Oh! Artis

  • FacebookFacebook
  • TwitterTwitter
  • YoutubeYoutube
  • Google+Google+
  • Utama
  • Kami
  • Hubungi
  • Site Map
  • Iklan
  • Selebriti
    • Tempatan
    • Antarabangsa
    • Indonesia
  • Panazzz
    • Menarik
    • Bikin Panas
  • Gosip
    • Kisahnya
    • Cari Pasal
    • Gambar Artis
  • Gallery
  • TV
  • Kahwin
  • Muzik
  • Promosi
  • Umum
    • International Event
    • Isu Semasa
    • Gambar Menarik
  • Editorial
  • Wayang
    • Most Popular

      All time

    • Adegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli

      892 Comments

    • Tuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah

      809 Comments

    • Latest Stories

      What is new?

    • Hattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.

      May 23, 2013

    • Zalif Sidek Akui Cinta Kembali Bertaut Bersama Fida Ibrahim

      May 22, 2013

    • Comments

      Most Recent

    • MuhammadAnwar on:

      Kenali Running Man Korea dan Running Man Malaysia! Daebak!

    • saffa on:

      Hattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.


shifra-hijab
JustDealMy
ameen4all
onetelco
whitebeauty

326

Menarik · Panazzz · Selebriti · Tempatan · Wayang

(Malam Pratonton) Suatu Malam Kubur Berasap

  • by Gadis Lonely?
  • December 14, 2011
  • Tweet
  • Share
  • Email
  • Tweet
  • Share
  • Email

Untuk yang masih belum membaca sinopsis dan trailer filem ini, boleh membaca semua artikel yang telah kami keluarkan beberapa minggu lalu melalui link berikut. 13 Disember 2011 bertempat di E@Curve, Damansara telah berlangsungnya malam gala untuk filem pertama terbitan OutLoud Studio ini. Pembikinan filem yang menelan belanja setinggi 1.8 juta dan melalui penggambaran selama 18 hari ini, menampilkan barisan pelakon seperti Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Azrul Raja Lawak, Zach X-Factor, dan beberapa wajah baru dalam layar perak seperti Nurul Ain, Wira Raja Lawak dan Faiz Raja Lawak.

Berikut adalah sedikit promo dan temubual yang sempat kami rakamkan untuk tatapan anda pembaca di OH! Artis

Kami telah menenton filem ini dan bagi kami, filem pertama terbitan Outloud Studios ini nyata tidak mengecewakan. Dari awal sehingga habis filem sememangnya kami tidak henti-henti gelak-tawa dari Penonton yang rata-ratanya dikalangan media dan barisan artis jemputan.











Filem ini dapat digarap dengan begitu baik sekali dengan mewujudkan suasana yang mampu membuat penonton terkejut dan berasa seram tanpa henti. Dari seram, ianya turut diselang-selikan dengan babak-babak lucu yang dilakonkan para pelakon dari rancangan realiti Raja Lawak yang pastinya membuatkan anda tidak duduk diam.

Semua hantu juga turut tampil dalam filem ini dan tidak terlalu memfokuskan kepada satu jenis hantu sahaja. Apa yang pasti, menurut pengarah filem ini, Ernie Chen, ini adalah percubaan pertama mereka menghasilkan filem dan fokus utama mereka adalah untuk membawa penonton datang ke panggung wayang dan memastikan mereka boleh bergembira sepenuhnya dan melepaskan segala perkara negatif di luar semasa menonton filem tersebut.

Filem bergenre seram komedi ini akan menemui penonton pada 22 Disember 2011 ini diseluruh pawagam tanah air. Kami berikan 3.5 bintang untuk keseluruhan filem ini dari pelbagai sudut dan kami amat menggalakkan anda untuk pergi menonton bersama keluarga dan rakan-rakan di musim cuti sekolah ini. Untuk sinopsis, nama pelakon dan lain-lain, boleh ke pautan ini.

OH! ARTIS: KAMI ADA LEBIH 40 TIKET PERCUMA UNTUK DIBERIKAN KEPADA ANDA. JANGAN LUPA UNTUK FOLLOW FACEBOOK OHMEDIA UNTUK BERPELUANG MEMENANGI DUA KEPING TIKET TAJAAN OUTLOUD STUDIOS.

Update:

Kami ada 40 tiket Suatu Malam Kubur Berasap untuk diberikan percuma kepada anda. Apapun kami akan berikan 10 tiket untuk kali ini untuk dua orang daripada anda (seorang 5 tiket percuma). Caranya mudah sahaja iaitu dengan memberitahu kami mengapa anda ingin menonton filem ini pada kotak respon yang tersedia di dalam bawah artikel ini.

