

Jika sebelum ini biasa kita tengok orang ramai mengangkat tong gas untuk ditukar kepada yang baru ataupun terpaksa menunggu sebegitu lama untuk penjual gas menghantar tong gas yang baru ke rumah anda, selepas ini tidak perlu lagi apabila Petronas telah memperkenalkan satu perkhidmatan Gas PETRONAS Home Delivery (GPHD) beserta nombor baru yang lebih mudah diingati. Bermula hari ini, semua itu tidak perlu lagi.
Dalam satu sidang media dan pelancaran talian hotline terbaru mereka yang bertempat di Mandarin Hotel sebentar tadi, GPHD telah diperkenalkan dengan nombor hotline mereka untuk pembelian atau menggantikan tong gas yang baru iaitu 1 300 888 GAS (427). Pelanggan boleh membuat sebarang tempahan gas cecair Petronas samada bersaiz 12KG atau 14KG dan setiap penghantaran akan mengambil masa selewat-lewatnya satu jam dari masa tempahan.





Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya terbuka untuk beberapa tempat terpilih dan akan diperluaskan ke seluruh Malaysia dari semasa ke semasa. Anda boleh ke www.mymesra.com.my/beyondgasdelivery untuk melihat coverage perkhidmatan mereka buat masa ini.

Menurut Pengarah Urusan Petronas Dagangan Berhad, Amir Hamzah Azizan, ini adalah satu lagi usaha dan pelaburan Petronas bagi memberi kemudahan kepada para pengguna serta mempelbagaikan perkhidmatan sedia ada di Petronas. Dengan pelancaran servis terbaru ini dijangka Petronas akan terus menjadi pembekal gas memasak nombor 1 di Malaysia.
TVC:
Maklumat lanjut tentang PETRONAS Home Delivery System, anda boleh melayari website mereka di www.mymesra.com.my

















