
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita seorang menyatakan seorang penyanyi yang sedang menyepikan diri, ditangkap atas tuduhan merogol anak dirinya selama tujuh tahun. Berikutan dengan itu anak gadis yang meningkat dewasa itu, tidak tahan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Kami di Oh Artis tidak menulis mengenai berita ini kerana kami kurang pasti dan tiada bukti menunjukkan siapa yang dituduh tersebut. Namun begitu beberapa laman blog telah menerbitkan atikel tersebut. Tidak menjadi kesalahan tetapi sekiranya ada nama yang dipetik, sudah tentu menjadi satu kesalahan.
Setelah menyepikan diri dalam industri seni sejak lima tahun lalu, nama bekas penyanyi utama kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd. Ali atau lebih dikenali sebagai Wan Shades, 39, yang dahulu popular dengan lagu ‘Jangan Diucap Selamat Tinggal’ ketika bersama Shades,kembali menjadi sebutan ramai. Dia dituduh melakukan jenayah rogol tersebut oleh sebuah laman blog.
Dengan tajuk artikel ‘Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun?’ sangat membuatkan dia terkejut dan malu dengan tuduhan tersebut. Dia , nekad mahu mengambil tindakan menyaman pengendali blog hiburan (bukan ohartis.com) tersebut. Kami paparkan wawancara terus dari Wan Shades.
Boleh ceritakan bilakah anda dapat tahu mengenai cerita ini?
Saya dapat tahu mengenai artikel itu selepas seorang teman memberitahu saya pada 20 Februari lalu. Ketika itu, saya baru selesai penggambaran drama Atas Nama Cinta.
Apa perasaan anda ketika membaca artikel tersebut?
Saya terkejut kerana ia jelas satu fitnah yang tidak berasas yang boleh menjatuhkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia.
Apakah tindakan anda selepas itu?Beberapa jam selepas membacanya saya terus buat laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana, Selangor. Selepas itu, pihak polis menghubungi saya memberitahu perogol sebenar berjaya ditahan. Saya tanya siapa tetapi pihak polis enggan mendedahkan gerangan perogol tersebut. Daripada situ, saya mulai geram sedangkan perogol sebenar sudah diketahui tetapi pihak polis masih menyimpan maklumat. Sebaliknya, blog hiburan tersebut dengan senangnya menuduh saya tanpa usul periksa.
Jadi disebabkan itulah anda nekad untuk menyaman blog hiburan tersebut?Saya terpaksa ambil tindakan undang-undang untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.
Apakah sebabnya anda ingin bersemuka dengan penulis blog tersebut walaupun nekad untuk menyaman mereka?
Saya beri tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada saya. Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi.
Apa perkembangan terkini anda?
Saya kini sedang terbabit dalam sebuah drama lapan episod terbitan TV3. Saya bawa watak sebagai ayah kepada Tasha Shila. Selain itu, saya sedang dalam persiapan menyiapkan single solo terbaharu saya yang berkonsep pop ketuhanan yang sepenuhnya dihasilkan oleh saya sendiri. Saya juga aktif sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia.
Bagi kami, tajuk yang diberikan mempunyai tanda soal dihujungnya yang bukan merupakan kenyataan. Tetapi kami faham, jika terkena seperti Wan Shades, sememangnya amat menjatuhkan maruahnya lebih-lebih lagi dia dikenali ramai juga dihormati di persekitarannya. Oleh itu usahlah memetik nama sesiapa sekiranya belum sahih ketentuannya. Apapun kepada Wan Shades dan juga blog hiburan tersebut cepat-cepatlah bersekemuka dan jernihkanlah kembali nama orang yang telah dimalukan. Saman-saman ni berpanjangan.
OH ARTIS: SIAPALAH ARTIS YANG BUAT KERJA TU? SUNGGUH MEMALUKAN ITU ORANG.























x baik tau main tuduh2..kan di dah kta dia xwat
Emm,kalo dh namanya “tiri” memg selalu cam gitu la~ pbuatan yg baik tak timbul2..kalo jahatnya d canang 1 dunia!
Masalahnya kenapa main petik-petik nama orang. Ini kes yang memalukan. Kalau kes kahwin ke.. bercinta ke.. kumpul setem ke.. lain lah.
penulisnya nk glamour la tu..
Kn da kne saman… Huhu
Ala.. ada tanda soal tu benda tak confirm, tak payah saman-menyaman, mintak jer blogger mohon maaf secara terbuka. Alhamdulillah bukan wan shades, aku salah sorang peminat lagu2 shades.. semoga terus berkarya!
@cicakiut mana boleh ini pasal maruah, saman aku sokong 100% baru dorang sedar cket, sesedap bapak jer nk tulis ape..
mmg harus dsaman,dah sah2 artis 2 dtahan polis,boleh pulak blogger 2 tuduh org lain.mmg betul2 mengaibkan.
Abes ar rotikaya jdk rotimisken ar pasni..huhu
rotikaya rotikaya