(Tahniah) Farid Kamil dan Ijazah Sarjana Muda UiTM
ShareSeronok bila dengar kisah artis-artis kita yang dah graduate ni. Selain membuktikan bakat yang tersedia maklum, ilmu yang tinggi juga amatlah penting bagi menghasilkan artis-artis yang berilmu. Kebanyakkan artis-artis yang berilmu jarang-jarang kita nampak gambar mereka di clubbing dan sebagainya.
SHAH ALAM – Pengarah muda dan pelakon popular, Farid Kamil Zahari semalam menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) pada istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-72 di Dewan Sri Budiman, di sini.Farid, 29, yang hadir ditemani bapanya, Datuk Dr. Zahari Che Dan, 58, dan ibu, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, 55, tersenyum bangga apabila segala usaha selama empat tahun mengejar ilmu sambil bekerja membuahkan hasil. Read more
(Finale) Shahir juara Akademi Fantasia 8 (AF8)
Artikel yang dikeluarkan oleh Portal Murai selepas tamatnya konsert akhir AF8 malam tadi.

Seperti yang diramalkan ramai pihak sebelum ini, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21, telah dumumkan sebagai juara pada konsert akhir Akademi Fantasia Musim 8 (AF8) yang berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Dengan persembahan meyakinkan, Shahir memecah rekod sebagai pelajar pertama menjadi juara setelah di AFMASUK pada minggu kelapan lalu selain turut menjadi pelajar pertama dari Perak menjuarai Akademi Fantasia.
Shahir yang menyampaikan lagu baru, Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan sepenuhnya Edry KRU dan Biru Mata Hitamku nyanyian asal kumpulan Wings telah mendapat tepukan yang sungguh bergemuruh dari ribuan penonton yang memenuhi Stadium Putra.
Sebagai juara, Shahir telah membawa pulang hadiah lumayan yang bernilai lebih RM 250, 000 iaitu sebuah kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, Percutian Hebat ke Hong Kong Disneyland dan bekalan BRAND’S InnerShine untuk dinikmati 1 tahun tajaan Cerebos, 2 tiket perlancongan ke New York tajaan Maybelline New York, Set Karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D’Paradise Resort, Melaka tajaan D’Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG dan trofi Juara Akademi Fantasia.
Sementara pesaing utama Shahir, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 19, memenangi tempat kedua dan menerima hadiah sebuah kereta Satria Neo 1.6 CPS HL tajaan Proton, voucer percutian tajaan Maybelline New York, set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D’Paradise Resort, Melaka tajaan D’Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG, trofi Naib Juara Akademi Fantasia.
Daus atau Muhd Shahril Firdaus Eli, 22, mencipta kejutan apabila memenangi tempat ketiga dan membawa pulang set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, voucer percutian tajaan Maybelline New York, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Air Purifier, Percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D’Paradise Resort, Melaka tajaan D’Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG, trofi Akademi Fantasia. Daus menyampaikan lagu baru Kenapa? dan Doktor Pakar Cinta dari Yusri KRU.
Maulana atau Muhd Firdaus Maulana Mohamed, 22, yang turut disebut-sebut pesaing utama Shahir dan Adira sekadar menduduki tempat keempat. Maulana menyampaikan lagu baru RSVP dan Susun Silang Kata dari Aizat. Tempat kelima pula menjadi Iwan atau Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20, yang menyampaikan lagu baru, VIP dan Relaku Pujuk dari Spider.
Konsert yang dibawakan oleh penaja utama, Cerebos dan penaja bersama Maybelline dan Modenas itu berlangsung selama 3 jam dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta turut disiarkan buat pertama kalinya dalam siaran HD di saluran 124. Ia turut menampilkan kemunculan istimewa dari Sham Kamikaze, Tam Spider, Lisdawati, Jeff Tilu dan Sharifah Ariana untuk membantu mereka membuat persembahan.
Bekas pelajar AF8 yang tersingkir iaitu Shah, Ema, Anum, Alif, Nad, Farina dan Ain turut muncul dengan lagu Standing in The Eyes of The World, Generasiku dalam bentuk medley.

