

Ahhirnya kebenaran berpihak kepada pelakon Jiwa dan Lara, Neelofa. Setelah sekian lama dianggap sebagai orang ketiga yang meuntuhkan kebahagiaan Shahz Jaszle dan pelakon Maria Farida, kini dia boleh menarik nafas lega setelah Shahz membuat pengakuan sedang bercinta dengan pelakon baru Miera Liyana.
Pengakuan merpati dua sejoli tersebut sekaligus melenyapkan, spekulasi, gosip, cerita kurang enak dan tomahan orang ramai terhadap diri Neelofa yang menghimpit perjalanan karier seni Neelofa.
“Hendak tahu perasaan Lofa? Sudah tentu sangat-sangat lega dengan pengakuan Shahz Jazle bahawa dia mencintai Miera Liyana itu. Maknanya, kalau benar mereka sekarang ini sudah jadi pasangan kekasih dan membuat pengakuan, Lofa tidak lagi menjadi mangsa tohmahan orang.
“Selama ini Lofa hanya diam sebab tak nak keruhkan lagi keadaan. Orang tak henti kata itu dan ini. Sampaikan satu tahap, Lofa memang benar-benar tak tahan dengan kata-kata yang dilemparkan.
“Bila nama Lofa dikaitkan sebagai perampas, siapa yang tak sedih. Lagi-lagi memang Lofa tak pernah buat kerja jahat macam tu.
“Sekarang Lofa lega sangat-sangat sebab semuanya dah berakhir. Akhirnya spekulasi tentang itu dah padam dan orang tahu juga siapa yang benar atau salah.
“Kalau nak cakap pasal gembira, memang Lofa orang yang paling gembira sekarang. Setidak-tidaknya Lofa boleh fokus pada perkara lain dan terus melupakan kesengsaraan yang Lofa pernah hadapi selama ini,” katanya yang mesra disapa dengan nama Lofa.
OH! ARTIS: KAMI KAGUM DENGAN CARA NEELOFA MENANGANI GOSIP-GOSIP PANAS YANG MENIMPANYA DAN KAMI MENDOAKAN PERJALAN KARIER SENI NEELOFA SEMAKIN BERTAMBAH BAIK. AMIN.



















