Johan Raja Lawak kini sudah berubah. Jika dahulu dia lebih terbuka dalam lawak jenakanya tanpa sebarang halangan kini dia sudah mula kawal diri dan mula berhati-hati. Namun jenakanya tetap mencuit hati.
Semuanya bermula apabila pelawak dan pengacara itu mencetuskan beberapa kontrovesi akibat keceluparannya ketika berjenaka. Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 27, mengambil pendekatan untuk mengawal pertuturan bagi mengelak sebarang kontroversi atau salah faham daripada berulang, khususnya ketika bertugas sebagai penyampai di radio Era FM.

“Sebelum ini, sudah banyak kali jenaka dan gurauan saya disalah ertikan dan diambil serius sehingga mengundang kontroversi dan masalah. Bagi saya itu semua perkara yang lepas.
“Ia mengajar saya untuk lebih peka dan berhati-hati terutamanya dalam berkata-kata dan berlawak ketika bertugas di studio radio Era FM.”
Kini lebih selesa untuk bercakap mengenai perkara atau isu yang umum dalam jenakanya bagi mengelakkan salah faham mana-mana pihak.
“Saya memang peka tentang perkara-perkara sensitif dan dilarang. Untuk mengelakkan pentafsiran yang salah di kalangan pendengar, saya bersama dua lagi penyampai segmen Johara Pagi Era iaitu Ray dan Haniff memilih untuk bercakap atau bergurau tentang topik umum.
“Dengan cara itu, jenaka kami tidak akan menyinggung mana-mana individu atau pihak dan ia dapat diterima umum,” katanya.
Johan berkata sebagai bukti kepekaannya, dia turut menggunakan teknik yang lebih ‘selamat’ pada salah slot kendaliannya, GMMJ – Gossip Mosip Mak Jemah yang berkisar tentang perkembangan dunia hiburan dalam dan luar negara.
“Saya tidak ulas secara bulat-bulat setiap gosip yang kami pilih tetapi saya garap ia menerusi kewujudan pelbagai watak termasuk karakter Mak Jemah dalam bentuk jenaka.
“Malah, saya akan cipta situasi baru yang tiada kaitan dengan gosip yang diketengahkan itu agar ia kedengaran lebih santai, ringan dan tidak menyinggung sesiapa,” katanya.

Hos program Raja Lawak 6 itu kini bertugas dalam segmen Johara Pagi Era di Pusat Penyiaran Asia, Astro, Bukit Jalil bersama Haniff dan Ray sejak Januari lalu. Ikuti trio ini bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi di Era FM.
Baguslah begitu Johan. Dalam melawak pun kita sememangnya perlu ambil peduli juga perasaan orang lain. Jangan nanti lawak punya lawak jadi lain pulakkan.
OH ARTIS : SETIAP APA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA. INILAH SALAH SATU DARIPADANYA. BIAR BIJAK BERKATA-KATA KATA ORANG TU. SUKA JOHAN! SUKA ZIZAN. LEBIH TEPAT SUKA JOZAN! YES!























bagus johan yeahh
tak semua yg lawak itu lawak.
harap johan ubah rambut, handsome sikit
Otak di luar. wakakak
ape2pong…Johan the bestt
)
bagus la dah insaf..huhu
hahah, jangan terkono lagi dah la .
bukan insaf..
Perbaiki kelemahan diri jee
yg complain tu sbb diorg mmg x leh nk gurau…bak kata org…x leh nk gurau g lepak surau…caiyok2 johan….aku pg2 mesti dgr ko…terbaikkkkkkkkk….
Bagus la tu…gd job…:-)
dia memang best,,,
oki.. Oki.. Oki… Oki… Oki… OkieYeahhh..
macam taik saja yang komplen pasal johan ni.. Pigi tinggal dalam gua la.. Jangan bergaul dengan orang,.
nak zizan!!
mawi?
suka lawak johan..:-)
hok oh..mak jemah kau..all d best Johan..
Johan Terbaekkk!!
Acai terbaekk!!!
Mmg harap2 sgt johan menang tahun ni..berdasarkan prestasi johan lebih layak menang kategori tu
yg penting.., jgn cilok-mencilok!!!!!!!!
jgn jd cam APEK
sbnye johan yg banyk buat lawk skrg nih…
johan spatutnye menang….. die lah paling gilr yg penah aku tengk… wuhooo… gepak johan..
zizan
zizan vs Johan – round 1 zizan dah ko.
undi johan by sms taip BH ABP J03 sent to 33333
zizang zizang!
johan no1
ok ok ok ok ok ok
chef wan+yusuf haslam+dato’ fazilah kamsah+mamat khalid+ramai lagi = JOHAN..boleh dikatakan pelawak no 1 masa kini..
Lawak ke?… Lawak cam bangsat ajer ader la…. Meluat i u johara pg era mcm langau!!!
Nak boboi ajer….
Steady ah chai… @ kuat kin cim… ^_^
tu fifi pnya tau..
Steady la Johan..:)
kalo tgok raja lawak 6 aku rasa jozan lg lawak dr peserta nya… Ehhehee
Xleh gurau duk dlm rumah la..jaga cucu..wt apa trgedik2 kt tV..bla kne bahan nk emo..tua la katakn..sensitif
bguzz ler
Salam mak jemah…
Ni ni ni ni ni. Ni ape ? Nindiiaaaa
mudah2an
all d best abg mus may jun julai ogos..haha
all the best mak jemah!!!
kalo sumer nak cover,..dah xda la bahan lawaknya,..=.=
Johan makin matang… dan ERA mmg pantas untuk mengesan bakatnya and hired him to be a dj at ERA.
I like johan…lawak ko wt aku ktwe dlm duka..zizang p0ng…j0zang i likeng…
Tu.tu.tu.tu ape?t0o dia.
huhu..johan terbaek!!!