Sorry, we all tak berapa rajin menulis pasal AF8 jadi untuk gambar-gambar dan artikel lain, boleh berkunjung sendiri ke portal Murai. Anyway semalam layan AF HD kat Channel 124. Maka jelaslah yang muka artis-artis malaysia yang selalu kita nampak cantik dan licin dalam TV, kantoi terus bila dikeluarkan dalam High Defination (HD). Makeup pun tak mampu menutup jerawat apa lagi kalau tak bermekap.
OHARTIS: MAJORITI RAKYAT MALAYSIA MENGHARAPKAN AKADEMI FANTASIA DIHENTIKAN BUAT SEMENTARA WAKTU ATAU BOLEH JUGA UNTUK SELAMA-LAMANYA. KALAU NAK BUAT LAGI PASTIKAN PENGACARA YANG TAK POYO, LAGU-LAGU YANG MENARIK DAN PESERTA-PESERTA YANG TIDAK SEKADAR GOOD LOOKING TETAPI LEBIH KEPADA SUARA YANG UNIK. CONTOHI RANCANGAN MENTOR TV3 MENCARI PESERTA.
(Gambar) Sarah My Starz LG bersama teman
May 21, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Mystarz LG, Panazzz, Selebriti, Tempatan, TV
Kepada followers rancangan Realiti My Starz LG musim ke-3, pasti mengenali Sarah yang juga finalis rancangan tersebut. Nampaknya Sarah juga adalah artis mee segera yang gemarkan cara hidup sosial.

Sedutan Email yang dihantar ke hoi@ohartis.com
hai…. my name is xxxxx.. i ade cerita panas ny…x la pnas sgt kot..bese2 je kot..ny pasal sorg peserta MYSTARZ LG SEASON3.. ala si SARAH yg gedik tu..MUKA X PADAN DGN SUARA TU. i baru je add dy kt FACEBOOK.. i x perasan pn yg itu sbnrnye dy.klu i tw la dy..XDE LA I ADD dy..sbb i x minat lansung pn dgn dy tu sjak dy masuk MSLG lg..
u all tgk sndr la aksi2 daring dy dgn BOYFREN dy..amboi2…x mengalah la…tebukak sne..tebukak sini.. ish..tgk sndr la..
(Panas) Artis Pandai Hutang Tak Pandai Bayar
May 19, 2010 by Mr XY
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Dalam kehidupan kita memang dikelilingi ramai kawan. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada beberapa orang je kawan yang akan bersama-sama time susah mahupun senang. Dan ada antaranya yang akan bersama kita time susah dan kemudian terus lupa. Dan ianya selalu terjadi apabila berada dalam kesusahan lebih-lebih lagi melibatkan kewangan, dan mulalah mencari kawan-kawan untuk meminjam duit. Ada yang lebih bangsat, bertahun-tahun tidak dengar khabar, tiba-tiba call bukan nak tanya khabar, tapi nak meminjam duit.
Dan kalau ada yang menonton Melodi Ahad lalu, ada hamba Allah ni mengadu nasib yang sahabat dia ni yang pinjam RM6,000 dari dia 3 tahun yang lalu akibat dikejar along. Then bila suruh bayar, kasi alasan takde duit padahal dapat job macam-macam. Melodi mute’kan nama yang disebut oleh pengadu tersebut tapi Melodi still kasi hint yang baik untuk kita cari sendiri. Read more
Designer Poster Filem 2 Alam yang memalukan
Share
Sebuah entri ringkas sahaja mengenai sebuah poster filem seram tempatan bertajuk “2 Alam” yang akan dipertontonkan tidak lama lagi. Filem terbitan Datuk Dr. Rozmey Che Din yang mensasarkan filem ini akan box office dan memecahkan tradisi kutipan tiket at least RM12 Juta.
Persoalan timbul di mana kalau nak sasar’kan keuntungan sebesar itu bagaimana kalau dah poster pun ciplak dari filem luar? Penerbit filem ini harus menampar muka designer poster filem tersebut laju-laju kerana telah memalukan pihak penerbitan dan juga designer-designer tempatan yang lain pada masa yang sama. Ini assignment poster budak-budak design baru masuk University boleh la saudara ciplak sikit-sikit dari poster filem luar.
Kalau student pun pandai just buat reference. Tapi designer poster 2 Alam ni agak keterlaluan apabila menggunakan gambar background filem Exorcism. Read more
(Gambar) Comelnya baby girl Nabila Huda dan Suami
May 14, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Kami baru menerima gambar baby Nabila Huda yang dah selamat dilahirkan baru-baru ini. Bayi comel ini diberinama Keisha Laila. Wow! Sedap betul nama macam artis hollywood + nama gadis melayu terakhir gitu. Apapun semoga bayi ini sihat dan membesar di dalam acuan yang baik-baik sahaja. Nabila lepas ni jangan seksi over-over sangat dah ye? Dah ada anak dah bukan remaja lagi. Tahniah buat Nabila dan Suami juga Atuk Amy Search.



