Oh! Artis

  • FacebookFacebook
  • TwitterTwitter
  • YoutubeYoutube
  • Google+Google+
  • Utama
  • Kami
  • Hubungi
  • Site Map
  • Iklan
  • Selebriti
    • Tempatan
    • Antarabangsa
    • Indonesia
  • Panazzz
    • Menarik
    • Bikin Panas
  • Gosip
    • Kisahnya
    • Cari Pasal
    • Gambar Artis
  • Gallery
  • TV
  • Kahwin
  • Muzik
  • Promosi
  • Umum
    • International Event
    • Isu Semasa
    • Gambar Menarik
  • Editorial
  • Wayang
    • Most Popular

      All time

    • Adegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli

      891 Comments

    • Tuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah

      809 Comments

    • Latest Stories

      What is new?

    • Menangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan

      May 20, 2013

    • Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya

      May 20, 2013

    • Comments

      Most Recent

    • ihiar78 on:

      (Review) ‘Oh Mak Kau!’ bukan filem Melayu tipikal

    • hati sayu on:

      Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya


shifra-hijab
JustDealMy
ameen4all
onetelco
whitebeauty

126

Bikin Panas · Panazzz · Selebriti · Tempatan

Artis hip hop dakwa dipukul kerabat diraja di luar pusat beli-belah

  • by Gadis Lonely?
  • April 14, 2012
  • Tweet
  • Share
  • Email
  • Tweet
  • Share
  • Email

Mikael Adam Mohd Rafae atau lebih dikenali sebagai SonaOne telah dipukul diluar sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang. Kami dihubungi seorang rakan memberitahu tentang kejadian ini dan mengirimkan gambar di atas yang sekaligus menimbulkan tanda tanya apa yang telah berlaku? Mengapa dia dipukul?

Berikut adalah artikel dari Berita Harian hari ini.

Artis hip hop dakwa dipukul kerabat diraja di luar pusat beli-belah

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.

“Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

“Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,” katanya.

Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.

Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Apapun kami tahu siapa gerangan kerabat diraja yang memukul SonaOne ini. Apapun kes dah jadi kes polis dan masih dalam penyiasatan, eloklah Ohartis tak mengganggu prosiding pihak berkuasa.

OHARTIS: JANGAN BERMAIN DENGAN API.

Tags: artis hiphop dipukulartis kena pukuldipukul kerabat dirajakerabat diraja johorSonaone


— Gadis Lonely?

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri. Pernah menjadi pengurus seorang artis dan mengetahui terlalu banyak rahsia artis di dalam industri ini. Gemarkan Pop Corn melebihi nasi dan sentiasa amalkan minum air suam untuk kekal menarik. Heh!

  • Previous story Kakak Maulana AF8 Mengaku Isteri Kedua Sham Kamikaze?
  • Next story Temui Opick, Ustaz Don dan Selebriti TV Al-Hijrah Hari Ini
126 comments
  Livefyre
  • Get Livefyre
  • FAQ
Sign in
+ Follow
Post comment
 
Link
Newest | Oldest
Muhd Hadi
Muhd Hadi 5pts

get well soon bro! XXII

A'fiq Carl
A'fiq Carl 5pts

cuba rakyat pukul kerabat, satu malaysia kecoh nak mati, kalau kerabat pukul rakyat, report polis pun tak guna.

A'fiq Carl
A'fiq Carl 5pts

cuba rakyat pukul kerabat, satu malaysia kecoh nak mati, kalau kerabat pukul rakyat, report polis pun tak guna.

Nueya Mui
Nueya Mui 5pts

Benggongm pun org, nama je kerabat. puihh !

Nueya Mui
Nueya Mui 5pts

Benggongm pun org, nama je kerabat. puihh !

Fahmy Taza
Fahmy Taza 5pts

GET WELL SOON BRO!

Fahmy Taza
Fahmy Taza 5pts

GET WELL SOON BRO!

Danial Zharif
Danial Zharif 5pts

Syed Asyraf

Force235
Force235 5pts

Pukul je Kerabat to, Pukul sampai mati pun takpe

Zulhelmi Salahudin
Zulhelmi Salahudin 5pts

Allah Maha Adil, kita tunggu jela. undang2 Allah tak kira menteri ataupun kerabat raja ke, tak kira sesiapa pun.

Naswadi Tapa
Naswadi Tapa 5pts

takziah buat anda, semoga kembali kepangkal jalan bila dah terima musibah.... *tu baru di dunia bro......

zahierzulkafli
zahierzulkafli 5pts

Dulu Caprice, sekarang Sonaone. haizz

Dil Delmi
Dil Delmi 5pts

kadang kala kita rakyat biasa. langit kita tdk selalu cerah.

