
Cinta Kura-Kura adalah filem terbaru terbitan KRU yang diarahkan oleh Nizam Zakaria. Filem ini menampilkan para pelakon seperti Zizan, Farah Fauzana, Shy 8 (Usop Wilcha), Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel dan juga Fizz Fairuz. Filem ini akan menemui peminat filem tempatan pada 1 Mac 2012 ini.
Official Trailer
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat krew Oh! Artis rakamkan semasa majlis Pratonton filem Cinta Kura-Kura ini. Terima kasih KRU di atas jemputan ini.
Bagi kami filem ini sangat berani kerana cuba membawakan sebuah filem yang lari dari filem melayu biasa lain yang ada di pawagam. Usaha KRU ini perlulah dipuji kerana sentiasa berusaha untuk menaikkan lagi industri perfileman negara setanding dengan filem-filem dari luar.
Untuk melihat gambar-gambar disebalik tabir kami, sila ke album yang telah kami sediakan di Facebook.
OH! ARTIS: SERONOK MELIHAT PERKEMBANGAN FILEM MELAYU YANG SEMAKIN DITERIMA UMUM. DIHARAPKAN PARA PENGARAH YANG RAJIN BUAT CERITA TAHAP SAMPAH BUANG DUIT ORANG BAYAR TIKET, TOLONG JANGAN BUAT MACAM TU LAGI. TAKUT KEPERCAYAAN PENONTON UNTUK MENONTON FILEM MELAYU AKAN HILANG DISEBABKAN ANDA.










