+ Thanks Siti Nurbaya Ropie
(Gambar) Aminulrasyid dalam kenangan
ShareBerikut adalah gambar-gambar Allayarham Aminulrasyid berusia 15 tahun yang terkorban dalam kejadian yang masih menjadi tanda tanya buat semua di mana arwah ditembak oleh anggota polis yang bertugas semasa melarikan diri kerana takut. Kami ada membuka perkara ini untuk respon semua di Oh! Tidak jadi anda boleh berkunjung ke artikel di Oh! Tidak yang bertajuk Oh! Kisah Sebenar Kejadian adik Aminulrasyid mati ditembak.







Note: Allayarham bukanlah seorang artis tetapi kisah mengenai apa yang berlaku kepadanya, menenggelamkan pelbagai buah mulut kisah artis dalam hidup masyarakat. Apapun untuk yang beragama Islam, sama-samalah menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham dan kepada keluarga mangsa, tak kiralah apa keputusannya nanti, takziah kami ucapkan kepada anda. Kami memahami apa yang anda rasakan.
(Panas) Pergaduhan abang Diana Amir dan Pondan di Facebook
May 13, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Mula-mula masa we all terima email ni, terus nengok gambar yang dikirimkan. Confuse juga sebab apa kena mengena pergaduhan tersebut dengan kami. Lepas disemak semula email tersebut agak terkejut la kerana pergaduhan tersebut adalah melibatkan dua orang abang kepada seorang artis perempuan yang sedang meningkat naik iaitu Diana Amir aka Dodi. Pergaduhan kerana apa lagi kalau bukan sebab nak back-up adik sendiri.
Khairul Amir & Shamsul Amir = Abang Kepada Diana Amir
Dodi = nama samaran Diana Amir
Yang menariknya, last comment dari Affy tu, PANASS! Hampir-hampir sangat membuka seribu-satu keburukkan Diana Amir sebelum bergelar artis. Oh, memalukan.

Nampak kesian niat dihati nak backup adik sendiri tapi mungkin terlupa yang kawan-kawan lama adiknya mungkin jauh mengenali siapa adiknya. Maklumlah manusia kalau nak buat jahat, takkan depan-depan family. Ah pandai-pandai lah. Siapa suruh jadi artis.

(Panas) Johan Raja Lawak di belasah
May 12, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Mungkin akibat terlalu banyak buat lawak bodoh atau mungkin apa sahaja perkara lain yang tidak kami ketahui, Johan dilihat agak parah apabila dibaling cawan kaca ke muka selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pengarah drama di Sikamat, Seremban.
Lawak Johan dalam Capalrela (Astro Warna)
Berikut adalah gambar dari Berita Harian.

+ Terima kasih Ejam Othman kerana info kami mengenai hal ini dan video dari Oh! Media Fan Page.
Update: 18 July 2010

(Gambar) Kemesraan Puteri Lily dan anak-anak Aziz
May 5, 2010 by Mr XY
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Kalau sebelum ini ramai dari korang yang menyampah melihat gambar-gambar kemesraan antara Memey Suhaiza bersama anak-anak Norman dan Abby, tetapi kali ini tiada sebab untuk anda menyampah melihat kemesraan antara Puteri Lily dan anak-anak kepada Aziz M Osman dan Noraliah Lee Abdullah. Mereka kan dah bertunang dan ini perkembangan yang bagus untuk proses anak-anak Aziz menerima ibu baru mereka tidak lama lagi.





+ Thanks to Shibli.
OHARTIS: ADA ARTIS TU, MASA DALAM PERKAHWINAN, KEMAIN ELOK CANTIK MANIS BERTUDUNG. TAPI LEPAS BERCERAI JE, ON THE SPOT BUKAK TUDUNG + DEDAH SANA SINI. INI PAKAI TUDUNG MESTI SEBAB TAKUTKAN SUAMI BUKAN TUHAN.




















