Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

(Panas) Khairul Fahmi sah putus tunang dengan Jejari Runcing

July 31, 2011 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Sumber: Harian Metro & Andyhowtt.

OH! ARTIS: LANGIT TIDAK SELALU CERAH.

Abby Abadi tolak jemputan perkahwinan Norman dan Memey

July 31, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Memey Suhaiza, Selebriti, Tempatan

Share

Bekas isteri bagi pelakon Norman Hakim, Abby Abadi memberi tahu media yang beliau tidak akan menghadiri majlis perkahwinan bakas suaminya itu dengan Memey Suhaiza.

Pasangan yang baru sahaja selamat dari tuduhan Khalwat, Memey dan Norman telah menjemput Abby ke majlis resepsi mereka pada 28 september ini namun  undangan itu ditolak dengan baik oleh Abby.

“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,”

Disamping itu Abby juga menyatakan bahawa mereka tidak ada kena mengena dengan beliau kerana dia hanya bekas isteri bagi Norman sahaja.

OH! ARTIS: KALAU DATANG MEMANG KENTAL LA.

Memey dan Norman Hakim terlepas tuduhan khalwat

July 30, 2011 by  
Filed under Memey Suhaiza, Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Setelah tiga tahun mempertahankan kenyataan mereka, Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah berjaya terlepas dari tuduhan khalwat keatas mereka.

Tuduhan khalwat keatas mereka digugurkan diatas sebab pihak pendakwa gagal untuk mengemukakan prima facie keatas tuduhan, dan sekali gus gagal membuktikan Norman dan Memey berada bersama di pejabat ketika kejadian.

Ketika penguguran tuduhan dibacakan, mereka kelihatan sebak dan kelihatan agak emosional ketika penghakiman dibacakan, selepas sesi mahkamah berlangsung, Norman Hakim dilihat terus ke surau yang berdekatan untuk melakukan sujut syukur sebagai tanda syukur atas penguguran tuduhan tersebut.

Apabila di temubual, mereka menyatakan rasa puas hati dan sangat bersyukur atas penguguran tuduhan khalwat keatas mereka ini.

Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan,” kata Norman

Norman Hakim dan Memey akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 24 September ini dan menganggap pengguguran ini sebagai ‘hadiah perkahwinan’ mereka yang sangat bermakna.

OH! ARTIS: BAGUSLAH UNTUK MEREKA.

Najwa Latif Ikuti jejak ‘Artis Youtube’

July 29, 2011 by  
Filed under Indie, Menarik, Music, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Najwa Latif yang kini namanya kian naik di persada seni dengan lagu Cinta Muka Buku yang menaikkan nama gadis muda ini.

Nama Najwa Latif yang dahulunya hanya memainkan lagu-lagu untuk ayahnya kini telah diterima ramai sebagai artis muda yang baru saja naik namanya. Najwa Latif dikatakan mengikut jejak langkah artis independent seperti Zie Avi, Yuna dan Ana Raffali yang dulunya dikenali sebagai artis Youtube oleh pengguna internet.

Najwa menerangkan bahawa beliau memuat naik video itu untuk tontonan ayahnya yang berpindah ke Kota Tinggi dan tidak menyangka bahawa videonya di tonton dan diikuti ramai.

Najwa Latif yang kini berumur 16 tahun kini sudah bergelar artis dibawah naungan NAR Records setelah beberapa rancangan TV dan internet telah menjemput beliau untuk ditemu bual telah membantu menaikkan nama beliau dipersada seni setelah seberapa lama memuat naik Video nyanyiannya di internet.

Anda boleh ikuti video terbaru Najwa di channel Youtube’nya.

OH! ARTIS: ARTIS MUDA YANG BERPOTENSI BESAR

Metrowealth dan David Teo merajuk dengan media

July 29, 2011 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan, Wayang

Share

Hangat diperkatakan bahawa David Teo yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Syarikat Produksi Metrowealth International Group of Company telah berperang dengan media dan merajuk.

Hal ini diperkatakan apabila David Teo tidak lagi mahu menjemput media untuk hadir ke majlis pra tonton filem-filem syarikatnya yang terbaru, ini membuatkan media tertanya-tanya mengapa media dilayan sebegitu rupa sedangkan setiap filem yang dikeluarkan sebelum ini syarikatnnya akan menjemput media dalam pra tontonnya.

David Teo menerangkan hal ini kepada media bahawa beliau mempunyai strategi pemasaran yang baru dengan tidak lagi melakukan majlis pratonton kepada media lagi kerana mengangap bahawa ianya hanya membuang masa dan kos untuk membuat majlis tersebut boleh digunakan untuk membiayai pengiklanan di akhbar.

David juga menegas beliau tidak langsung mempunyai masalah dengan media seperti yang hangat diperkatakan oleh media kepadanya. beliau masih seperti biasa dan tidak merajuk dengan mana-mana pihak.

Beliau juga menambah, hal ini bukanlah atas sebab beliau takutkan kritikan negatif media terhadap filem yang dikeluarkan sebelum ia ditayangkan.

OH! ARTIS: SATU PENCATURAN YANG BERANI SEBENARNYA DIBUAT DAVID TEO. KITA TUNGGU DAN LIHAT.

(Gambar) Pertunangan Zarina An Julie. Ingat lagi dengan dia?

July 27, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Rasanya adik-adik yang baru nak naik dan kenal internet, tak kenal kot dengan Zarina An Julie ni. Tapi akak-akak dan abang-abang kat luar sana tentunya masih ingat bagaimana Zarina An Julie ini mengejutkan dunia dengan tersebarnya gambar-gambar bogel dia dan kekasihnya. Apapun itu kisah lama dan ini sebagai mengenang kembali bagaimana beliau menjadi benar-benar popular walau pada ketika itu menjadi heroin drama Anak Pontianak yang tersiar di TV3. Google sendiri “Zarina An Julie“.

Dan baru-baru ini, melalui Twitter’nya telah keluar satu status mengenai pertunangannya. Siapapun dia dulu, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Jadi kita doakan sahaja masa depan dan kebahagiaan dapat dikecapinya pada hari-hari yang mendatang. Tahniah buat Zarina dan semoga terus sukses dalam bidang yang diceburi.

Mungkin inilah lelaki yang bertuah itu. :P

(Interview) Bersama Aisyah sebagai duta produk Litchin De Bella

July 27, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Baru- baru ini, team Oh! Artis telah di jemput ke majlis Grand Hi Tea De Bella yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC. Majlis yang julung kali diadakan untuk menyambut Hari Ibu Sedunia ini telah diraikan bersama 1300 tetamu yang terdiri dari Stokis, Pusat Servis, Trader dan ahli-ahli Debella dari seluruh negara.

Majlis yang julung kali diadakan ini telah di hiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang mendedahkan kepada tetamu bahawa pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kegemukan dan obesiti yang semakin membimbangkan di Malaysia kini. Aktiviti dijalankan bersesuaian dengan produk Litchin Debella yang kini mendapat sambutan terhangat di pasaran sebagai produk yang mampu mengatasi masalah kegemukan dan obesiti secara semulajadi.

Bertemakan warna krim dan coklat pada petang itu, suasana dewan gamat dengan usikan dan jenaka bersahaja penyanyi Aishah yang cukup terkenal dengan lagu Janji Manismu suatu ketika dulu, yang kini telah dilantik sebagai Duta Litchin De Bella. Dengan vokal beliau yang masih seperti dulu, kami terbuai dengan lagu-lagu hit beliau yang tak lapuk dek zaman antaranya seperti Kau yang Istimewa, Tiada Lagi Tangisan, Cinta Beralih Arah, Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu.


Penampilan Aishah yang benar-benar berubah sejak kali terakhir kami bertemunya

Usai saja majlis pada petang tersebut, kami tidak melepaskan peluang untuk menemubual penyanyi yang kelihatan semakin cantik dan langsing selepas dipilih menjadi Duta produk Litchin ini. Mari kita korek rahsia Aishah dan Litchin’nya. Read more

Premis cuci kereta dengan gadis cuci berpakaian ketat menjadi daya tarikan

July 27, 2011 by  
Filed under Gambar, Umum

Share

Dari email yang kami terima:

Salam. nak kongsi gambar ini kepada semua orang. Sekitar KL ada sebuah kedai basuh kereta yang menggunakan gadis seksi sebagai perkerja. Saya terkejut apabila pakaian anak gadis ini sungguh ketat sekali. sebab itu ramai yang datang kedai basuh kereta ini. Saya sempat ambil gambar pakaian gadis ini. Saya harap ada pihak mengambil tanggungjawab. saya tidak akan memberi sebarang maklumat lokasi kedai membasuh kereta itu.

Hurm, menarik kedai ini. Siapa yang nak tambah dosa bolehlah ke kedai tersebut dan secara tak langsung, boleh share “saham” dengan tokey kedai tersebut. Lokasi kami juga tidak tahu di mana kerana pengirim merahsiakan lokasi kedai tersebut. Jika ada mana-mana pihak berwajib yang ingin mengambil tindakkan, hubungi kami dan kami bersedia untuk bertanya kepada pengirim tersebut.

OH! ARTIS: MARUAH DI TAPAK KAKI SAHAJA ZAMAN SEKARANG INI

Suhaila pernah dipukul Jimmy Shanley dan kerana itu Jimmy Shanley ditinggalkan

July 26, 2011 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Alahai sungguh tak sangka. Kami tak berpihak pada mana-mana pihak cuma selama ini memang kita dengar cerita dari sebelah pihak sahaja. Akhirnya baru pihak yang satu lagi tu membuka mulut. Sesiapa pun yang membaca keluhan pengacara Jimmy Shanley sebelum ini yang rindukan anak isteri pastinya akan berasa kasihan dan sekali imbas, menampakkan kesalahan penuh pada isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Baru-baru ini Suhaila akhirnya mendedahkan rahsia rumahtangga mereka. Menurutnya, Jimmy Shanley pernah memukulnya serta bersikap terlalu mengongkong.

Jimmy dan Nursuhaila berkahwin pada pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986. Read more

Nurul AF2 tidak mengaku ketepikan keluarga

Share

Baru-baru ini Melodi ada menayangkan keluarga Nurul yang dikatakan diketepikan oleh Nurul, apabila Nurul berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Keluarganya yang kini berada di serawak ditemui oleh kru Melodi menyatakan bahawa mereka kecewa dengan Nurul.

Pernikahan Nurul diadakan di Narathiwat Thailand, pada 23 April lalu menimbulkan kemarahan dan kekecewaan keluarga Nurul apabila Nurul tidak memberitahu mereka bahawa akan berlangsungnya pernikahan itu.

Namun apabila ditanya lain pula jawapan daripada Nurul apabila menjawab pertanyaan media yang beliau tidak berniat untuk mengetepikan keluarganya. Beliau yang merupakan anak angkat kepada keluarga Encik Abdul Hamid dari Serawak mengaku bahawa beliau telah mencari keluarga kandungnya tetapi gagal.

Tambah beliau, beliau dan suaminya telah berusaha mencari keluarga mereka dengan perlbagai usaha namun usaha itu gagal membuahkan hasil.

 

“Saya akui memang saya tidak pernah bertemu mereka, dan pertama kali saya melihat wajah mereka adalah sewaktu di dalam rancangan Melodi baru-baru ini,”

 

OH! ARTIS: APA YANG PENTING DAH SELAMAT PUN BERNIKAH.

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin