
7 September 2011 lalu, krew Oh! Artis telah dijemput untuk ke majlis tayangan istimewa filem Nasi Lemak 2.0. Sebuah tajuk yang amat menarik dan pastinya menjadi tanda tanya. Ianya adalah sebuah filem yang dikategorikan dalam bahasa mandarin tetapi diselang-seli dengan bahasa Melayu. Pendek kata cerita ini memang benar-benar 1 Malaysia.
Filem ini diterbitkan oleh Prodigee Media dan diarahkan sepenuhnya oleh Namewee, satu nama yang penuh kontroversi. Persepsi anda pada beliau pasti akan berubah apabila menonton filem yang amat harmoni ini. Penuh dengan kebenaran kehidupan sebagai seorang rakyat Malaysia yang sah. Oh ta, filem ini disertakan terjemahan sarikata dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Tiada masalah untuk sesiapapun pergi menonton.
Kami tiba pada jam 4 petang. Majlis screening ini diadakan serentak dengan majlis perasmian MBO yang dibuka pada hari tersebut. Berikut sedikit gambar semasa pelancaran berlangsung.










Sinopsis & Trailer Nasi Lemak 2.0
Cef Huang (Namewee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan ‘tempatan’ yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakannya yang kurang popular, dia dikenali sebagai ‘Hero Huang’ di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkan dia terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya, Cef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai ‘hero tempatan’ yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui semula asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam ‘Nasi Lemak’.
Krew kami seramai 4 orang sebulat suara memberikan filem ini 4/5 bintang. Sebuah filem yang menarik dan jauh lari dari filem tipikal Malaysia yang biasa kita nengok. Filem ini dari awal hingga habis, tidak pernah membosankan. Jalan cerita yang tersusun rapi dicampur dengan pelbagai aksi mencuit-hati, pastinya membuatkan penonton merasakan filem ini berlalu terlalu cepat. Macam tak puas gelak! Habis perut semua sakit.





Semalam, sekali lagi kami ke panggung wayang menonton filem ini bersama rakan-rakan yang masih belum menonton. Mereka juga memberikan feedback yang amat baik untuk filem ini. Kami memberi jaminan yang anda akan berpuas hati selepas menonton filem Nasi Lemak 2.0 ini. Tonton sekali tak puas! Gelagat Adibah Noor dan Afdlin Shauki tidak kurang hebatnya begitu juga dengan David Arumugam dan Reshmonu sebagai pelakon undangan.
Dibahagian akhir cerita (ketika kredit dikeluarkan), lagu Rasa Sayang 2.0 akan dimainkan. Secara peribadi, inilah lagu Rasa Sayang terbaik pernah kami dengar kerana telah diberi sentuhan baru. Akhir kata jika anda meminati filem Allayarham Yasmin Ahmad yang mengutamakan percampuran bangsa di dalam filem’nya, anda wajib menonton filem Nasi Lemak 2.0 ini dan tahu sendiri apa keunikan yang cuba kami sampaikan.
Selagi tidak menonton, kita tidak berhak menilai sesebuah filem itu tidak kiralah siapapun pengarahnya. Tidak melampau kalau kami katakan, filem ini berpotensi besar untuk menerima anugerah yang sewajarnya. Sebuah filem yang benar-benar mencerminkan sebuah negara yang dinamakan Malaysia. Siapapun pengarahnya dulu, itu cerita lama. Manusia mana tidak pernah melakukan kesilapan. Untuk filem Nasi Lemak 2.0 ini, kami salute dengan keberanian yang diungkapkan melalui sebuah filem. Satu penekanan tegas yang disampaikan melalui filem, tentunya bukan mudah.
Sekali lagi, sebagai penoton biasa yang menghadiri majlis tayangan perdana dan sekali lagi pergi menonton dengan membeli tiket menggunakan duit sendiri, 4/5 bintang untuk filem ini dari kami. Semoga kita lebih bijak untuk menilai. Beri peluang untuk diri anda melihat mesej yang disampaikan melalui filem ini yang kami jamin memang terbaik dan menyedarkan kita semua! “Walao eh walao ehh ! Wo Songg aa ! Muah muah!!”. Itu dua perkataan yang akan bermain dikepala anda selepas menonton filem ini. Hahaha.
+ Respon pembaca di Oh! Media.
OH! ARTIS: JIKA ANDA MENONONTON FILEM INI, ANDA AKAN SEDAR YANG FILEM MELAYU KITA MASIH KETINGGALAN BIARPUN BERADA DI DALAM SEBUAH INDUSTRI PERFILEMAN YANG SAMA. ITU APA YANG KAMI RASA. KAMI INGIN TAHU PERASAAN ANDA SELEPAS MENONTON FILEM INI.

