Zakwan Khidzir
Zakwan Khidzir 5pts

Mentaliti pembaca semua harap berubah la. Apa pun kesalahan orang itu. Apa hak kita untuk pukul? Sedapnya jawapan tak kena pukul kalau tak ada sebab. Harap kaji ke hujung pangkal. Aku tak suka backing2 artis. In facts, aku tak suka pon. Tapi dari segi moral and ethics, tak perlu fikir jauh ke agama. Apa hak kita nak pukul orang? Kalau kekerasan juga jalan yang kita ambil untuk selesaikan masalah. Memang kita akan sampai bila-bila berada di takuk pemikiran kelas ketiga.

Zakwan Khidzir
Zakwan Khidzir 5pts

Menurut Tunku Mahkota Johor dalam Twitter "I know him. He is banned from Johor long time ago. I don't like the guy." Tunku Mishal adalah seorang kerabat yang memang bermasalah. Hanya sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

محمد توفيق
محمد توفيق 5pts

kayu golf berbuah dua kali?

Azam Zaki
Azam Zaki 5pts

Npe kerabat jadi.issue pasai diaorg dpt duit buta,duit tax sbab tu jadi.issue,dah dapat duit free.dok.diam2 da le.ni.mo bikin.kecoh lagi

Azrin Aj InSha'Allah
Azrin Aj InSha'Allah 5pts

Artis hip hop kene pukul jadi berita? Ishk, wat malu jer... Kalu imam muda yg kene pukul, itu baru la hangit nak masuk press line...

Mustaro Jb
Mustaro Jb 5pts

ape lah pepagi duk melepak.. balek umah tido lagi baek.

Epy Munchi's
Epy Munchi's 5pts

Bace, tggu kebenaran dan tak perlu kate ape2.. Xkire siape pun kite, kite sujud pada 1 kiblat y sama. Assalammualaikum! Jom lunch !

Nur Qaseh Shuhadah
Nur Qaseh Shuhadah 5pts

Artis mn ni? X fofular eh?? Kena pukul pon kecohhhh...adalah tu dia buat silap...xkan tibe2 je kerabat tu nak pukul...

khairul akmal
khairul akmal 5pts

ape pun tak boleh.. propa betul artis hiburan kita

Murnirah Mustafa II
Murnirah Mustafa II 5pts

: Kalo kerabat Johor, mmg thumbs down lah. Sorg imam tegur sbb pakai rantai/gelang emas pun dah kena penampar.

Masrizal Mastor
Masrizal Mastor 5pts

dulu pun kerabat ni buat hal kat tempat sama gak... dah kena pulau pun ngan negeri dia...

Abdil Adzim
Abdil Adzim 5pts

lol haram x knai. artis ka. patot pon kna blasah. hiphop sucks. hhahahahh

Amirul Alex Syazwan
Amirul Alex Syazwan 5pts

Kes membe joe flizzow dgn tmj.

Muhamad Asyaari
Muhamad Asyaari 5pts

Kalau x de wat salah x kan kena pukul,.mesti ada sebab.

Inchik Ferdhauz
Inchik Ferdhauz 5pts

Yeah...kalo xde hal..xkn kena sebat smpi camtu skali..dua2 salah...

Radin Aliff Shah
Radin Aliff Shah 5pts

siasat la dulu, tgk siapa salah. jgn trs hentam aje. ok.!

Intan Dodianna
Intan Dodianna 5pts

Kesian nya lah hai. . .

Mohd Izham
Mohd Izham 5pts

dia dengki xleh wat hiphop latewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Gendang Gendut
Gendang Gendut 5pts

dalam menilai sesuatu melibatkan individu, kita harus mendengar kedua2 belah pihak punya penjelasan... disitu baru kita boleh tahu sapa salah sebenarnya

Ejart Osbourne
Ejart Osbourne 5pts

get well soon sonaone. XXII

Rizky Langit
Rizky Langit 5pts

bese la tu..lembik btl lah

Afian Akhbar Bin Mustam
Afian Akhbar Bin Mustam 5pts

Tanpa sebab? Hebatlah.

Zacker French-Tek
Zacker French-Tek 5pts

Ah peduli la! Mampus!

Tengku Farrel
Tengku Farrel 5pts

Kau ingat kau Kerabat kau boleh suka2 pukul org? Puiihhhh....ingat kes prebet Adam? Jgn peristiwa lama berulang kembali,,,,

Mohd Asraf
Mohd Asraf 5pts

pukul

Jebat Moden
Jebat Moden 5pts

Asal krbt raja je jd isu.. Brp ramai yg kt luar sana kaki gaduh... Budok skolh pun kaki gaduh. Apa ade hal...

Nizam Yuppie
Nizam Yuppie 5pts

dah tau sapa gerangan kerabat diraja tersebut...tak ambik port pun pasal diorang selalunya pasal kes perempuan la...=gangsta4life=

Mevlana Hezri
Mevlana Hezri 5pts

Sape suh pegi merayap sampai pepagi bute. Gi clubbing le tewww. Haha mampuih dia la. Anak VIP tu pun cam bagus2 je. Kalau one by one agaknya mampus terbaring

Bok Bong
Bok Bong 5pts

kerabat - http://www.youtube.com/watch?v=Rr33fY8Dego

Mohd Salehuddin
Mohd Salehuddin 5pts

tmj ade tweet pasal benda neh. die pun tak suka kerabat tu. kerabat tu dah kena banned dr joho.

Zacker French-Tek
Zacker French-Tek 5pts

Rap samseng org tibai la

Mohd Aizuddin Nasir
Mohd Aizuddin Nasir 5pts

kerabat diraja yer....urmmm tutup cerita la..tue. Kerabat diraja bro...

Suhaizul Shuaid
Suhaizul Shuaid 5pts

Sumpah tak kenal....

Abdullah Abd Latiff
Abdullah Abd Latiff 5pts

dia orang ada kuasa,ada pangkat,dan kaya ,dia orang ikut suka nak buat undang-undang tak berkesan apa dia orang,tapi ingat!! ALLAH itu satu.....

Yussrah Mokhtar
Yussrah Mokhtar 5pts

Ntah2 salah pukul. Haha ntah2 nk pukul caprice

نور حشام
نور حشام 5pts

Buat org tak hormat sama itu kerbat diraja

Hayden Here
Hayden Here 5pts

Raja ke rajalingam ke.. kena hisab jugak kat akhirat nnt.

  • Sponsor


  • Tentang Kami


    Oh! Artis merupakan laman hiburan terkemuka di Malaysia di mana aktif memaparkan berita-berita terkini tentang selebriti tempatan dan antarabangsa. Jimatkan duit anda dari membeli majalah kerana semuanya ada di sini! Heh!
  • Tabs

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • ohmedia-afganMenangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan20/05/2013
    • ohartis-afiq-muizAfiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya20/05/2013
    • ohartis-Siti-Nordiana-2Siti Nordiana Temui Pengganti Arwah Achik20/05/2013
    • ohartis-justin-bieberJustin Bieber Hentikan Konsert Ketika Azan Berkumandang20/05/2013
    • ohartis-jazli-oh-mak-kau-4Muhammad Jazli Pelapis Pelakon Berbadan Besar20/05/2013
    • jovian-nina-1Apa Yang Menariknya Kakak Dafi Ini Di Mata Jovian Mandagie?19/05/2013
    • ohartis-mencari-cinta-rusdy-ramli-nora-danishAdegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli27/03/2013
    • ohtidak-gangnam-styleTuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah09/09/2012
    • ohartis-norman-kru-anti-pas“Orang Tidak Rasional Sahaja Yang Tidak Boleh Menerima Kenyataan Saya” – Norman KRU30/04/2013
    • ohartis-saleh-yaacob-bangkang-dari-longkang-1Bangkang Dari Longkang – Salih Yaacob Umum Persaraan28/02/2013
    • ihiar78 on:(Review) ‘Oh Mak Kau!’ bukan filem Melayu tipikal
    • hati sayu on:Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • pendekar laut on:Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
    • Pemerhati Bebas on:Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
  • Premium


  • Filem

  • Kami di Facebook & Twitter



    Follow @ohtweet
    • Gosip Terkini

      • Menangi Tiket Percuma Konsert Mega Bintang – Rossa, Ungu, Afgan
      • Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • Siti Nordiana Temui Pengganti Arwah Achik
      • Justin Bieber Hentikan Konsert Ketika Azan Berkumandang
      • Muhammad Jazli Pelapis Pelakon Berbadan Besar
      • Apa Yang Menariknya Kakak Dafi Ini Di Mata Jovian Mandagie?
    • Mulut Kepoh

      • ihiar78 on (Review) ‘Oh Mak Kau!’ bukan filem Melayu tipikal
      • hati sayu on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • pendekar laut on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • Pemerhati Bebas on Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya
      • SangPangeran on Luahan Hati Syamsul Yusof buat Ammar Alfian
    • Kami

         Creative Commons License
    • Carian

    • Iklan
    • Site Map
    • Penafian
    • Hubungi
    • FacebookFacebook
    • TwitterTwitter
    • YoutubeYoutube
    • Google+Google+

    © 2008 - 2013 | Oh! Artis by Oh! Media Network | Some Rights Reserved | Powered by People.