Fanpage Punca Hasad Dengki, Kutuk Mengutuk Dan Tikam Belakang – Chef Wan
December 31, 2011 by Eiza Isis
Filed under Antarabangsa, Bermasalah, Buat Hal, Gossip, Panazzz, Selebriti, Tempatan
Hipokrit? Tiada sesiapa pun suka digelar begitu. Tetapi ramai juga yang cuba menjaga nama baik sendiri dengan berpura-pura di depan tetapi bercakap di belakang. Tetapi jika tidak hipokrit pula, lain jadinya. Inilah yang berlaku kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 54 tahun apabila disebabkan kejujurannya, menimbulkan kemarahan ramai pihak dan perang ‘Facebook’ atau muka buku ini.. kerana mulut badan binasa. Sabarlah Chef, tutuplah buku 2011 ini dan bukalah lembaran 2012 yang baru. Mungkin lepas ni tidak salah berkata jujur tetapi kena juga jaga air muka dan maruah orang. Boleh tegur yang pedas-pedas tu secara tertutup. Orang kalau sudah dimalukan, memang macam-macamlah jadinya.
Kini Chef Wan seakan merajuk. Kecewa katanya dengan mentaliti segelintir masyarakat yang tidak habis-habis mahu mengutuk dan menghina dirinya di laman Facebook miliknya. Chef Wan nekad mengambil keputusan untuk menutup akaun itu bermula esok. Semangat tahun baru ke Chef atau merajuk? Menyangkal tentang dakwaan itu, Chef mengambil keputusan itu bukan kerana tidak tahan atau tidak boleh menerima kritikan yang dilemparkan terhadapnya, tetapi kecewa dengan sesetengah pihak yang menggunakan akaun Facebook miliknya sebagai medan bertelagah sesama-sendiri. Read more
Os Dan Abon (Osbon) – Juara Maharaja Lawak Mega
Share
Benarlah sangkaan orang ramai yang Kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Mohd Yusof abd Hamid(Mr Os), 50 tahun dan Abon atau nama sebenar Sharizan Ahmad 51 menjuarai Maharajala Lawak Mega (MLM). Tahniah kepada Kumpulan Osbon akhirnya dinobatkan sebagai juara. Setelah 10 minggu mereka mempersembahkan sketsa lawak yang begitu menghiburkan, wang tunai sebanyak RM350,000 beserti trofi berjaya mereka miliki. Sememangnya lawak mereka begitu bersahaja, tidak keterlaluan dan tidak perlu kontrovosi murah atau ‘Double Meaning’.
MLM akhir telah dibawakan secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam dan disiarkan di Astro Warna, saluran 132 dan diadili panel juri tetap yang terdiri daripada Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza dan juri jemputan, Aaron Aziz.
Berikut adalah keputusan penuh MLM 2011
Juara = Osbon (RM350,000 + Trofi)
Naib Juara = Boboi (RM250,000 + Trofi)
Tempat Ketiga = Saehu (RM150,000 + Trofi)
Tempat Keempat = Syok (RM50,000 + Trofi)
Lumayan!

Menurut Osbon, mereka tidak mengharapkan kemenangan ini. Mereka hanya mahu membuat ‘Comeback’ demi mencari lebih rezeki. Lebih-lebih lagi Os yang katanya secara berseloroh jika menang RM350,000 mahu upgrade teksinya untuk mencari sesuap nasi buat keluarganya.
OH ARTIS : Tahniah lagi sekali kepada para pemenang. Kepada yang tewas jangan ada pula kata-kata tidak manis di belakang hari. Keputusan ini adalah ditentukan oleh para penonton juga yang memilih mereka.
Anzalna Tolak Tawaran Berlakon Filem
Share
Anzalna model iklan yang merupakan finalis dewi remaja yang mula mencipta nama dalam bidang lakonan. Drama bersiri Suria di Cardoba dan Ramadhan Terakhir antara yang memperkenalkannya dalam bidang seni. Sebelum terjun ke bidang drama, bukan tiada tawaran filem yang diterimanya. Tetapi ditolak bulat-bulat kerana dia tidak yakin dengan kemampuannya. Read more
Rakyat Malaysia Punca Konsert Loudspeaker Tiada Sambutan?

Konsert Loudspeaker Y2K 11 yang berlangsung pada 25 Disember di Stadium Merdeka tidak mendapat sambutan yang disangkakan. Sekurang-kurangnya hanya 2,000-3,000 orang sahaja yang membeli tiket untuk konsert itu. Konsert itu menampilkan artis dan band-band terkenal tanahair seperti Faizal Tahir, Wings, Azlan & The Typewriter dan XPDC. Tapi ada yang mengatakan Faizal Tahir disebut sebagai penyebabkannya. Relevan ke? Kan ramai lagi band-band lain tu.
Bagi Oh Artis, jika mahu dinilaikan, tarikh 25 Disember itu sebenarnya tidak sesuai. Ketika ini musim perayaan dan percutian. Cuti panjang diambil warga kota terutamanya untuk bercuti atau pulang ke kampung masing-masing. Begitu juga dengan mereka yang ke luar kota atau negara untuk melancong. Cuti tambahan seperti ini tidak sesuailah untuk konsert berbayar seperti ini. Lagi pun cuba pihak penganjur fikiran tentang pemilihan masa yang lebih tepat. Maklumlah Konsert Fenomena Search baru je berlangsung. Mungkin terlampau dekat tarikh konsert ini kerana rata-rata sudah berhabis menonton konsert tersebut. Read more
David Teo Tetap David Teo – Tahniah Mejar!
Share
David Teo Chew Huat atau lebih mesra dikenali sebagai David Teo merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG). Selain MIG, beliau turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti Metrowealth Movies Production (MMP), MIG Records, MIG Sound, MIG Talent, MIG Publishing dan Metrowealth Cinema. Anak kelahiran Segamat, Johor ini bukan sahaja seorang produser tetapi juga turut melibatkan diri dalam bidang lakonan.
Seperti yang anda ketahui MIG (Metrowealth Pictures) telah banyak mengeluarkan filem-filem yang berkualiti dan menghiburkan. Deretan filem yang masih menunggu tarikh tayangan juga berpuluh-puluh. Sudah tentu tidak terbayang betapa sibuknya David Teo ini. Namun begitu, itu bukannya halangan untuk David untuk menabur jasa kepada bangsa dan negara. Penglibatan beliau dalam pasukan Akar Wataniah (Rej 515) sejak awal 2011 menunjukkan kesungguhan beliau.
Setiap latihan yang disediakan oleh pihak wataniah dihadiri David Teo. Beliau juga turut banyak dan tanpa jemu memberi galakan kepada para artis dan kakitangannya untuk menyertai askar wataniah sukarela bagi Platun Seni. Read more
Mentor Kini Kembali – ‘Tunjuk Ajar Ku Sifu’
Share
Rancangan Mentor kembali lagi. Musim ke-6 Mentor ini memang dinantikan oleh para peminatnya. Kalau tidak , tidaklah mencecah rating 3 juta penonton setiap minggu. Program pencarian bakat ini diteruskan dengan enam mentor bakal memberikan saingan sesama sendiri. Berdasarkan kualiti yang dimiliki dari segi berpengalaman luas dalam bidang nyanyian serta komitmen – Ella, Faizal Tahir, Fauziah Ahmad Daud, Ramlah Ram, Adam dan Ferhad telah terpilih sebagai mentor.
Mesti peminat-peminat mereka berebut-rebut mahu menjadi protegekan? Tapi sebelum anda ke ujibakat tu, kenalah study sikit kriteria-kriteria yang mereka perlukan. Ambil cermin sekarang dan lihat diri anda. Jika anda rasa anda menepati ciri-ciri tersebut, pergilah ujibakat. Read more
Ellie Suriati Tertekan Keguguran – Azri Iskandar
December 29, 2011 by Eiza Isis
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Ellie Suriaty Omar atau lebih popular sebagai Ellie Suriati, seorang pelakon drama dan filem negara kita sering menangis kerana sangat kecewa dan tertekan selepas mengalami keguguran anak ke-empatnya. Pelakon yang pernah memenangi kategori ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik’ dalam Festival Filem Malaysia ke-16 melalui filem Soalnya Siapa ini keguguran kandungan yang sudah mencecah empat bulan. Dia seperti tidak boleh menerima kenyataan itu. Maklumlah janin sudah 4 bulan dalam kandungan.. sudah bernyawa dan ellie sudah dapat merasai gerakan bayinya. Ketika ini janin juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali, gerakannya semakin aktif, sudah mulai menghisap ibu jarinya, menguap, merenggangkan tubuhnya dan sebagainya.
Berkongsi hidup bersama Azri Iskandar, mereka telah dikurniakan tiga orang anak. Namun anak keduanya telah meninggal dunia. Mungkin inilah mengapa Ellie begitu berduka cita dengan apa yang berlaku ketika dia sedang sibuk pengarah filem terbarunya ‘Penanggal’ yang turut menampilkan Azri Iskandar sendiri, Zul Ariffin, Umi Shazera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini. Read more
Perkahwinan Baru Azza Elite – Tahniah
Share
Nor Azzarima Zawari atau Azza elite merupakan pengasas kumpulan terdiri daripada gadis-gadis cantik satu ketika dulu. Kini Elite sudah berpecah dan mereka membawa haluan sendiri. Manakala Azza terus aktif sebagai pelakon dan pengacara. Azza pernah mendirikan rumahtangga bersama Ehsan Tun Ahmad Zaidi (bekas suami penyanyi Camelia) pada 14 Februari 2001 tetapi tidak dikurniakan cahayamata sehingga mereka berpisah pada November 2004. Ramai yang tidak mengetahuinya kerana Azza aga lama juga merahsiakan penceraiannya.
Azza mempunyai seorang anak angkat. Marrisa Jannah namanya. Sedapkan? Baru berusia setahun lebih. Sudah tentu anak ini menjadi peneman hatinya yang kesepian. Tetapi kini kesepian Azza itu lebih terubat dengan kehadiran seseorang di dalam hidupnya. Azza bakal berkahwin dengan seorang pramugara pada awal tahun 2012 ini. Jom selami isihati Azza. Read more
Fasha Sandha dan Faradhiya ‘Beraya’ Sakan
Share
Kami menerima gambar ini melalui email. Menyaksikan bagaimana gembira sekali Fasha dan Faradhiya di malam perayaan hari Natal. Tidak pula dinyatakan secara details tentang lokasinya. 1 Malaysialah katakan. Mungkin mereka ini menghadiri jamuan perayaan Natal rakan mereka (berfikiran positif). Muhibbah gitu. Tapi nak tanya kepada Fasha Sandha dan Faradiya ni.. kalau mahu muhibbah dan majmuk mesti Deepavali, Gong Xi Fa Cai.. dan perayaan lain-lain pun disambut begini ek? Baru majmuk!
Jangan raya Mat Salleh je disambut. Beria-ia lak tu .. Adeh!
Apapun anda tengok dan komenlah sendiri.


OH ARTIS : SAMBUT DENGAN GEMBIRA PERAYAAN HARI NATAL BARU INI DENGAN CUTI EXTRA HARI ISNIN. HAHAHAA
(Malam Pratonton) Papa I Love you

Malam tadi kami ke Majlis tayangan “Papa, I Love you” filem ke-52 keluaran MIG (Metrowealth International Group). Kalau anda mahu tahu pagi semalam, Mr. David Teoh (Ketua Pegawai Eksekutif MIG) yang terkenal dengan kemurahan hatinya itu telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menganugerahkan Mr. David Teo dengan gelaran Mejar (Kehormat). Kami akan beritakan lebih lanjut nanti.
Berbalik kepada filem ini yang menampilkan bintang baru Zalif Sidek sebagai peneraju utama selain Lisa Surihani dan adik Mia Sara Nasuha. Sangkaan kami pada mulanya agak ragu-ragu adakah filem ini berbaloi untuk ditonton meleset sama sekali. Pemilihan pelakon ternyata begitu ‘Chemistry’ dan secocok. Comel-comel mereka bertiga itu. Dengan jalan cerita yang menyentuh hati membuatkan krew-krew kami yang hadir ‘terlayan perasaan’ tapi cepat-cepat sedar dari terbuai menitis air mata. Boleh kami katakan mereka berjaya melekatkan kami menonton filem ini tanpa ada sesaat pun terasa bosan. Di selang-seli dengan lawak jenaka ternyata filem komedi romantik ini antara sebuah lagi filem bermutu terbitan MIG. Filem merupakan arahan kedua pengarah muda Hashim Rejab akan menemui anda pada 29hb Disember 2011 nanti. Mahukan tiket percuma dari kami? Nantikan!! Read more



















