
Berikutan rakaman-rakaman pelbagai versi video hubungan seksual antara Ariel dan ramai artis wanita cantik Indonesia tahun lalu sehingga menarik perhatian artis Hollywood, akhirnya Ariel Peterpan (atau Peterporn) telah disabitkan kesalahan hari ini.
Ariel akhirnya disabitkan kesalahan di atas tuduhan sengaja memberi peluang dan kesempatan untuk pihak lain memgedarkan video-video lucahnya. Ariel diputuskan untuk dipenjara 3 tahun 6 bulan dan didenda sebanya RP250 juta.
Hukuman ini sebenarnya jauh lebih rendah jika dilihat pada tuntutan pendakwaraya yang inginkan Ariel dipenjara selama 5 tahun dan denda RP250 juta.
Apa yang terjadi pada artis seberang ini, Oh! Artis rasa patutlah semua artis di Malaysia dan kita semua juga mengambil ikhtibar. Agar berhati-hati di dalam setiap apa yang dilakukan.
OHARTIS: KOT YE PUN DAH JAHANAM SANGAT, TAK PAYAH LE NAK RAKAM-RAKAM. ALAH PADAN LA MUKA.



















