
Bikin Panas · Panazzz · Selebriti · Tempatan
Ani Mayuni Dipukul, Ditendang, Dihentak Kepala Ke Dinding.
Apakah kisah di sebalik berita pagi ini yang terpapar di Harian Metro mengenai pasangan Sehati Berdansa, penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni yang membuat laporan polis kerana dipukul suaminya, Zairi Bin Azmi.
Laporan polis ini dikatakan ‘Sebagai Pengajaran’ untuk suaminya. Ani Mayuni mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur semalam.
Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.
Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.
Walaubagaimanapun, Ani telah diselamatkan oleh abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumahnya. Mengapakah semua ini? Semuanya kerana amarah yang tidak terbendung dan mengikut kata hati dihasut syaitan.

OH ARTIS : ALHAMDULILLAH, NASIB ANI BAIK KERANA ABANGNYA DATANG. JIKA TIDAK BERTAMBAH TERUKLAH ANI. INI BUKAN PENYELESAIANNYA WAHAI LELAKI DAYUS!



















