Oh! Artis

  • FacebookFacebook
  • TwitterTwitter
  • YoutubeYoutube
  • Google+Google+
  • Utama
  • Kami
  • Hubungi
  • Site Map
  • Iklan
  • Selebriti
    • Tempatan
    • Antarabangsa
    • Indonesia
  • Panazzz
    • Menarik
    • Bikin Panas
  • Gosip
    • Kisahnya
    • Cari Pasal
    • Gambar Artis
  • Gallery
  • TV
  • Kahwin
  • Muzik
  • Promosi
  • Umum
    • International Event
    • Isu Semasa
    • Gambar Menarik
  • Editorial
  • Wayang
    • Most Popular

      All time

    • Adegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli

      891 Comments

    • Tuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah

      809 Comments

    • Latest Stories

      What is new?

    • Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul

      May 21, 2013

    • “Ya, kami putus selepas 2 bulan bercinta” – Fizo Omar

      May 21, 2013

    • Comments

      Most Recent

    • aizat on:

      Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul

    • MohdRidzuan on:

      Saiful Bukhari Kahwin 25 Mei Ini Dengan Personaliti TV3, Nik Suryani


shifra-hijab
JustDealMy
ameen4all
onetelco
whitebeauty

15

Advert · Antarabangsa · Kisahnya · Selebriti · Tempatan · Umum

Oh! Media ke Disneyland Hong Kong – Part 1

  • by Gadis Lonely?
  • July 11, 2011
  • Tweet
  • Share
  • Email
  • Tweet
  • Share
  • Email

Minggu lalu, dua orang krew Oh! Media telah diterbangkan ke Hong Kong atas urusan kerja. Skop kerja kami untuk para followers kali ini adalah untuk membuat lawatan di tempat menarik di Hong Kong dan membawakan maklumat tersebut kepada rakyat Malaysia terutamanya untuk followers kami yang disayangi. Anggaplah ini sekadar perkongsian pengalaman kami semasa di sana. Jika suatu hari nanti anda ingin ke sana, anda telah tahu serba sedikit mengenai apa yang ada di sana.

Antara tempat utama untuk sasaran kunjungan kami adalah Hong Kong Disneyland sempena dengan Ulangtahun ke-5 Hong Kong Disneyland. Park yang hebat ini telah dibuka kepada dunia pada 12 September 2005 dan dibina di sebuah pulau di Hong Kong yang diberinama Penny’s Bay, Lantau Island.

Kami diterbangkan pada jam 7:30 pagi, 24 Jun 2011 dan tiba di Hong Kong International Airport pada jam 11 pagi. Dari Terminal 2, kami di bawa ke Terminal 1 (airport yang sama) dengan menaiki sebuah train yang mengambil masa 5 minit. Imegrisen di sana amat baik dan murah dengan senyuman (adakah di Malaysia imegresen muka ketat? Anda cubalah senyum pada mereka).


* Train untuk membawa pengunjung dari Terminal 2 ke Terminal 1.

Selepas melepasi kawalan ketat imgeresen di sana, kami mengambil teksi berwarna hijau (New Territory) dan di bawa terus ke tempat penginapan kami di Disney’s Hollywood Hotel. Tambang ber’meter yang dikenakan teksi tersebut adalah HKD120 atau lebih kurang RM47 matawang Malaysia.


Err, kalau di Malaysia korang pun kenal apa nama kedai ni kan? Hehe.

Gambar dari dalam Teksi:

Disney’s Hollywood Hotel

Hotel penginapan kami ini terletak 3 minit sahaja dari Taman Tema, Disneyland. Selain Disney Hollywood Hotel, sebuah lagi hotel yang dibina khas untuk para pengunjung Disneyland adalah Hong Kong Disneyland Hotel. Kami ditempatkan di Disney’s Hollywood Hotel, jadi kami tiada pengalaman sebagai penginap di Hong Kong Disneyland Hotel.

Turun sahaja dari teksi, kami disambut baik oleh penyambut tetamu mereka yang terus mengeluarkan beg kami dan menempatkan beg tersebut di atas trolley yang dijaga rapi. Masuk ke Lobby hotel, kami disambut dengan senyuman dari pegawai keselamatan dan penyambut tetamu lain yang ada. Para pekerja di kaunter tiket juga tidak pernah lekang mengukir senyuman dan sangat membantu. Kami tak pasti itu arahan dari management mereka atau apa, tapi yang penting ianya membuatkan hati kita sebagai tetamu, benar-benar terasa diundang (VIP).

Selepas semuanya selesai, kami terus bersiap sedia untuk bergerak ke Disneyland. Balik dari Disneyland, baru check-in. Beg-beg kami semua dihantar mereka terus ke dalam bilik yang bakal kami menginap. Semuanya tiada masalah.

Apapun, berikut adalah sedikit gambar di sekitar Disney’s Hollywood Hotel. Amat menarik jika anda melihatnya di depan mata sendiri!


View Larger Map

Kemudahan di sini juga memang segala-galanya ada. Nak beli souvenir berkaitan Disneyland juga ada disediakan di lobi hotel. Hotel dia juga 5 star! Paling menarik, dari tingkap hotel kita dah boleh nampak persembahan bunga api (Fireworks) setiap hari jam 8:30 malam dari Disneyland.

Selepas sahaja check-in, kami terus dibawa ke Hong Kong Disneyland dengan menaiki shuttle bus. Shuttle bas ini akan berpusing-pusing dari Hong Kong Disneyland Park, kemudian akan singgah ke Disneyland Hotel dan seterusnya ke Disney’s Hollywood Hotel dan akan terus berpusing-pusing di tiga kawasan tersebut pada setiap 10 minit.

Ramai sedia maklum sistem pengangkutan awam di sana amatlah efisyen sekali. Kalau bas berhenti turunkan penumpang pun, driver akan keluarkan jam untuk mencatatkan masa berapa lama mereka berhenti. Ini sebabnya sistem pengangkutan di sana, amat menepati masa. Malaysia patut mencontohi bagaimana sistem mereka ini kerana ini amat baik untuk menyenangkan hati para pelancong.

Tiba sahaja di Disneyland, WOW!! Itu sahaja perasaan yang dapat kami rasakan apabila pertama kali menjejakkan kaki ke taman tema terkenal itu. Hong Kong Disneyland sememangnya amat besar dan tenaga yang cukup sememangnya diperlukan kalau nak berjalan kesemua kawasan di dalam taman tema tersebut. Walaupun dah nampak dia punya pintu gerbang, tapi tetap perlu berjalan dalam 200 Meter lagi baru betul-betul sampai ke kaunter tiket. Apapun pelbagai hiasan dan pemandangan yang menarik membuatkan kita sendiri tak perasan yang kita dah jauh berjalan.

Tiket ke Disneyland

Harga tiket untuk seharian masuk ke Disneyland, tidaklah mahal. Hanya HKD350 (sekitar RM136) untuk dewasa dan HKD250 (sekitar RM97) untuk kanak-kanak. Harga yang amat berbaloi untuk sebuah percutian yang menghiburkan untuk seisi keluarga.

Dan berikut adalah gambar-gambar apa yang menjadi tarikan Disneyland Hong Kong yang sempat kami rakamkan pada hari pertama.

Di kaunter masuk, segala jenis beg akan digeledah oleh pihak Disneyland. Apa-apa makanan luar, botol air dan apa sahaja yang mencerigakan, akan dirampas oleh pihak mereka. Jadi bersedia ya kalau ke sana. Apapun air minuman adalah dibenarkan.

Dan setiap hari dalam lebih kurang jam 3:30 petang, segala watak kartun Disney akan berarak sepanjang Main Street, USA. Persembahan ini diberinama Flights of Fantasy Parade dan ianya khas diadakah sempena dengan Ulangtahun ke-5 Hong Kong Disneyland. Walaupun kami telah dewasa, persembahan mereka yang bersungguh-sungguh walau di tengah panas, pasti akan membuatkan kita teruja mengalahkan kanak-kanak. Mereka sentiasa tersenyum dan melambai-lambai kepada penonton yang ada di tepi kanan dan kiri jalan.

Video:

Persembahan ni baru di Main Street, USA iaitu sebuah jalan yang diadaptasi dari filem animasi Disney iaitu Cars. Apapun persembahan ini mungkin berubah mengikut jadual. Jadi adalah baik untuk kita membuat persediaan awal dengan melihat sebarang kalendar terkini di website mereka mengenai perarakan “Flights of Fantasy Parade” ini. Setelah menikmati keunikan yang ada di Main Street, USA ni, barulah kami memasuki pintu masuk yang juga landmark kepada Disney sendiri iaitu The Castle.

Mereka juga dari masa ke semasa, akan mengadakan persembahan mengikut sebarang filem terkini yang sedang atau bakal ditayangkan. Seperti semasa kunjungan kami, The Lightning McQueen “LIVE”! of Cars 2 sedang dipersembahkan dengan cara perarakan yang tersendiri. Seperti persembahan Cars 2 ini, ianya akan dipersembahkan kepada pengunjung sehingga 31 Ogos 2011.

See? Besarkan Disneyland Hong Kong ni. Dalam artikel ni baru sikit dapat kami ceritakan, insyaAllah dalam sambungan artikel ini nanti kami akan tunjukkan kepada anda apa lagi yang menarik ada di sana selepas sahaja kita memasuki pintu The Castle ini. Nantikan artikel kami yang seterusnya nanti.

+ Artikel Part 2.

Tags: ada apa dengan disneylanddisney hongkong reviewdisneylanddisneyland hong kongdisneyland hongkong picturegambar disneylandkartun disneylandohmedia disney hongkongreview disneyland hong kong


— Gadis Lonely?

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri. Pernah menjadi pengurus seorang artis dan mengetahui terlalu banyak rahsia artis di dalam industri ini. Gemarkan Pop Corn melebihi nasi dan sentiasa amalkan minum air suam untuk kekal menarik. Heh!

  • Previous story (Gambar) Majlis Perkahwinan Noh Hujan Dan Mizz Nina
  • Next story Oh! Media ke Disneyland Hong Kong – Part 2
15 comments
  Livefyre
  • Get Livefyre
  • FAQ
Sign in
+ Follow
Post comment
 
Link
Newest | Oldest
alex adriana
alex adriana 5pts

wah, sangat mengujakan bila tengok semua gambar2 percutian ni. bestnya HongKong Disneyland..!!!

tak sabar nak baca part 2 pulak. hehe.

btw, tahniah OhMedia, gud effort share dengan readers untuk entry macam ni. All The Best

Kamil ace
Kamil ace 5pts

nice la..

laporpowatakunsi....
laporpowatakunsi.... 5pts

cukuple ngn ape yg ade stakt n kat M'sia nie...

=))
=)) 5pts

haah.. malaysia nnt ade legoland.. oklah tu... 2013 siap...

ejat
ejat 5pts

malaysia bukan akan ada Legoland kat wilayah pmbgnn iskandar di johor..
skarang ni tgah construction insyaAllah siap 2013..

pernah pergi HK awal thun ni, time tu winter.
rindu nak pergi lagi ble tgok picture ni

okid
okid 5pts

bukanperlah singapore yang takder tanah pon bleh tambak buat pelancongan antarabangsa........

malaysia buatlah something........

FiNê
FiNê 5pts

Syok laa..Dapat gi sana.
Nice place utk bercuti dengan famili.
Erm..Sponsor la sorg dua ker followers join g sana..(terutama saya nih):D
Mesti lagi BEST punyaa...
:)

Sassy Balak
Sassy Balak 5pts

saudari (?) okid dah x jumpa punat caps lock ke? lepas tu kenapa nak hantar multiple messages? kenapa nak marah malaysia xde disneyland? malaysia dah dilimpahi dengan alam semulajadi yang memang susah nak jumpa kat negara lain, hargailah. saya baru tinggal di perantauan selama setahun, tapi saya sangat rindukan malaysia. sepatutnya saudari yang dah banyak travel ni semakin luas pengalaman dan makin matang.

maaflah terkeluar topik sikit. ehem. back 2 the topic, rasanya sesiapa yang nak pergi disneyland HK, memang kena 2 hari, baru boleh habis 3/4. kelebihan disneyland HK ni, it is the smallest, dan x overcrowded sangat. datanglah awal² pagi waktu opening dia, memang x ramai orang, so x payahla beratur lama. hope it helps.

okid
okid 5pts

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE LAGIK GAH LAAAAAAAAAAA

okid
okid 5pts

INDON PON DA ADA...........MALAYSIA ADA????

okid
okid 5pts

MALAYSIA PA PON TAK BOLEEEEEEEEE

okid
okid 5pts

BANGGA NEGARA ORG SUMA ADA DISNEYLAND UNIVERSAL STUDIA.

MALAYSIA ADA??????MALAYSIA ADA KER........???

NAEGARA INDONESIA PON DA ADA DI BANDUNG SOON DI JAKARTA, SINGAPORE SAYA PERGI GAHNYER UNIVERSAL STUDIA DIER DGN KEBERSIHAN DIER HONGKONG BLOM G........JEPON SY DA PERGI PARIS U.S ADA.....

MALAYSIA YANG TANAHNYER LUAS........MALULAH RAKYAT MALAYSIA....

MANA PERGI DUIT KTE.....KATANYER BANYAK....PEMIMPIN KTER ASIK NAK KUTOK BERCEKAU KUTOK MENGUTOK TAK ABIS2......

=))
=)) 5pts

bley bg kos berapa tak n makan kat mana?? kos flight, hotel,makan n transport ++ lain2 lg..hehe senang nk wat rujukan.. tq

:)
:) 5pts

Cool..!! Picture waktu malam ada x? nk tgk jgk...

~_~
~_~ 5pts

x jumpe sora ker? (kingdom heart)

  • Sponsor


  • Tentang Kami


    Oh! Artis merupakan laman hiburan terkemuka di Malaysia di mana aktif memaparkan berita-berita terkini tentang selebriti tempatan dan antarabangsa. Jimatkan duit anda dari membeli majalah kerana semuanya ada di sini! Heh!
  • Tabs

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • ohartis-mohd-mentor-zatul-rogol-1Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul21/05/2013
    • fizoomar-kekasih“Ya, kami putus selepas 2 bulan bercinta” – Fizo Omar21/05/2013
    • ohmedia-afganMenangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan20/05/2013
    • ohartis-afiq-muizAfiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya20/05/2013
    • ohartis-Siti-Nordiana-2Siti Nordiana Temui Pengganti Arwah Achik20/05/2013
    • ohartis-justin-bieberJustin Bieber Hentikan Konsert Ketika Azan Berkumandang20/05/2013
    • ohartis-mencari-cinta-rusdy-ramli-nora-danishAdegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli27/03/2013
    • ohtidak-gangnam-styleTuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah09/09/2012
    • ohartis-norman-kru-anti-pas“Orang Tidak Rasional Sahaja Yang Tidak Boleh Menerima Kenyataan Saya” – Norman KRU30/04/2013
    • ohartis-saleh-yaacob-bangkang-dari-longkang-1Bangkang Dari Longkang – Salih Yaacob Umum Persaraan28/02/2013
    • aizat on:Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
    • MohdRidzuan on:Saiful Bukhari Kahwin 25 Mei Ini Dengan Personaliti TV3, Nik Suryani
    • bulan mentari on:Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • lekatlekit on:Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
  • Premium


  • Filem

  • Kami di Facebook & Twitter



    Follow @ohtweet
    • Gosip Terkini

      • Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
      • “Ya, kami putus selepas 2 bulan bercinta” – Fizo Omar
      • Menangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan
      • Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • Siti Nordiana Temui Pengganti Arwah Achik
      • Justin Bieber Hentikan Konsert Ketika Azan Berkumandang
    • Mulut Kepoh

      • aizat on Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
      • MohdRidzuan on Saiful Bukhari Kahwin 25 Mei Ini Dengan Personaliti TV3, Nik Suryani
      • bulan mentari on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • lekatlekit on Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
      • Cikgu Shikin on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • Kami

         Creative Commons License
    • Carian

    • Iklan
    • Site Map
    • Penafian
    • Hubungi
    • FacebookFacebook
    • TwitterTwitter
    • YoutubeYoutube
    • Google+Google+

    © 2008 - 2013 | Oh! Artis by Oh! Media Network | Some Rights Reserved | Powered by People.