, UNTUK CERITA “NENEK KEBAYA” IANYA DITAYANGKAN PADA JAM 7 MALAM DA SENGAJA TIDAK DILETAKKAN IKLAN LANGSUNG! APAPUN KITA MASING-MASING, PANDAI-PANDAILAH MENJAGA IBADAH UNTUK DIRI SENDIRI DAN DALAM ISU INI, KAMI KECEWA DENGAN SIKAP TIDAK PRIHATIN TV3.

Tags: fatimah julinghalimah jongangisu astro hina agamaisu drama hina agamaisu fatimah julingisu halimah jongangisu tv3 hina agama


— Gadis Lonely?

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri. Pernah menjadi pengurus seorang artis dan mengetahui terlalu banyak rahsia artis di dalam industri ini. Gemarkan Pop Corn melebihi nasi dan sentiasa amalkan minum air suam untuk kekal menarik. Heh!

  • Previous story (Gambar) Hubungan Ramona Zamzam dan Sahee Shamsuddin
  • Next story (Gambar) Majlis pertunangan Aziz M Osman dan Puteri Lily
88 comments
  Livefyre
  • Get Livefyre
  • FAQ
Sign in
+ Follow
Post comment
 
Link
Newest | Oldest
sukar hamil
sukar hamil 5pts

mcm2 la skrg ni..tuhan dah bagi cukup sifat,nk buat juling2 plak..ishhh.

fatimah
fatimah 5pts

nama sy fatimah n ble dgr lgu fatimah juling je kwn2 akn ejek..tp coz sy da t'keluar dari alam kanak2 yg cpt terase klu ad org ngejek diorg, so sy x rase pape la..ala just kwn2 nk suka2 aje..
tp sy pk, klu la bdk2 nme fatimah yg kne ejek ngn lagu ni, mst nangis..walaupun diorg x juling, n nama yg mulia, tp tiba2 x psl2 kne ejek jdi juling..n klu mmg btol la dia juling, pergghh mmg nangis ah bdk2 tu ka..sian diorg

tengkorakbersih
tengkorakbersih 5pts

komen 1:

kejayaan utk pembikin lagu halimah jongang kerana lagu beliau dapat menyakitkan telinga orang2 yang bergigi jongang dan menterasahatikan orang2 bergigi jongang.

komen 2:

lagu halimah jongan tu tak sesuai diputarkan kerana gabungan nada intonasi dgn lagunya lebih kedengaran seperti nada/irama mengejek, menyindir. bukan utk menghibur.

komen 3: ada beza antara hiburan dan ejekan..sindiran dan pujian.. semoga kita selamat dunia akhirat..

wateve
wateve 5pts

:cool: :choler: :aie: :beurk: erm..no komen..

dabozz86
dabozz86 5pts

oopppp...cupp cupp...kowg nie sebenarnyer kene paham..kiter bercerita pasal MENJAGA SENSITIVITI....aku nak tanyer org2 islam y slalu lepak n bagi komen...kalau bukan org islam sendiri yang jage sensitiviti agama islam dan semua y berkaitan agama samada nama2 ker,,undg2 ker,,,istilah2 ker... walima apa sekalipun..SAPER LAGI NAK JAGE?...BRO...lu nak suruh org cina ke jage? india jage? hiburan tetap hiburan..tak salah berhibur tp biar ada batasnyer...

biboo
biboo 5pts

bg aku mmg menghina...n 1 lg, klu org jongang 2 ubah gigi dia, p wat rawatan suma, itu bkan 1 dosa..dia bukan mengubah ciptaan tuhan..jongang nie satu kecacatan gak sebenarnya.bleh terjadi lpasa exciden or pape ja..so, klu dah ada rawatan yg bleh kasi elok blek, ia x berdosa..

btolkan sya klu sya slah

akazuma
akazuma 5pts

ada gak unsur kebaikan kat dalam cerita nih. cuma kita tak sedar aje. 8)

rayban wayfarer
rayban wayfarer 5pts

haiii apa nak jadi la agama jgan persendakan

smsfever
smsfever 5pts

aku layan je smua cite janji korg punya akal sendiri nk menilai baik buruknya...nama pun cerita xde kena mengena ngan yg hidup atau pun mati...kalu x suka xyah tgk n snyap je...kalu rasa2 nk jd baik sgt duk la kat surau @ masjid 24 jam...

