(Gambar) Produk ciptaan Bill Gates Paling Bernilai
September 30, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti
Setiap manusia yang menggunakan komputer dalam dunia ni, pasti kenal apa itu Microsoft. Even korang sekarang bukan lagi pengguna Microsoft Windows dan berbangga diri sebagai pengguna Mac, ingatkah awal-awal korang mengenali komputer pastinya dengan menggunakan Windows OS. Even Steve Jobs (pengasas Apple) dahulunya juga adalah pengguna Windows (PC).
Ok abaikan mengenai sedikit maklumat mengenai komputer. Bila sebut pasal Microsoft, automatik akan mengingatkan kita kepada pengasas’nya yang juga bilionaire terulung di dunia iaitu, Bill Gates. Read more
(Gambar) Suasana Pejabat Operasi Facebook
September 29, 2010 by Mr XY
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti

Kalau sebelum ni mungkin kita semua dah biasa melihat pemandangan dan suasana pejabat Google Inc. Jadi bagaimana pula dengan Facebook? Since memang boleh dikatakan semua yang membaca Oh! Artis ini pasti mempunyai akaun Facebook, so apa kata kita lihat sikit disebalik tabir di mana tempat Facebook dibangunkan.
Semua pun maklum yang Facebook telah pun menjadi sebuah fenomena dunia dan apa lagi di Malaysia. Artis-artis kita kalau tak ada akaun Facebook tu, tak tahu lah nak cakap. Mungkin artis buta keyboard agaknya digelar peminat.



Lagi gambar.. Read more
(Gambar) Lady Gaga dan baju daging lembu
September 25, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Antarabangsa, Bermasalah, Panazzz, Selebriti
Lady Gaga yang popular namanya kerana dikatakan menjadi penyalur ajaran Yahudi kepada dunia di spot dalam satu majlis penganugerahan (MTV Video Music Award) di New York baru-baru ini boleh dikatakan “buat kerja gila” bila menggunakan fasyen yang jarang atau mungkin tak pernah lagi kita lihat. Lady Gaga menegenakan pada badannya beberapa kilo daging lembu segar yang dijadikan pakaiannya pada hari ber’prestij tersebut.

lagi.. Read more
Ac Mizal bergelar Datuk hujung tahun ini
Share
Seperti yang kita sedia maklum, Sultan Pahang adalah sultan paling pemurah dalam memberikan darjat kebesaran bergelar Datuk ini. Dan kali ini, rezeki buat AC Mizal apabila hujung tahun 2010 ini akan berlaku majlis penganugerahan mengikut istiadat untuk gelaran datuk itu buatnya.
Gelaran “datuk” itu sudah dibenarkan pihak Istana untuk digunakan AC, tatapi sampai sekarang masih belum digunakannya.
“Gelaran itu satu anugerah kepada saya. Ia bagus untuk bisnes yang sedang saya jalankan sekarang, namun begitu buat masa ini saya belum berani untuk mengunakannya kerana belum menghadari majlis penganugerahan.”
Sure ramai yang pelik kenapa AC Mizal ni dapat penganugerahan Datuk? Apa sumbangan dia dalam industri dan untuk negara? Jawapannya mudah selepas hampir satu tahun AC Mizal yang juga merupakan pengurusi AC Konsortium Sdn Bhd menjalakan perniagaan. Jadi anugerah itu diberikan kepadanya sebagai artis yang berjaya di dalam perniagaan. Read more
(Gambar) Rumah Banglo Kediaman Datuk Sosilawati Lawiya
September 22, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Berikutan kes pembunuhan ngeri pengasas Novelle Visages, Datuk Sosilawati dan tiga yang lainnya masih menjadi buah mulut orang ramai dan masih dalam siasatan polis, so we all kalau boleh taknak langsung sentuh pasal kes tu buat masa ni. Takut-takut mengganggu pihak berwajib nanti. Kalau nak tahu mengenai kes tu, korang refer’lah surat khabar ya kerana maklumat kat situ direct dari polis dan memang boleh dipercayai.
Tapi ni we all tunjuk gambar kediaman Datuk Sosilawati Lawiya dan keluarga. Betapa mewahnya kehidupan mangsa dengan hasil usaha tanpa jemu. Satu contoh usahawan wanita paling berjaya di Malaysia.








Cantik gila kan?
+ Discussion di Oh! Media Fanpage.
(Panas) Lagi gambar Noh Hujan dengan T-shirt Freemason
September 20, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
We all pernah post dulu pasal Benarkah Noh Hujan ni ahli freemason sebab dress-up yang baju dia pakai, hanya dia dan orang-orang tertentu sahaja yang tahu kenapa dia pakai. Nak suruh dia jelaskan, tak nampak-nampak batang hidung. So dari hari ke hari, makin meningkat email berkaitan Noh Hujan ni yang kami terima. Termasuklah dua gambar baru yang dihantar kepada kami. Logo pada baju Noh lebih jelas nampaknya. Benarkah mereka tiada logo lain? Atau bukan Noh yang freemason, tapi perekacipta logo tersebut yang freemason? So artis-artis kita jadi bahan penyebar kepada peminat dan pengikut mereka.


OHARTIS: SEBAGAI ARTIS YANG MEMPUNYAI RAMAI PEMINAT DAN PENGIKUT, PAKAILAH PAKAIAN YANG TIDAK MENIMBULKAN SYAKWASANGKA. KAN LEBIH BAIK. NANTI TAKUT PAKAIAN SYAKWASANGKA NI MENJADI IKUTAN. DAH MENJADI BUAT MULUT MASYARAKAT LAGI.
(Gambar) Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan
September 19, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Kelihatan Tuanku Sultan Kelantan memberi laluan dan penghormatan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz. Dan benarlah seperti yang diperkatakan rangkaian web Oh! Islam di website mereka, “Maka ketahuilah, menghormati manusia melalui ilmu agamanya yang tinggi adalah lebih baik dari menghormati pangkat anugerah manusia di duniawi yang nyata hanya sementara sahaja. Wallahualam.”


lagi gambar.. Read more
(Gambar) Aleeza Kassim Terlebih Seksi Sudah
September 18, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Ingat lagi post terdahulu kami mengenai Aleeza Kassim yang hampir membuatkan Sarah Raisuddin kelemasan? Haha. Lihat post ini semula: (Imbasan) Siti Sarah hampir maut dihimpit boobs Aleeza Kasim (18SX).
Dan gambar ini pun boleh tahan juga keseksian yang cuba ditampilkan Aleeza Kassim. Tak tahu la mazhab mana yang dia pakai. Populariti dan bakat tak seberapa tapi seksi je yang lebih. Awwww..

(Terkini) Pelakon M. Rajoli meninggal dunia
September 17, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Berita baru kami terima mengenai kematian pelakon veteren berusia 65 tahun, M Rajoli yang menghebuskan nafas yang terakhir di Hospital Ampang pada pukul 10.45 malam (17 September 2010) tadi di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.
Allayarham M Rajoli yang mengidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu akan dikebumikan sebelum zuhur ini di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.
Kita semua pasti akan merindui kehilangan sebutir lagi permata di dunia lakonan tanah air. Seorang pelakon yang versatile. Boleh membawa apa-apa sahaja watak dengan begitu baik.
Al-Fatihah kepada Allayarham dan salam Takziah dari semua krew Oh! Artis kepada keluarga Allayarham. Semoga roh’nya dicucuri rahmat yang Maha Esa. Amin!
* Video di atas adalah bacaan Talqin dari arwah sewaktu berlakon di dalam sebuah filem puluhan tahun yang lepas (ketika begitu muda dan sihat lagi). Hayatilah jika berminat. Anda juga boleh meletakkan video di atas ke dalam blog anda. Copy dan paste code ini.
- Update via Blackberry | Respon pembaca di Oh! Media.
UPDATE:
CAPTION: HASHIMAH Md. Din menyiram air ke pusara M. Rajoli di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.Pelakon veteran, M. Rajoli sempat memaafkan dua isteri dan empat anaknya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang di sini, malam tadi.
Menurut anak bongsu Allahyarham, Muhammad Ariff, 23, dia sempat berbisik ke telinga M. Rajoli memohon maaf bagi pihaknya dan ahli keluarga yang lain jika pernah melakukan kesalahan dan menyinggung perasaan bapanya itu.
“Arwah bapa saya koma dua jam sebelum meninggal dunia. Saya sempat berbisik ke telinganya memohon maaf semasa dia dalam keadaan itu. Dia mengerdipkan matanya dan menganggukkan sedikit kepala selepas itu.
“Saya faham isyarat arwah bapa saya itu,” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas upacara pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini, hari ini.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Aqram Jalan Datuk Keramat pada pukul 9.30 pagi dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu pada pukul 10.30 pagi.
Hadir sama isteri pertama Allahyarham, Hashimah Md. Din dan anak-anaknya. Kelibat isteri keduanya yang merupakan bekas pembaca berita RTM, Wan Chik Daud tidak kelihatan.
Ketika ditanya, Muhammad Ariff menjelaskan, dia menjemput ibu tirinya hadir ke upacara itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi Wan Chik membalas dengan mengatakan dia tidak dapat hadir.
“Dia (Wan Chik) kata walaupun tidak dapat hadir tetapi dia yakin akan berjumpa juga dengan arwah bapa di akhirat kelak,” jelas Muhammad Arif yang turut membacakan talkin untuk Allahyarham.
Sementara itu, pemergian Allahyarham ke rahmatullah bukan sahaja dirasai oleh isteri dan anak-anaknya tetapi juga rakan-rakan seperjuangan Allahyarham dalam bidang lakonan yang hadir memberi penghormatan terakhir.
Pengarah Yusof Kelana menyifatkan Allahyarham yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan sebagai pelakon versatil dan komited dalam kerjayanya sejak bergelar pelakon pada 1964 melalui filem Ibu Ayam arahan Salleh Ghani.
“Saya pernah mengarahkan filem berjudul Juara pada 1991 yang dilakonkan oleh Allahyarham. Dalam filem itu Allahyarham melakonkan watak komedi. Saya tidak sangka dia juga sebenarnya pelakon komedi.
“Ini kerana, selama ini ramai yang beranggapan Allahyarham hanya sesuai melakonkan watak orang alim sahaja. Beliau mampu melakonkan pelbagai watak dan komited sewaktu di lokasi penggambaran,” jelasnya.
(Gambar) Datuk Lee Chong Wei segak berbaju melayu
September 17, 2010 by Gadis Lonely?
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Khas buat peminat hero Malaya, Datuk lee Chong Wei. We all ada terima email dari Samsung berkaitan contest terbaru diorang ni. Dapat email mungkin sebab kitorang ada beli LCD TV diorang beberapa bulan lepas. Dalam iklan tu, nampak pula duta untuk produk Samsung ni (baru tahu). Lagi menarik dalam poster iklan tu, Datu LCW berbaju melayu dan bersongkok! Well nice!!

Sorry lah ada satu je gambar. Nak lebih, korang mintak sendiri dekat Samsung melalui Facebook mereka.




















