Oh! Artis

  • FacebookFacebook
  • TwitterTwitter
  • YoutubeYoutube
  • Google+Google+
  • Utama
  • Kami
  • Hubungi
  • Site Map
  • Iklan
  • Selebriti
    • Tempatan
    • Antarabangsa
    • Indonesia
  • Panazzz
    • Menarik
    • Bikin Panas
  • Gosip
    • Kisahnya
    • Cari Pasal
    • Gambar Artis
  • Gallery
  • TV
  • Kahwin
  • Muzik
  • Promosi
  • Umum
    • Event
    • Isu Semasa
    • Gambar Menarik
  • Editorial
  • Wayang
    • Most Popular

      All time

    • Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon

      1,222 Comments

    • Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi! Nombor Tiga Boh!

      993 Comments

    • Latest Stories

      What is new?

    • Faizal Tahir di Gam Stesen TV. Pandangan Politik Tidak Sekapal?

      June 18, 2013

    • (Gambar) Malam Anugerah Blockbuster 2

      June 18, 2013

    • Comments

      Most Recent

    • Jo on:

      Faizal Tahir di Gam Stesen TV. Pandangan Politik Tidak Sekapal?

    • Top Niaga on:

      UPDATED! Berita Sofi Jikan Meninggal Dunia Hanya Salah Faham


jiwalara
bio-factor9
shifra-hijab
whitebeauty

104

Bikin Panas · Panazzz · Selebriti · Tempatan · Wayang

(Review) Filem Berani Punya Budak – Afdlin Cuba Bawa Kelainan

  • by Gadis Lonely?
  • April 13, 2012
  • Tweet
  • Share
  • Email
  • Tweet
  • Share
  • Email

Dalam tahun ini, negara kita dihujani dengan pelbagai filem-filem hebat dari luar. Semua filem luar ini sememangnya menjadi pesaing sengit untuk filem tempatan kita yang sebenarnya telah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sendiri. Tetapi sejauh manakah kepercayaan yang diberi rakyat Malaysia ini digunakan dengan baik oleh para penggiat filem tempatan untuk menghasilkan filem yang benar-benar baik?

Penggiat filem kita semestinya melaungkan sekuat-kuatnya agar rakyat Malaysia sendiri perlu menyokong filem tempatan. Kalau bukan kita yang sokong produk sendiri, habis siapa lagi? Tetapi selalunya mereka lupa untuk menghasikan sebuah filem yang membuatkan rakyat Malaysia yang sanggup ke panggung wayang merasa berbaloi setiap sen yang mereka keluarkan serta setiap minit yang digunakan untuk menonton filem tempatan kita agar benar-benar bermakna.

Filem Berani Punya Budak adalah sebuah filem cubaan Afdlin Shauki yang dipasarkan di Thailand sebelum ini. Ianya filem bertajuk BRAVE yang dikatakan Afdlin sebagai percubaan untuk mempelajari bagaimana Thailand mampu membawa filem mereka ke Hollywood. Biarpun filem ini merupakan filem aksi ber’bajet kecil yang popular di Thailand pada tahun 2007, sejauh manakah hebatnya sambutan filem ini bila di bawa masuk ke pasaran tempatan dengan cara dan jalan cerita yang berlainan?

Trailer, Promo & Sinopsis.

Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.

Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?

Sekitar Majlis Pratonton Filem Berani Punya Budak di E@Curve, Damansara

berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak
berani-punya-budak

Biarpun poster filem ini sendiri mendatangkan tanda tanya kepada orang ramai mengapa mereka perlu meniru style yang dah biasa orang lihat melalui permainan komputer GTA San Andreas, tetapi pada kami di OhArtis, semua itu tidak penting walaupun kami rasa jika pihak penerbitan filem ini dapat keluar dengan idea yang tersendiri dan original, ianya lebih baik. Apapun, persetankan itu semua buat masai ni kerana kami akan menceritakan sesuatu yang perlu anda tahu.


- Trailer Brave.