Walcott
Walcott 5pts

hanya pada nama, anggaplah ianya sekadar hiburan

Siapa?
Siapa? 5pts

tv3 atau tv2 lain patut buat cam astro oasis...time waktu solat dia wat zikir, do`a...barulah manfaat...klo orang yng xleh solat bleh dengar dan menghayati zikir...media2 patut memainkan peranan dalam menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada membuat kemungkaran...klo media2 menyeru ke arah kemungkaran..dioranglah yang akan mendapat dosa setiap penonton yng menonton tv time waktu solat begitu juga orang yang menonton saling memberi dosa..bayangkan pasti ramai yang menonton cerita yang xberfaedah yng dikeluarkan oleh media...jadi setiap dosa penonton yng melihat tu akan berganda dan disalurkan kepada yang mengeluarkan cerita tu secara langsung dan dosa yng tersembunyi ini xkan disedari oleh tuannya sehingga hari kiamat...tv ni pun boleh dikatakan dajjal...ramai manusia sekarang meng~illah~kan tv kerana mementingkan tv daripada melaksanakan perintah Allah...

leihino_18
leihino_18 5pts

@ anak ibu - terharu membaca kisah anda. kadang2 perkara mcm ni boleh jadi kecil untuk sesetgh org, manakala besar untuk orang lain..

teropong
teropong 5pts

8) LOR... SETAKAT NAMA JER PUN MENJADI ISU KAH? MACAM TAK ADA TOPIK LAIN NAK DI JADIKAN ISU..... HAMPEH TUL.......... TU LAH SESETENGAH ORG MALAYSIA. FIKIRAN TERLALU SEMPIT. CARI JER CRITA LAIN. TAK YAH NAK BUKA TOPIK SAMPAK MCM NI.......... SENSITIF TUL......... :choler:

anak ibu
anak ibu 5pts

assalamualaikum…..hurm sy amat tertarik dgn komen2 dari anda2 semua.
buat pengetahuan semua sy ni tergolongan dari kalangan insan yg kurang bernasib baik.mata saya tidak sempurna seperti yang lain.sungguh berat utk mengatakan yang saya ni juling sbb sy benci dgn perkataan itu.bukan niat utk melawan takdir tuhan sekalipun tidak pernah terdetik d hati sy utk menolak anugerah kurniaan tuhan ini.tetapi sy sudah penat.penat menerima ejekan dengan panggilan itu.sy berumur 20 tahun lebih.semasa sy d bangku sekolah lagi kawan2 sekolah serta rakan2 lain sering mengejek saya dengan panggilan itu.dan macamana perasaan sy ketika itu tuhan sajalah yang tahu.betapa terlukanya hati sy dgn cacian itu.setiap kali pulang dari sekolah sy diejek dan sy maklumkan perkara ini kepada ibu sy.suatu malam pada zaman kanak2 ketika itu semasa sy ingin tidur ibu sy mengusap ubun2 sy dan berkata ‘anak kenapa la nasib kamu macamni’….saat ini mengalir airmata sy mengenangkan kisah itu.sy x dpt bayangkan bagaimana perasaan ibu sy pada waktu itu setelah anaknya diejek oleh rakan sekolah angkara ketidaksempurnaan nya.bukan terniat d hati ibu sy utk melahirkan anak yang kurang bernasib baik ini.hanya ALLAH yang maha kuasa tentukan segalanya.kecewanya ibu sy bila dpt tau anak kesayangannya sering menjadi bahan gelak tawa dan ejekan dari orang lain…..setiap hari sy lalui waktu kecil sy dengan pahit sekali.sy slalu berjalan tunduk d sekolah utk mengelakkan dari pelajar lain mentertawakan sy…sehinggakan apabila masuk universiti dan kawan sy menegur sy.dia berkata…’macammana la kamu nk jadi engineer kalo mata kamu macamini’.kata2 itu sedikit sebanyak mematahkan semangat sy utk belajar d sana…alangkah baiknya jikakalau si a.aida tu dpt rasa macamana perasaan orng seperti sy ni rasa apabila ketidaksempurnaan diri ini menjadi bahan ketawa orng ramai .tidak mungkin sama sekali die akan bikin cerita ini….sy baru saja tahu pasal cerita fatimah juling ini.dan sy amat takut.takut jika lagu atau apa yg terkandung dlm drama ini menjadi suatu bahan ejekan utk sy dan pada mereka yg tidak brnasib baik seperti sy ini.sudah cukuplah kami menderita dengan ejekan sebegini…..perasaan ingin menjadi seperti orang yg sempurna tetapi apabila orng ramai bercakap tentang perkara ini segala kepercayaan pada diri sedikit sebanyak hilang…sudah cukuplah utk saya dan utk kami yg tidak sempurna ini menerima ejekan sblum ini..bukan utk meraih simpati tetapi kasihanilah kepada kami yang tidak seberapa ini….janganlah kelemahan pada diri kami ini menjadi bahan utk kamu mncari publisiti tanpa memikirkan nasib kami…..wassalam.

bee
bee 5pts

korang ni..kena faham ini cuma lah hiburan dalam televisyen..bukan benar pun..kalau ada salah ambil pengajaran..yang baik jadi teladan..sudah namanya hiburan,jadi lakonan dalam televisyen menghiburkan penonton..suka,tengok lar..tak suka jangan tengok..tak payah nak panjang membebel..

1.filem luar kadang-kadang ada juga sentuh hal agama tak juga korang membebel panjang-panjang macam ini..

2.filem luar ada juga yang meniru kekurangan manusia dan dijadikan bahan lawak dalam filem..korang tak membebel pun..sebaliknya jadi bahan cerita lawak korang dengan kawan-kawan..korang ketawa filem luar tapi tak terfikir pun apa yang korang fikir tentang drama ini..fikir lar sendiri..

oh artis..jangan main sedap lain kali letak tajuk yang akan memanipulasikan fikiran masyarakat..salah cakap bahaya geng,jangan ikut sedap letak tajuk macam ini..kalau yakin dan pasti ada sonsangan dan dipersetujui orang-orang yang sepatutnya atas persetujuan bersama maka baru lah dibuktikan kepada masyarakat...ambil teguran membina ini...

momu
momu 5pts

aku suke tgk gelagat manusia

yg bercerita pasal tajuk ngan comment OHARTIS
yg isi A sampai Z aku tgk x da berani cerita....

bg aku suke artikel ni sbb bg aku benda ni nasihat...
sbb tu baca dan faham..bkn baca pastu membuta tuli post
nama halimah ngan fatimah tu nama besar dlm sejarah islam

ni aku tgk ni siap wat cth nama NABI MUHAMMAD dgn penjenayah

pakai otak beb....setiap org bila lahir mesti ada nama...
ada nama yg sama itu mmg x leh dielak mmg realiti hidup mmg cm ni
ko tau beza lakonan ngan realiti x??kalo belakon apa2 nama pn boleh pakai
sedih tgk org seagama aku cm ni kasi cth x membina....akai ada ka??

Sang Suria
Sang Suria 5pts

Halimah jongang
Fatimah juling
Jamilah pekak plak pasni

p/s:maaf sy bermaksud apa2 dgn nama di atas... sokong article nih, dorg tak research, main buat je drama, kire unak untung lebih la tuh... :o:

kiut
kiut 5pts

plik la..bnde cm nie pn nk jd isu...tah pape jek..
npe kalo cite2 yg berlakon jadi pelacur ke...pmpuan penggode ke..x jd isu ngn nme yg d gunakn...
stp nme de mksd nye...
kalo x nk snth sndtiviti mne2 pihak...
lps nih...cite melayu letak nme pkai abjd jek...
mcm A,B,C...
kejp lg..pkai nme bunge..tmbul isu bunge 2 ciptaan maha esa lak...
:)

