
Mungkinkah filem Karak menjadi kenyataan bagi Ikram Dinzly dan Fauziah Ghaus di tempat yang dikatakan dikatakan mempunyai banyak pengalaman misteri yang berlaku dikawasan tersebut apabila mereka berdua telah mengalami kemalangan.
Namun itu hanyalah khayalan sahaja dan apa yang menjadi kenyataannya adalah, Mereka terlibat dalam kemalangan di kawasan Karak semasa dalam perjalanan ke karnival Amal Syawal anjuran NSTP di bangsar, oleh kerana kemalangan tersebut mereka tidak dapat menghadiri karnival tersebut.
Kereta Ikram Dinzly, model Satria Neo berwarna kuning atau nama manjanya Bumblebee telah manjadi mangsa dalam kemalangan ini keadaannya remuk disebelah kanan bagaimanapun semua yang berada didalam kereta tersebut selamat tanpa mengalami kecederaan.
Masih belum ada berita selanjutnya mengenai kemalangan tersebut namun diberitakan ianya diselesaikan dengan sempurna tanpa ada apa-apa masalah.

OH! ARTIS: BARU JUMPA DUA PELAKON INI BEBERAPA HARI LEPAS DI WANGSA WALK SEMASA MAJLIS TAYANGAN FILEM LIBAS. SANGAT FRIENDLY MEREKA BERDUA NI. APAPUN TAKZIAH KERANA BODY ‘BUMBLEBEE’ TELAH TERNODA. APA YANG PENTING, ANDA SELAMAT.


















