Oh! Artis

  • FacebookFacebook
  • TwitterTwitter
  • YoutubeYoutube
  • Google+Google+
  • Utama
  • Kami
  • Hubungi
  • Site Map
  • Iklan
  • Selebriti
    • Tempatan
    • Antarabangsa
    • Indonesia
  • Panazzz
    • Menarik
    • Bikin Panas
  • Gosip
    • Kisahnya
    • Cari Pasal
    • Gambar Artis
  • Gallery
  • TV
  • Kahwin
  • Muzik
  • Promosi
  • Umum
    • International Event
    • Isu Semasa
    • Gambar Menarik
  • Editorial
  • Wayang
    • Most Popular

      All time

    • Adegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli

      892 Comments

    • Tuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah

      809 Comments

    • Latest Stories

      What is new?

    • Hattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.

      May 23, 2013

    • Zalif Sidek Akui Cinta Kembali Bertaut Bersama Fida Ibrahim

      May 22, 2013

    • Comments

      Most Recent

    • ingatan tuk diri ini jua on:

      Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya

    • seMOON on:

      Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya


shifra-hijab
JustDealMy
ameen4all
onetelco
whitebeauty

28

Gosip · Kisahnya · Selebriti · Tempatan

(Terkini) Pelakon M. Rajoli meninggal dunia

  • by Gadis Lonely?
  • September 17, 2010
  • Tweet
  • Share
  • Email
  • Tweet
  • Share
  • Email

m-rajoli-meninggal

Berita baru kami terima mengenai kematian pelakon veteren berusia 65 tahun, M Rajoli yang menghebuskan nafas yang terakhir di Hospital Ampang pada pukul 10.45 malam (17 September 2010) tadi di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allayarham M Rajoli yang mengidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu akan dikebumikan sebelum zuhur ini di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Kita semua pasti akan merindui kehilangan sebutir lagi permata di dunia lakonan tanah air. Seorang pelakon yang versatile. Boleh membawa apa-apa sahaja watak dengan begitu baik.

Al-Fatihah kepada Allayarham dan salam Takziah dari semua krew Oh! Artis kepada keluarga Allayarham. Semoga roh’nya dicucuri rahmat yang Maha Esa. Amin!


* Video di atas adalah bacaan Talqin dari arwah sewaktu berlakon di dalam sebuah filem puluhan tahun yang lepas (ketika begitu muda dan sihat lagi). Hayatilah jika berminat. Anda juga boleh meletakkan video di atas ke dalam blog anda. Copy dan paste code ini.

- Update via Blackberry | Respon pembaca di Oh! Media.

UPDATE:


CAPTION: HASHIMAH Md. Din menyiram air ke pusara M. Rajoli di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.

Pelakon veteran, M. Rajoli sempat memaafkan dua isteri dan empat anaknya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang di sini, malam tadi.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Muhammad Ariff, 23, dia sempat berbisik ke telinga M. Rajoli memohon maaf bagi pihaknya dan ahli keluarga yang lain jika pernah melakukan kesalahan dan menyinggung perasaan bapanya itu.

“Arwah bapa saya koma dua jam sebelum meninggal dunia. Saya sempat berbisik ke telinganya memohon maaf semasa dia dalam keadaan itu. Dia mengerdipkan matanya dan menganggukkan sedikit kepala selepas itu.

“Saya faham isyarat arwah bapa saya itu,” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas upacara pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Aqram Jalan Datuk Keramat pada pukul 9.30 pagi dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu pada pukul 10.30 pagi.

Hadir sama isteri pertama Allahyarham, Hashimah Md. Din dan anak-anaknya. Kelibat isteri keduanya yang merupakan bekas pembaca berita RTM, Wan Chik Daud tidak kelihatan.

Ketika ditanya, Muhammad Ariff menjelaskan, dia menjemput ibu tirinya hadir ke upacara itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi Wan Chik membalas dengan mengatakan dia tidak dapat hadir.

“Dia (Wan Chik) kata walaupun tidak dapat hadir tetapi dia yakin akan berjumpa juga dengan arwah bapa di akhirat kelak,” jelas Muhammad Arif yang turut membacakan talkin untuk Allahyarham.

Sementara itu, pemergian Allahyarham ke rahmatullah bukan sahaja dirasai oleh isteri dan anak-anaknya tetapi juga rakan-rakan seperjuangan Allahyarham dalam bidang lakonan yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Pengarah Yusof Kelana menyifatkan Allahyarham yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan sebagai pelakon versatil dan komited dalam kerjayanya sejak bergelar pelakon pada 1964 melalui filem Ibu Ayam arahan Salleh Ghani.

“Saya pernah mengarahkan filem berjudul Juara pada 1991 yang dilakonkan oleh Allahyarham. Dalam filem itu Allahyarham melakonkan watak komedi. Saya tidak sangka dia juga sebenarnya pelakon komedi.

“Ini kerana, selama ini ramai yang beranggapan Allahyarham hanya sesuai melakonkan watak orang alim sahaja. Beliau mampu melakonkan pelbagai watak dan komited sewaktu di lokasi penggambaran,” jelasnya.

Tags: filem lakonan m rajolim rajolim rajoli meninggal duniapelakon m rajoli meninggal duniaperkebumian m rajolisah m rajoli meninggal dunia


— Gadis Lonely?

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri. Pernah menjadi pengurus seorang artis dan mengetahui terlalu banyak rahsia artis di dalam industri ini. Gemarkan Pop Corn melebihi nasi dan sentiasa amalkan minum air suam untuk kekal menarik. Heh!

  • Previous story (Gambar) Datuk Lee Chong Wei segak berbaju melayu
  • Next story (Gambar) Aleeza Kassim Terlebih Seksi Sudah
28 comments
  Livefyre
  • Get Livefyre
  • FAQ
Sign in
+ Follow
Post comment
 
Link
Newest | Oldest
che daud salleh
che daud salleh 5pts

alfatihah semoga roh nya dcucuri allah

che daud salleh
che daud salleh 5pts

alfatihah

zass
zass 5pts

Salam takziah..aku betul2 syg dengan arwah...lakonan dan bakat dier..:(

eddi
eddi 5pts

al-fatihah

anis.
anis. 5pts

al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dgn orang orang yg beriman..takziah juga kpd keluarga allahyarham M.Rajoli.. =(

aizuddin
aizuddin 5pts

al-fatihah..takziah buat keluarga

Pisyek
Pisyek 5pts

takziah kepada keluarga..

sweetz
sweetz 5pts

Al-Fatihah

wazy
wazy 5pts

Al-fatihah

MiLza
MiLza 5pts

ssungguhnya kmatian lbih dkat dgn kita b'bnding kdtngan dajjal n imam mahadi serta penurunan nabi isa............
al-fatihah..

sharinginfoz
sharinginfoz 5pts

Al Fatihah buat M Rajoli Yang Meninggal Dunia

PutraRocker
PutraRocker 5pts

sesaat melangkah kematian..al-fatihah o_O

Yus
Yus 5pts

Tol ke x tol ni M.Rajoli meninggal?Jgn wt sebarang andaian ea..

ABOY
ABOY 5pts

Al-fatihah~ =(

titan
titan 5pts

al-fatihah.. =(

FizzyChan
FizzyChan 5pts

inalillah~....sudah kembali jua seniman kita kepada penciptanya....AL-Fatihah~
=(

= (
= ( 5pts

=( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =(

ORANG LUAR
ORANG LUAR 5pts

biar btol ??
tak pcaye ar ..

KAMI SEDIH!!
KAMI SEDIH!! 5pts

mcm x pcaye je M.RAJOLI dh xde . . =(
sedih ar . .:bloody:
ape2 pown,takziah buat kluarge . .

AL-FATIHA . .
smoge roh nye di cucuri rhmat dan di tmpt kn di tmpt org2 yg b'iman . .

x-po
x-po 5pts

hilang lagi seorang yang aku rasakan seorang pelawak tulen

iemah
iemah 5pts

mane satu betul noe??m.rajoli ke m.rafee..dah ar x dgr pape berita tetiba baca m.rajoli meninggal,,confius2 :-|

Gadis Lonely?
Gadis Lonely? 5pts

@iemah, dah confirm.

pjoe
pjoe 5pts

Sudah disahkan meninggal dunia pada pukul 10.45mlm....

patek
patek 5pts

Salam takziah dan al fatihah untuk keluarga allahyarham, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh nya dan ditempatkan bersama orang yang soleh.Amin

aderq
aderq 5pts

M.Rafee la yg meninggal...bkn M.Rajoli..
RTM slh...huh!!~ :bloody:
papepon marila kite rmi2 doa kan kesihatan beliau~ =(

zizzou
zizzou 5pts

Al-fatihah..Moga arwah ditempatkan bersama golongan beriman..amin..

Hikhok
Hikhok 5pts

takziah. rindu dgn lakonan dia. al-fatihah

cik boyot
cik boyot 5pts

mari kita sedekahkan al-fatihah

  • Sponsor


  • Tentang Kami


    Oh! Artis merupakan laman hiburan terkemuka di Malaysia di mana aktif memaparkan berita-berita terkini tentang selebriti tempatan dan antarabangsa. Jimatkan duit anda dari membeli majalah kerana semuanya ada di sini! Heh!
  • Tabs

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • ohartis-hattan-arianieHattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.23/05/2013
    • zalif-+-fidaZalif Sidek Akui Cinta Kembali Bertaut Bersama Fida Ibrahim22/05/2013
    • ohartis-mohd-mentor-zatul-rogol-1Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul21/05/2013
    • fizoomar-kekasih“Ya, kami putus selepas 2 bulan bercinta” – Fizo Omar21/05/2013
    • ohmedia-afganMenangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan20/05/2013
    • ohartis-afiq-muizAfiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya20/05/2013
    • mencari-cinta-rusdy-ramli-nora-danishAdegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli27/03/2013
    • gangnam-styleTuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah09/09/2012
    • norman-kru-anti-pas“Orang Tidak Rasional Sahaja Yang Tidak Boleh Menerima Kenyataan Saya” – Norman KRU30/04/2013
    • saleh-yaacob-bangkang-dari-longkang-1Bangkang Dari Longkang – Salih Yaacob Umum Persaraan28/02/2013
    • ingatan tuk diri ini jua on:Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • seMOON on:Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • seMOON on:Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • seMOON on:Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
  • Premium


  • Filem

  • Kami di Facebook & Twitter



    Follow @ohtweet
    • Gosip Terkini

      • Hattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.
      • Zalif Sidek Akui Cinta Kembali Bertaut Bersama Fida Ibrahim
      • Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
      • “Ya, kami putus selepas 2 bulan bercinta” – Fizo Omar
      • Menangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan
      • Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • Mulut Kepoh

      • ingatan tuk diri ini jua on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • seMOON on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • seMOON on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • seMOON on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • danial zharif on Menangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan
    • Kami

         Creative Commons License
    • Carian

    • Iklan
    • Site Map
    • Penafian
    • Hubungi
    • FacebookFacebook
    • TwitterTwitter
    • YoutubeYoutube
    • Google+Google+

    © 2008 - 2013 | Oh! Artis by Oh! Media Network | Some Rights Reserved | Powered by People.