

Nor Azzarima Zawari atau Azza elite merupakan pengasas kumpulan terdiri daripada gadis-gadis cantik satu ketika dulu. Kini Elite sudah berpecah dan mereka membawa haluan sendiri. Manakala Azza terus aktif sebagai pelakon dan pengacara. Azza pernah mendirikan rumahtangga bersama Ehsan Tun Ahmad Zaidi (bekas suami penyanyi Camelia) pada 14 Februari 2001 tetapi tidak dikurniakan cahayamata sehingga mereka berpisah pada November 2004. Ramai yang tidak mengetahuinya kerana Azza aga lama juga merahsiakan penceraiannya.
Azza mempunyai seorang anak angkat. Marrisa Jannah namanya. Sedapkan? Baru berusia setahun lebih. Sudah tentu anak ini menjadi peneman hatinya yang kesepian. Tetapi kini kesepian Azza itu lebih terubat dengan kehadiran seseorang di dalam hidupnya. Azza bakal berkahwin dengan seorang pramugara pada awal tahun 2012 ini. Jom selami isihati Azza.
“Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya. Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya. Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda.”
“Sepanjang perkenalan, nampaknya masing-masing mudah untuk sesuaikan diri dan keadaan. Malah kami selalu mencapai persefahaman dalam perbincangn bersama. Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang.”
Tentang lakonan Azza memang sedang sangat sibuk.
“Kiah Mai Pulak, Kiah Pekasam, Ejen 008, Istri Ku Bukan Queen Kontrol, Bola Ku Isteri Ku, Gulai Lemak Chicken Chop, Aduhai Jiran Ku, Bila Mama Buka Mulut, Terbiyah Ala Datin, Kiah Raya – Ini lah drama komedi saya yg boleh anda undi sekiranya saya layak ke top 5 untuk Pelakun komedi wanita popular. Yang akan datang ‘Naik Lif Turun Tangga dan Esah Pajero untuk tv3. Sudi sudikan lah ya,beli berita harian. Undi la kita untuk ABPH. Pelakun komedi wanita popular. Tq uols kesayangan ku dan asmkm”
Azza juga bakal keluar dengan single terbaru tidak lama lagi.
Alhamdulillah jika sudah ketemu yang sesuai menjadi pembimbing di alam rumahtangga. Kami di Oh Artis mengucapkan tahniah kepada Azza dan bakal suaminya. Jom intai sikit wajah bakal suaminya itu yang kami dapat dari sebuah forum.

OH ARTIS : Ada desas-desus mengatakan namanya Azlan berumur 22 tahun. Muda tu! Ye ke Azza? Tiada masalah. Sudah jodohkan. Asalkan matang dan boleh membimbing Azza, oke je.. Semuga Azza menjadi isteri terbaik untuknya. Begitu juga sebaliknya. Baguslah tamatkan cepat-cepat status janda tu kan.



