Budak Mantap
Budak Mantap 5pts

wah komen sume penuh dgn info2...ade gak yg mcm emosi...tp aku pon setuju kalau pasal jongang2 ni x menjadi bahan hiburan..rasenye bnyk kesan negatif drp kesan positif...

perdana
perdana 5pts

aku setuju ngn AWE N BOTAKSSS..org melayu suke membuat andaian yg x munasabah..walupun name HALIMAH n FATIMAH 2 name besar,,tp ade name2 2 jugak yg keje jd pelacur...so mcm mane?jgn tau ckp je..bukan pd name tp pekerti yg baik di pilih..tgk MUHAMMAD..bukan ke name nabi junjungan kita?tp yg pakai name 2 jgk yg jd penjenayah..lbh baik perbetulkan diri kite dr kite duk mencari kesilapan org lain...dlm bab tv3 plak..pd aku bkn tv 2 yg salah,,org yg melihatnye salah..sembahyang kite yg buat bkn nanti di suruh atau di ingatkan..dah tau masuk waktu gie lah buat..bkn lame nye pun paling lame 15mnt..pastu tgk lh nk tgk pun..AKAI ADA KA?????cakap bodoh kang marah..sedih aku ngn bangsa aku sendiri..sembhyg pun nak kene TV yg ingt kan!!!!

Lady D
Lady D 5pts

Alahai. Cuba lah buka luas sikit minda anda semua
Saya rasa yang lebih diberi penekanan di sini adalah kemuliaan seorang wanita
Kenapa harus nak fokus pada teguran penggunaan nama itu semata-mata?
Tak boleh ke tumpukan bacaan pada kelebihan seorang wanita?
Apa nak jadi kalau benda yang baik pun nak dipertikaikan?
Pendapat jujur saya, saya pun tak suka cerita2 tu -__-"
Dan setuju dengan sikap kurang prihatin pihak TV3.
Tapi sepatutnya sebagai umat Islam, penonton itu sendiri patut fikir apa yang baik. Takkan nak tunggu ditegur baru nak solat

Hmmm...
Hmmm... 5pts

Mungkin isu ni bkn tentang tajuk telemovie nie tapi pasal lagu dia yg menjadi siulan..Tapi, klu diamati lirik lagu dia x teruk sgt. Cuma jd bahan sindiran anak2 muda.

Apapun, itu tugas org2 dewasa utk membimbing anak2 muda ni menjadi anak yg Terpelajar..Bukan kurang Ajar..
Movie dia byk pengajaran supaya jgn hina org, jgn merendah2kn org, jgn jd tamak, jaga tingkahlaku..tp itu ja la..tajuk tu mgkn x sesuai..

Mcm cerita Cik Siti Wan Kembang waktu zaman 90an dulu tu, psl budak gemuk yg asyik disindir sbb kegemukkan dia.. Bila besar jd wanita yg cantik la..mcm Halimah Jongang ni jgk la..

p/s: Dulu lg teruk.. Xda tajuk Jongang atau Juling tapi klu rosak gigi skit kaitkn dgn Mr.Os..Tp Mr.Os msh blh survive jgk waktu tu..Ramai peminat lg..Dulu Sekarang..Xda beza pun..

cda
cda 5pts

nk wat cerita tp x kena ngan tjk..
mmg xblh diterima apbl nm Fatimah n Halimah digunakan... wlpn bertjuan x menghina tp penggunaan nm sgt sensatif...
nk wat ktw pn xdela smpi kaitkan nm2 mulia ni...
kejadian ALLAH.. knp kt nk hina? kalau kita hina kejadian ALLAH, bermaksud kt menghina ALLAH.. nk wat ktw pn xderla smpi terfikir idea nk wat citer mcm ni...
wlpn bertjuan utk menyedarkan msyrkt, tp tjk citer mmg x bgs... so, fikir sendiri la... bkn jd isu di cni je, tp isu ini dipandang serius oleh ahli agama... :D

