

Beberapa bulan lalu kecoh dengan cerita mengatakan Adira menjalinkan hubungan songsang iaitu hubungan sejenis. dan menjatuhkan nama Adira sebagai artis. namun sangkaan ini semestinya disangkal oleh Adira sekeras-kerasnya.
Kini Adira dan Hafiz AF telah membuat pengakuan bahawa mereka telah menjalinkan hubungan sejak 5 bulan lalu. hubungan mereka ini direstui oleh keluarga mereka sendiri. Mereka membuat pengakuan ini atas sebab banyak spekulasi yang berlaku tentang cerita Adira menjalinkan hubungan sonsang, tertekan dengan tuduhan tersebut mereka telah membuat keputusan untuk memberi tahu tentang hubungan mereka untuk mengelakkan tekanan akibat fitnah yang di buat keatas Adira.
Apabila ditanya ini jawab mereka:
Hafiz: Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami.Malah, ketika Adira ‘diserang’ gosip yang mendakwanya menjalin hubungan songsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar danmasih mampu mengunci mulut. Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan. Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira dimata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya.
Adira: Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga. Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya.
Diharap dengan pengakuan ini reda lah cerita yang mengganggu si Adira ni. Semoga hubungan Adira dan Hafiz sampai ke jinjang pelamin.
OH! Artis: Ingatkan Adira ni masih bercinta lagi dengan Shahir. Rupanya tidak.


















