Salma juara Mentor 5 mendapat 3.25 juta undi penonton
Share
Salma A. Asis atau dikenali sebagai Salma yang berumur 21 tahun telah berjaya memenangi hati penonton dengan berjaya meraih 3.25 juta undi SMS penonton sebelum program Mentor melabuhkan tirainya di Stadium Melawati.
Jumlah undian ini telah di sahkan sendiri oleh penerbit Mentor 5 Muhammad Suffian Musa dengan undian sebanyak ini mampu melonjak Markah Salma dengan 85% jauh meninggalkan peserta lain.
“Apa yang membangkitkan semangat saya untuk berjaya adalah teguran daripada Kak Erra dengan melakukan latihan bersungguh-sungguh setelah melihat prestasi saya agak teruk pada peringkat separuh akhir,
Salma Telah mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan berniat untuk membawa keluarganya bercuti.
Salma yang merupakan Janda anak satu telah melangsungkan perkahwinan pada umur 17 tahun dan berpisah setahun selepas itu. dikurniakan seorang anak perempuan yang Puteri Nurul Huda yang kini berumur 3 tahun.
Cikgu Shida dilamar menjadi pelakon
Share
Memang peliklah jika anda kaki internet dan anda tidak kenali siapakah Cikgu Shida tak kiralah anda menyokong beliau mahupun tidak. Cikgu Shida yang selalu mengeluarkan video mimingnya di Youtube sememangnya terkenal dikalangan pengguna internet di Malaysia.
Ini kerana video yang dikeluarkannya amat menarik minat penontonnya ada yang menyokongnya dan ada yang membencinya. namun Cikgu Shida tetap meneruskan hobinya itu.
Namun dengan aksi yang gila-gila itu menarik minat sebuah syarikat perfileman untuk melamar beliau menjadi pelakon utama telefilem mereka.
Kini dengan hobinya yang di kritik hebat oleh sesetengah pihak amatlah mengejutkan apabila beliau di tawarkan untuk melakonkan telefilem yang bertajuk Cikgu Shida Cari Jodoh yang bakal di tayangkan pada Raya Aidilfitri ini.
“Ini mungkin rezeki baru saya dan ‘lamaran’ ini cukup untuk mengubat segala duka saya sepanjang terbabit dalam hobi berkenaan. Saya mengakui tidak sabar-sabar mahu mencuba lapangan (telefilem) baru yang lebih mencabar itu,” katanya.
Telefilem 90 minit itu akan dijalankan pengambarannya jumaat ini.
OH! ARTIS: TAHNIAH CIKGU SHIDA! TAHNIAH! TERUSKAN KENTAL UNTUK MAJU.
Di manakah Iwan dan Amelina, penghibur dangdut suatu ketika dulu?
Share
Mungkin ada yang tak tahu lagi lantas bertanya, kemana menghilangnya Iwan Dangdut yang dahulunya amat popular dan sering sahaja berduet bersama penyanyi wanita, Amelina. Buktinya, ada juga beberapa email yang kami terima bertanyakan soalan yang sama mengenai ini. Di manakah Amelina? Dan di manakah Iwan?
Video di bawah ini juga memberikan anda jawapan yang amat sempurna sekali di manakah Iwan sekarang.
Dan untuk Amelina, kami tak pasti apa yang sedang diusahakannya, tapi seringkali terdengar cerita akan masalah rumahtangga yang dilaluinya setahun yang lepas. Apa yang pasti, gambar di bawah ini adalah imej Amelina yang terkini.
Dari artis dangdut bergelek sana-sini yang sering dihina masyarakat, hari ini mungkin mereka lebih mulia dari kita semua.
Kenangan yang ditinggalkan mereka:
OH! ARTIS: SEBAB TU TAK BAIK MENGHINA ORANG LAIN. HARI INI KITA PANDANG MEREKA HINA, SUATU HARI NANTI KITA AKAN PANDANG TINGGI MEREKA.
Mohd Hakim bin Lokman Masa menangis – Bob Lokman
May 27, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan
Kami keluarkan artikel dan kata-kata Bob Lokman kepada wartawan Harian Metro baru-baru ini mengenai kisah hidupnya sebelum ini sebagai anak seni sehinggalah hari ini menjalankan kehidupan serba-barunya sebagai seorang penyampai agama yang mengajak orang ramai supaya mendekati agama. Ikuti artikel ini.
MEMETIK kata-kata Bob Loqman, 47, dalam bukunya yang bertajuk Aku, Isabella dan Tok Kenali: “kita yang sentiasa dalam kesibukan dengan nikmat dan candu dunia kadangkala terlupa bahawa kita setiap hari diziarahi malaikat maut. Maut yang tidak mengenal usia, bukan syarat tua atau muda.’ Rintihnya lagi: ‘masa untuk menangis sudah tiba selepas panjang masanya aku ketawa.’
Bob atau nama penuhnya, Muhammad Hakim Loqman, yang kini berada dalam ‘alam baru’ kehidupannya, tidak pernah mengatakan menjadi anak seni itu salah, namun keadaan sekeliling boleh ‘melemas’ dan ‘menenggelamkan’ mereka menjadi alpa pada janji mereka kepada Yang Maha Esa.
Sejak kecil Bob diasuh dengan ilmu agama yang secukupnya. Meningkat usia remaja, dihantar ke sekolah Arab, Maahad Hamidiah di Kajang dan menghabiskan pengajian hingga ke peringkat Empat Senawi. Menyedari ada yang memandang sinis dengan perubahan hidupnya itu, Bob tidak berkecil hati sebaliknya terus memanjatkan doa agar Allah SWT menetapkan hatinya.
Rabu lalu, wartawan SELEBRITI, NOR AKMAR SAMUDIN, bertandang ke kediamannya di Saujana Akasia, Sungai Buloh. Bob dengan nada yang cukup tenang menceritakan lembaran baru hidupnya.
KESEDARAN paling besar untuk berubah datang ketika saya terlantar di hospital, menjalani pembedahan dalam perut akibat ulser. Bersebelahan katil saya ada seorang pesakit. Siangnya dia ceria, lalu saya berbual-bual dengannya. Pada sebelah malamnya dia sudah tiada, pergi buat selama-lamanya. Ya Allah! ‘Aku pula macam mana? Entah bila pula aku akan menyusulnya’. Perasaan cuak dan takutkan kedatangan maut membuatkan hati tidak tenteram. Persediaan saya untuk menghadap Allah SWT, belum cukup, semuanya serba kekurangan. Tiba-tiba saya teringat, apa gunanya rumah dan kereta besar kerana bila mati kita akan tinggalkan segala di dunia ini melainkan kain kapan dan amalan yang baik. Kejadian itulah menjadi titik baru dalam hidup saya. Setiap orang mesti melakukan perubahan dalam hidup dan perubahan yang berlaku pada saya terjadi secara perlahan-lahan iaitu sejak tiga tahun lalu tetapi tiada yang tahu. Selain peristiwa yang saya ceritakan tadi, saya mula terasa hendak berubah selepas berkahwin kali kedua (Norelawati Daud, 33). Perkahwinan pertama saya hanya bertahan enam tahun. Kemudian saya hidup menduda selama enam tahun, barulah bertemu jodoh semula dengan isteri baru ini. Tetapi ketika itu saya masih berlakon dan rasa untuk berubah itu tidaklah begitu kronik. Kemudian saya diserang penyakit ulser sehingga saya terpaksa dibedah. Keadaan itu membuatkan hati saya semakin kuat mencari hala tuju yang betul dalam hidup ini.
Selepas menghadapi kematian pesakit sebelah katil dan penyakit saya pulih, saya mula mendaki tangga masjid dan mendengar kuliah agama. Daripada situ saya berjumpa ramai ustaz dan mendalami ilmu agama dengan mereka. Perlahan-lahan saya masuk tarikat dan menyertai pergerakan Islam. Sejak itu, orang mula panggil saya mengajar dan memberi ceramah agama walaupun ilmu di dada belum cukup. Namun ustaz-ustaz yang saya berguru dengan mereka menggalakkan saya menerima jemputan itu kerana kata mereka sambil belajar dan mengajar, Allah SWT akan menambahkan ilmu kepada kita. Untuk berubah ke arah kebaikan bukan senang, banyak rintangan. Apabila saya mengambil keputusan berhenti berlakon, bapa saya pun risau, bimbang anak isteri saya tak makan. Dugaan datang lagi, tiba-tiba tawaran berlakon datang mencurah dan kalau dicongak bayarannya dalam RM48,000. Alhamdulillah, saya mendapat isteri yang memahami perjuangan saya dan minta saya menolak tawaran itu. Kemudian masalah lain pula datang apabila rumah yang saya diami sekarang kena potong bekalan elektrik.
Tawaran berlakon datang lagi. Sekali lagi isteri mengingatkan niat saya untuk berubah dan hampir seminggu kami bergelap. Saya juga bercadang menjual banglo ini yang dibeli ketika saya masih berlakon kerana tidak mampu duduk di rumah besar ini. Saya merancang dengan wang hasil jualan banglo ini saya akan membeli sebidang tanah di pinggir kota, buat rumah dan tinggal di sana. Dapatlah saya belajar agama dan berzikir untuk menguatkan iman. Namun Allah SWT itu sudah menyediakan ‘perancangan’ lain untuk saya di mana selepas itu saya mendapat banyak jemputan mengadakan ceramah, menjual buku, kitab dan apa saya yang halal untuk menyara anak isteri. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan rezeki dari jalan yang diredai-Nya dan saya sekeluarga dapat terus menetap di banglo ini. Sekarang saya berceramah di seluruh negara mengajar ilmu Tauhid dengan mengambil contoh kehidupan saya sendiri. Apabila saya ingin mengubah cara hidup, saya tak kata bidang lakonan itu salah. Apa yang salah adalah rencah-rencah di dalamnya. Sebaik saja kita keluar rumah tengok perempuan tidak bertudung sudah berdosa tetapi masyarakat menganggap ia perkara biasa dan bukan kesalahan besar. Bertudung adalah wajib.
* Sumber gambar: IslahPKK.Saya tak salahkan pelakon tetapi keadaan sekeliling menjadikan bidang lakonan itu nampak tidak betul. Disebabkan itu, saya tidak boleh meneruskan kerjaya lakonan kerana timbul konflik dalam diri. Saya belajar agama tetapi masih hendak berlakon dan pada waktu sama, saya tak tahu sama ada rezeki yang saya dapat itu halal atau haram. Apabila kita tidak pasti kedudukan rezeki yang kita dapat itu, macam mana ia dikira syubhah iaitu perkara yang tidak diketahui hukumnya oleh orang ramai, yang masih samar-samar halal atau haramnya. Ada kala tiba waktu solat, produksi masih membuat penggambaran, jadi di manakah keberkatan rezeki yang kita cari? Pada bulan puasa pula, ramai yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Dalam usaha membentuk diri sendiri ke jalan kebaikan, kita kena mencorakkan masyarakat sekali. Misalnya, saya tak boleh melarang anak-anak saya daripada bercampur gaul dengan masyarakat. Jadi kita kena mengajak sama masyarakat untuk berubah, barulah kita akan mendapat persekitaran yang sihat kerana kita saling menyokong ke arah kebaikan. Apabila belajar, saya kena beramal dengannya. Sejak kecil saya memang sudah ada asas agama. Apabila kita belajar ilmu Allah SWT, kita akan tahu kenapa kita dilahirkan dan apa janji kita pada-Nya. Saya berdakwah di serata tempat termasuk ke sarang judi dan tempat orang main burung. Saya ke sana tidak lama, dapat bercakap sekejap dengan mereka pun jadilah. Saya akan bercakap mengenai hidup dan mati kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Barangkali ada yang mempersoalkan sejauh mana perubahan saya ini akan berkekalan. Pada saya itu semua kuasa Allah SWT, untuk berbuat kebaikan pasti datang godaan. Justeru kita kena berusaha menguatkan iman di dada. Seiring dengan perubahan, pasti ada ujian-Nya. Pun begitu Allah SWT akan memberi ujian kepada setiap hamba-Nya mengikut kemampuan mereka tetapi ramai yang tak tahan, tak sabar dan tidak reda. Artis misalnya, asyik menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Tak seronoklah kalau hanya memandu kereta kecil, hendak juga melaram dengan kereta mewah. Godaan yang macam itulah ada sesetengah artis yang sudah berubah gagal mempertahankan iman mereka. Iblis dan syaitan akan terus memainkan peranan mereka. Semuanya berlaku kerana terlalu mengikut kehendak duniawi dan terpaksa patuh kepada pandangan masyarakat.
Jangan jadikan rumah besar dengan pagar tinggi satu kemegahan kerana rumah yang berkat apabila tetamu boleh datang sampai ke muka pintu rumah kita. Untuk menambahkan lagi keberkatan itu, apabila ada kelapangan ajaklah rakan dan jiran tetangga bertandang ke rumah serta jamu mereka dengan rezeki yang kita ada. Sekiranya tidak sibuk, saya mengadakan tazkirah di rumah dengan mengajak jiran berdekatan mendengarnya sebagai saling ingat mengingati. Ada juga artis yang datang mendengar ceramah saya di masjid di mana saya pernah nampak Adam AF dan Wahid Senario. Apabila M Rajoli meninggal dunia, ramai pengarah drama mahu saya menggantikan tempat Allahyarham. Ilmu agama M Rajoli sangat hebat dan saya belum sampai ke tahap itu. M Rajoli terus berlakon kerana imannya sangat kuat dan mampu menepis segala godaan duniawi. Saya pula perlu belajar lagi untuk menguatkan keimanan saya terhadap Allah SWT. Saya tidak memandang rendah kepada sesiapa pun kerana urusan ibadah kita, hanya Allah SWT yang tahu. Rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya sangat luas dan kita tidak mampu membalasnya. Nikmat bernafas dan mata melihat pun sudah cukup besar. Kita mesti belajar mengenali Allah SWT dan barulah kita berasa takut dengan-Nya. Sebenarnya sejak dulu, saya tak minat berlakon tetapi saya terpaksa melakukannya demi mencari rezeki. Saya juga menulis lirik lagu dan pernah dapat royalti hampir RM100,000. Tetapi selepas kemunculan ramai penulis lirik, saya tinggalkan bidang itu. Kini, semua yang saya lakukan dulu tinggal sejarah. Mengenai Awie yang melahirkan rasa tidak puas hatinya pada saya baru-baru ini, saya tak marah. Kami kawan lama dan Awie seorang yang sangat baik hati. Emak bapa dia pun orang baik-baik. Apabila saya berubah, saya mahu mengajak Awie sekali kerana saya sayangkannya. Apabila kita menganjur atau mengadakan konsert, banyak dosanya.
Jadi saya mahu mengajak Awie belajar agama dengan guru agama bertauliah berpandukan al-Quran dan kitab lama di Shah Alam. Tetapi Awie tidak jawab panggilan saya sehinggalah ceritanya keluar dalam akhbar. Saya tak kisah dan saya pasti kalau berjumpa dengannya nanti, kami tetap boleh ketawa bersama. Bukan saja Awie malah ada juga ustaz yang memperlekehkan perubahan saya ini, jadi apalah sangat saya hendak ambil hati dengan komen Awie itu. Berjuang untuk agama tidak semestinya kita terpaksa mengangkat senjata tetapi ia adalah perjuangan hati. Saya dalam proses menulis buku Mendaki Nafsu yang sudah siap 30 peratus. Ia cerita mengenai perjuangan manusia menukar nafsu amarah ke nafsu kamil (kebaikan).
