Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

(Gambar) Esklusif Artis di Festival Filem Malaysia 23 (FFM 23) – Part 2

Share

Seperti yang kami janjikan, berikut adalah sambungan dari artikel Gambar Esklusif Artis di Festival Filem Malaysia 23 (FFM 23) – Part 1 sebelum ini. Kalau sebelum ni gambar selebriti kita semasa red karpet, ini pula semasa di dalam convention cenre semasa festival berlansung.

ffm-23

ffm-23
Read more

(Gambar) Esklusif Artis di Festival Filem Malaysia 23 (FFM 23) – Part 1

Share

Rasanya semua dah sedia maklum siapakah pemenang-pemenang pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia yang ke-23 ini. Tapi tak mengapa, meh kami rewind semula.

1. Anugerah Poster Terbaik – Filem Belukar

2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaakub dari Filem Magika – KRU Studios

3. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik – Edry Abdul Halim – Filem Magika

4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – Brian Ng dari V3 Samseng Jalanan

5. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Anuar Paharudin & Johan Lucas dari Filem Magika

6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki – Shashi Taran dari Filem Estet

7. Anugerah Pelakon Harapan Wanita – Daphne Iking dari Filem Belukar

8. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Fimie Don dari Filem Magika

9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Yana Shamsudin dari filem Adnan Sempit

10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam dari filem Evolusi KL Drift 2

11. Anugerah Pengarah Harapan – Edry Abdul Halim dari Filem Magika

12. Anugerah Filem Komedi Terbaik – My Spy Dari Kru Studios

13. Anugerah Lakon Layar Terbaik
Pemenang: Jumaatun Azmi – Filem Haq

14. Anugerah Cerita Asal Terbaik
Pemenang: Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan

15. Anugerah Sinematografi Terbaik
Pemenang: Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik

16. Anugerah Penyunting Terbaik
Pemenang: Hisham Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2

17. Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik
Pemenang: Edry Abdul Halim – Magika

18. Anugerah Filem Animasi Terbaik
Pemenang: Buas

19. Anugerah Dokumentari Terbaik :
Pemenang: Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment

20. Anugerah Filem Pendek Terbaik
Pemenang: Projek Genex – Ainote

20. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Pemenang: Bront Palarae – Filem Belukar

21. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Pemenang: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan

22. Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Pemenang: Syamsul Yusof dari Scop Productions membawa pulang sebuah trofi & hadiah wang tunai RM20ribu

23. Anugerah Filem Terbaik FFM23
Pemenang: Filem Magica membawa pulang sebuah trofi & hadiah wang tunai RM50ribu

Anugerah Khas Juri FFM23:
1. Filem Cinta Ais Kacang – Asia Tropical Film
2. Filem Woohoo – Astro Shaw
3. Filem Estet – Naga VSX
4. Filem Muallaf – NZX Film

Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23:
Pemenang : Seniman Tamam Idris

Filem Box-Office FFM23 :
Pemenang: Filem Adnan Sempit

Anugerah Pelakon Veteren Wanita FFM23 :
Pemenang: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 :
Pemenang: Johari Ibrahim.

+ Source: Sahabat Media, Budiey.

Nampaknya macam biasalah, rumah dah siap tapi pahat tetap berbunyi. Ramai yang tidak berapa setuju dengan beberapa pemenang yang dinobatkan. Tak mengapalah, dah itu rezeki mereka. Kita hanya mampu melihat dan tersenyum.

Berikut adalah 35 keping gambar ber’skala besar (means korang akan nampak jerawat dan jeragat artis kita) untuk selebriti yang hadir ke Festival Filem Malaysia ke-23 kali ini. Gambar selebihnya bersambung dalam artikel satu lagi nanti. Read more

(Terkini) Nana XFM Selamat Melahirkan Althea Raqeem Brian

Share

Pejam celik pejam celik, tak sangka dah setahun lebih perkahwinan antara Nana dan Brian. Pernikahan yang berlangsung pada 6 june 2009 masa tu Nana masih bekerja di bawah radio Era. Gambar perkahwinan grand mereka boleh dilihat pada artikel (Gambar) Pernikahan “Grand” Nana Era dan Raqeem. Siap Brian kasi mak mertua kereta sebijik lagi kan? Tak bertuah badan tu? Hehe.

Sedar-sedar je, Nana dah pun selamat melahirkan cahaya mata perempuan dengan selamat. Baby girl diberi nam Althea Raqeem Brian. Alhamdulillah dan sekalung tahniah buat Nana dan Brian di atas kelahiran cahaya mata yang pertama ini. Hope Mommy and Baby, and Daddy too lah, are doing well. Dan berbahagia ke akhir hayat.

Gambar baby, Nana masih belum ingin di’publish kepada peminat buat masa ini. Nanti kalau ada gambar baby Nana dan Brian ni, we all share kat sini balik ye.

+ Thanks RaafikJahat

OHARTIS: TERINGAT LAGI NANA MASA JOIN AF1 DULU. DENGAN TAGLINE “NANA? NANA KE?”. HEHEHE..

Filem Dua Alam Dr Rozmey yang tidak perlu ditonton

October 21, 2010 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan, Wayang

Share

Sebelum ini, malu apabila filem Dua Alam terbitan Dr Rozmey ini dikatakan meniru poster luar negara. Hakikatnya, poster tersebut bukan meniru, tapi lebih tepat jika dikatakan mencuri poster filem luar. Cerita ini pernah kami keluarkan dalam entri Designer Poster Filem 2 Alam yang memalukan.

Trailer 2 Alam

Dan selepas itu, pelbagai publisiti sampah yang kami baca mengenai filem ini. Dicanangkan penebitnya untuk kutipan 11 juta lah. Kemudian boleh tambah target jadi 20 juta dan akhirnya sampai 40 juta. Walhal pada hakikatnya, beberapa wartawan yang dah menonton filem ini, awal-awal dah beritahu kita semua supaya jangan buang duit. Baik sedekahkan kat pemintak sedekah lagi bagus. Agak keras kata-kata itu, tapi itulah hasilnya selepas setapak sahaja melangkah keluar dari panggung. Nyata kekecewaan yang dirasa amat tinggi.

+ Image from our friend, OB.

OHARTIS: CAMANA SEKARANG? CAKAP LETUP LETUP DALAM PAPER SAMPAI MENYAMPAH NAK BACA. TAPI BILA DAH KELUAR, JANGAN CAKAP NAK TARGET 11 JUTA, 1 JUTA PUN MENANGIS LA DR ROZMEY YE? LAIN KALI JANGAN TERLALU BONGKAK.

Dr Rozmey dikatakan teruk english’nya?

October 14, 2010 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Dari email yang kami terima:

seorg doctor yang englishnya berterabur.. just nk share ngn korang.. aku pon tak tahu mcm mna org boleh ikt dia.. dia mengaku dia world bran tp english berterabur..

ni ada 2 gmbar. Satu tuh yg tunjuk english dia berterabur..satu lagi dia dah delete..sbb malu ehehe

Lagi.. Read more

Ibu Adi Putra Mengamuk di Facebook

October 13, 2010 by  
Filed under Buat Hal, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Kitorang tak tahu la nak letak artikel ni di Oh! Artis atau Oh! Tidak. Tapi dek kerana anak dia ni popular so kitorang letak di Oh! Artis. Siapa tak kenal Adi Putra kan yang kononnya bijak dan pintar tu.

Dari sumber yang kami terima, kami diberitahu yang mak Adi Putra, Puan Serihana Elias ni mengamuk dengan isteri pertama suaminya. Untuk makluman, ibu kepada Adi Putra ini dikatakan isteri ke-2. Dari sumber itu lagi, tergamak beliau mengatakan yang isteri pertama itu meminta sedekah walhal ianya nafkah. Nafkah dan sedekah sememangnya jauh berbeza. Apapun hanya dia dan pihak satu lagi yang tahu apa kisah sebenarnya.


Read more

Percubaan NameWee untuk membuat konsert pertamanya

October 13, 2010 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Siapa yang tak kenal NameWee? Rakyat Malaysia yang berpijak di bumi Malaysia, tetapi tidak mahu menjunjung langit. Dalam diam-diam, rupanya artis tak patut hidup Malaysia ini telah merancang untuk membuat konsert pertamanya di De’ Bali, Stulang Laut, Johor Bahru baru-baru ini.

Dari maklumat yang kami terima, nasib baik pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru telah bertindak pantas untuk menurunkan poster-poster konsert tersebut. Perkara seperti ini jelas di dalam diam-diam, ada pihak cuba menaja NameWee untuk memburukkan lagi keadaan yang sekian parah ini.

+ Thanks 5tusSy.

(Gambar) Persandingan Kayangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina

October 12, 2010 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Pada malam 10 Oktober 2010 (10.10.10), telah berlansung persandingan kayangan dengan penuh gilang-gemilangnya di antara Sheikh Muszaphar Syukor dan pasangannya, Dr Halina di PICC, Putrajaya. Persandingan ini juga turut ditayangkan secara live seluruh negara melalui TV3. Tapi apa yang kitorang nampak, persandingan mereka ni biasa-biasa sahaja dan tiada apa yang menarik kecuali status si pengantin lelaki.

Timbul juga kata-kata belakang mengenai selawat yang dipersembahkan sebelum persandingan yang dikatakan mengikut-ikut lagu orang barat. Dan timbul juga spekulasi di mana wartawan dikatakan telah dimarahi pihak keluarga pengantin kerana menggangu kelancaran majlis tersebut (patutnya buat tertutup. Takde wartawan nak menggangu).

+ All pictures courtesy of Gua Portal.

(Gambar) Tembamnya Bunga Citra Lestari lepas melahirkan anak

October 12, 2010 by  
Filed under Indonesia, Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Seperti yang telah diketahui umum, pasangan artis Malaysia dan Indonesia, iaitu Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang baru menerima cahaya mata sulung pada 22 September 2010 yang lalu di mana bayi comel tersebut telah diberi nama Noah.

Kat bawah ni ada gambar Ashraf bersama anak sulungnya tu.

Dan di bawah ini, gambar Bunga Citra Lestari selepas bersalin. Gila tembam! Normal la tu kan? Tapi tunggu sebulan dua, kurus kering balik la dia. Artis kan mana boleh badan naik sikit. Susah nak cari makan.

(Gambar) Sheikh Muszaphar & Dr Halina Bergelar Suami Isteri

October 11, 2010 by  
Filed under Selebriti

Share

Hari ini, 10.10.10 pastinya menjadi satu sejarah buat ramai pasangan pengantin kerana kami percaya ramai yang memilih tarikh ini untuk melangsungkan majlis penikahan dan persandingan. Begitu juga dengan angkasawan pertama negara kita, siapa lagi kalau bukan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Doktor Halina.

Dan lebih kurang pada jam 11.45 pagi, bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah sah menjadi suami kepada Doktor Halina Mohd Yunos dengan hanya sekali lafaz.

Oleh itu, tahniah dari kami kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Doktor Halina kerana telah sah sebagai suami isteri. Selamat berbahagia dan kami doakan agar perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Kat bawah ni ada beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina. Apa yang boleh kami katakan, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sangat handsome dan Dr Halina pula sangat cantik.


Read more

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin