Email: hi@ohmedia.my Subscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanLanggan Oh! ArtisSubscribe to Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti TempatanFeed Respon

Faizal Tahir Berundur Dari Sebarang Pertandingan – Mahu Tumpu Kerjaya seni

January 30, 2012 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Penyanyi yang berjaya mendapat tempat ketiga dengan laju Karma pada AJL ke-26, Faizal Tahir bernekad untuk tidak menyertai sebarang pertandingan. Menurut Faizal Tahir, dia nekad untuk terus fokus kepada seni muziknya dan keluarga. Dia menolak dakwaan yang mengatakan dia akan berundur kerana tidak pernah menyandang gelaran juara dalam AJL sejak tahun 2007. Read more

Siapa Ceroboh ‘Dressing Room’ Aizat Amdan di AJL26 ?

January 30, 2012 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Di sebalik kegembiraan para pemenang dan finalis berjaya menutup tirai AJL ke-26 dengan jayanya ada pula cerita sedih di sebaliknya. Twitter dari finalis Sungai Lui , Aizat Amdan dan abangnya Anas Amdan menyatakan ada penceroboh telah masuk ke bilik persalinan Aizat Amdan ketika berlangsungnya AJL. Anas Amdan kehilangan Macbook pro 15″ , manakala Alif Amdan kehilangan camera Canon 60D. Mungkin harga barangan yang hilang boleh dibeli semula, tetapi nilai barangan itu yang menjadi punca mengapa mereka merayu untuk dikembalikan kesemua barangan terbabit. Semua kerja hidup mereka dan juga hasil karya periuk nasi mereka di dalamnya. Kepada yang mengambilnya, lebih baik pulangkan segera sebelum ditangkap. Dapat malu besar nanti. Read more

Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke- 26. Hebat!

January 29, 2012 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) baru saja melabuhkan tirainya. Para pemuzik, pencipta lagu, pencipta lirik juga penyanyi masing-masing sudah terlerai debarannya. Siaran langsung di Stadium Bukit Jalil ini telah disaksikan di TV3 juga secara live streaming di www.tv3.com.my

AJL26 ialah konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2011. Dengan tema ‘Air’ pentas AJL kali ini memang benar-benar canggih. Elemen air dibawa sehinggalah ke dalam persembahan pembukaan oleh Jamal Abdillah, Awie dan Datuk Shiela Majid. Read more

Fahrin Ahmad Semakin Tenggelam – “Populariti Bukan Keutamaan Saya”

January 28, 2012 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Segak dan bergaya dengan badan sasanya siapa tidak kenal Fahrin Ahmad. Salah seorang selebriti tampan Malaysia yang boleh dibanggakan. Namun begitu bukan semuanya cerah untuk jejaka tampan sepertinya selepas Fahrin 33 tahun, gagal dalam percintaan bersama Linda Onn dan Scha Al-Yahya. Setelah dihambat kontrovesi itu, Fahrin seakan merajuk dan jarang dilihat berlakon.

Sebenarnya bukan begitu. Fahrin sekarang terlalu sibuk. Jadualnya sudah penuh sehingga April. Dia kini terlampau sibuk mengacara dan berlakon. Read more

Tasha Shilla Buat Pengakuan Penafian Menari Seksi Di Kelab Malam

January 28, 2012 by  
Filed under Bermasalah, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Maaflah kami tidak berapa mengenali Tasha Shilla ni. Tup-tup ada berita panas mengatakan dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut harijadinya yang ke-25,25 Januari yang lalu. Jadi kami google. Rupanya pelakon drama yang mula dikenali dengan drama Gemilang tahun lepas. Hurm.. adakah berita panas ini sengaja direka untuk menaikkan nama dan populariti? Adakah dibuat sendiri olehnya atau mulut-mulut jahat yang mengata? Apapun, disebabkan tiada bukti diberikan kami tidak meletakkannya di website Oh! Artis sebelum ini.

Walaubagaimanapun, apabila pelakon Tasha Shilla ini sendiri sudah memberi tindakbalas, maka kami menyampaikannya kepada pembaca Oh! Artis semua. Read more

(Panas) Intan Ladyana Buat-Buat Muka Comel Dan Tidak Boleh Berlakon?

January 27, 2012 by  
Filed under Bermasalah, Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Intan Nurladyana Mohamad Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana merupakan seorang pelakon jelita di Malaysia. Merupakan seorang model, pelakon dan tv host mestilah kena sentiasa tampil menarik. Walaupun gadis ini telah mendapatkan pendidikan kolej jurusan Undang-undang tetapi bakat seninya daripada kaku kini terus bersinar.

Intan Ladyana ni memang comel pun. Melihat kepada orangnya, personalitinya sentiasa nampak remaja walaupun sudah berusia 30 tahun. Intan Ladyana tidak keberatan berkongsi rahsia dan Intan percaya kecantikan dalaman turut memberikan impak kecantikkan luaran.

“Pertama sekali, saya kena minum sebanyak air yang boleh supaya tidak hidrasi, tidak mudah letih dan yang paling penting kulit tidak sembap. Saya juga menggambil vitamin tambahan untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan saya.”

“Saya juga tidak melayan dan tidak dengar apa yang dikatakan oleh jurujual produk kecantikan. Percayalah pada hati apa yang diperlukan. Jika ada produk yang sesuai, tidak semestinya yang mahal. Bertuah kalau dapat produk sesuai yang murah. Mahal tidak semestinya ngam dengan kita.”

“Saya paling jaga supaya tidak merokok kerana memang terbukti menjejaskan kesihatan dan tidak baik untuk kulit. Kalau naik jerawat tu, jangan usik. Kalau bermekap pun tidaklah 24jam kerana kulit kita perlu waktu untuk bernafas.”

Tapi ada pula yang cemburu dengan dia yang cute dan dikatakan tidak pandai berlakon. Tapi Intan yang ketika ini sedang bercuti di Rome menjawab ‘haters’nya secara professional kerana dia cuma mahu menjadi seorang yang sentiasa positif. Usah dilayan kehendak semua orang Intan. All the best goes to you. Nasiblah Intan ni perempuan tulin yang tidak laser mulutnya.

Tidak relevan langsung dibandingkan dengan orang Korea. Memang jarang nampak Intan ini bersolek tebal. Namun begitu dia tetap manis dan ayu. Natural beauty mungkin?

OH ARTIS : TAK SUKA TENGOK MUKA MEKAP. DAH MACAM KERTU! HEH

Shila Amzah Tidak Gugup Menjelang AJL-26

January 27, 2012 by  
Filed under Al-Kisah, Gossip, Selebriti, Tempatan

Share


Anugerah Juara Lagu ke -26 (AJL26) bakal dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad ini 29 Januari 2012. Sebanyak 12 lagu mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran Juara Lagu AJL 26. Untuk mengetahui jadual persembahan boleh rujuk artikel kami sebelum ini.

Makin dekat, makin terasa debarannya. Bukan sahaja peminat, malahan penyanyi-penyanyi yang turut bertanding. Ada yang sampai sudah sebulan berlatihTetapi berlainan pula dengan si cantik manis Shila Amzah. Read more

Sidang Media Pengumuman Perkahwinan Ana Raffali (Selepas AJL)

January 27, 2012 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Ahad ini kita bakal menyaksikan satu lagi anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL). Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, turut bertanding bergandingan bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet untuk lagu ‘Berpacaran.’ Debaran semakin kuat dan para finalis telah mula sibuk membuat latihan di Stadium Bukit Jalil.

Selain debaran itu, Ana Raffali punya satu lagi debaran yang pastinya lebih bermakna dan lebih kuat. Ana khabarnya bakal berkahwin. Dia bakal bernikah dengan pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Naim. Walaubagaimanapun, Ana Raffali masih belum bersedia bercakap tentang perkara itu. Apa yang pasti dia akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 nanti. Read more

Cinta BBM Yusry-Lisa Surihani Ke Jinjang Pelamin

January 26, 2012 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Penyatuan Yusy Kru, 38 dan juga Lisa Surihani, 26 sudah mula terasa dan dinantikan. Mereka sepakat menamatkan zaman bujang masing-masing selama setahun menerusi ‘Blackberry Messenger’ (BBM) ke jinjang pelamin.

Tidak mengikat pertunangan, Yusry dan Lisa mengambil keputusan untuk terus menuju ke gerbang perkahwinan pada 23 Februari ini. Mereka akan dinikahkan di Hotel Marriot, Putrajaya selepas Maghrib dan akan mengadakan resepsi 3 hari selepas itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrjaya (PICC). Read more

Semangat 1 Malaysia Fasha Sandha

January 26, 2012 by  
Filed under Menarik, Panazzz, Selebriti, Tempatan

Share

Melihat kepada gambar-gambar ‘Hang Out’ dari fanpage Fasha Sandha ini melambangkan semangatnya Fasha ni meraikan perayaan-perayaan di Malaysia. Jika bulan lepas meraikan Hari Natal, kali ini meraikan Chinese New Year yang baru sahaja berlangsung Isnin tempohari, 23 Januari 2012. Read more

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin

Page optimized by WP Minify WordPress Plugin