Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

Maharaja Lawak Minggu ke-5

Share

Malam tadi telah berlangsung Mahajara Lawak minggu ke-5 yang membariskan 8 peserta lagi yang masih tinggal. Persembahan peserta pada minggu ke-5 ini pada kami biasa-biasa sahaja. Tiada banyak kelainan yang cuba dibawa oleh peserta. Apapun jom nengok semula persembahan malam tadi dan kami akan berikan sedikit komen sebagai seorang penonton.

Man:

Pada kami, lawak Man minggu ini sangatlah teruk. Hampir 80% lawak yang cuba dibawakannya adalah lawak yang dah biasa kita lihat dan selalu dilakukan oleh Johan terutamanya dalam cerita Capalrela di Astro. Bolah dikatakan, ini adalah lawak recycle dari Johan. Paling mengecewakan, Johan buat memang menjadi, tapi si Man ni buat, langsung tak menjadi.

Read more

(Panas) Isu Anding dan Amran Ismail mempunyai hubungan terlarang

April 26, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Semalam kecoh apabila Raja yang merupakan penulis BiPop yang mengeluarkan Artikelnya bahawa Anding Akademi Fantasia dan pelakon baru Amran Ismail mempunyai hubungan songsang.

Raja dalam artikelnya di Bipop mengatakan beliau mendapat berita ini daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai yang memberitahunya mengenai berita mengejutkan ini. ktanya mereka bermadu asmara diluar negara.

Raja dapat tahu daripada si pemberi maklumat, kononnya ada cerita yang menyatakan Anding dan Amran memadu kasih nun jauh di seberang lautan baru-baru ini. Mereka turut bersama dengan seorang laki pelakon baru yang kononnya berbulan madu dengan pasangan songsangnya. Bukan main lagi umpama dunia mereka yang punya. Ada yang ternampak kelibat mereka berparti sakan.

Namun cerita ini telah terjawab oleh Anding Sendiri selepas mengetahui cerita ini telah tersebar luas bahawa beliau dan Amran merupakan kawan sahaja tiada lebih dan tiada kurangnya. ini jawab beliau.

Saya baru sahaja menanda tangani perjanjian dengan syarikat MIG minggu lepas, dan pihak MIG meminta agar saya tidak memberi sebarang komen terdahulu tentang perkara ini sebelum mereka melakukan sebarang sidang media minggu hadapan. Namun secara peribadi, saya memang terkejut dengan apa yang dilaporkan semalam, seluruh peminat dan ahli keluarga menghubungi saya untuk bertanya tentang perkara ini, namun saya tidak boleh membuat sebarang penjelasan sekarang. Subhanallah, Nauzubillah, perkara ini sangat memalukan dan ia satu fitnah yang besar dalam hidup saya. Jujurnya, saya tak berani nak komen lanjut kerana sebagai orang islam, saya tidak boleh menuduh sebarang orang yang menjadi penyebab dan penyebar cerita ini. Apa yang boleh saya katakan, saya harap peminat dan keluarga memihak pada saya dan memberi semangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini

Alhamdulilah, fitnah ini telah dijawab oleh Anding sendiri untuk menyelesaikan kontroversi ini dengan cepat.

OH! ARTIS: BEGITULAH DUNIA KEHIDUPAN ARTIS. APA YANG ANDA LAKUKAN, SENTIASA AKAN DIPERHATIKAN WARTAWAN DAN PEMINAT ANDA. JADI PANDAI-PANDAILAH BAWA DIRI. KEPADA ARTIS YANG SELALU MELATAH DENGAN APA YANG DIPERKATAKAN WARTAWAN DAN PEMINAT, JANGANLAH JADI ARTIS KERANA APABILA ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENJADI ARTIS, IBARAT ANDA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK BERKONGSI SEGALA APA YANG KORANG LAKUKAN KEPADA ORANG RAMAI.

+ Respon pembaca di Oh! Media Fanpage.

(Teaser) Promo filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

April 26, 2011 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan, Wayang

Share

Bulan lalu, kami ada mengeluarkan artikel memberitahu mengenai filem terbaru Mamat Khalid iaitu HUSIN, MON DAN… JIN PAKAI TONCIT yang juga sekuel kepada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Anda boleh melihat artikelnya di sini.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil dari artikel tersebut:




Dan berikut pula adalah teaser promo yang telah dikeluarkan. Rasanya filem ini akan ditayangkan pada tahun 2012 nanti. Sama-sama kita nantikan. Read more

Ac Mizal akui sertai UMNO

April 25, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Kalau dulu, orang kata undi anda adalah rahsia. Nampaknya zaman sekarang undi bukan lagi rahsia sehinggakan artis juga sering sahaja dipergunakan untuk menyertai medan politik negara. Itulah apa yang berlaku kepada Ac Mizal atau nama sebenarnya Datuk Mizal Zaini bersama isterinya Emylia Rosnaida yang menyertai Program Jom Masuk Umno yang dianjurkan di Ipoh.

Ac Mizal dan 500 yang lain juga telah mengemukakan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Menurut Ac, “Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (UMNO) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan,” katanya kepada pemberita. Read more

(Gambar) One Shoulder Tiz Zaqyah Yang Hot

April 25, 2011 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan, Tiz Zaqyah

Share

Baru-baru ini pada majlis ulang tahun Majalah Glam yang ke tujuh pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya anugerah baju tercantik dan pelbagai lagi.

Namun bukan itu yang kami nak cerita disini, apa yang menarik minat kami adalah Tiz Zaqyah telah memenangi Baju yang terbaik pada Majlis tersebut dengan bajunya ‘one shoulder dress’. Baju ini di  reka oleh pereka fesyen yang bernama Alia Bastaman (gambar berskirt kuning). Baju ini memenangi baju terbaik pada malam tersebut kerana temanya yang kosong dan tiada eksesori berlebihan.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Kaer dan Bron Palare yang memenangi Pakaian terbaik kategori lelaki pada malam itu. Read more

Fiza dakwa difitnah dan teraniaya kerana mulut orang

April 25, 2011 by  
Filed under Buat Hal, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Fiza yang merupakan bekas penyanyi kumpulan Elite mendakwa dirinya di fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan rumah tangganya telah menerima impak daripada fitnah tersebut dan menyebabkan penceraiannya dengan bekas suaminya tahun lepas.

Katanya beliau dikaitkan dengan kes penceraian seorang jurukamera yang dikenali sebagai Malek atau nama sebenarnya Malek Marwi iaitu bapa kepada Erin Malek, namun beliau mengaku bahawa hubungan beliau dengan Malek sememangnya rapat. tetapi bukan sehingga menyebabkan punca penceraian Malek dan isterinya.

“Bekas suami saya bukan orang dalam industri seni, jadi dia cepat terpengaruh dengan berita-berita di akhbar,” katanya.

Beliau juga menyatakan kekecewaan beliau dengan pihak yang dengki dengan beliau.

“Ada pihak yang cuba menabur fitnah dan melaga-lagakan suami saya dan isteri Malek sehingga hubungan rumah tangga saya dan Malek tidak dapat diselamatkan lagi.”

OH!Artis: sape la yang perangai syaitan mengancurkan rumahtangga orang tu ye.

(Gambar) Kad Kahwin Zed Zaidi ala-ala Facebook

April 25, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Gambar yang akan dipaparkan ini adalah gambar kad jemputan kahwin kepada pelakon terkenal (kini agak suam-suam kuku) iaitu Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil yang akan menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal. Bagi kami, Zed Zaidi amat berani sekali mengeluarkan kad jemputan seumpama ini lebih-lebih lagi sebagai seorang selebriti. Terbaik!

Mengeluarkan kad jemputan kahwin berunsurkan halaman Facebook, tidaklah selalu dilakukan orang lain di Malaysia lebih-lebih lagi golongan selebriti dan idea kad jemputan dari sebuah syarikat percetakkan kat kahwin ini, boleh kami katakan sebagai berani dan amat kretif sekali. Read more

(Gambar & Video) Pertunangan Asyraf Muslim dan Dayana

April 24, 2011 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Minggu lalu pelbagai komen yang kami terima daripada pembaca dalam artikel kami Asraf Muslim mengumumkan tarikh pertunangannya, ramai yang terkejut dengan pengumuman itu dan ada yang nak sangat tahu siapakah gerangan perempuan bertuah yang menjadi pilihan jejaka kegilaan wanita ini.

Pada tanggal 23 April 2011 merupakan salah satu tarikh yang menjadi sejarah bagi pasangan Asyraf Muslim dan tunangnya Noor Dayana Lokman dengan berlangsungnya majlis pertunangan mereka di gombak semalam. Majlis pertunangan ini disertakan dengan majlis perasmian klinik Asyraf Muslim sendiri yang menawarkan perkhidmatan rawatan perubatan Islam.

Mereka juga turut mengumumkan tarikh perkahwinan mereka iaitu pada 30 ogos 2011 bersempena dengan Hari Raya Puasa dan melangsungkan majlis perkahwinannya di Mekah. Jom kita tengok gambar dan video pertunangan mereka. Read more

Lagi video Lady Gaga jatuh tergolek

April 24, 2011 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Baru baru ini kami telah mengeluarkan cerita mengenai Lady gaga yang jatuh tergolek terlentang dimana Lady Gaga memanjat kerusi piano dan terjatuh apabila kerusi itu hilang keseimbangan, kini sekali lagi kami membawakan kepada anda video terbaru Lady Gaga jatuh semasa konsert live.

Video ini diambil semasa persembahan live Lady Gaga di Atlanta baru-baru ini Lady Gaga sekali lagi terjatuh apa bila sedang asyik membuat persembahan dan menanggalkan baju, kemudian tanpa disedarinya Lady Gaga terpijak baju yang ditanggalnya lalu jatuh didepan ribuan orang dan perlbagai sudut kamera yang merakamnya.

Apa-apa pun jom tengok video yang kami maksudkan ini.

Oh! Artis: Ngeh ngeh ngeh!!

(Live) Maharaja Lawak Minggu ke-4

Share

Kami akan membawakan perkembangan Maharaja Lawak minggu ke-4 secara live di Oh! Artis. Khas kepada mereka yang tidak membeli pakej Mustika. Kami akan bawakan gambar ditengah-tengah rancangan dan kami akan update dengan video persembahan pada hari esok.

Di awal permulaan Maharaja Lawak minggu ke-4 ini, keputusan undian ditunjukkan kepada umum di mana ianya tidak berlaku dalam episod-episod sebelum ini. Jozan berada di tangga teratas undian dikuiti Nabil, Sepah, Jambu, Balas, Man, Alex, Amir dan Jihan. Read more

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin