Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

(Gambar) Siti Saleha heroin drama Nora Elena dan kekasih

Share

Siti Saleha Mohd Baharum semakin dikenali selepas menjadi watak utama dalam drama bersiri, Nora Elena. Mungkin ada yang masih tidak tahu yang Siti Saleha juga adalah adik kepada vokalis Bunkface, iaitu Sam. Apapun berikut adalah gambar yang kami terima melalui email baru-baru ini iaitu gambar Siti Saleha bersama kekasihnya yang bernama ROBIN Coenraad.

OH! ARTIS: DAH SAMA CANTIK SAMA PADAN, NIKAH LAH CEPAT UNTUK MENGELAKKAN MAKSIAT DAN KATA-KATA BELAKANG.

(Video) PEKIDA dan Skop Production Musyawarah tentang isu “Ayahanda”

June 23, 2011 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Pada 17 Jun 2011 jam 8 malam, pihak Skop Productions milik Datuk Yusof Haslam telah melakukan musyawarah bersama pihak PEKIDA. Ini adalah mengenai isu besar yang berbangkit mengenai filem arahah Syamsul Yusof iaitu KL Gangster dan juga filem Kongsi terbitan Metrowealth Pictures di mana menurut pihak PEKIDA, ianya agak melampau kerana menyentuh beberapa perkara sulit pertubuhan tersebut.

Tonton video ini.

Baguslah. Malu bila orang Islam bergaduh sebab benda-benda yang macam ni. Lagi-lagi benda duniawi semata-mata ni. Lebih baik bangkitkan isu yang lebih berfaedah selepas ini.

Kartunis Majalah Ujang, Qayyum meninggal dunia

June 20, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Semalam, negara bukan sahaja dikejutkan dengan pemergian pelakon dan juga pelawak veteran, iaitu saudara Zami Ismail atau Pak Uda. Zami Ismail menghembuskan nafas yang terakhir di lebih kurang jam 10:30 pagi, dan dalam jam 7:45 malam hari yang sama, kita juga dikejutkan dengan pemergian seorang kartunis Majalah Ujang iaitu Rasdan Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Qayyum akibat serangan Stroke. Pada pengikut majalah Lawak Antarabangsa, pasti mengenai siapa Qayyum. Selain melukis, Qayyum juga amat aktif menjadi penulis di dalam majalah tersebut sehingga kini memegang jawatan sebagai editor di Majalah Ujang.


Dari kiri: Qayyum, Ubi, Bijan, Gayour dan Aie. [sumber]

Read more

Zami Ismail dalam kenangan

June 19, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Hari ini adalah Hari Bapa dan disambut ceria semua bapa-bapa di Malaysia. Apapun hari ini bersamaan hari Ahad 19 Jun 2011 tepat jam 10:30 pagi, negara kita telah kehilangan seorang lagi pelakon veteran berbakat hebat iaitu Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda yang menghembuskan nafas terakhir kerana serangan jantung. Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel mengenai Pak Uda yang terlantar di wad ICU.

zami-ismail

Semua pun sedia maklum, Pak Uda adalah nama yang amat sinonim digunakan arwah ketika bersama-sama dalam team sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Pemergian Allayarham amatlah dirasai kita semua termasuk golongan-golongan artis di Malaysia.

Telatah arwah yang banyak berlakon di dalam filem-filem komedi hebat seperti Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi, itu sahajalah yang dapat menggamit kenangan silam kita semua ketika Allayarham masih ada. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham Zami Ismail dan salam takziah dari kami buat Opie Zami dan keluarga.

OH! ARTIS: MEMANG SAYU HATI KAMI BILA MENDENGAR BERITA INI PAGI TADI. WALAUPUN BELUM PERNAH BERKESEMPATAN BERTEMU ARWAH, NAMUN KAMI DAPAT RASANYA ARWAH SEMEMANGNYA DEKAT DENGAN KITA SEMUA YANG MEMBERSAR DENGAN TELATAH DARINYA.

(Gambar) Johan Asari Ketika Zaman Persekolahan

June 17, 2011 by  
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Siapa Johan Asari? Johan Asari ialah pelakon baru yang meningkat naik dan dikenali ramai dengan watak beliau yang dikenali sebagai Botak dalam drama Juvana yang ditayangkan setiap hari Isnin, jam 9 malam di TV3. Read more

(Gambar) Koleksi Peribadi Mark Zuckerberg Kian Tersebar

June 17, 2011 by  
Filed under Antarabangsa, Gambar Artis, Gossip, Selebriti

Share

Boleh dikatakan, separuh dari rakyat Malaysia hari ini mempunyai akaun Facebook mereka sendiri. Semua sibuk nak upload gambar peribadi di Facebook untuk dipertontonkan kepada umum. Ada antaranya menyimpan gambar-gambar yang terlalu peribadi tapi akhirnya, kantoi juga ditangan orang lain. Sedangkan CEO Facebook sendiri juga tidak mampu mengawal privasi diri beliau di alam maya, apa lagi kita semua.



lagi gambar .. Read more

RIM minta kerajaan memusnahkan laman forum, Jiwang.Org

June 16, 2011 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Di Malaysia, mereka yang menggunakan internet pastinya mengenali sebuah laman forum yang amat berkembang sejak tahun 1998 lagi iaitu Jiwang.Org. Sejak dahulu lagi, laman forum ini sentiasa menjadi tempat utama pengguna internet di Malaysia berkongsi sesuatu atau mendapatkan sebarang maklumat. Namun, laman berkenaan sedikit jatuh oleh kerana Malaysia dilanda gelombang blog yang semakin hari semakin banyak. Tumbuh bagai cendawan. Apapun ianya tidak menjejaskan laman berkenaan oleh kerana mempunyai ahli setia mereka yang tersendiri. Read more

(Contest & Tiket Percuma) Konsert Incubus di Malaysia

June 15, 2011 by  
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti

Share

Siapa yang tak kenal pada sebuah band dari Amerika, Incubus? Incubus amat terkenal dengan lagu mereka, Love Hurts. Berita baik untuk para peminat band ini, pada 23 Julai 2011 ini nanti, akan berlangsung sebuah konsert hebat dari mereka di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada pihak Tune Talk kerana dapat membawakan Incubus datang ke Malaysia untuk beraksi di konsert yang akan menghimpunkan ribuan peminat mereka.

Untuk peluang memenangi tiket, anda juga boleh mendengarkan Fly FM dan Hot FM mulai hari ini untuk memenangi tiket percuma. Tiket percuma yang akan diagihkan berada dalam kategori Rockstar, VIP, dan juga tiket biasa. Mari kami jelaskan perbezaan antara tiga kategori tiket ini. Read more

(Gambar) Singapura bina pusat hiburan atas angin, Sky Park

June 15, 2011 by  
Filed under Gambar, Umum

Share

skypark-singapore

Pada 24 june di Singapore, akan dibuka sebuah lagi tempat yang menjadi “wonder of the world”. “Sky Park” Marina Bay Sands terletak 200 meter di atas ketinggian tiga bangunan pencakar langit yang kaan menjadi landmark Singapura. Ini adalah pembangunan paling mahal dalam sejarah pembangunan di dunia di mana di sini akan ditempatkan Casino, Bar, restaurant, kolam renang terbuka, muzium kesenian dan banyak lagi.

skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore
skypark-singapore

OH! MEDIA: BIARPUN SINGAPURA KECIL SAMPAI DAH TAK CUKUP TANAH, TAPI APA SUSAH MEREKA BUAT BANGUNAN ATAS ANGIN. DASHAT SUNGGUH.

(Gambar) Majlis Pratonton dan Review Filem 3,2,1 Cinta

June 15, 2011 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan, Wayang

Share

14 Jun 2011 bertempat di TGV, Sunway Pyramid, krew Oh! Media telah sempat menghadirkan diri ke Majlis Pratonton filem terbaru keluaran Metrowealth Pictures, bertajuk 3,2,1 Cinta. Filem yang ber’genre’kan Romantik Komedi ini membariskan tiga pelakon remaja hebat seperti Farid Kamil, Diana Amir dan Pierre Andre dan menerima sentuhan hebat dari Azhari Zain yang selama ini amat gemar menghasilkan filem bergenre seram.

Pratonton ini turut mengundang ramai pengikut filem Metrowealth yang bertuah untuk dijemput menjadi yang terawal dapat menonton filem ini sebelum ianya ditayangkan seluruh Malaysia pada 16 Jun 2011.

Berikut adalah beberapa gambar pilihan yang sempat diambil krew Oh! Media sebelum tayangan bermula.

Review Kami

Terus terang, pada awalnya kami sekadar filem ini nampak biasa-biasa sahaja seperti filem-filem cinta yang lain. Akan tetapi, melihat dari trailer filem tersebut sahaja memang nampak menarik apabila Diana Amir cuba membawa watak seorang tomboi. Untuk itu, peluang untuk ke Majlis Pratonton filem 3,2,1 Cinta ini digunakan sebaiknya oleh kami untuk menyaksikan sendiri filem tersebut dan seterusnya mengeluarkan kritikan untuk filem ini.

Sebelum kami tuliskan review peribadi mengenai filem ini, saja nak beritahu yang semasa menonton filem ini, banyak scene yang membuatkan kami ketawa sendiri kerana sangat comel dan ada satu babak yang membuatkan air mata berlinangan dan ada penonton yang menangis terus. Jalan cerita yang amat mudah difahami serta dimuatkan dengan sound effect menarik, dilihat dapat membuatkan penonton tidak merasa bosan.

Sinopsis: Kisahnya bermula dengan seorang gadis bernama Siti Aisyah atau SAM lakonan Diana Amir. SAM berpenampilan kasar seperti seorang lelaki. Kira tomboi lah tu. Dia naik motor besar, sampai awek dalam kereta pun cuba mengorat kerana ingatkan dia lelaki. Semasa mendaftar ke sebuah kolej selepas berkali-kali menukar kolej sebelum ini, SAM bertemu dengan sahabat baiknya iaitu Fariz lakonan Pierre Andre. SAM punya perangai hari pertama baru daftar kolej pun, dia dah belasah seorang lelaki yang mengganggunya. Memang ganas.

Fariz menunjukkan SAM mengenai sebuah artikel yang memberitahu nisbah wanita berbanding lelaki telah mencecah 37:1 dan ini amat menakutkan SAM kerana menurut Fariz, wanita ganas seperti SAM ini selalunya akan berakhir sebagai anak dara tua (andartu). SAM risau dan terus membuat rancangan untuk mendapatkan teman lelaki.

Di sini muncul watak Nazril, seorang pelajar senior terhangat di kolej lakonan Farid Kamil. SAM yang berminat, dicabar oleh Fariz kerana menurut Fariz, Nazril hanya memandang gadis-gadis cantik sahaja di kolejnya. Mana yang tak cantik tu, semua dia akan buat mata juling. Malangnya, SAM juga tidak terkecuali dari mendapat respon mata juling dari Nazril.

Pelbagai usaha dilakukan SAM untuk mendapatkan perhatian dari Nazril dan sehinggalan Nazril jatuh cinta kepadanya. Pada ketika inilah, Fariz cuba meluahkan pengorbanan yang telah dilakukannya hanya kerana mencintai SAM. Pengorbanan apa yang dilakukan Fariz tu, itu korang perlu nengok sendiri. Gerenti sedih punya.

Agak-agak siapa yang dipilih SAM sebagai teman hidupnya? Itu kami taknak spoil’kan. Hehe.

Respon kami: Filem ini boleh kami katakan sebagai sebuah filem yang bijak kerana jalan ceritanya yang amat tersusun baik dan langsung tidak mampu membuat kami merasa bosan walau sekejap pun. Kesan bunyi dan muzik yang diselitkan sepanjang cerita ini amat baik sekali. Perasaan enjoy untuk menonton tu sama macam rasa enjoy kami menonton filem I’m Not Single.

Lakonan Diana Amir sebagai seorang gadis tomboi sememangnya amat menjadi. Lakonan Farid Kamil tentulah tak dapat dinafikan kehebatannya dan tidak kurang juga, Pierre Andre yang amat berjaya membawa watak seorang lelaki yang berlagak macho tetapi pada hakikatnya, sangat sengal.

Terdapat beberapa kekurangan dalam filem ini tetapi ianya amat kecil sekali berbanding apa yang dihidangkan filem 3,2,1 Cinta ini. Terdapat banyak elemen kekeluargaan, persahabatan dan juga percintaan diselitkan dengan amat baik sekali.

Kepada semua penyokong industri filem tempatan, kami berani jamin filem 3,2,1 Cinta ini akan memuaskan hati semua yang menonton. Jadi jika mempunyai kelapangan tu, pergilah menonton kerana anda pasti tidak akan menyesal. Tahniah kepada pihak produksi dan krew yang terlibat yang telah berjaya menghasilkan filem ini.

4/5 Bintang untuk filem ini. Kurang satu bintang hanya kerana ada beberapa watak pelakon tambahan yang cuba buat lawak, tetapi tak lawak pun. Apapun ianya tidak effect pada perjalanan cerita ini. Maaf jika anda mencari lagi mengenai kekurangan filem ini melalui artikel di atas kerana pada kami, ianya cukup sempurna. Pergilah menonton :)

OHARTIS: UNTUK INFO TERKINI MENGENAI FILEM-FILEM DARI METROWEALTH, BOLEH LA PERGI KE BLOG RASMI MEREKA DI http://metrowealthpictures.net

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin