Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

Yuna Tersenarai Dalam Top 10 MTV Iggy's Best New Band The World 2011!

September 30, 2011 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Berita yang kami terima ini pasti membanggakan rakyat Malaysia terutama yang tidak skeptikal dengan dunia hiburan. Selepas satu demi satu kejayaan dicapai terbaru, Yuna sekali lagi boleh berbangga dengan tersenarai sebagai calon Top 10 MTV Iggy’s Best New Band The World 2011! Bukan peringkat Kebangsaan tapi ini dunia.

Akhirnya penat lelah usaha Yuna selama ini mula terbalas sedikit demi sedikit. Anugerah ini disertai oleh 10 band diserata dunia yang dipilih oleh pihak MTV Iggy. Anugerah ini memerlukan undi oleh peminat untuk memilih pemenang. Untuk mengundi anda boleh pergi ke halaman MTY Iggy – Best New Band.

Photobucket

OH! ARTIS: MARILAH KITA SAMA-SAMA VOTE YUNA SUPAYA YUNA DAPAT MENJADI YANG TERBAIK DIKALANGAN TERBAIK.

Penyanyi Cinta Muka Buku, Najwa Latif Buang Ayah?

September 30, 2011 by  
Filed under Buat Hal, Gossip, Selebriti

Share

Photobucket

Bagi peminat Najwa Latif mungkin suka dengan lagu Cinta Muka Buku yang dinyanyikan tapi tidak bagi Ohartis kerana kami rasakan lagu itu belum cukup ummph! Jika sebelum ini orang mengkritik lirik Cinta Muka Buku kerana didakwa mengaibkan Allah, terbaru dia dikatakn meminggirkan ayah sendiri.

Sejauh mana gosip ini Ohartis sendiri tidak pasti tetapi artikel yang ditulis di Sinar Harian menceritakan segala-galanya.

Belum pun setahun menempa nama dalam arena muzik tempatan, Najwa Latif dihambat kontroversi apabila gadis berusia 16 tahun ini dikatakan sudah tidak berhubung dengan ayah kandungnya sejak beberapa bulan yang lalu.

Bukan itu sahaja, malah penyanyi Cinta Muka Buku ini, dikatakan telah membuang ayah kandungannya dalam kehidupannya. Perkara ini berlaku berikutan satu krisis keluarga yang berlaku dan Najwa tidak dapat menerima tindakan ayahnya ketika itu.

Krisis ini dikatakan berpunca daripada teguran ayah Najwa terhadap dia dan kakaknya, Syafiqa yang bertindak sebagai pengurusnya. Zass mendapatkan ayah Najwa, Abdul Latif Ismail bagi kepastian mengenai perkara itu.

Namun, Abdul Latif seorang guru di Kota tinggi, Johor, ini tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan, tetapi berharap dapat bertemu anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci pada awal Oktober ini.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya bimbang, masyarakat akan berfikir bukan-bukan mengenai keluarga saya dan anak-anak saya. Lagi pula Najwa sedang membina namanya. Apa yang berlaku, saya reda, mungkin ini sudah ditetapkan kepada saya.

“Cuma saya harap sangat dapat bertemu anak-anak saya sebelum ke sana. Saya tidak tahu apa nasib kita nanti. Adakah sihat, sakit atau menemui ajal di sana.

“Saya berdoa dapat berjumpa dengan anak-anak saya, itu sahaja,” katanya yang tidak mahu berbicara mengenai masalah yang melanda keluarganya itu.

Najwa ketika ditemui berkata, isu itu terlalu peribadi kerana melibatkan keluarga dan enggan mengulas lanjut.

“Saya minta maaf, ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Saya lebih selesa menutup mulut dan tidak mahu memberi sebarang komen. Jika ada pihak yang mahu bercakap, itu terpulang.

“Tetapi saya lebih selesa berdiam diri dan memberi fokus kepada pelajaran dan kerjaya saya yang baru bermula. Saya tidak mahu campurkan kisah keluarga, pelajaran dan kerjaya,” katanya.

Mengakui ibu bapanya sudah empat tahun berpisah, Najwa berharap cerita ini dapat dihentikan dan tidak mengundang apa-apa spekulasi lagi.

Ditanya adakah permintaan ayahnya untuk bertemunya serta adik beradiknya akan terlaksana, Najwa hanya terdiam.

“Seperti yang saya jelaskan, perkara ini terlalu peribadi. Sukar untuk saya katakan ya atau tidak. Cuma apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, hati kami masih belum bersedia,” katanya yang ditemani kakaknya Syafiqa.

Sementara itu, wakil syarikat rakamannya NAR Records Azahari yang turut menemani Najwa dengan ‘selamba’ mencelah perbualan dan mahu cerita ini tidak dikeluarkan. Ditanya mengenai sejauh mana syarikat rakaman mengetahui hal ini, jawabnya:

“Kami memang tahu mengenai masalah keluarganya tapi kami tidak mahu masuk campur dengan masalah mereka dan biar mereka urus sendiri,” katanya dengan nada agak keras.

Najwa juga menerima anugerah Bakat Anak Muda Selangor baru-baru ini akan muncul dengan single keduanya Carta Hati.

OH! ARTIS: ANAK MUDA PASTI AKAN BERASA KECEWA, MARAH DAN SEDIH JIKA IBU BAPA TERPISAH. MUNGKIN INI YANG DIRASAKAN OLEH NAJWA LATIF SEHINGGAKAN DIA MEMINGGIRKAN AYAH SENDIRI.

(Video) Selamat Hari Jadi Izara Aishah, Aksi Nakal Fizo Omar & Tiz Zaqyah

September 30, 2011 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan, Umum, Video

Share

Selamat hari jadi yang ke-19 buat Izara Aishah atau lebih tepat ‘happy belated birthday’. Izara Aishah seorang aktres baru yang sedang meningkat naik menerusi drama Sofiyya, telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya bersama rakan artis yang lain. Sambutan ini hanya kecil-kecilan atau mungkin sebagai satu kejutan untuk beliau.

Melalui dua video rakaman sambutan hari jadi ini, kelihatan Izara Aishah yang berlumuran dengan kek dan tepung dan pasti Fizo Omar memainkan peranan penting dalam melumurkan kek dan tepung kepada Izaira. Dalam video tersebut Tiz Zayah juga menjadi mangsa kenakalan Fizo Omar.

Tonton aksi nakal dan spontan mereka bertiga di bawah.

OH! ARTIS: SEKALI SEKALI TONTON AKSI SPONTAN ARTIS RASA BEST JUGA.MEREKA PUN MANUSIA BIASA MACAM KITA.

Chef Wan Komen Majlis Perkahwinan RM12 Juta Norman Hakim & Memey Suhaiza

September 30, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Walaupun majlis resepsi RM12 juta Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah berlangsung dengan jayanya semalam, masih ada cakap-cakap belakang yang tidak puas hati dengan majlis tersebut. Lebih mengejutkan komen dari Chef Wan dan segelintir media yang mendakwa terdapat lagu choir ala gereja yang membuatkan ramai tidak berpuas hati.

“Just got back from the Wedding of Norman Hakim and Memey.If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their Products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.Both Pengantin just play their game since its being sponsored. There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la,” komen Chef Wan melalui laman Facebooknya.

“Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun.Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan. Wedding gown rm500,000 by Vera Wang tu i gelak sungguh mcm Wedding gown biasa yg kecut masuk dlm washing machine depan memey tu yg i wasnt impressed at all likewise her veil mcm beli di globe silkstore! Ala di taja esok pulang la balik. So my honest opinion i really dont know what the fuss about this 12 million sponsorship is all about.

“Ala if u ada kedai barang kemas value at 50 juta stock u and u gantung kan satu baju pengantin tu sarat pun apa lah yang make it so special.Imagine on yr wedding day u need to parade with all those jewelleries for the sake of sponsors if its my kids i said No thanks.. pakai satu dua macam Siti and Rina wedding pinjam kan tu cantik kan hiasan pengantin jadi lah. Nama pun pinjam. Even among anak raja kawin depa pinjam sana sini i tahu lah masa Tengku Muda kawin dahulu for Pahang i was there.

“Ramai Press tak suka Choir yang menyanyikan lagu-lagu gereja kahwin ni kata mereka sedangkan ini Wedding orang Islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis. I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding. That what the press upset about. Aiyo mesti controversial lepas ni lah. Kita baca la media.

“If they choose their wedding to be ala2 barat so what its their choice and i dont see any problem with that. They want kelainan. Kita pun pi Wedding Traditional Melayu balik2 mcm tu pun sometime seronok tengok ke lainannya. For Example look At NAZA son wedding with Marion tu yang i went also Similar very jazzy, very modern and stylish a celebration party style of great friends and celebrities enjoying their evening. Trust me i tak baca Press Melayu kutok pun Wedding mereka. WHY?.

“I dont see it as a real wedding but more of Rafelessia throwing a party for them and use both of them to promote segala jewelleries, Lord Taylor fabulous suit on all the pengapit2 actor2 tu and bridesmaid tu that is actually beautiful and decor and great jazzy music Alhamdulilah and if the pengantin wants to celebrate their wedding in that manner what is so wrong about that. Remember wedding is a celebration of people coming together. Dont be too uptight la press2 melayu. Grow up!,” tambah Chef Wan yang sememangnya mempunyai banyak pengalaman dalam perihal persandingan sebegini.

OH! ARTIS: BIARLAH BERSEDERHANA ASALKAN MENEPATI CITARASA PENGANTIN SENDIRI BUKAN MENGIKUT TELUNJUK SI PENAJA. PENGANTIN YANG NAK KAHWIN BUKAN SI PENAJA.

(Gambar) Perkahwinan Eksklusif 12 Juta Norman Hakim & Memey Suhaiza

September 29, 2011 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Majlis perkahwinan yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai dan media semestinya perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Bukan saja ditunggu kerana dipalit kontroversi tetapi tajaan yang diterima mereka sebanyak 12 juta untuk majlis resepsi di KL membuatkan orang ramai ingin tahu apa yang istimewanya.

Bertempat di Crowne Plaza Mutiara Hotel, majlis yang bertemakan New York in Black & White ini telah diilhamkan dari “Nas of Nas Great Ideas”. Malis resepsi ini ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia dan beberapa jenama besar yang lain. Pada majlis yang berlangsung meriah ini, Norman dan Memey segak dan anggun mengenakan persalinan “Rafflesia Pearl Grown” dan gaun pnegantin rekaan Vera Wang yang dibeli khas dari Hong Kong. Read more

Rabbani akan buat album bersama Iwan Dangdut

September 29, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Setelah kehilangan penyanyi utama mereka, kumpulan nasyid popular, Rabbani, menyepi tanpa berita mahupun album baru, namun kini Rabbani tampil untuk mengeluarkan album baru dan mengumumkan akan berduet dengan Iwan yang merupakan bekas penyanyi dangdut terkenal satu ketika dahulu yang kini tampil dengan imej baru.

Iwan bakal ditampilkan bersama kumpulan Rabbani dalam album mereka, sebagai pengganti kepada kehilangan Ustaz Asri dalam industri seni tanah air kerana telah meninggal akibat serangan jantung secara mengejut pada 13 ogos 2009. Persetujuan Iwan dangdut sebagai gandingan Rabbani dalam album tersebut dibuat pada sabtu lalu dan Iwan menerima dengan baik tawaran tersebut. Read more

Namewee mengamuk dengan Utusan Malaysia

September 28, 2011 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Jika sebelum ini Mamat Khalid tiba-tiba muncul mengeluarkan statement mengenai filem Nasi Lemak 2.0, Semalam pula Namewee ada mengeluarkan satu video terbarunya untuk menyela ketidakadilan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia di dalam satu artikel mereka yang boleh dikatakan cuba menutup periuk nasi penggiat filem Nasi Lemak 2.0 termasuk para pelakonnya yang terdiri dari berbilang bangsa.

Utusan di dalam artikel’nya, mengajak orang ramai agar tidak menonton filem tersebut bukan kerana filem itu, tetapi kerana Namewee. Namewee di dalam video’nya, mengamuk dengan tingkahlaku reporter Utusan yang menggunakan keyboard dan jenama, untuk merosakkan keyakinan orang ramai untuk datang menonton filem itu yang masih lagi ditayangkan di pawagam tanah air. Nyatanya ini bukan isu baru jika dikaitkan dengan Utusan Malaysia. Kan? Read more

Johan 'Botak' Minat Fasha Sandha

September 28, 2011 by  
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share

Johan Ariff As’ari, 25, mula mendapat perhatian orang ramai selepas berlakon dalam drama Juvana. Terbaru, Johan memegang watak utama dalam drama Cinta Elysa. Turut sama memegang watak utama dalam drama itu ialah perlakon terkenal, Fasha Sandha.

Ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Fasha yang diadakan di Chinta Salon di Wangsa Maju, kemesraan Johan dan aktres tersebut jelas kelihatan.

Saling mengusik antara satu sama lain, Johan bagaimanapun dilihat tersipu-sipu malu apabila diminta bergambar secara romantis bersama kekasihnya dalam drama Cinta Elysa itu.

Tidak menyembunyikan getaran hatinya apabila bertentang mata dengan Fasha, kata Johan dia sudah lama meminati Fasha dan tidak menyangka dapat berlakon bersama dalam Cinta Elysa yang kini sedang hangat ditayangkan di TV3.

“Jangan salah sangka pula, saya minat Fasha selaku seorang peminat dan dia merupakan aktres idola saya sebelum saya menjadi pelakon sehingga sekarang.

“Sebelum saya jadi pelakon, saya sering dengar daripada rakan-rakan produksi yang dia seorang pelakon yang berdedikasi dan berdisiplin. Tidak sangka pula saya cukup bertuah apabila dapat bergandingan menjadi kekasihnya dalam drama,” tutur Johan dalam tawa.

OH! ARTIS: MAKIN HANDSOME SI JOHAN NI KALAU ADA RAMBUT PATUTLAH SUKA JE SI FASHA.

Ezlynn Umum Akan Berkahwin Hujung Tahun Ini

September 28, 2011 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Agak lama tidak dengar khabar Ezlynn. Terbaru Ezlynn, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Hye Hye Bye Bye mengumumkan yang dia akan menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini.

“Tarikh 20.11.2011 menjadi pilihan saya dan bakal suami untuk mengikatkan tali pernikahan kami, dan bukannya tarikh 11 November 2011 seperti yang dilaporkan dalam media sebelum ini.

“Buat masa ini, saya tengah sibuk pergi ke kedai perkahwinan bagi mencari persalinan pernikahan, mendapatkan khidmat jurumekap dan sebagainya. Ada juga beli majalah Pengantin untuk mendapatkan idea-idea segar. Setakat ini, persediaan majlis pernikahan saya anggarkan sekitar 50%.”

Ezlynn turut menyatakan perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi sekitar awal tahun hadapan.

“Mengenai majlis resepsi pula, masih belum dimuktamadkan lagi. Kalau ikut perancangan, saya memilih untuk mengadakan majlis resepsi sekitar awal tahun hadapan. Konsep majlis perkahwinan adalah simple, tetapi mungkin saya akan mengadakan 3 majlis resepsi bagi menghargai kedua-dua belah keluarga serta pihak media.”

Lelaki yang menjadi pilihan Ezlynn ialah seorang ahli perniagaan berstatus bujang dan berasal dari Utara.

OH! ARTIS: BETUL-BETUL MUSIM ARTIS BERKAHWIN. SEMOGA NIAT BAIK MEREKA DIBERKATI ALLAH. AMIN.

(Gambar) Rekaan Kreatif Kad Perkahwinan Nabil Dan Zira

September 28, 2011 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Sekarang ini musim artis berkahwin so nak tak nak kena kenalah bercerita tentang perkahwinan. Kali ini Ohartis bukan nak bercerita tentang perkahwinan artis yang penuh kontroversi itu tapi tentang perkahwinan Nabil Raja Lawak dan Zira.

Majlis perkahwinan Nabil dan Zira belum lagi berlangsung tetapi Ohartis tertarik untuk berkongsi dengan pembaca tentang rekaan kad perkahwinan mereka. Bagi Ohartis, rekaan kad perkahwinan mereka memang kreatif dan tak salah ini yang paling kreatif dikalangan kad perkahwinan artis-artis lain. Kad perkahwinan Nabil dan Zira direka oleh Kad Lestari.

“Kad Lestari bersyukur apabila dipilih oleh pasangan Nabil & Zira sebagai pereka kreatif untuk kad kahwin yang unik ini. Apa yang unik? Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti,” kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.

“Atas kepercayaan yang diberikan oleh Nabil & pihak Festival Pengantin, pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan ‘edisi resepsi’ sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku.”

“Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras,” jelas Jamil lagi.

Lagi gambar kad perkahwinan Nabil dan Zira selepas ini.

OH! ARTIS: BAGI SESIAPA YANG BERADA BERDEKATAN I-CITY SHAH ALAM BOLEH LAH MEMERIAHKAN HARI PERKAHWINAN NABIL DAN ZIRA NANTI.

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin