(Panas) Ariel Peterpan dipenjara 3 tahun 6 bulan
January 31, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Indonesia, Panazzz, Selebriti
Berikutan rakaman-rakaman pelbagai versi video hubungan seksual antara Ariel dan ramai artis wanita cantik Indonesia tahun lalu sehingga menarik perhatian artis Hollywood, akhirnya Ariel Peterpan (atau Peterporn) telah disabitkan kesalahan hari ini.
Ariel akhirnya disabitkan kesalahan di atas tuduhan sengaja memberi peluang dan kesempatan untuk pihak lain memgedarkan video-video lucahnya. Ariel diputuskan untuk dipenjara 3 tahun 6 bulan dan didenda sebanya RP250 juta.
Hukuman ini sebenarnya jauh lebih rendah jika dilihat pada tuntutan pendakwaraya yang inginkan Ariel dipenjara selama 5 tahun dan denda RP250 juta. Read more
Kutipan Filem Melayu untuk tahun 2010
Berikut adalah jumlah kutipan untuk filem-filem melayu/tempatan kita untuk tahun 2010. Ada banyak filem yang kutipannya diluar jangkaan dan ada darinya filem yang terlampau meletakkan jangkaan tinggi sehingga berpuluh-puluh juta, tetapi akhirnya setengah juta pun tidak sampai. Itulah warna-warni dunia hiburan.

1. NGANGKUNG – RM8.18 million
2. HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH – RM8.12 million* (still showing)
3. ADNAN SEMPIT – RM7.66 million
4. KL DRIFT 2 – RM5.67 million
5. LAGENDA BUDAK SETAN – RM4.28 million
6. JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 – RM4.23 million
7. TIGER WOOHOO – RM4 million
8. V3:SAMSENG JALANAN – RM3.88 million
9. NIYANG RAPIK – RM3.72 million
10. ICE KACANG PUPPY LOVE – RM3.6 million
11. CUTI-CUTI CINTA – RM3.17 million
12. MAGIKA – RM3.14 million
13. MANTRA – RM2.74 million
14. SENARIO ASAM GARAM – RM2.47 million
15. ZOO – RM2.17 million
16. LU PIKIRLAH SENDIRI – RM2.15 million
17. SEMERAH CINTA STILETTO – RM2.13 million
18. AKU MASIH DARA – RM2.05 million
19. KECOH BETUL – RM2.03 million
20. LELIO POPO – RM2 million (estimated)
21. 4 MADU – RM1.82 million
22. DAMPING MALAM – RM1.66 million* (still showing)
23. JANIN – RM1.42 million
24. APPALAM – RM800,000 (estimated)
25. AKU TAK BODOH – RM740,000
26. ANDARTU TERLAMPAU: 21 HARI MENCARI SUAMI – RM560,000
27. 2 ALAM – RM440,000
28. 2 HATI 1 JIWA – RM400,000
29. ESTET – RM350,000
30. BELUKAR – 300,000
31. HOOPERZ – RM290,000
32. KAPOWW!! – RM270,000
33. CRAYON – RM53,000
34. THE KILLER CLOWN – Less than RM50,000
Source: FINAS | Thanks Amirmu.
(Gambar) Road Tour Ratu The Movie – Jelajah Seluruh Malaysia

Peminat seni hiburan hari ini sememangnya lebih beruntung kerana pelbagai aktiviti dan acara-acara hiburan yang melibatkan golongan artis semakin banyak dijalankan di kawasan tempat tinggal mereka. Peluang dan ruang yang diberikan tersebut adalah medium terbaik untuk bertemu artis kegemaran mereka yang selama ini dilihat menerusi televisyen ataupun di majalah-majalah hiburan. Justeru, tidak hairanlah apabila setiap acara yang melibatkan golongan artis sering mendapat perhatian dan sambutan hebat terutama daripada peminat-peminat yang berada di luar Lembah Kelang.
Begitulah juga dengan sambutan road tour Ratu The Movie yang telah memulakan sesi jelajah di seluruh pelusuk Malaysia yang bermula sejak awal bulan Januari lalu. Ratu The Movie merupakan filem terbaru arahan Prof. Razak Mohaideen bakal ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2011.
Filem bergenre pengembaraan realiti ini menampilkan ramai bakat-bakat baru seperti Bkay Nair, Nur Eina, Elya, Miera, Farah, Farahin, Sue, Shazlin, Jazzy, Tasha, Azlee Khairi dan Farid Wari. Seperti program realiti televisyen yang lain, semua para pelakon tersebut turut diuji bakat dan mereka yang layak dan berbakat sahaja dipilih untuk membintangi filem Ratu The Movie dan berlakon bersama pelakon popular lain seperti Eizlan Yusof, Fouziah Gous, Yusry dan ramai lagi. Read more
Krew Oh! Artis kini di Bangkok – Part 1
Share
Krew Oh! Artis kini berada di Bangkok, Thailand di atas penajaan penuh pihak Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Saudara Abdul Latiff Bin Haji Mohaideen, selaku penerbit eksekutif di Lineclear Motion Pictures. Antara yang turut sama terbang ke Thailand adalah manager filem production di Media Prima, dan beberapa orang rakan blogger hiburan terkemuka lain.
Tujuan sebenar krew penerbitan Oh! Artis di bawa ke Thailand, adalah bertujuan untuk melihat selok belok penerbitan filem yang selama ini mengangkat martabat filem di Thailand. Selain itu kami juga akan menjadi yang terawal untuk menonton filem arahan Prof Madya Abdul Razak Mohaideen esok iaitu filem terbaru keluaran mereka iaitu Ratu The Movie.


Antara sasaran awal krew Oh! Artis menerima pelawaan dari pihak Lineclear ini adalah bagi menambahkan pengalaman kami semua selepas ini agar dapat memberi penulisan review filem-filem di Malaysia dengan penuh tanggungjawab dan adil beserta teknik seorang wartawan yang terlatih. Pada masa yang sama, lebih mengajar pembaca di Malaysia untuk menghargai filem tempatan kita sendiri.
Kami amat menghargai layanan 5 bintang yang diberikan oleh saudara Abdul Latiff selama 3 hari kami berada di sini nanti. Kami akan mengeluarkan part-part seterusnya mengenai pengalaman kami mempelajari cara hidup dan mengadaptasi dunia hiburan mereka untuk di bawa pulang ke Malaysia.
Apa yang dapat kami pastikan, selepas ini semua review yang keluar di Oh! Artis akan lebih telus dan pastinya akan menandingi atau at least sama tarafnya dengan hasil review yang dikeluarkan oleh wartawan hiburan di Malaysia.



OHARTIS: DAN SEMUA INI ADALAH SATU PETANDA BAIK UNTUK PEMINAT OHARTIS DI MANA PIHAK OHMEDIA TELAH MEMBUAT PERSETUJUAN UNTUK MENAIKKAN SEMULA WEBSITE INI MULAI MINGGU HADAPAN DAN BERSAING SEMULA DENGAN WEB-WEB HIBURAN TEMPATAN LAIN. PUAS OHARTIS BEREHAT SELAMA INI BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA PROJEK OHMEDIA YANG LAIN. MULAI MINGGU HADAPAN, OHARTIS PASTI MEMUNCAK SEMULA!
(Gambar) Perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah
Dengan hantaran 7 dulang dan mas kahwin RM1,888 beserta sekali lafaz, Zaquan Adha sah bergelar suami kepada pelakon wanita cantik, Ayu Raudhah.









+ Gambar dari ZD dan selebihnya kredit kepada Piccalasso Studio.
(Panas) Fasha Sandha Berbikini Di Bali
January 19, 2011 by Emmet
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Fasha Sandha memulakan tahun baru 2011 dengan gambar panas beliau berbikini ketika bercuti di Bali pada Disember tahun lepas, Kami tidak pergi ke rumah Fasha Sanda untuk mencuri gambar ini,tetapi rakan beliau yang cerdik telah mengupload gambar ini di Facebook.
Review Filem: Khurafat – Perjanjian Syaitan
ShareSeperti yang dijanjikan, kami buat sedikit review untuk mereka yang masih belum menonton filem Khurafat ini. Atau mungkin yang sedang berkira-kira mahu pergi menonton atau tidak. Ialah, semua pun tahu bagaimana ragam cerita Melayu ni. Ada yang berkualiti, dan ada yang benar-benar tangkap muat. Jadi, kami di Oh! Artis akan memberi sedikit review yang ringkas dan padat kepada anda.
Tajuk Filem:
KhurafatPengarah:
Syamsul YusofPenerbit:
Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn BhdDipawagam:
13 Januari 2011Pelakon Khurafat:
Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Sabrina Ali
Md Eyzendy
Fauziah Nawi
Nur Huda binti Ismail
Mariani
Latiff Borgiba
(Panas) Lawak melampau Zizan buat Aznil bengang
January 15, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Raja Lawak / Maharaja Lawak, Selebriti, Tempatan, TV
Pada yang menonton Raja Lawak musim ke-5 malam tadi (Jumaat malam 14 Januari 2011), dibahagian akhir semasa ingin mengumumkan peserta yang keluar, pasti ramai yang ketawa melihat teletah diantara Zizan dan Johan yang cuba bercakap di dalam English. Tapi jika anda masih ingat, sebelum itu Zizan telah mengeluarkan lawak yang boleh dianggap sebagai keterlaluan.
Kami masih ingat antara ungkapan yang dikeluarkan Zizan pada masa itu telah membabitkan dua orang selebriti tempatan iaitu Aznil Nawawi dan juga Awal Ashaari. Zizan telah mengeluarkan perkataan “Aznil Nawawa” dan jugal “lewat Asyaari” sebagai menggantikan nama Awal (ditukarkan kepada lewat). Lawak spontan yang dihasilkan Zizan pada ketika itu, disambut dengan gelak tawa para penonton. Tapi bukan semua penonton bersetuju dengan lawak spastik yang dilakukannya.
Lawak dari Zizan itu, telah menimbulkan kemarahan kepada pihak yang terbabit terutama’nya pengacara No 1 Malaysia yang kami tabik, iaitu Pak Nil sendiri. Berikut adalah beberapa status yang dikeluarkan oleh Pak Nil melalui akaun Twitter’nya. Read more
Ana Raffali pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25

Satu Malaysia telah mengetahui siapa pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 yang berlangsung malam tadi di Stadium Bukit Jalil. Final AJL25 kali ini yang membariskan ramai artis muda dan baru setahun jagung terbabit dalam dunia seni tanah air.

Tahniah kepada pemenang AJL25, Ana Raffali dengan lagu yang bertajuk Tolong Ingatkan Aku. Dan seperti biasa, rumah dah siap pahat tetap berbunyi. Terlalu ramai yang tidak menyangka kemenangan Ana Raffali sekaligus memberikan kata-kata tidak bersetuju mereka melalui Twitter dan Facebook. Harus diingat, AJL adalah sebuah pertandingan kehebatan lirik dan lagu sesebuah lagu dan bukannya pada siapa yang menyampaikan lagu tersebut.
Persembahan Terbaik – Hanyut (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik – Noktah Cinta (Hafiz)
Tempat Ketiga – Noktah Cinta (Hafiz)
Naib Juara – Drama King (MUH)
JUARA LAGU – Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
Mungkin ada antara mereka yang tidak bersetuju kerana bukanlah peminat Ana Raffali. Apapun pada pendapat kami, kemenangan Anak Raffali bukan suatu yang terlalu luar biasa kerana setiap tahun apabila AJL berlangsung, kemenangan pastinya akan berpihak pada artis yang dirasakan perlu oleh pihak-pihak bertanggungjawab atas sebab-sebab hanya mereka yang tahu. Selain bakat, marketing juga perlu sentiasa di ambil kira. Biasalah bisnes.
Kami secara peribadi merasakan ada yang lebih layak untuk menang berbanding Ana Raffali. Apapun kalau dah itu rezeki dia, tetap menjadi rezeki dia dan telah pun dinobatkan sebagai juara. Dan kami tak rasa juri AJL terutama ketua juri, M Nasir tidak peka pada pemilihan pemenang. Mereka yang terlibat di dalam bidang sebalik lagu lebih mengetahui mengapa Ana Raffali diangkat sebagai pemenang AJL ke-25 kali ini. Read more
(Panas) Giliran Lisa Surihani Pula Bercium Mulut
January 6, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Kami menerima gambar ini dari pembaca berikutan kata-kata liar yang Lisa Surihani bercumbuan telah tersebar kepada umum. Gambar ini membuktikan segalanya samaada kata-kata itu benar atau tidak. Anda nilaikanlah sendiri.

Haha! Jangan marah.




