Apa yang mengecewakan kami, di Thailand filem yang diberkan nama BRAVE dikatakan filem aksi yang hebat sekali tetapi selepas 5 tahun filem tersebut dipasarkan di Thailand (dipasarkan tahun 2007) dan kemudiannya proses dubbing suara dilakukan untuk pasaran malaysia, filem ini menjadi 100% lari dari cerita sebenar dan tiba-tiba dari sebuah filem aksi bertukar menjadi sebuah cerita komedi. Mungkin ianya merupakan satu kelainan yang telah biasa kita tengok sebelum ini seperti yang dilakukan ramai pengguna Youtube, iaitu dubbing suara filem dengan suara mereka dan menjadi sebuah video yang sangat lawak. Akan tetapi, video tersebut pendek dan filem ini dari awal hingga akhir filem, penuh dengan dubbing lawak. Ada part yang buat kami ketawa, ada part yang buat kami lupa bagaimana nak ketawa.

Anda bayangkan, sebuah filem aksi berbahasa Thai diubah suara kepada Bahasa Melayu. Tidak cukup dengan proses dubbing yang dibuat sekadar melepas batuk di tangga, 100% proses alih suara itu adalah dialog yang baru dan langsung tidak sama dengan dialog dan jalan cerita filem yang asal. Kami akan terima jika filem asalnya tidak langsung diubah suara tetapi ditayangkan dalam bahasa Thai dengan subtitle. Ataupun, kami akan terima jika hanya watak-watak orang Malaysia dalam filem ini sahaja yang diubah suaranya. Bila masuk bahagian pelakon Thailand, keluarkan subtitle!

Filem ini bermula dengan amat baik sekali sehingga nama-nama pelakon mula keluar. Kemudiannya, plot cerita mula menurun dan terus merepek hingga ke penghujung cerita. Pendek kata biarpun kami tidak tertidur dan cuba menumpukan sepenuh perhatian pada filem ini, kami masih blur dengan jalan cerita dan apa motif sebenarnya filem ini ditayangkan. Apa sebenarnya yang nak disampaikan, memang sukar nak difahami. Samaada kami yang lembap kerana filem ini terlalu komplek, wallahualam.

Penampilan pelakon yang juga pelaris seperti Nabil dan Johan, hanya di awal dan hujung cerita. Mungkin hanya 10% dari durasi sebenar filem Berani Punya Budak ini. Awie pun hanya kadang-kala sahaja nampak muka. Artis yang ada sepanjang filem ini adalah Afdlin Shauki sendiri dan beberapa pelakon Thailand yang kami sendiri tak kenal siapa. Kalau Tony Jaa insyaAllah kami kenal sangat.

Pendek kata jika anda inginkan filem yang 100% lawak tetapi tidak berisi dan tiada pengajaran atau mungkin anda punya anak-anak yang inginkan fun ketika menonton wayang, Berani Punya Budak memang filem yang sangat sesuai. Filem ini tetap menghiburkan cuma jika terlalu kerap lawak bodoh versi dubbing digunakan, penonton akan mula rasa muak dan meluat hingga lupa cara-cara ingin ketawa.

Seingat kami, Afdlin Shauki seorang pengarah tersohor dan amat disanjungi di Malaysia. Diharapkan dengan kewujudan filem Berani Punya Budak ini, ianya tidak menghancurkan reputasi Afdlin Shauki sebagai seorang pengarah hebat dan disanjungi ramai selama ini. Kalau nak dibandingkan filem Afdlin yang lain terutamanya filem Papadom, Baik Punya Cilok mahupun filem Sumolah sekalipun, maaf jika kami katakan bagai langit dengan bumi.

Apapun pujian harus diberikan kepada Afdlin Shauki kerana amat berani untuk cuba menghasilkan filem dengan cara sebegini untuk dipertontonkan kepada rakyat Malaysia yang dah semakin bijak untuk menilai. Afdlin Shauki juga mungkin pengarah yang pertama di dunia yang cuba mengeluarkan filem dengan dubbing lawak sepanjang cerita tetapi dialog dan jalan cerita 100% tidak sama (Pembetulan, dah ada filem parody yang lebih kurang iaitu Kung Pow pada tahun 2002). Samaada rakyat Malaysia dapat terima kelainan yang cuba di bawa filem Berani Punya Budak ini, anda perlu tonton sendiri dan anda sendiri yang tentukan penerimaannya.

OhArtis berikan 2/5 bintang untuk filem Berani Punya Budak ini. Apapun ini hanya pandangan peribadi dari kami di Ohartis. Apapula kata anda dan mereka yang lain? Perlulah menonton sendiri di pawagam berhampiran anda bermula 26 April 2012 ini.

OHARTIS: WAHAI PENGGIAT FILEM TEMPATAN, TERUSKAN HASIL USAHA ANDA MENAIKKAN INDUSTRI FILEM KITA. JANGANLAH SESEKALI MEROSAKKAN INDUSTRI INI HANYA KERANA INGIN MENGAUT KEUNTUNGAN SEMATA. JANGAN HILANGKAN KEPERCAYAAN PARA PENYOKONG FILEM TEMPATAN YANG BARU INGIN TUMBUH INI.

Tags: berani punya budakberani punya budak downloadberani punya budak full movieberani punya budak part 1berani punya budak reviewberani punya budak sinopsisberani punya budak youtubegambar berani punya budakjalan cerita filem berani punya budakpra tonton berani punya budak


— Gadis Lonely?

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri. Pernah menjadi pengurus seorang artis dan mengetahui terlalu banyak rahsia artis di dalam industri ini. Gemarkan Pop Corn melebihi nasi dan sentiasa amalkan minum air suam untuk kekal menarik. Heh!

  • Previous story Tawaran RM100,000 Buktikan Suami Dato’ Siti Nurhaliza Kahwin Lain
  • Next story Berikutan Facebook Digodam – Zed Zaidi Buat Laporan Polis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

104 Comments

  1. Ammar says:
    14/04/2012 at 9:56 am

    Kelakar betul cerita ni

    Reply
  2. Haziq Halimy says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    Citer ni mmg takde motif sbb cite ni cite Spoof..

    Reply
  3. Ewan Ridhwan says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    hahha..poster filem ni dh mcm GTA San Andreas dah..tulisan pon..

    Reply
  4. Niarafiq Abdullah's says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    Xrugi tgk:)

    Reply
  5. Yoshihara Photovector says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    da tgk daa.boleh la gak….

    Reply
  6. Mohammad Shafwan Sazali says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    ha….pos la benda2 macam ni….ni asyik politik jo…den pon paneh!

    Reply
  7. Faizma Ariffin Jozannerz says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    like sbb ade johan..

    Reply
  8. Oh! Media says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    Kepada yang dah menonton, berapa bintang anda beri? Anda setuju dengan review kami?

    Reply
  9. Ibrahim Afellay says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    dislike!!!!!!!!!!!!!!!1

    Reply
  10. Idris Akmal says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    Cte ni xda motif dan lawak mcm xbermakna(lawak bodoh). Pendapat aku je. :)

    Reply
  11. Pika Mokka says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    cite uncle usin hampehhh gile . ingt nak support local film, tap kecewa betol .

    Reply
  12. Ahmad Arel says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    sumpah gile la cite ni.. i know they want to make it unique.. 50% penonton walked out not even 1hour muvie ni ditayangkan masa sy tonton hari tu.. hmm

    Reply
  13. Ilzaf Fazli says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    dailoq merapu..
    Action ok..

    Reply
  14. Syafiq Ruslan says:
    30/04/2012 at 9:22 pm

    boleh tahan laaa, tapi yang bab bertumbuk tu boring laa, sbb lama sangat. haha aku bagi 7/10

    Reply
  15. Tamao Serizawa says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    apo ler poster tiru GTA…xder idea sendiri ke ape?

    Reply
  16. Amizan Ali says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Tunggu astro first la kot baru bagi review

    Reply
  17. Mohd Shahrizad says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Best sikit dari 2 alam

    Reply
  18. ANisaa' Halim says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Cite cam hell…sori la.tp aku x xpect cite ni gile2 x best camni.ntahpape.scene gadoh lame gile smpi trlelap jap,bangun x abes lg scene tu.tp aku rs die save yg best utk part 2 nnt.aku rase la…

    Reply
  19. Mohd Zarihan Mat Raduan says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    power!!

    Reply
  20. Muhd Nasri says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    best..

    Reply
  21. Yoshihara Photovector says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    action die mmg best..tp kdg2 dialog xkena tmpt.huhuhu…..

    Reply
  22. Fazdilaila Fazilah says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Lawak jugak ni

    Reply
  23. Mohd Afifi says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    pade aku filem arahan afdlin shauki ni sangat2 lah….

    ehhhh…aku blom tengok laa…camne aku nk komen best atau tak best…hehehe…

    Reply
  24. Zamir Affandi says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    kan kt melodi ari tu afdlin da ckp…citer ni mmg die sajer buat juz for fun..mmg xde motif n jalan citer…die kate sume org ade karya sndiri utk juz for fun..die pn nk ade gak….alahaiii…

    Reply
  25. Oh! Media says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Kami sebenarnya kecewa bila Afdlin Shauki (pengarah tersohor yg sentiasa kami sokong dan sanjungi), hasilkan filem yg bagi kami main2 macam ini. Sgt kecewa dan sgt tak sangka. Jikapun ingin mencuba benda baru, tp bukan masanya. Susah rakyat Malaysia nak terima. Ini pendapat kami dan tak mewakili mana-mana pihak (ianya subjektif). Apapun kami tetap juga akan menyokong Afdlin Shauki selepas ini dan sampai bila2.

    Reply
  26. Ahmad Arel says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    seriusly sy sokong di atas ni.. sorry la .. yup it is unique.. tappiiii ..

    Reply
  27. Oh! Media says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Mungkin sbb kami rasa filem ni main2, sebab kami dah menonton filem arahan Afdlin juga iaitu Brave (berbahasa Thailand).

    Reply
  28. Ahh Loyy says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Wayang aku g tengok . Dari penoh . Sampai tggl 5 org jela lam wayang tu . Hampa .

    Reply
  29. Ahmad Arel says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    penonton depan aku siap tarik rambut ” aku tak pahammmmmm” jerit kuat2 pastu blah.. mmg gelak la waktu tu

    Reply
  30. Farhanum Aziera says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Tak best

    Reply
  31. Irfan Pan says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    buang duit ja..ceta mcam apa g..

    Reply
  32. Suraya Rivanda says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Best la cerita dia. Lain dr lain. Tak kering gusi tgk. Dr org buat filem beria2 tp tak best pun.

    Reply
  33. Zuha Leman says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Tiada moral cita tu…k bai…

    Reply
  34. Umeir Abdul Wahab says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Xok

    Reply
  35. Ichimichi Kaisi says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    : Urmm..hampir tertido time tgk cite tuh.Huhu.. mula2 mmg gelak2 gak, then smpai kt tgh2 bosan giler kot? Pnjg sgt duration time fighting tuh, bosan dibuatnya. Drp 10 bintang, sy bagi 3 ==”

    Reply
  36. Saedah Abd Aziz says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Tersgtlah bosan,1jam rasa mcm 10 jam dlm panggung wayang tgk cerita ni.

    Reply
  37. Daia Abu Bakar says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Sgt teruk & memalukan..

    Reply
  38. Ady Pablo says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    dari 10 bintang.gua kasi tahi bintang jew.
    K,tu je gua gtau.k bai

    Reply
  39. Asam Levine says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    cite paling merapu afdlin shauki buat..terasa menyesal keluar duit rm25 (12+12+1).. mmg teruk..ikhlas dari saya..TQ

    Reply
  40. Muhd Suhail Nazaruddin says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    Aku bayar tiket utk 2org 32iggt!! Tp aku tgk cite nie stgh jam… Aku ngn awek aku terus blahh… Sumpah Merapu gilerr! Xlayak masok wayang… “Budak Nie Mmg Brani Tipu Orang”

    Reply
  41. Ina Aziz says:
    30/04/2012 at 9:23 pm

    komen tk mmberansangkn..tk jd arr nk gi tgk…

    Reply
  42. mok says:
    30/04/2012 at 9:35 pm

    Tahniah Afdlin! aku gelak giler2 !! xper afdlin, kunyah kutuk org buat motivasi, telan pujian buat semangat diri. filem ini semacam Scary movie franchise, cumer diolah dari satu filem bahasa asing, perlu dubbing suara untuk buat spoof komedi konsep baru, aku faham konsep tuh, jadi aku xnk fikir jalan citer, cumer fikir lawak giler giler jer hahaha, diorang xsedar ending movie tuh, mamat gengster tanyer, “kenapa semua org speaking inggeris?? aper motif filem ini??” nmpknyer afdlin da sedia trolling awl2 org ohmedia HAHAHAHHAHAHAHHA

    Reply
  43. Ariell Vengence says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    cite ni best. penuh ngn humor, kalo penonton kurang sense of humor. mereka akn ckp cite ni penuh ngn lawak bodo n xbermakne..duh~ even mimik muke yg dowg tunjuk tu pn bole dikatekan ada unsur tok buat kite ketawa..xde motif?baik korg pegi tgk national geography or historic channel :D D

    Reply
  44. Nurul Jannah says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    Xpaham langsung cite ni… Bosan… Bosan… Bosan… Tu yg yg bleh ckp… Xpenah2 tgk wayang buat aku nak tido… Ini la citernyer buat aku nak tido… Nonsense movie ever….

    Reply
  45. Amirul Hakim Idris says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    Tahniah Afdlin! aku gelak giler2 !! xper afdlin, kunyah kutuk org buat motivasi, telan pujian buat semangat diri. filem ini semacam Scary movie franchise, cumer diolah dari satu filem bahasa asing, perlu dubbing suara untuk buat spoof komedi konsep baru, aku faham konsep tuh, jadi aku xnk fikir jalan citer, cumer fikir lawak giler giler jer hahaha, diorang xsedar ending movie tuh, mamat gengster tanyer, “kenapa semua org speaking inggeris?? aper motif filem ini??” nmpknyer afdlin da sedia trolling awl2 org ohmedia HAHAHAHHAHAHAHHA (AKU ASE FILEM NEYH JADI FILEM CULT NNTI)

    Reply
  46. Ir Muhammad Jazli Aiman says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    sepanjang menonton, ak byk2 istighfar.. nk maki dah xsempat, jd bersabar ajela yg ak mampu bt sepanjang menonton.. Lu telah menghampakn gua la afdlin..

    Reply
  47. Burn Shahrizal says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    Ok je lawak gila…

    Reply
  48. Oh! Media says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    Amirul Hakim Idris, apa yg anda faham tu, kami jauh lebih faham sebenarnya. Jangan risau. troll tak troll, kami x mahu tipu followers kami dengan kata filem ni best. Tapi kami x larang sesiapa untuk menonton.

    Reply
  49. Amirul Hakim Idris says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    Oh macam itu, minta maaf, tetapi ohmedia, bg pendapat saya, kita kene tengok citer brave dulu baru berani punya budak, tp rata2 semua nengok BPB dulu sebelum brave, salah 2 belah pihak sebenarnya, afdlin mungkin tidak mempromosikan brave kt malaysia secara menyeluruh, dan kita harus menilai seni kerja org secara mendalam, jadi, saya mungkin tidak berapa bersetuju dan senang, lebih2 lagi org seperti afdlin membuat filem ini, ohmedia ckp filem neyh xbest, NAMUN SAYA BERSETUJU OHMEDIA MEMBUAT PERBINCANGAN TERBUKA.

    Reply
  50. Syafiq Akmal says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    sabar mok sabar

    Reply
  51. Amirul Hakim Idris says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    hahahahhaahah pakyat, aku bukan marah la, aku suka, lebih2 ag ohmedia reply, hahahah aku suka nengok kritik filem dibuat org, debat dan melakukan persetujuan antara 2 pihak. tol x Oh! Media?

    Reply
  52. Oh! Media says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    Amirul Hakim Idris, kami tak mengutuk dan betul, kami hanya mengkritik. Dalam komen2 terawal di atas tu, kami ada beritahu Afdlin adalah pengarah yang amat kami kagumi dan sanjungi. Tapi filem BPB ni, bukan taraf Afdlin sebenarnya. Dia mampu buat lebih baik. Dari komen2 di atas pun, anda dapat baca feedback org lain bagaimana. Tak ke itu merosakkan reputasi Afdlin sendiri?

    Kami ke screening filem ini di E@Curve. Kami juga ada semasa press conference dan mendengar segala penjelasan Afdlin Shauki. Memang filem ini dibuat untuk suka2 beliau tapi beliau kena fikirkan perasaan orang ramai yg diajak untuk menonton. Ianya bukan tonton secara percuma tentunya.

    Reply
  53. Amirul Hakim Idris says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    Oh begitu, dalam press conference tuh, Ohmedia tanya tak kt afdlin perihal perasaan org yang akan menonton BPB ini? kalau x, maka afdlin mesti berasa sedih ramai kecewa dengan filem ini namun masih menaruh harapan yang tinggi akan beliau masa akan datang. jikalau ohmedia ada bertanya, afdlin berasa bersedia akan kritikan penonton. HAHAHAHHAHA saya cume segram gula yang memaniskan sesuatu yang pahit. TROLOLOLOL

    Reply
  54. Amirul Hakim Idris says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    NAMPAKNYA Afdlin Shauki sudah Trolling kan korang (termasuk ohmedia) hahahahah PROBLEM????

    Reply
  55. Onie Natasha says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    Sipe bnyk cakap 2.. Suruh wat filem… Bru puas hati…

    Reply
  56. Khairul Nizam says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    kalau x blh kritik kena buat dan tgk sorang2 la,dahla bayar tiket kena simpan lak perasaan dlm ati

    Reply
  57. Amirul Hakim Idris says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    hahahhahahaha someone is angry hahahaha ader org marah 11inggit ilang tengok wayang TROLOLOLOLO

    Reply
  58. Syed Amir says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    sila gaduh lagi…bes aku tgk

    Reply
  59. Amirul Hakim Idris says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    hahahaha oi khairul nizam 11inggit ke tiket wayang anda? TROLOLOLOLO

    Reply
  60. Sheikh Muhammad Sirajuddeen says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    Filem kos paling murah d malaysia… Jimat2 jgk..xkn semua org thai tu nk suara aflin… Serius lawaknya ok la..tp kbodohan yg d pamirkn mmg tampak jelas d mata penonton yg setia hgga abis filem ni… Filem asal ni sbnarnya aflin dh buat kat thai lbih kurang 5thn dlu x silap la.. Kira yg ni jaz tmbah scene adlin,johan,nabil je..tu pn brapa scene la sgt..yg len semua amek sepenuhnya filem asal..cuma alih suara jela…

    Reply
  61. Adhzlin Ismail says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    filem yg paling paling paling hampeh yg penah sy tgk… siap tido2 lg kat dlm wayang tuh… ramai yg keluar panggung sbb tak paham jalan citer.. kesimpulannya TIADA BINTANG untuk filem ini. sekian..~ *TERLALU HAMPA & RUGI*

    Reply
  62. Amirul Hakim Idris says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    HAHAHAH semua org marah, hahaha U MAD?

    Reply
  63. Fazdilaila Fazilah says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    Best je :)

    Reply
  64. Manieq Sahuri says:
    01/05/2012 at 2:38 am

    filem simple cm ni pn x fhm…seorang budak gangster yg bru kluar penjara berdepan misi merompak data bank,kemudian diburu gangster,dan berusaha menyelamatkan abang ipar dia…simple kan?apa ni dh alih suara pun x faham lg ke?konsep crita ada sket2 persamaan mcm video yg Faradyable slalu buat kt Youtube..(Teh O Ais) he he…

    Reply
  65. aku menyesal says:
    01/05/2012 at 3:01 pm

    buat filem suka2..wak luu..nk wat filem suka2 bg suka2 masuk la..bg free..wat pe kena bayar..
    tak de bintang kt filem nie..menyosall den tengok ea…

    Reply
  66. Jannah Hamdi says:
    03/05/2012 at 6:51 am

    sesuai tgk utk santai2..dialog die mmg merapu tp lawak..cuma adegan tumbuk2 tu trlalu pnjang smpai jd bosan.overall not bad :)

    Reply
  67. Gelakgelakjugak says:
    03/05/2012 at 3:36 pm

    Dubbing tu x payah pun x apa.menjengkelkan klau dah merepek.baik tggu klua kt astro je. filem ni mungkin x menyesal tengok kalau kekalkan sound original. Oh afdlin nk cuba trolling penonton ke? Hehe jgn smpai penonton 1 malaysia ni boikot cerita lu dgn filem lu dah la der,lu nk main trolling2 kan..heheheh 1 hari nnt lu mesti kena.adios

    Reply
  68. Tony Spark says:
    04/05/2012 at 5:55 pm

    Utk thn 2012, ni filem paling tak ada standard. Merapu, xde jln cerita. Memang menyesal tgk wayang. Kalau bukan afdlin shauki pengarah,  mmg sy xkan beli tiket wayang. Ni memang SAMPAH.

    Reply
  69. Tenok Marah says:
    10/05/2012 at 7:23 am

    filem melayu paling bangang aku pernah tengok selepas mendam berahi, mohon pulangkan duit aku selepas setengah jam aje aku dah keluar.

    Reply
  70. Maar Marsitah says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    mmg terbaik!

    Reply
  71. Asam Levine says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    tak sangka cerita yg tak paham satu hape tu pon laku ye..tahniah..tanpa rm25 saya, xjejak la 1 juta tu..tahniah afdlin shauki..saye ikhlas tau

    Reply
  72. Ayul Hasriq says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    tapi kurang menarik ah cerita tu .

    Reply
  73. Dzim Osman says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    ye ke tak menarik ni yol? hahaha

    Reply
  74. Arif Livers says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    hesoyam

    Reply
  75. Ayul Hasriq says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    kureng ah dzim . kalau aku berlakon maybe 2 juta . haha

    Reply
  76. Siti Ida says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    hahaha perasan plak. kikikiki

    Reply
  77. Suisuke Izaki says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    gua da usha cite nih..memang different Lah ! terbaik !

    Reply
  78. Muhammad Fahmi says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    berbaloi rm14 aku gelak tgk cite ni…ohohohoho

    Reply
  79. Dzim Osman says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    pondan pondan pondan

    Reply
  80. Melanie Ryan Aznil says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    Really?

    Reply
  81. Shafiq Daneal Sd says:
    10/05/2012 at 3:17 pm

    cerita tu mcm terlalu mengarut sikit.. tapi dari segi action boleh puji la.. walau apa pun.. ada nabil, johan dgn afdlin expect cerita tu lebih best.. tp kurang sikit..

    Reply
  82. Ahmad Syafiq Sulaiman says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    aku tgk ramai 3/4 orang dah kuar tak sampai 1 jam tgk cerita pun bole kaut 1M ?..hahaha..hebat tol.

    Reply
  83. Azrai Al-Khawarizmi says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    haha! best tyme lwn sja….jln cerita xfaham lgsung + boring … btw,tahniah laaa…

    Reply
  84. Amin Othman says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    Hok alooo~… 3/4 yg kluar tu g tandas la….

    Reply
  85. Ba Dar says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    mmg aku dtg sini nak bwk korg makan aiskrim..hahaha

    Reply
  86. Amirul Faiz Bin Khairuddin says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    senangnya kau buat duit afdhlin.

    Reply
  87. Hulubalang Al-hafiz says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    Alih sore ni bes ble 5-6 minit je..ni sampai bepuluh minit aleh sore..cite jd bosan~..bile kua wayang tertanye2..’td 2 cite psl pe ek’

    Reply
  88. Zulhairi Mohd Afendi says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    Cerita mengarut pon boleh kaut duit yg bnyk..

    Reply
  89. Ali Adhwa says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    org kate boring! =.=

    Reply
  90. Hamli Sanai Razali says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    janji pulang modal sudah, hahaha

    Reply
  91. Muhamad Hafiz Ahmed says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    setuju..ok lg cerite mengarut..ini kn fitnah semate2x pon boleh ramai penyokongnyer..kn2x..ag la pelik”

    Reply
  92. イス パラダ says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    afdLIn shaUki mMg teRkenaL dgN praNgai luar biaSa, sUka giLe fiLm dIe most than otHers.. he’s oPenmindEd guy

    Reply
  93. Azim Azzurri says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    Ramai yg maki lps tgk cter ni…

    Reply
  94. Raz Zif says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    “sorry boss.. saya xpandai baca…”

    Reply
  95. Mohd Fauzi Oak says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    bkn xleh buat alih suara, tp jngla semua suara afdlin shauki, terus jd pening..

    Reply
  96. Abdul Muhaimin says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    rugi rm 22 aku..kalau masuk drama petang2 ok lah…

    Reply
  97. Epul AliaHana says:
    10/05/2012 at 3:18 pm

    Kamaliah Azzwa dpt kutip 1 juta tu pun sbb org x thu citer dia mcm mana…dh tgk separuh confirm lg separuh tido..:-P

    Reply
  98. Aim Dot Dot says:
    10/05/2012 at 8:16 pm

    aku tido time tgk movie tu……

    Reply
  99. Ba Dar says:
    10/05/2012 at 8:16 pm

    klu aku, aku bakar je pawagam tu

    Reply
  100. Hatecrew Thereds says:
    10/05/2012 at 8:16 pm

    Puuihhh mcm taik cite..promo bkn main..

    Reply
  101. Amierul Amran says:
    10/05/2012 at 8:16 pm

    cerita alih suara yg mengarot!

    Reply
  102. Jell Son says:
    10/05/2012 at 8:16 pm

    menyesal aku tgk filem tu… susah nak faham jalan ceritanya… byk pondan pulak tu.. haha

    Reply
  103. Mel Adam says:
    11/05/2012 at 1:27 am

    mmg klako…hhahahaha…ayt yg kua sume ayt slmber..:)

    Reply
  104. Elly F Md Seri says:
    21/05/2012 at 11:31 am

    korg mmg xde sense of humour…..ni la kelainan namanya..

    Reply
  • Sponsor


  • Tentang Kami


    Oh! Artis merupakan laman hiburan terkemuka di Malaysia di mana aktif memaparkan berita terkini tentang selebriti. Kami hanya akan memaparkan cerita yang perlu dan dianggap penting sahaja. Cerita artis beli seluar dalam merah dan sebagainya, itu ada di blog lain.
  • Tabs

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • ohartis-faizal-tahir-kena-bannedFaizal Tahir di Gam Stesen TV. Pandangan Politik Tidak Sekapal?18/06/2013
    • ohartis-anugerah-blockbuster-dua-07_o(Gambar) Malam Anugerah Blockbuster 218/06/2013
    • ohartis-sofi-jikan-meninggal-dunia-2UPDATED! Berita Sofi Jikan Meninggal Dunia Hanya Salah Faham18/06/2013
    • ohartis-shae-bobo-sayang-2Shae Tidak Anggap Bobo Burukkan Lagu Sayang18/06/2013
    • ohartis-pengakuan-wanita-ditangkap-khalwat-shahz-jazsle-3(Video) Pengakuan Wanita Yang Ditangkap Khalwat Bersama Shah Jaszle17/06/2013
    • ohartis-hantu-kapcai-ghaz-1Jawapan Kenapa Hantu Kapcai Jadi Pilihan Filem Terhebat17/06/2013
    • Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon24/05/2013
    • Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi! Nombor Tiga Boh!26/05/2013
    • Adegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli27/03/2013
    • Tuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah09/09/2012
    • Jo on:Faizal Tahir di Gam Stesen TV. Pandangan Politik Tidak Sekapal?
    • Top Niaga on:UPDATED! Berita Sofi Jikan Meninggal Dunia Hanya Salah Faham
    • Cikgu Alias Samad on:(Video) Pengakuan Wanita Yang Ditangkap Khalwat Bersama Shah Jaszle
    • Cikgu Alias Samad on:(Video) Pengakuan Wanita Yang Ditangkap Khalwat Bersama Shah Jaszle
  • Premium



  • Kami di Facebook, Twitter & Instagram



    Follow @ohtweet
    • Gosip Terkini

      • Faizal Tahir di Gam Stesen TV. Pandangan Politik Tidak Sekapal?
      • (Gambar) Malam Anugerah Blockbuster 2
      • UPDATED! Berita Sofi Jikan Meninggal Dunia Hanya Salah Faham
      • Shae Tidak Anggap Bobo Burukkan Lagu Sayang
      • (Video) Pengakuan Wanita Yang Ditangkap Khalwat Bersama Shah Jaszle
    • Mulut Kepoh

      • Jo on Faizal Tahir di Gam Stesen TV. Pandangan Politik Tidak Sekapal?
      • Top Niaga on UPDATED! Berita Sofi Jikan Meninggal Dunia Hanya Salah Faham
      • Cikgu Alias Samad on (Video) Pengakuan Wanita Yang Ditangkap Khalwat Bersama Shah Jaszle
      • Cikgu Alias Samad on (Video) Pengakuan Wanita Yang Ditangkap Khalwat Bersama Shah Jaszle
      • Cikgu Alias Samad on (Video) Pengakuan Wanita Yang Ditangkap Khalwat Bersama Shah Jaszle
    • Kami

         Creative Commons License
    • Iklan
    • Site Map
    • Penafian
    • Hubungi
    • FacebookFacebook
    • TwitterTwitter
    • YoutubeYoutube
    • Google+Google+

    © 2008 - 2013 | Oh! Artis by Oh! Media Network | Some Rights Reserved | Powered by People.