

Selamat hari jadi yang ke-19 buat Izara Aishah atau lebih tepat ‘happy belated birthday’. Izara Aishah seorang aktres baru yang sedang meningkat naik menerusi drama Sofiyya, telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya bersama rakan artis yang lain. Sambutan ini hanya kecil-kecilan atau mungkin sebagai satu kejutan untuk beliau.
Melalui dua video rakaman sambutan hari jadi ini, kelihatan Izara Aishah yang berlumuran dengan kek dan tepung dan pasti Fizo Omar memainkan peranan penting dalam melumurkan kek dan tepung kepada Izaira. Dalam video tersebut Tiz Zayah juga menjadi mangsa kenakalan Fizo Omar.
Tonton aksi nakal dan spontan mereka bertiga di bawah.
OH! ARTIS: SEKALI SEKALI TONTON AKSI SPONTAN ARTIS RASA BEST JUGA.MEREKA PUN MANUSIA BIASA MACAM KITA.

















