(Gambar) Khairul Fahmi Che Mat dan Dahlia Teck di Werner’s Bukit Bintang
October 31, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Werner’s adalah sebuah restoran makanan Itali yang berlokasi di Bukit Bintang. Sungguhpun perhubungan mereka berdua mula reda dilambung media, nampaknya perhubungan Khairul Fahmi yang pernah pernah menjadi tunangan orang ini terus akrab bersama gadis seksi tak ingat, Dahlia Teck.


Sejauh manakah hubungan mereka ini? Sama-sama kita nantikan. Adakah akan sampai ke jinjang pelamin atau terkandas di tengah jalan, Wallahualam. Cumanya, jika mereka ditakdirkan bersama harap Khairul Fahmi dapatlah mendidik si Dahlia Teck ni untuk berpakaian cukup kain. Jangan memalukan orang negeri. Read more
Ayu Raudhah Keguguran Kandungan Enam Minggu
October 31, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan
Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.
Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3
“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat. Read more
Fara Fauzana dan Neelofa sebagai pengacara Nona yang baru
Semalam, TV3 mengumumkan tentang pengacara baru Nona yang akan menggantikan Vanidah Imran yang telah tamat kontraknya. Ramai peminat rancangan Nona mula tertanya-tanya sebelum ini siapakah yang akan menggantikan “Wanita Melayu Terakhir” itu? Jawapannya kini sudah pasti yang Vanidah Imran akan digantikan dengan pengacara tersohor, Fara Fauzana dan artis yang semakin melonjak naik namanya, Neelofa.
Rancangan Nona yang sebelum ini diacarakan oleh Maya Karin, kemudian Vanidah Imran dan kini Fara Fauzana dan Neelofa dilihat sebagai satu cara pemasaran yang amat baik oleh TV3 memandangkan rancangan Nona mula menerima kritikan di mana pengisian dalam rancangan itu tidak lagi sehebat dulu. Read more
Abby Abadi Akui Putus Cinta Bersama Zul Ariffin
Share
Pertama sekali Ohartis nak mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan dan peminat-peminat Oh Artis dan Oh Media yang beragama Hindu. Semoga anda bergembira hendaknya. Bagi rakyat Malaysia sila lah menikmati cuti 24 jam tanpa memikirkan hal-hal pejabat.
Hari ini cuti, tapi kerja kami tetap diteruskan untuk menghiburkan anda di rumah atau di mana-mana saja. Kami mulakan gosip hari ini dengan kisah Abby Abadi bekas isteri Norman Hakim. Terbaru, Abby Abadi mengakui yang dia telah putus cinta dengan Zul Ariffin. Kesian Abby, selepas satu, satu masalah lagi datang. Orang yang terima banyak dugaan ini selalunya disayang Allah. Harap Abby dapat bersabar dengan pelbagai masalah yang datang.
Di bawah sedikit pengakuan yang dibuat oleh aktres ini dalam blog nya. Kami pun tidak sedar yang Abby Abadi mempunyai blog sendiri. Artis pun dah layan blogging sekarang. Thumbs up!
Sehingga ke saat Sy menaip utk entri ini, Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu… Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah…. nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, …. tp, takpelah….. Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg. Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada
Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni.
Sy……… mmmm, di duga lagi…… Sedih mmg tak tergambar dgn kata2, tp Sy redha dgn ketentuan NYA….. Mungkin ada kesilapan Sy, yg Sy lakukan tanpa sedar sebelum ni, & skrg inilah balasan tuhan pd Sy. Sy terharu sebenarnya dgn doa dr semua yg mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tp apakan daya……… Sy pun mengharap ‘sesuatu yg terbaik’ sebenarnya… tp INILAH TAKDIR SAYA
Sy sedih…….. sgt sedih utk terima ‘kehilangan’ ini………. tp Sy takde kuasa utk ubah keadaan. Sy cuma nk org yg Sy sayang bahagia dgn apa yg dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Sy. :,)
OH! ARTIS: TERLALU BANYAK HAL PERIBADI ABBY YANG DITONJOLKAN. APA BOLEH BUAT, TUAN BADAN SENDIRI YANG BERCERITA. KAMI TUKANG SAMPAIKAN SAJA.
(Gambar) Romantis Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari Bercuti Di Korea Selatan
October 25, 2011 by Ax
Filed under Gambar Artis, Gossip, Selebriti, Tempatan
Seronok lihat pasangan selebriti bercinta Awal Ahsaari dan Scah Al-Yahya bercuti di Korea Selatan. Sebelum anda membuat kesimpulan yang bukan-bukan, mereka berada di Korea Selatan atas dasar kerja dua dalam satu. Maksudnya bekerja sambil bercuti. Gambar yang kami perolehi ini di ambil daripada rakan media, Budiey yang turut berada dalam percutian tersebut.
Gambar-gambar ini diambil semasa Awal dan Scha menjalani penggambaran program Travelogue bersama AirAsia X. Ini lah peluang merpati dua sejoli ini untuk menghabiskan masa bersama selepas sibuk dengan karier masing-masing. Romantis bukan?
Tentang program Travelogue ini, Awal ditugaskan menjadi pengacara manakala Scha diterbangkan khas sebagai tetamu dalam program ini. Korea Selatan merupakan salah satu destinasi yang akan dipaparkan dalam program ini. Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan destinasi penerbangan yang ditawarkan oleh AirAsia X.
Ohartis tak nak cakap banyak, layan saja gambar-gambar romantis pelakon Awal Ashaari & Scha Al-Yahya semasa mereka menjalani pengambaran program Travelogue bersama AirAsia X ini.
OH! ARTIS: BILA ARTIS BERSIKAP TERBUKA TENTANG PERCINTAAN MEREKA JARANG KITA DENGAR KONTROVERSI MURAHAN. BETUL TAK?
Hanya kerana kereta di blok selepas Solat Jumaat, Azwan Ali meroyan lagi.
October 22, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan
Memang dah lama kami perhatikan tingkah-laku yang agak buruk dilakukan oleh Azwan Ali ni. Bila kami kenang balik, dari dulu sampai sekarang macam-macam isu yang dia cipta. Apa yang lebih pelik, ianya memang jelas mahukan publisiti murahan. Entah apa lagi sumbangan dia dalam bidang seni ni, kami pun tak tahu celah mana.
Dulu dia pernah samakan seorang artis ni dengan anjing. Beberapa orang wartawan hiburan juga terkena tempias tersebut. Kata-katanya yang laser itu pastinya mendatangkan kemarahan orang ramai terutama para wartawan.
Kemudian dia tampil dengan drama penuh air mata. Masa tu dia nak menunaikan umrah. Bila dah selesai haji, lama-kelamaan mungkin tanpa dia sedar, perangai lamanya datang kembali. Memaki hamun dan menyamakan artis lain dengan sesuatu yang melampau, bukanlah suatu perkara yang pelik lagi untuknya dan jika anda tanya artis-artis seperti Didie Alias, pastinya sudah masak dengan herdikan puaka dari Azwan Ali.
Dan semalam, Azwan Ali sempat mengeluarkan status di Twitter’nya (Tweet) dengan memaki hamun orang yang blok keretanya. Ramai followers’nya yang masih setia cuba memberi nasihat, tapi turut terkena tempias laser’nya.
Dipetik dari pos sebuah forum tempatan:
today tgk kat tweet si pondan ni…meroyan mcm org giler..abis semua followers dia yg suruh bersabar di maki hamun..dasar mulut jahat tullah..
punca dia marah sbb ada org block keter dia masa solat jumaat time nak balik…ya allah punya lah dia sumpah seranah..tu baru abis solat tu…followers suh sbr di maki n di laser..ada gak manusia mcm ni dlm dunia ni
duk promote buku selamat tinggal dunia pondan..tapi perangai tetap bapuk tua..dia ni sengaja buat bapuk padal dulu lelaki tulen je,,..
patutla artis2 bengang dgn makhluk ni…ramai peminat dia arini unfollow fondan ni today… – KUDABELANG
Kami cuba bersangka baik, mungkin Azwan Ali ada hal penting yang ingin diselesaikan dan kejadian tersebut membuatkan Azwan terlewat untuk tiba di tempat yang ingin ditujunya. Tapi walaubagaimana pun, belajar-belajarlah untuk perbaiki diri. Kurangkan panas baran anda dan belajarlah untuk bersabar lebih-lebih lagi bila baru sahaja selesai menunaikan Solat Jumaat. Setakat kereta kena blok time hari Jumaat tu, biasalah. Selesai doa Pak Imam, keluarlah pemilik kereta tersebut.
Memaki hamun di Twitter mahupun Facebook, bukanlah sesuatu yang bagus untuk sesiapa sahaja. Tak malu ke perangai biadap anda diketahui umum lebih-lebih lagi untuk seorang artis yang ramai pengikut? Mungkin Azwan Ali perlu cabai mulutnya sendiri sebelum orang lain datang cabaikan. Artis sebegini kami gelarkan sebagai artis kuat mencapub atau kata lainnya, mencari publisiti murahan.
- I hate him before this. Then I began to like him. Now, I hate him ever after.
- He always create propaganda on his sensational life.
- He is drama king.
- He is a transvestite perhaps.
- He always write rude words on his blog.
- After getting back from his Umrah, he promised he will not act like a transvestite but, he broke his promise. He again being a transvestite recently on one big dinner show.
- He create a propaganda that he will get married but actually it is not.
+ via Otaklu.
+ Respon pembaca di Oh! Media berkenaan artikel ini.
OH! ARTIS: ORANG YANG MULUT LASER NI, SILAP HARI BULAN DAPAT MAKAN KASUT SAIZ 9 FREE-FREE JE.
(Gambar) Muammar Gaddafi Sebelum, Semasa dan Selepas dibunuh
October 21, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Antarabangsa, Bermasalah, Panazzz, Selebriti
Muammar Gaddafi, amat dikenali sebagai pemimpin di Libya yang amat lama dan dikatakan amat kejam semasa di dalam pemerintahannya. Pagi tadi dunia digemparkan dengan kematiannya. Ditembak (tidak mati) dan kemudian dibelasah orang ramai sehingga mati. Lihatlah, beginilah selalunya berakhir pemimpin yang dikatakan zalim dan dibenci rakyat.

Lagi gambar.. Read more
(Gambar) Sekitar Karnival PETRONAS Motorsports di KLCC
October 21, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Bermula dari 15 Oktober hingga 23 Oktober 2011 ini, karnival PETRONAS Motorsports akan berlangsung. Kami percaya, ramai di antara pembaca Ohartis telah ke karnival ini yang bertempat di KLCC, betul-betul di hadapan kawasan air pancut, Ground Floor Suria KLCC.
Krew Ohartis sempat ke sana pada 19 Oktober lalu untuk melihat sendiri bagaimana sambutan karnival PETRONAS Motorsports ini berlangsung. Walaupun seharian hujan lebat melanda bandaraya Kuala Lumpur, ianya tidak menghalang ramai peminat sukan bermotor ini untuk beratur panjang bagi mendapatkan autograf dari pelumba Grand Prix terkemuka, Jorge Lorenzo dan Ben Spies.
Walaubagaimanapun, Jorge Lorenzo tidak dapat membuat penampilan di hadapan peminatnya di Malaysia atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kemunculan Ben Spies bagaimanapun telah cukup mengubat hati peminat sukan bermotor ini yang jelas berasa teruja apabila dapat melihat sendiri penunggang motosikal pujaan mereka berada di depan mata. Read more
Terlalu Mengongkong Punca Anuar Zain Dan Pengurus Berpisah?
Penyanyi ini memang digemari ramai terutama kaum wanita. Dengar saja suaranya pasti ramai wanita yang cair. Tidak banyak cerita atau kontroversi yang melanda penyanyi kegemaran ramai wanita ini.
Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan pengurus Anuar Zain, Rohila Tahir sudah berhenti menguruskan kerjaya Anuar Zain berkuatkuasa 1 Oktober yang lalu dan keputusan itu dibuat oleh pengurus itu sendiri selepas pulang dari persembahan di Singapura.
Untuk pengetahuan semua, Rohila Tahir sudah pun mengurus Anuar Zain selama lebih 10 tahun sejak Anuar Zain masih kanak-kanak. Sudah pasti dengan perpisahan ini Anuar Zain akan terasa kehilangan.
Daripada sumber yang belum sahih, dikatakan perpisahan ini berpunca daripada sikap Rohila Tahir yang terlalu mengongkong batasan antara Anuar Zain dan peminat. Hal ini yang berlarutan sejak dulu lagi telah membuatkan Anuar Zain kurang senang.
OH! ARTIS: ADA PENGURUS PUN SUSAH TAK ADA PENGURUS PUN SUSAH.
“Fasha Sandha Macam J.LO Malaysia” – Johan As’ari
Share
Bakat Johan As’ari mula dikenali ramai menerusi drama Juvana yang popular di TV3 beberapa ketika dulu. Lebih dikenali sebagai Botak, dia kini sedang sibuk membintangi drama bersiri Cinta Elysa di TV3.
Namun, baru-baru ini kecoh apabila Izreen Azmida (cikgu Zakiah dalam ‘Juvana’) membuat kenyataan akhbar kerana terkilan dengan sikap Johan yang seperti kacang lupakan kulit. Semuanya gara-gara Izreen cemburu tentang gambar Fasha dan Johan.
Tapi, Johan tegas menafikan yang dia bercinta dengan kedua-dua aktres cantik tersebut. Jelasnya, dia dan Fasha hanya berkawan dan hubungan itu setakat di set ‘Cinta Elysa’. Johan juga tidak tahu kenapa Izreen perlu cemburu dengan gambarnya bersama Fasha Sandha. Johan akui dia memang baik dan akrab dengan Izreen.
Bercakap tentang pengalaman berlakon bersama Fasha, Johan menganggap Fasha sebagai J.LO Malaysia dan kagum dengan cara bekerja Fasha Sandha yang komited dan profesional.
OH! ARTIS: UNTUNGLAH DIKEJAR DUA AKTRES CANTIK. HEHE.





