Kalau kita hendak tahu sama ada hidup kita di dunia ini berkat atau tidak, tengoklah siapa yang datang pada hari kematian kita dan siapa yang menghantar kita ke kubur.
Mungkin ramai yang ‘menghantar’ tetapi dalam ramai itu, ada juga yang tidak tahu membaca al-Fatihah. Jadi, macam mana mereka mahu sedekahkan al-Fatihah kepada si mati. Kita menziarahi orang mati untuk mengambil iktibar. Kita mahu ke ke syurga Allah SWT yang tiada ternilai itu dan bukan ke neraka-Nya yang menyediakan seksaan amat berat. Justeru, bersedialah secukupnya sebelum kembali ke sisi-Nya.”
+ Kredit sepenuhnya Harian Metro.
(Gambar) Stacy yang semakin comel
May 26, 2011 by DJ BOB
Filed under Akademi Fantasia, Gallery, Gambar Artis, Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan, TV
Setelah senyap seberapa ketika, baru-baru ini stacy ditemui ketika menghadiri majlis Uniqlo Launching di KLCC. Majlis yang di anjurkan secara besar-besaran ini dihadiri oleh beberapa orang artis yang turut hadir bersama stacy ialah Noh Hujan yang bergambar bersama Stacy.
Stacy kini kelihatan lebih comel dengan mengenakan pakaiannya di sesi pengambaran di ‘Red Carpet’ ketika Majlis tersebut berlangsung. Noh Hujan yang juga menghadiri majlis tersebut tidak ketinggalan untuk bergambar bersama Stacy. Read more
Kaki Jasmin Hamid melecur teruk. Kemalangan di set penggambaran
Jasmin Hamid atau dulu terkenal dengan gelaran minah senget pada drama lakonannya 10 tahun dahulu yang kini maih lagi bergiat aktif dalam bidang lakonan baru-baru ini telah melecur terkena air panas.
Kesan terkena air panas yang teruk itu menyebabkan kaki dan betis beliau melecur teruk, perkara ini terjadi semasa di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh.
Kejadian itu berlaku apabila beliau yang sedang berehat seketika di sebuah meja yang mempunyai sebaldi air panas yang diletakkan di atasnya. Tanpa disedari meja yang tidak stabil itu menyebabkan air panas tersebut tumpah dan terkena Jasmin yang sedang berehat disitu.
“Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena.”

* Kesan melecur teruk di peha kanan.

* Betis kiri yang melecur.

* Gambar dari Facebook Jasmin Hamid.
OH! ARTIS: KESIAN. NASIB TAK KENA MUKA KALAU TAK ROSAK KARIER. GAMBAR POSING SEPERTI YANG DI ATAS TU PUN, MUNGKIN TAKKAN BERLAKU LAGI KERANA KESAN PARUT YANG DITINGGALKAN. BESAR HIKMAHNYA TU. SEMOGA CEPAT SEMBUH KAK JASMIN.
P/s: Artikel ini kami dah draft minggu lalu selepas kejadian yang berlaku. Apapun hari ini baru kami keluarkan kepada umum atas masalah tertentu pada website ini. Kelewatan amatlah dikesali.
(Video) Pergaduhan pelajar wanita SMK Bandar Rinching
May 25, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Umum, Video
Lawak ada rasa geram pun ada. Rasa macam nak terjun dalam video dan tolong lempang semua budak-budak perempuan ni siap pakej pelempang untuk jantan-jantan bertuah yang jadi penonton pergaduhan bodoh ini. Selalunya budak-budak perempuan ni kalau bergaduh, mestilah sebab nak rebut pakwe kan apa lagi. Gaduh-gaduh rebut pakwe, lepas tu bila kena tinggal, sibuk nak terjun banggunan. Apa nak jadi?
OHARTIS: NORMAL LAH BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG MEMANG PERANGAI MACAM NI. NANTI MASING-MASING DAH BESAR, BARU OTAK MEREKA NAK BERFUNGSI DENGAN BAIK DAN PASTINYA BILA MENGENANG SEMULA APA YANG MEREKA BUAT KETIKA SEKOLAH, PASTINYA AKAN TERSENYUM.
P/s: Oleh kerana kami sedang melakukan pembaikan pada Oh! Tidak, jadi kami keluarkan dulu artikel ini di Oh! Artis di dalam kategori baru iaitu kategori Umum. Kategori ini akan memaparkan video-video random oleh mereka yang bukan artis tetapi akan menerima populariti yang lebih daripada artis. Menarik?
Sham Kamikaze bercerita pengalamannya mendapat hidayah
Share
Sham Kamikaze merupakan seorang musician yang unggul yang menjadi rebutan dan jemputan sebagai pemain muzik jemputan di banyak ‘event’ yang besar seperti konsert yang dianjurkan oleh Astro dan lain-lain. Namun kebelakangan ini kita kurang mendengar berita mengenai Sham di kaca tv.
Sham kini dikatakan telah mendalami agama islam yang berguru dengan Ustaz Asri, katanya beliau sudah lama mengikuti ajaran yang diajar oleh Ustaz Asri melalui blognya. Ustaz Asri yang merupakan Mufti Perlis yang dahulunya dikaitkan dengan kontroversi ajarannya yang dikatakan menyimpang. Namun telah terbukti ajaran Ustaz Asri adalah benar, cuma jika dikaitkan dengan kebiasaan kita di Malaysia sahaja yang tidak biasa dengan ajaran Ustaz Asri yang dikatakan songsang itu. namun bukan kontroversi itu yang kita nak cerita. Read more
(Review) Filem Nur Kasih The Movie indah khabar dari rupa?
ShareSemalam di Midvalley, walaupun jadual yang agak padat minggu ini, kami sempat juga pergi menonton filem Nur Kasih The Movie yang menjadi bualan ramai ini. Rugi la kalau tak pergi nengok kan? Mana sama feeling menonton di Astro First atau di melalui DVD dengan menonton filem di panggung wayang.
Semua pun tahu yang filem Nur Kasih The Movie (NKTM) ini adalah sekuel atau kesinambungan kepada drama Nur Kasih yang ditayangkan di TV3 dua tahun lalu di mana mendapat sambutan berjuta-juta rakyat Malaysia yang tak miss untuk mengikuti drama tersebut sampai habis. Kalau permintaan tak tinggi, takkan mereka sampai nak buat movie. Read more
Rozita Che Wan mengaku mempunyai hubungan dengan Shahir
Share
Setelah setahun di ‘korek’ oleh wartawan artis akhirnya Rozita Che Wan mengaku bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Shahir AF, yang menariknya artis ‘bergetah’ yang menjadi pilihan ramai ini mempunyai hubungan dengan Shahir AF yang umurnya 16 tahun lebih muda.
Rozita Che Wan yang gembira apabila bersama dengan Shahir memberi sedikit komen mengenai hubungan mereka berdua.
“Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami.
Namun seperti yang dijangkakan ada juga peminat fanatik yang tidak merestui hubungan mereka, mereka tidak mampu menolak kata-kata orang, hanya jodoh yang telah ditetapkan yang menentukan hubungan mereka. Namun Rozita Che Wan dan Shahir meminta maaf kepada peminat kerana merahsiakan hubungan mereka selama ini kerana untuk menjaga hati peminat.
Jom kita skodeng gambar mereka yang diambil secara rahsia oleh peminat, gambar ini diambil ketika mereka dalam perjalanan ke Alor Setar.




























