
Penyanyi yang merupakan anak gadis kepada penyanyi ND Lala ini memang bersih dari sebarang kontrovesi. Macam inilah baguskan. Selain seorang yang cantik, Shila Hamzah juga sangat berbakat mencipta lagu dan mempunyai suara yang unik. Artis remaja yang berumur 21 tahun ini sedang popular dengan single terbaru ciptaannya ‘Patah Seribu’.
Baru-baru ini di Anugerah Skrin, wartawan ternampak Shila dengan Sharnaaz Ahmad seorang pelakon kacak, begitu mesra. Nampaknya sekarang seperti Sharnaaz cuba memikat dan memenangi hati Shila ni. Pak ND Lala ok ke? Kata mereka, mereka rapat semenjak Sharnaaz ni terlibat dalam pembikinan video single Patah Seribu Shila.
Apabila ditanya, jawapan ‘standard’ artis hanya berkawan rapat sahaja. Menurut Shila, dia selesa berkawan dengan Sharnaaz. Tidak perlu menjadi orang lain kerana mereka sekepala dan sependapat. Tambahan lagi, Sharnaaz berbeza dengan kawan-kawan lelaki yang Shila pernah kenal. Jadi kemesraan tu memang mudah terasa tetapi belumlah tahap bercinta. Dengar tu, pujian melambung tu dan Shila kata ‘belumlah’ maknanya belum lagi.. nanti adalah tu kan?
Secocok je mereka berdua ni dan keduanya pun single kan. Apapun, buat masa ini Shila kata, mahu menumpukan proses pembikinan album terbarunya yang memuatkan 7 buah lagu ciptaan sepenuhnya. Album ni pasti berbeza dan dijangka dipasarkan pada bulan Mac tahun hadapan.
OHARTIS : SHILA NI CIPTA LAGU MACMAM PETIK JARI JE KAN. KAMI NAK CIPTA LAGU, 7 KETURUNAN PUN BELUM TENTU. TERIMA JELAH HAKIKAT TIADA BAKAT. HUHUUU
Artikel Berkaitan





























