
Bila Mulut Laser Azwan Ali Dibalas Si Laser Ifa Raziah macam buku bertemu ruas ke atau macamana kiranya ni?
Merujuk kepada Buliten Utama 18 Januari lalu yang memaparkan kes Ummi Hafilda Ali menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter Azwan, yang berbaur ugutan laman Twitter, Azwan, yang mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda.
Dia mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.
“Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.
Azwan Ali yang terkenal sebagai selebriti yang sering mewujudkan kontroversi telah disiasat polis atas dakwaan itu. Difahamkan Azwan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.
“Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan. Sebagai abang, Ummi bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan.” Kata Azwan dengan lingangan tangisannya.
Ini komen Ifa Raziah :

Panas dan pedas komen Ifa Raziah ni. Terutama yang terakhir tu. Tidak tahulah apa komen Azwan Ali bila mengetahuinya. Maklumlah akaun Twitter Azwan telah digodam. Jadi info lambat sikit sampai ke telinganya. Macam-macam hal.
OH ARTIS :HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM. ENTAH LER. MACAM-MACAM. NAK KETAWA PUN ADA DENGAN CARA ARTIS-ARTIS NI NAK PERTAHANKAN NAMA DI PERSADA SENI LOL.



