Ianya masih boleh disertai oleh anda pada bila-bila masa sahaja sebelum nama dua orang pemenang diumumkan melalui artikel ini.

UPDATE: Nama Pemenang Tiket Percuma Menonton Suatu Malam Kubur Berasap.

Oleh kerana sambutan yang kami terima amat hebat, jadi kami akan mengeluarkan lebih ramai nama pemenang dari apa yang kami janjikan pada mulanya iaitu untuk dua orang pemenang sahaja. Berikut adalah nama-nama mereka yang bertuah dipilih sebagai pemenang.

Pemenang Utama Untuk 5 Tiket Percuma Setiap Seorang

1. Miskaamuskaa
2. hedayuredzuan

Pemenang Hadiah Sampingan Untuk 2 Tiket Percuma Setiap Seorang

3. Ina Inot
4. Khairul Hakimin Hussain

Pemenang Saguhati Untuk 1 Tiket Percuma Setiap Seorang

5. Miya Sarra
6. Sukacuka
7. Syamil Hakim Abdul Ghani
8. Rezza
9. ArifAyeep
10. Syed Azmi Syed Ali

Kepada para pemenang, sila hubungi kami melalui email support@ohmedia.my dengan subjek “Pemenang Tiket Percuma Suatu Malam Kubur Berasap”. Sila gunakan email yang sama dengan email yang anda digunakan semasa menghantar komen kepada kami sebelum ini.

Berikan kami maklumat rasmi anda seperti Nama Penuh, Alamat dan Nombor Telefon. jangan risau, anda tidak perlu datang ke syarikat kami untuk mengambil tiket ini kerja kami akan membuat penghantaran tiket tersebut kepada anda secara percuma sahaja!

p.s: Sila lihat tag pada tiket percuma anda nanti untuk mengetahui lokasi penerimaan tiket samaada di TGV ataupun MBO. Kepada yang tidak terpilih sebagai pemenang, usahlah berkecil hati mungkin kali ini bukan rezeki anda. Pelbagai lagi free-gift yang akan kami berikan kepada anda dari semasa ke semasa samaada melalui mana-mana blog terbitan Oh! Media mahupun di Facebook Oh! Media. Teruskan sokongan kuat anda kepada kami di Oh! Media dan seluruh web keluarannya.

Tags: filem disember 2011filem ernie chenfilem hantufilem penghujung tahun 2011filem seramfilem suatu malam kubur berasapfilem terbaru disember 2011filem terbitan outloud studiomalam gala suatu malam kubur berasapsuatu malam kubur berasap


— Gadis Lonely?

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri. Pernah menjadi pengurus seorang artis dan mengetahui terlalu banyak rahsia artis di dalam industri ini. Gemarkan Pop Corn melebihi nasi dan sentiasa amalkan minum air suam untuk kekal menarik. Heh!

  • Previous story Johan, Nabil dan Apek – Bujang Terlajak (Belum Terlanjur)
  • Next story Pihak Bank Cari Fizo Omar – Tanggung Hutang RM2.5 juta
315 comments
  Livefyre
  • Get Livefyre
  • FAQ
Sign in
+ Follow
Post comment
 
Link
Newest | Oldest
Syed Azmi Syed Ali
Syed Azmi Syed Ali 5pts

Sampai sekarang tak dapat tiket T__T

wyuls
wyuls 5pts

tak ada main kat brunei lah this movie :(

hedayuredzuan
hedayuredzuan 5pts like.author.displayName 1 Like

bila nak dpt tiketnya???

ArifAyeep
ArifAyeep 5pts

Terima Kasih Oh! Artis atas hadiah yg diberikan... sorry late, hari ni saya baru perasan.. korg mmg rock's! Thnz ya! :)

Syed Azmi Syed Ali
Syed Azmi Syed Ali 5pts

Terima kasih banyak2 saya ucapkan kepada pihak Oh! Media :)

Enna Zof
Enna Zof 5pts

mase rijadi aku ni

AnazHaidhar
AnazHaidhar 5pts like.author.displayName 1 Like

"kera kami akan membuat penghantaran tiket tersebut kepada anda secara percuma sahaja!" hahahahah xD.

Miya Sarra
Miya Sarra 5pts

@AnazHaidhar baru perasan jugekkk, ekekeke

miskaamuskaa
miskaamuskaa 5pts like.author.displayName 1 Like

Alhamdulillah,dpat menang :) Thanks a lot .

rezza
rezza 5pts

@miskaamuskaa bagus2, u dapat 5 tiket... kalau u nkl kasi i 1 pun ok...hgehehe

miskaamuskaa
miskaamuskaa 5pts

@rezza hehe,kuota tiket dh penuh,semua dh berebut nak ikut. Still,congrats sebab menang jgak!

rezza
rezza 5pts

@miskaamuskaa yeahhh..hehehhe

amir88
amir88 5pts

@miskaamuskaa untungla~~ congrats2... :)

miskaamuskaa
miskaamuskaa 5pts

@amir88 thanks n_n

Farah Alia
Farah Alia 5pts

Suatu Malam Kubur Berasap cmne tu nak menang baju ? haha

Azlinda Promise
Azlinda Promise 5pts

Aku dah ada baby, nak tengok wayang pun x boleh.... he,he,he....

Marlya Alena Asri
Marlya Alena Asri 5pts

Oh! Media , boleh tak nk tahu,mcm mana nk pastikan,oh! media dah terima email ke belum? Hehe,first time.

Faiz Meor
Faiz Meor 5pts

Oh , xdak rezeki lagi , .. ;

Raje Azlan
Raje Azlan 5pts

Rezza my friend akhirnya dimenng.tapi satu. Crangtz

Suatu Malam Kubur Berasap
Suatu Malam Kubur Berasap 5pts

tahniah pada pemenang:)
sesiapa yg nk mnang baju plak boleh la join kat facebook kami plak yea:)

www.facebook.com/suatumalamkuburberasap

Oh! Media
Oh! Media 5pts

Nur Amri, anda boleh klik link artikel tersebut. Kami ada umumkan di bawah artikel.

Miya Sarra
Miya Sarra 5pts

Yeyehh miya menang :p

Nur Amri
Nur Amri 5pts

OH media bagi tau pemenang di mana

rezza
rezza 5pts like.author.displayName 1 Like

alhamdulilah, menang juga saya... 1tiket pun 1 lahhh... alhamdulilah..

rezza
rezza 5pts like.author.displayName 1 Like

terimakasih pemberi hadiah ;)

amir88
amir88 5pts

@rezza congrats...

rezza
rezza 5pts

@amir88 thanks =)

MrMyisz76
MrMyisz76 5pts

yang menang macam kaum kerabat jek..

ibnu salikan
ibnu salikan 5pts

ape x menang.. sadis

Amri_Green
Amri_Green 5pts

nak tgk sapa menang cam mana eh??

hedayuredzuan
hedayuredzuan 5pts like.author.displayName 1 Like

terima kasih ohmedia...kawan2 jom tgk wayang for the last....

amir88
amir88 5pts

@hedayuredzuan congrats...

hedayuredzuan
hedayuredzuan 5pts

@amir88 thanks...rezeki...:)

Miya Sarra
Miya Sarra 5pts like.author.displayName like.author.displayName like.author.displayName like.author.displayName 4 Like

Jom tgk wyg sesameee

Syamil Hakim Abdul Ghani
Syamil Hakim Abdul Ghani 5pts like.author.displayName like.author.displayName 2 Like

tQ Oh!Media..!!

amir88
amir88 5pts like.author.displayName 1 Like

@Syamil Hakim Abdul Ghani congrats...

Ina inot
Ina inot 5pts like.author.displayName 1 Like

terima kasih bebanyak Oh!Media & Oh!Artis! syukran=)

Miya Sarra
Miya Sarra 5pts like.author.displayName 1 Like

Wahh menang jugekkk

AhmadAminAzizan
AhmadAminAzizan 5pts

saya nak tgk sgt filem ni... dah tgk trailer dia, mmg klakar abis... lagipun, pelakon2 dia hebat2... saya mmg minat cerita melayu yg kelakar... bleh ajak satu family gi tgk klu dpt tiket free ni... klu xdpt, gi tgk ngn org tersyg je la nmpknya...

gadisss
gadisss 5pts

saya nak tiket2 tu sebab nak sgt tgk movie ni..memang minat filem melayu..boleh la angkut kawan2 yang liat tgk filem melayu..biar diorg tau cite melayu ni pon best ape :DD

AnazHaidhar
AnazHaidhar 5pts

nak tengok sebab - ade ALONG RL!

nak tengok sebab - takde cite komedi seram lagi yang lebih best dri HKLBR, so 'boboi' nak try cite SMKB ni pulak.

nak tengok sebab - kat rumah bosan. :O . asyik tweet je. -.-

nak tengok sebab - DAH OH MEDIA NAK BAGI TIKET FREE, MEMANG LA NAK TENGOK. grrr. boleh save duit, kan kan? hehe

ape2 pun, memang desperate kot ni xD

Da Ni Al
Da Ni Al 5pts

Saya nak tiket nie sebab nk tng0k part ` ahe anghan , anghan sahe sepah2 , nhanti khene ghgit hanjing kang shusah ' . . ANGAH

ShameerFuqaha
ShameerFuqaha 5pts

sebab saya gerenti cerita nie boleh cecah kutipan rm 10juta dan sebab lain SAPE X NAK TIKET FREE

ShAfiqHiltOn
ShAfiqHiltOn 5pts

Saya ingin kan tiket ini kerana kawan-kawan saya memandang remeh filem2 tempatan, oleh itu saya saya akan buktikan kepada mereka bahawa filem2 negara kita setanding filem2 hollywood supaya mereka takkan memandang filem negara kita seperti melukut di tepi gantang.

NaQiudinFadzil
NaQiudinFadzil 5pts

sebab saya mahu tiket ini ialah , dari apa yang oh media ! review , ianya nampak begitu menarik , jadi saya mahu melihat sejauh mana kebenaran , dan kesahihan review yang dibuat oleh oh media !.

msa14
msa14 5pts

sbb genre seram komedi sekarang telah mula menarik minat penonton di malaysia,begitu juga dengan saya..Pada pandangan saya,filem Suatu Malam Kubur Berasap mampu menjadi fenomenanya tersendiri dan penonton akan berasa berbaloi.

Aziah Mokhtar
Aziah Mokhtar 5pts like.author.displayName 1 Like

Fareena, bkn 2 org shj akan menang, tp ada beberapa org, cuma 2 org yg bertuah dpt tiket 5kpg seorg. xsilap saya ada 40kpg tiket free, so tolak 10kpg tgl 30, klu yg menang lps tu dpt sorg 2kpg tiket so ada lagi 15 pemenang yg lain...betul x crew oh! media?

Fareena Rahim
Fareena Rahim 5pts like.author.displayName 1 Like

Oh really ! I'm glad to hear that ! ;D Bila la Oh! Media nak umum ni. Please, dah tak sabar lah :)

ayies
ayies 5pts

saya nak sangat tengok filem Suatu Malam Kubur Berasap nie sebab tiket dia free..5 keping lak tue..thanks ohMedia..tak payah tulis panjang dah tau aku yg dapat..=)

Fareena Rahim
Fareena Rahim 5pts

Macam tipis je harapan nak menang, 2 orang SAHAJA yang akan menang. Hmm. Tak ada rezeki la kot.

  • Sponsor


  • Tentang Kami


    Oh! Artis merupakan laman hiburan terkemuka di Malaysia di mana aktif memaparkan berita-berita terkini tentang selebriti tempatan dan antarabangsa. Jimatkan duit anda dari membeli majalah kerana semuanya ada di sini! Heh!
  • Tabs

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • ohartis-hattan-arianieHattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.23/05/2013
    • zalif-+-fidaZalif Sidek Akui Cinta Kembali Bertaut Bersama Fida Ibrahim22/05/2013
    • ohartis-mohd-mentor-zatul-rogol-1Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul21/05/2013
    • fizoomar-kekasih“Ya, kami putus selepas 2 bulan bercinta” – Fizo Omar21/05/2013
    • ohmedia-afganMenangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan20/05/2013
    • ohartis-afiq-muizAfiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya20/05/2013
    • mencari-cinta-rusdy-ramli-nora-danishAdegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli27/03/2013
    • gangnam-styleTuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah09/09/2012
    • norman-kru-anti-pas“Orang Tidak Rasional Sahaja Yang Tidak Boleh Menerima Kenyataan Saya” – Norman KRU30/04/2013
    • saleh-yaacob-bangkang-dari-longkang-1Bangkang Dari Longkang – Salih Yaacob Umum Persaraan28/02/2013
    • MuhammadAnwar on:Kenali Running Man Korea dan Running Man Malaysia! Daebak!
    • saffa on:Hattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.
    • omak on:Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • ingatan tuk diri ini jua on:Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
  • Premium


  • Filem

  • Kami di Facebook & Twitter



    Follow @ohtweet
    • Gosip Terkini

      • Hattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.
      • Zalif Sidek Akui Cinta Kembali Bertaut Bersama Fida Ibrahim
      • Mohd Tidak Mahu ‘Setel Luar’ Isu Tuduhan Merogol Zatul
      • “Ya, kami putus selepas 2 bulan bercinta” – Fizo Omar
      • Menangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan
      • Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • Mulut Kepoh

      • MuhammadAnwar on Kenali Running Man Korea dan Running Man Malaysia! Daebak!
      • saffa on Hattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.
      • omak on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • ingatan tuk diri ini jua on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • seMOON on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • Kami

         Creative Commons License
    • Carian

    • Iklan
    • Site Map
    • Penafian
    • Hubungi
    • FacebookFacebook
    • TwitterTwitter
    • YoutubeYoutube
    • Google+Google+

    © 2008 - 2013 | Oh! Artis by Oh! Media Network | Some Rights Reserved | Powered by People.