“Sudahlah Gemuk Pendek, Mahu Disanjung Pula,” – Hattan
November 29, 2011 by Eiza Isis
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Hattan yang baru sahaja berkahwin dengan isterinya, Farah tengah panas dengan seorang wartawan hiburan Zubir, Berita Harian. Mengikut Hattan isu yang sengaja diadakan hanya untuk melariskan tulisannya kerana sememangnya tidak wujud. Walaupun Zubir tidak menyebut nama artis dimaksudkan di akbar itu, tetapi Hattan tahu, penulisan itu ditujukan kepadanya. Mengikut Zubir, Hattan yang baru berkahwin telah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Penulisan itu telah membuatkan Hattan panas hati kerana diserang wartawan dengan isu berkaitan rumahtangganya. Read more
Linda Jasmine Hamil Lagi
Share
Diam-diam sudah berisi. Begitulah pasangan sama padan sama cantik ni Linda Jasmine, 39 dan Que Haidar. Que yang telah mengundurkan diri dari dunia hiburan khabarnya bakal menimang lagi cahaya mata InsyaAllah pada Mei 2012 nanti, mereka bakal mendapat cahaya mata perempuan yang kedua. Read more
Rayuan Ibu Khairul Fahmi Che Mat
November 29, 2011 by Eiza Isis
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Hati ibu mana yang tidak keruan dan sedih melihat anaknya diperkatakan sebegitu rupa. Tambahan lagi kes yang dianggap kontrovesi oleh pihak media merupakan hanya fitnah. Ibu penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau terkenal dengan panggilan Apek, Bidah Ibrahim, 55 dengan nada sayu meminta supaya jangan ada pihak cuba mengaibkan keluarga mereka kerana beliau sebagai ibu sangat mengenali siapa anaknya. Dia begitu kesal kerana ada pihak tertentu sengaja mahu menjatuhkan reputasi anaknya yang semakin popular. Read more
Diana Amir Yakin Dengan Keputusannya
Share
Pelakon Diana Amir, 25 memang sering mencetuskan kontrovesi. Imej yang tidak sihat menjadi miliknya. Selain sentiasa seksi, Diana Amir juga gemar bersosial. Selain berbakat sebagai pelakon, kontrovesi ini menjadikan namanya kekal popular kan? Apapun itu dulu. Kini Diana Amir sudah kembali ke jalan yang lebih sihat. Mungkin kerana desakan dan kontrovesi yang melanda membuatkan beliau sedar. Oh Artis pernah mengeluarkan banyak artikel tentang Diana Amir ini. Anda boleh rujuk kepada posting dari kami sebelum ini. Apa yang kami mahu lanjutkan di sini ialah gambar terbaru Diana Amir. Read more
Mael Lambong Merupakan Filem Terakhir Juliana Evans
Share
Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans, 22 tahun ialah seorang pengacara TV, aktres dan juga model iklan Malaysia. Juliana mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan begitu popular bermula dengan rancangan ‘Remaja’. Selain aktif mengacara, Juliana mencuba bakat dalam bidang lakonan tetapi belum lagi bakatnya menyerlah sepenuhnya beliau mengambil tindakan untuk berhenti berlakon dan melupakan dunia hiburan. Alamak, mahu ikut jejak langkah Que Haidar ke? Read more
Kesabaran Nabila Dicabar
November 28, 2011 by Eiza Isis
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Nabila Huda binti Suhaimi bin Abdul Rahman, 27 tahun merupakan seorang pelakon Malaysia kelahiran Kuala Lumpur yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis. Nabila adalah anak sulung kepada legenda rock Amy dari kumpulan Search. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock, Akhirat, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur & Duhai Si Pari-pari.
Pelbagai pencalonan telah diterima pelakon juga penyampai berbakat ini. Tetapi sejak akhir-akhir ini beliau semakin tertekan dan ditekan dengan pelbagai gossip berkenaan kehidupan dirinya. Lebih-lebih lagi sejak bercerai, beliau berasa begitu rindu dengan anaknya Keisha Laila kerana bergilir-gilir dengan bekas suaminya menjaga Keisha. Selama ini beliau menutup mulut dan tidak mahu berbicara tentang kehancuran rumahtangganya dengan Zaidi Zailani.
Walaubagaimanpun, kesabarannya terus diuji dan meletuskan perbalahan. Beliau begitu berang dan kecewa dengan tindakan bekas suami, Zaidi Zailani kerana didakwa sering memburuk-burukkannya di laman sosial Twitter.
Berikut adalah lepas geram Nabila untuk Zaidi.

Ketika dihubungi untuk mendapat penjelasannya, pelakon berusia 27 tahun itu mengaku dia ‘naik hantu’ kerana terlalu tertekan dan terkilan apabila tidak henti-henti dihimpit cerita negatif oleh bekas suaminya yang turut mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak tunggal mereka, Keisha Laila yang berusia setahun setengah.
Nabila turut ditenteramkan oleh pengikut-pengikut Twitternya. Ada juga yang tidak setuju dan menganggap dia juga sama seperti bekas suaminya yang ‘tidak matang’. Isu peribadi dijadikan dagangan di Twitter. Tapi bak kata Nabila, siapa yang mula dulu, dan orang yang tidak rasa apa yang dirasainya tidak akan faham. Mungkin Nabila boleh buat press conference untuk menjelaskan isu yang kurang jelas atau fitnah oleh bekas suaminya. Lagi manis, berbaloi dan lebih efektif. Mahu lagi bagus, carilah penyelesaian dengan bekas suami tu ya.
OHARTIS – TERFIKIR JUGA BETAPA BERAT DUGAAN DAN TEKANAN HIDUP YANG DIHADAPI OLEH NABILA. SAMA-SAMALAH KITA BERDOA UNTUK DIRINYA SUPAYA TERUS LEBIH TABAH MENGHADAPI UJIAN SEORANG SELEBIRITI.
(Panas) Shida Harmi Ugut Akan Sebarkan Gambar Tidurnya Bersama Khairul Fahmi Che Mat
November 28, 2011 by Gadis Lonely?
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Malam tadi, satu Malaysia dikejutkan dengan kekalahan Malaysia kepada Bahrain malam tadi. Perlawanan yang bermula dengan baik di mana melihatkan Malaysia mendahului 2 – 0 ke atas Bahrain sehingga ke minit 70′ dan seakan-akan akan menang terus berkecai selepas Bahrain yang ketika itu hanya bermain dengan 10 orang pemain berjaya mendapatkan jaringan balas sebanyak 3 gol hanya dalam masa 5 minit sahaja sekaligus menewaskan Malaysia, 3 – 2.
Timbul pelbagai kata-kata tidak menyenangkan selepas itu. Hilang konsentrasi lah, terlalu yakin untuk menanglah dan macam-macam lagi. Namun ramai juga yang dapat menerima kekalahan ini memandangkan sudah tentulah ianya bukan rezeki kepada Malaysia. Apapun timbul suara-suara yang mengatakan kekalahan ini disebabkan prestasi Khairul Fahmi Che Mat tidak sebaik perlawanan-perlawanan yang sebelum ini. Adakah kerana gambar-gambar antara Khairul Fahmi dan Shida Harmi telah mula tersebar dan ini sedikit sebanyak mengganggu prestasi baik KFCM? Read more
Kak Ani Kini Diurus Suami Barunya
Share
Noraniza Idris, 43 tahun telah berkahwin dengan seorang bilal dari sebuah masjid di Singapura pada September lalu. Walaupun begitu, penyanyi etnik berusia 43 tahun ini bersyukur kerana suaminya tidak menghalangnya bergiat dalam aktivti seni malahan banyak membantu menguruskan hasil seninya serta memberi nasihat dan dorongan kepadanya. Ternyata kini kerjaya seninya lebih teratur dan rezekinya ternyata lebih murah berbanding sebelum kahwin dahulu. Read more
Fida Berniaga Hasil Dorongan Seorang VIP
Fida Ibrahim, gadis Pantene yang merupakan sepupu kepada Dato’ Siti Nurhaliza ini terus tabah. Bangkit kembali daripada kejatuhan imejnya berkenaan dengan isu tidak bertudung sehinggalah hubungan cintanya dengan Mohd. Noor Murad atau Mamat (bekas anggota Sepah) bersepai di tengah jalan menjadikannya kini lebih selesa untuk tidak bercinta.
Selain mengisi masanya dengan aktif berlakon dan mengacara, kini artis yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur ini mula berkecimpung dalam bidang perniagaan pula. Read more
Bunga Orkid Elton John
November 25, 2011 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Menarik, Panazzz, Selebriti
Selepas konsert Sir Elton John mendapat sambutan hangat di Singapura, dia kemudian menghadiri ‘The 20th World Orchid Show’ di Marina Bay Sands. Ikon muzik itu telah diberi penghormatan setelah namanya dipilih untuk menamankan spesis bunga orkid yang sangat indah, berwarna putih dan merah jambu. Spesimen baru itu dinamakan Elton John Doritaenopsis. Read more



