Chikugnya
Chikugnya 5pts

Ha ha... Aku ada juga tertengok drama ni. Tapi masa menonton drama ni rasa enjoy saja. Sebab memang sengaja dikelakarkan dan nak buat orang ketawa. Tak terfikir pula nak kaitkan dengan penghinaan ker apa ker.. Tu lah... manusia ni kan macam2 jenis dan pandangan. Kita fikir begitu... maka begitulah jadinya... kalau kita fikir begini... maka beginilah... jadinya

ah ah sijamal.....
ah ah sijamal..... 5pts

apa plak nak disalahkan tv3...da tau stesen tv3..ni perosak ahklak..tak payah nak salahkan lagi...bergantung pada diri kita sendiri..nak sembahyang atau tak...ornag tak sembahyang..neraka le jawabnye oiiii hwe he

renzzzz
renzzzz 5pts

kalo dulu2 nama gelaran spt zainal botak, si anu tempang, si anu bongkok, si anu buta (tak ingat dah nama2 gelaran tu) tidak plak dipertikaikan... skrg kerana drama tu popular, ada la plak org mempertikaikan....saya rasa ini kes org jelesss la kat drama tu ....

hp
hp 5pts

rilex k....mmg klu difikirkan isu name 2, mmg la korg akan rase macam menghina kan...kenape x guna laen la...name julia ke...name ros ke...name juwita ke.....tp, korg tao ke sebena-benanye isi kandungan citer nie?....x sume y comment kt cnie tgok cte nie..aku tao laa...pasal aku tgok...mmg klu de org y jongang dgr lagu nie, mungkin sesetengahnya akan terase...itu depend pade org 2 sendiri la kan...klu da beso 2, pandai la pkir kan...nk terase pasal tajuk cter?...matang cket...klu budak2, mmg la dorg xley pkir panjang...itu tugas org y da beso la ajo diorg...cter mmg bagi satu pengajaran la....jgn pilih org bedasar paras rupa...atau dari segi luaran sahaja...dan jongang atau juling itu, adalah salah satu sifat luaran y ade pade mnusia kan....klu x, xde la peribahasa, Don't judge a book by its coveR',....amek la pengajaran dari isi citer nie...sbab mmang ramai manusia y suka memilih sesuatu bedasarkan sifat luaran...temasuk aku juga pon...itu p0int y penting lam hal nie....bukannye name y digunakan atau tajuk cter ke pape....fikir dalam2 sket...aku x blaja agama smpi bepuluh taon p0n, tapi, aku ade pegangan agama y boleh dikatakan kuat jugak la drp perkare y simple2 je...itu y membentuk diri kita...len la klu cter nie mmg xde moral langsung...ko kutuk la abes2...

Gadis Lonely?
Gadis Lonely? 5pts

Halimah Jongang - kalau bukan Halimah tu eksiden, adakah dia akan cantik macam lepas eksiden tu? Adakah semua orang yg jongang kat Malaysia ni perlu meng'eksiden'kan diri dulu? Apa pengajaran cerita tu? Jangan ejek2 orang jongang? Rasanya dalam cerita tu kena ejek je memanjang sampailah keadaan dia lepas kemalangan tu.

neezafauzan
neezafauzan 5pts

hye .

npa la psl story ene korg mw heboh kn .

mgkin gn ada'nya ceta sbg2 .

mgkin stiap ad mysrkt yg terasa .

tapi bg org yg mbkin drama eto x myngka .

kn mjd isu yg mriah .

hehehehehe ;)

Han
Han 5pts

@ Budak Mantap awhhh so sweet.
BTW funny ke menghina kekurangan seseorang? barbaric!

fify
fify 5pts

Tak pernah pun tengok cerita tu..

Budak Mantap
Budak Mantap 5pts

wah mmg panas isu ni...aku pon dpt komen lbh2...cume yg aku tau aku sayang dgn mak aku...dielah syurga aku dunia dan akhirat..

rbc
rbc 5pts

mengapa menghina kecacatan seseorang itu...semuanya ini adalah ciptaan Allah yang Maha Esa..janganlah menghina orang dgn gelaran2 yg boleh menjatuhkan maruah orang itu...katakan anda berada ditempat tersebut ...apa perasaan anda jika lagu2 ini disiulkan org .......

SF
SF 5pts

nak tajuk juling ke jongang ke sengau ke..

xpayah la nak letak nama kat depan tuh.. cukup macam si capik kat rtm 2 walaupun aku tak tengok cerita tu...

lpas tu buat lagu macam tu.. kalau wjud nama halimah yang bergigi jonggang dok dengar tak ke dia sedih dna rasa teraniaya.. doa org yang rasa teraniaya ni ALLAH makbulkan walaupun siapapun dia!

kepada penggiat seni malaysia.. be sensitive ok!
mungkin cerita tu ada pengajaran tetapi kat tajuk tu sila la tukar! jangan nak letak nama orang.. hormat sikit orang lain!

walaupun nama aku bukan halimah dan bergigi jongang., dengar je lagu tu terus aku off.. apa bagusnya lagu tu dibuat?

WATEVA
WATEVA 5pts

wateva.......tepuk dada tanya :) HATI........ :[

me
me 5pts

pada saya..cerita tuh ade byk pengajaran..yang mana jgnla kite hanya memandang pada rupa..tp pada hati budinya..saya tak pernah terlintas halimah jonggang ini satu penghinaan..sebaliknya cerita ni menyedarkan pada masyarakat yg kite tak perlu memandang rendah atau menghina org yg mempunyai rupa paras yg tidak begitu indah sbb setiap manusia ade keindahan dlm diri masing2..watak halimah adalah perempuan baik..jadi tiada isu penghinaan disini..tp kalu pakai baju seksi,tp pakai tudung,tayang gambar minum arak, bersosial..itu adalah menghina AGAMA namanya..

halulila
halulila 5pts

pelik dengan orang2 malaysia ni....buat cerita apa pun mesti kena komplen...tapi yang lagi pelik..bila tv tayang rancangan agama, hal ehawal islam..taknak tengok pulak ek?bila tengok cerita habis semua benda nak kait dengan agama sampai macam2 dalil keluarkan...tapi diri sendiri betul ke nak salahkan orang lain?jangan nak nafilah...ramai kat sini yang bercakap soal agama..tapi urusan dengan Allah ada buat ke?tak payahlah nak tunding jari kat orang lain sebab cerita yang remeh..benda kecik nak besar2kan..suka tengok, tak suka jangan tengok...aku yang jongang takde apa2 perasaan pun..mr.os yang jongang siap berlakon lagi dalam citer tu takde cakap apa pun...orang lain plak yang lebih2 nak protes...

kesian
kesian 5pts

xpayahla nak buat cerita karut mengarut ni....buang masa tau..
mmg anti sgt dengan cerita kutuk mengutuk ni...dr tgk cerita ni baik tgk sinetron indon...lg bagus!
nak dijadikan cerita...cikgu2 kat tempat anak skul yg ala2 " jon..n jul..." semua dpt gelaran dah...
kesian cikgu tu............ :)

jeechan
jeechan 5pts

mungkin pengarah memang tak berniat nak menghina, tu urusan dia dengan Allah swt. tapi, kalau dia perasan masa nak isi tajuk tu, bahawa nama2 nih adalah orang2 yang disayangi oleh Rasulullah saw, mungkin dia akan tukar. Kalau orang ISLAM pun dah tak sensitif pasal agama, agak2 siapa lagi yang nak sentisitif. terima kasih atas info dan sensitivit yang ditunjukkan. cuma, tajuk tu agak berbaur fitnah, pada saya la. just my 2 cents..

Anarm
Anarm 5pts

sbb tu aku kurang minat tgk cite melayu.. :aie:

MiLza
MiLza 5pts

ada btul ga la artikal ni..
tp kn pndpt pnulis jer
bkn suh korag copy paste lam kpla otak pn..
y baik amik la pngajrn..
x slahkn..
ni cik akak y dok bsig nk soal bape taun blaja agma ni
p'lu ke blaja agma b'pluh2 thun bru blh tgur org..
blek jer ic,law agma 2 islam,kita ada hak tuk mnegur
wlau dri kita sndri pincag..
xkn la law org hina agma,pjak quran dpn kita pn nk diam
alsnnya kita blaja agma 2,3 taun jer..
bnde ni snstif beb..
jgn komen ikut logik akal kte je law msuk bab ni....

maaf,aku hnya hmba y pnuh khilaf..

red_gurl
red_gurl 5pts

Aku mmg x suke dgn citer2 cmnih.... Pulak past aku blik kg buln lepas.. Sepupu aku nih umo 5 taun.... Dak perempuan... Gigi dia jongang sket.... Time semua keluarga duk dpn tv and citer Halimah Jonggang kuar..... Sian dak kecik nih... Menangis2.... Br umo 5 taun tp da paham apa yg org duk kata pasal jongang.....

Lg stu, time aku blik U, dlm ktm... Ada org tuh siap pasang ringtone lagu theme drama nih.... Nsib baik x der org jongang kt dpan dia... Klu x da kena Kungfu kowt....
Mcm2..... :bloody: :bloody: :bloody:

sufi
sufi 5pts

hanya 2 bnda yg ingin sy smpaikan:

1st- bkn ke name halimah ngan fatimah t'lalu common d kalangan msyarakat mlayu di m'sia. Rasenye penerbit xde niat pon nk mengaitkan name2x tu dgn tokoh2x islam..

2nd-sensitiviti golongan2x mcm ni yg kena jaga.. mmg la penerbit kate, utk menaikkan martabat mereka tp pd pendapt sy msg tu x smpai..

sbg sorg cekgu, sy ckup kesian melihatkan ank murid sy yg jongang, diejek tiap2x ari smpai menjejaskan prestasinye dlm pelajaran..smpai x mau ke sekolah..
tlg igt bhw rncangan itu trut ditonton ank2x kecil yg masih mentah dlm m'buat penilaian..

sekian..

Zana norden
Zana norden 5pts

Tak penah pn tgk citer ni. Spe pelakonye. Jongang ke?

MaxMonic
MaxMonic 5pts

Kenapa bila dah ad halimah jongang perlu dibuat Fatimah juling pulak.. nampak cam copy paste pastu edit sket2. Tak ori langsung.

Adakah jongang tu kecacatan? Kalau rase ya maknenye anda yg jongang tu x mghargai ciptaan Tuhan.
-Tapi bg drama ni trang-trangan die dah anggap jongang dan juling tu satu kecacatan.. Dalam hal ni dh bertntgn ngn agama.

Betul ke drama ni akan memotivasikan org jongang?
-Iye la sgt. Apa yg ak prasan (berdasarkan telemovie), crita ni mggalakkan permpuan jongang buat pembedahan plastik ada la. Supaya diri tu dah x jongang dan lawa.

Ape jadi bile buat pembedahan plastik?
-Ini menunujukkan yg jongang td x bersyukur atas pemberian Tuhan.

*Hanya berdasarkan pemerhatian ak dari telemovie Halimah jongang yg mane bile Halimah dah cantik baru org terhegeh2 nak kat die.

nonnong
nonnong 5pts

Cisss, binat**g punya pengarah, ni mesti sengaja secara halus nak meracun pemikiran umat islam ni..nyah kamu dari dunia ini..NYAH!!

jane
jane 5pts

sifat kekurangan fizikal tidak boleh dipersendakan...ini bermakna mempersendakan perbuatan allah kerana allah yg menjadikan sesorang itu sebegitu dan sebegini... siap ada lagu lagi... dan lagu itu akan menjadi siulan dan ejekan kpd mereka yg benar2 jonggang dan juling.... tak kesian ke kat mereka itu... dlm drama diakhir episod yg jonggang dan yg juling akan menjadi cantik balik...tapi in reality org yg jonggang dan juling akan masih begitu jugak... dan mereka menanggung penangannya... kesian kat mereka... yg buat drama camni tak sensitif pada keadaan sekeliling....

helo
helo 5pts

knapa nak kaitkan isu nama dgn agama. psl solat tu sendiri kna la pandai budget masa. lgpun crita2 ni bkn menghina, ada pengajaran. sebelum ckp selidik dulu. bg evidence. lgpun malaysia ngra majmuk. klu nk berharap tv prihatin kat org melayu susah la. klu susah sgt, jgn tgk tv langsung. nak demand byk2 bukak chanel sendiri. beli astro yg blh record. website artis skrang ni suka ltk isu remeh. klu xde gosip, diam je sudah.

minta maaf.masing2 ada hak bersuara.

din
din 5pts

Janganla persoalkan kenapa guna tajuk tu..aku percaya diorang xde pun niat nak mempersendakan atau menghina dua nama besar Islam tu.cerita tu kan ada pengajaran,jadi kita ambil jela yang baik..bukannya diorang melakonkan semula watak dua nama besar Islam tu..

tapi isu 'tak prihatin' tv3 tu aku akui.Biasala,nak kejar rating.masa tu kan ramai ada kat rumah.tapi menarik sangat ke cerita waktu 7-8 malam tu?aku time tu dah tutup tv.pukul 8 baru bukak tengok berita..

shireen
shireen 5pts

Aku tak tengok pun dua cerita tu dan aku tak berminat pun.Tapi betulke menggunakan nama Fatimah dan Halimah tu menghina dua wanita Islam yang terhebat sepanjang zaman?

Betulke orang yang juling dan jongang tu buruk sangat? Tak kan? Jadi kenapa timbul soal cerita tu menghina Fatimah r.a dan Halimatusaadiah?

Kenapa kita tak bercakap tentang orang seperti saya dan awak atau orang lain yang namanya Muhammad/Mohd ke Ali ke Omar ke Khadijah ke Zainab ke Siti Hajar ke Aishah ke yang berperangai macam setan, yang berhasad dengki, tak jujur, tinggal sembahyang, menipu, mengumpat dan sebagainya menghina kekasih-kekasih Allah tersebut?

  • Sponsor


  • Tentang Kami


    Oh! Artis merupakan laman hiburan terkemuka di Malaysia di mana aktif memaparkan berita-berita terkini tentang selebriti tempatan dan antarabangsa. Jimatkan duit anda dari membeli majalah kerana semuanya ada di sini! Heh!
  • Tabs

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • 8791604997_d378f0cfa7_oApa Yang Best Akademi Fantasia 2013?24/05/2013
    • afiq-muiz-2Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon24/05/2013
    • ohartis-leuniey-natasha-tudungMungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?23/05/2013
    • ohartis-zed-zaidi“Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi23/05/2013
    • ohartis-hattan-arianieHattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.23/05/2013
    • zalif-+-fidaZalif Sidek Akui Cinta Kembali Bertaut Bersama Fida Ibrahim22/05/2013
    • mencari-cinta-rusdy-ramli-nora-danishAdegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli27/03/2013
    • gangnam-styleTuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah09/09/2012
    • norman-kru-anti-pas“Orang Tidak Rasional Sahaja Yang Tidak Boleh Menerima Kenyataan Saya” – Norman KRU30/04/2013
    • saleh-yaacob-bangkang-dari-longkang-1Bangkang Dari Longkang – Salih Yaacob Umum Persaraan28/02/2013
    • AFUNDI on:Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon
    • AFUNDI on:Apa Yang Best Akademi Fantasia 2013?
    • Aznile Luvers on:Apa Yang Best Akademi Fantasia 2013?
    • Ade kes macam Afiq on:Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon
  • Premium


  • Filem

  • Kami di Facebook & Twitter



    Follow @ohtweet
    • Gosip Terkini

      • Apa Yang Best Akademi Fantasia 2013?
      • Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon
      • Mungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?
      • “Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi
      • Hattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.
      • Zalif Sidek Akui Cinta Kembali Bertaut Bersama Fida Ibrahim
    • Mulut Kepoh

      • AFUNDI on Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon
      • AFUNDI on Apa Yang Best Akademi Fantasia 2013?
      • Aznile Luvers on Apa Yang Best Akademi Fantasia 2013?
      • Ade kes macam Afiq on Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon
      • AFUNDI on Apa Yang Best Akademi Fantasia 2013?
    • Kami

         Creative Commons License
    • Carian

    • Iklan
    • Site Map
    • Penafian
    • Hubungi
    • FacebookFacebook
    • TwitterTwitter
    • YoutubeYoutube
    • Google+Google+

    © 2008 - 2013 | Oh! Artis by Oh! Media Network | Some Rights Reserved | Powered by People.