

Nur Hawa Zainal Abidin seorang pelakon baru tetapi sudah cukup dikenali. Orangnya comel, cantik dan muda. Gadis berusia 20an ini tidak lari daripada diganggu golongan VIP. Namun begitu Wawa tidak mudah melatah dan tidak berminat untuk melayan sebarang pelawaan oleh golongan tersebut untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Sebaliknya dia menolak ajakan Vip-Vip yang berminat dengannya.
“Ada juga yang ingin mendekati saya, tetapi saya menolak pelawaan mereka dengan baik. Pada saya, masih belum tiba masanya lagi untuk saya menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Tambahan pula, kerjaya saya baru sahaja hendak bermula. Jadi saya hanya mahu menumpukan kepada karier saya dahulu.”
Baguslah begitu Wawa. Maklumlah nama sedang meniti di bibir peminat. Tentulah ramai yang meminatinya. Kini Wawa juga turut menjadi duta untuk produk ‘Lipice’. Sungguh bertuah kerana dipelawa menjadi duta pelembap bibir terkenal ini. Lebih-lebih lagi , itulah rahsia mengapa bibirnya tidak kering kerana anak kelahiran Lahad Datu, Sabah merupakan pengguna setia Lipice sejak dari zaman dia meningkat remaja seawal berumur 14 tahun. Malah abangnya juga menggunakan pelembap bibir ini.
Wawa merupakan anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik ini sebenarnya begitu teruja mendapat tawaran ini. Keluarganya tidak percaya saat dia memberitahu berita tersebut.
“Ketika mula diberitahu saya berjaya menjadi duta Lipice, saya terus menelefon ahli keluarga. Namun, mereka rasa tidak percaya kerana bayangkan, dulunya kami satu keluarga menggunakan Lipice tetapi kini saya bergelar duta untuk produk yang sekian lama saya gunakan. Mahunya mereka tidak terkejut dengan berita itu.”
Yelah, kalau sudah rezeki. Memang sesuai Wawa menjadi duta jenama tersebut. Apapun, pesanan kami kepada Wawa, teruskan mewarnai seni hiburan tanahair dengan berhati-hati. Jaga nama , jaga peribadi dan hargai bakat anda.
OH ARTIS: KALAU SUDAH JODOH DENGAN VIP, APA NAK BUAT. TAPI JANGAN TERSANGKUT DENGAN SI HIDUNG BELANG, SUDAH!


















