(Panas) Cubaan Lady Gaga menghasut remaja Malaysia
March 25, 2011 by Mr XY
Filed under Antarabangsa, Bermasalah, Panazzz, Selebriti
Baru-baru ini, seluruh stesen radio di Malaysia telah diarahkan oleh pihak berwajib untuk menghentikan sebarang pemasangan lagu Lady Gaga. Tindakkan ini juga turut dilakukan oleh pihak Oh! Media FM bermula semalam. Ini kerana, kebanyakkan lirik lagu’nya terutama yang baru-baru ini agak melampau lebih-lebih lagi apabila cuba memesong akidah remaja di Malaysia.
Apabila mengetahui hal ini, Lady Gaga yang agak berang mengeluarkan kata-kata seperti yang diulaskan seperti di dalam keratan akhbar ini. Read more
(Gambar) Fesyen tudung terbaru Yuna
March 25, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Yuna. Siapa yang tak kenal Yuna. Dari hari ke hari, nama penyanyi serba-boleh ini semakit meningkat naik dan dikenali. Bukan sahaja di Malaysia, malah boleh dikatakan seluruh dunia. Itu penangan artis yang pada awalnya bermula hanya di Youtube ini.
Kami menerima gambar-gambar terkini Yuna beserta fasyen tudung terbarunya. Cantik dan terbaik! Jom kita saksikan!


Lagi gambar.. Read more
(Gambar) Irma Hasmie bertudung dan isu mengenai tudungnya
March 24, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan
Kami ada beberapa kali post status di Oh! Media Fanpage mengenai kisah dan gambar Irma Hasmie yang kini telah bertudung. Alhamdulillah, seronok bila kita semua lihat artis-artis ni terbuka hati untuk bertudung. At least, tidak lagi memperagakan rambut mereka kepada orang ramai. Senang-senang dapat dosa free orang kata! Apapun, timbul beberapa komen tidak enak yang dapat kita lihat. Apapun, kita lihat dulu gambar-gambar kemanisan gadis ini bertudung.




Isu yang kami maksudkan sebentar tadi adalah komen-komen yang boleh dikatakan agak tidak manis untuk di baca. Orang kata, kata-kata kita tu bagai satu doa. Antara komen yang kami terima, selalu akan cakap “alaa.. esok lusa buka balik lah tu..”.. Atau yang lebih teruk lagi, “ceh… pakai tudung untuk publisiti semata-mata.. dunia artis biasalah!”..
Itu antara dua contoh feedback yang selalu sangat kami terima. Ni kami nak kata. Depa kalau nak tulis tu, berfikir-fikirlah sama. Orang buat benda tak baik, korang kondem. Ini orang buat benda baik pun untuk diri dia dan agama, lagi korang kondem. Entah apa masalahnya kami pun tak tahu.
Apapun kepada Irma Hasmie, teruskan nawaitu baik anda. Bukan nawaitu lagi, malah telah anda lakukan. Syabas dan diharapkan ramai artis terdedah-terdedah lain dapat mengikuti jejak Irma Hasmie dan artis-artis wanita bertudung lain. Jangan tunggu sampai dah jadi selebriti tua, baru nak bertudung. Apa salahnya buat sekarang. Mesti nampak lebih comel dan ayu.
OHARTIS: DESIGNER DI LUAR SANA TU, RAMAI LA YANG SEDANG PERAH OTAK SEKARANG NI SEBAB NAK KELUARKAN JENAMA TUDUNG IRMA HASMIE PULA. LULZ. INI DAH MACAM TREND SEKARNAG. ARTIS PAKAI TUDUNG JE, TERUS ADA SATU JENAMA TUDUNG ARTIS TERSEBUT. COOL HEH? AT LEAST DAPAT MENARIK RAMAI PEMINAT ARTIS TERSEBUT UNTUK TURUT MEMAKAI TUDUNG. YE TAK?
Sekuel Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit
ShareHusin, Mon Dan Jin Pakai Toncit merupakan sambungan kepada filem Mamat Khalid yang menjadi fenomena dan mencatat kutipan melebihi RM 8 juta iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah.Pelakon yang telah disahkan membintangi filem ini ialah Awie, Ezlynn, Rashidi Ishak, Azwan, Pak Jabit, Pak Abu, Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilca dan beberapa pelakon lain.Sinopsis filem ini masih belum diketahui dan mungkin akan ditayangkan selepas filem Apokalips.
Teaser Poster:



Sekitar Pengambaraan:




Dan poster ini adalah hasil masterpiece perseorangan yang sama yang design untuk Poster filem Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Kuku Besi. Keep it up, KB!
OHARTIS: KAMI BERHARAP FILEM INI LEBIH HEBAT DARI FILEM-FILEM MAMAT KHALID YANG TERDAHULU. SOKONGLAH INDUSTRI FILEM KITA,TANPA KORANG SEMUA SIAPALAH USOP WILCA. KITA BAKO! KITA BAKO! HAHA.
(Gambar) Majlis Baby Shower Untuk anak kembar Sazzy Falak
March 18, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Berikut adalah gambar-gambar semasa majlis tertutup Majlis Baby Shower untuk anak kembar Sazzy Falak yang bakal dilahirkan. Biarpun belum dilahirkan, dah ada majlis tu. Semoga Sazzy akan selamat melahirkan anak kembar tersebut nanti, insyaAllah.


lagi gambar.. Read more
Ketahui apa itu deal site yang tersedia di WeBUY.com.my
ShareHi guys,
Pernah dengar mengenai WeBUY? Sebuah website yang menyediakan pembelian secara berkumpulan. Ianya mungkin baru lagi dan tidak diketahui ramai rakyat Malaysia tapi tidak mengapa, kami di Oh! Artis akan bercerita mengenai website hebat ini. Kami pun baru menjumpai website ini dan kami rasa, bagus untuk dikongsi bersama terutamanya bagi mereka yang terlibat di dalam bidang hiburan di negara ini.
Dalam konteks utama sebagai laman pembelian secara kumpulan, cukup jelas menerangkan apa yang tersedia di WeBUY ini. Di WeBUY, mereka akan mengeluar deal atau kupon menarik sekurang-kurangnya satu, dalam masa 3 hari. Dengan diskaun antara 50% sehingga 90%, deal tersebut dikira berjaya sekiranya telah cukup ramai yang bersetuju untuk membuat pembelian. Sekiranya tidak ramai yang bersetuju untuk membeli dalam tempoh masa yang ditetapkan, deal tersebut akan ditutup dan tiada siapa akan dapat melakukan pembelian produk tersebut. Deal dan kupon tersebut juga akan terbatal serta-merta tanpa merugikan mana-mana pihak termasuk anda yang telah membuat pembelian (tempahan) awal.

Sebagai contoh, pada deal sebuah Bistro di atas ini, masa yang tinggal untuk pembelian dibuat tinggal 15 jam 19 minit sahaja lagi. Pembelian telah dibuka kerana 42 pembeli telah menunjukkan minat. Simple sahaja kan?
Kelebihan WeBUY berbanding deal site lain
Mungkin ada antara pembaca yang mengetahui deal site lain selain WeBUY ini. Hasil sedikit pemahaman dan reseach kami di website tersebut, dapat kami katakan terdapat banyak perbezaan antara WeBUY dan deal site yang lain. Antaranya terletak dari segi domain. Berbanding “.com” yang boleh digunakan sesiapa sahaja walaupun dengan tujuan penipuan, mereka tidak menggunakan “.com”. Dengan domain “.com.my” telah cukup menggambarkan yang WeBUY adalah sebuah syarikat besar telah berdaftar yang boleh dipercayai tanpa sebarang soal jawab lagi.
Berbanding yang lain, WeBUY lebih memberi fokus kepada harga di mana jika murah harga deals tersebut, mereka akan mengeluarkannya kepada umum untuk dibeli. Selain dari segi harga, kualiti juga turut diberi keutamaan. Ini bagi memberi faedah kepada pembeli yang pastinya akan menerima produk murah dan tentunya berkualiti. Ianya sememangnya penting untuk dititik-beratkan.
Dan apa yang paling penting sekali, segala maklumat mengenai deal akan diletakkan di bawah produk yang mereka promo. Ianya akan ditulis selangkap-lengkapnya agar pembeli jelas dengan apa yang mereka ingin beli agar tidak rasa tertipu setelah proses pembelian kupon dilakukan. Ianya tidak ada di deal site yang lain (sekadar beberapa deal site yang kami tahu).
Apapun, andaikata jika anda tidak berminat dengan deal atau kupon yang dijual mereka, at least dari maklumat yang mereka sediakan, anda dapat mengetahui tempat-tempat yang menarik hanya melalui maklumat yang ada pada deal yang tersedia.
Video ini mungkin akan lebih menjelaskan apa yang ada di website tersebut:
Diharapkan penjelasan ini dapat membuka mata semua bagaimana deal site seperti WeBUY ini mempunyai faedah dan penjimatan yang amat besar. Hanya untuk kita semua terutama yang terlibat di dalam industri yang selalu menjelajah pelbagai lokasi, agar dapat menggunakan pelbagai kupon dan seterusnya, lebih menjimatkan anda.
Follow perkembangan WeBUY
Untuk melihat pelbagai deal terbaru dari mereka, anda boleh LIKE page mereka di Facebook. Pelbagai faedah yang diperolehi terutamanya sebarang perkembangan terbaru mereka dan yang paling penting menjadi antara yang terawal untuk mengetahui deal terbaru yang dikeluarkan di sana.
Mahu lebih menarik lagi, join mailing list mereka jadi segala deal terbaru, akan terus sampai ke peti email anda dan tentunya akan lebih memudahkan.
Website: http://www.webuy.com.my
Jika perkongsian maklumat ini berguna kepada anda, berkongsilah dengan yang lain ya. Terima kasih.
UPDATE:
Jika anda menyertai WeBUY hari ini melalui link di bawah ini, anda akan mendapat RM 5 credit percuma. Cepatlah sertai sekarang. Ini bukan affiliates link atau apa pun yang berkaitan dengan Oh! Artis.
LINK: http://www.weBUY.com.my/V1/register.php?bgcode=BG01-02

Kami juga baru sahaja tahu yang untuk minggu ini, anda boleh membeli voucher tunai Kissaten pada harga 50% diskaun. Bayangkan, harga makanan RM50, korang hanya perlu bayar RM25 sahaja. Secara jujurnya, kami tak nampak sebarang sebab kenapa WeBUY ini patut dipandang sepi kerana apa yang ada di website mereka, memberi keuntungan pada kita tanpa merugikan apa-apa.

Oh ya, lagi satu, bag Gucci kat atas ni! Wahhhh! Yang ni bukan senang nak cari kot. Korang yang kaki shopping tu, tunggu apa lagi? Dapat kan sekali RM5 kredit (KLIK SINI) secara percuma dan anda mungkin akan memiliki bag Gucci yang amat cantik ini. Good luck guys!
Filem Terbaru: Ratu The Movie – 17 March 2011
Share
“Seperti seorang ibu yang mengandung hinggalah proses kelahiran, begitulah situasi yang dapat saya katakan untuk menggambarkan perjalanan saya dalam menghasilkan filem Ratu The Movie ini,” kata-kata awal daripada produser filem Ratu The Movie, A. Latiff Mohaideen ketika disoal tentang penghasilan filem ini.
Setelah menerbitkan pelbagai genre filem yang kebanyakkannya mencapai kutipan yang hebat seperti Bujang Senang, Otai, Rasukan Ablasa, Skrip 7707, Sifu & Tongga dan lain-lain, kini tibalah masa untuk dirinya mula mencuba sesuatu yang boleh memberikan kelainan dalam industri perfileman Malaysia. Namun, untuk mencipta sesuatu yang baru, persiapan dari segi fizikal dan mental perlu kukuh dalam menghadapi sebarang risiko. Membawakan sebuah filem Ratu The Movie, filem pertama di Malaysia berkonsepkan realiti pengembaraan, beliau berkata, “Sebagai seorang produser, saya perlu sentiasa memandang ke depan dan tidak patut asyik berada di takuk yang sedia ada. Risiko sentiasa ada dan dengan berbekalkan pengalaman selama beberapa tahun dalam industri inilah yang banyak membantu saya. Saya akui ianya terlalu sukar untuk menghasilkan filem ini berbanding filem-filem terdahulu”.

Sudah menjadi kebiasaan kepada penggemar filem melayu untuk mengetahui siapakah artis-artis yang membintangi sesebuah filem yang bakal ditayangkan sebagai satu sebab untuk mereka ke pawagam. Tetapi jika poster filem itu memaparkan muka-muka yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini, adakah ia berbaloi untuk ditonton? Itulah cabaran besar yang perlu ditanggung produser filem Ratu The Movie ini. “Seramai 10 muka baru yang ditonjolkan dalam filem ini, bukan sebagai pelakon tambahan tetapi watak utama. Bayangkan bagaimana kami ingin memperkenalkan setiap seorangnya kepada umum dan meyakinkan mereka untuk pergi ke pawagam? Itu persoalan yang perlu kami jawab sendiri’, tambahnya lagi. Read more
(Gambar & Review) Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios
Share
7 Mac 2011 lalu lebih kurang jam 8 malam, telah berlangsung tayangan Media “Hikayat Merong Mahawangsa” di Cathay Cineplexes, Cineleisure. Ramai Penerbit, Pengarah, Wartawan dan artis-artis yang hadir pada tayangan media “Hikayat Merong Mahawangsa” ni antaranya Dato’ Yusof Haslam, Suhaimi Baba, Lisa Surihani, Sharifah Amani, Anuar Zain, Syanie dan ramai lagi selain dari para pelakon, pengarah dan penerbit filem ini seperti Norman, Yusry, Edry, Stephen Rahman Hudges dan Khir Rahman. Ummi Nazeera yang sedang sibuk membuat persiapan untuk pulang ke Australia bagaimanapun tidak menghadirkan diri. Read more



















