Oh! Artis

  • FacebookFacebook
  • TwitterTwitter
  • YoutubeYoutube
  • Google+Google+
  • Utama
  • Kami
  • Hubungi
  • Site Map
  • Iklan
  • Selebriti
    • Tempatan
    • Antarabangsa
    • Indonesia
  • Panazzz
    • Menarik
    • Bikin Panas
  • Gosip
    • Kisahnya
    • Cari Pasal
    • Gambar Artis
  • Gallery
  • TV
  • Kahwin
  • Muzik
  • Promosi
  • Umum
    • International Event
    • Isu Semasa
    • Gambar Menarik
  • Editorial
  • Wayang
    • Most Popular

      All time

    • Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon

      999 Comments

    • Adegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli

      892 Comments

    • Latest Stories

      What is new?

    • Dadah Kanabis: Saiful Apek Diarah Bela Diri

      May 25, 2013

    • Apa Yang Best Akademi Fantasia 2013?

      May 24, 2013

    • Comments

      Most Recent

    • sakit ati den on:

      “Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi

    • SharafuddinVanHalen on:

      Dadah Kanabis: Saiful Apek Diarah Bela Diri


bio-factor9
shifra-hijab
JustDealMy
whitebeauty

10

Panazzz · Selebriti · Tempatan

Di Manakah Hajjah Mazuin Hamzah?

  • by Eiza Isis
  • May 2, 2012
  • Tweet
  • Share
  • Email
  • Tweet
  • Share
  • Email

Ini bukan Amy Mastura tetapi sepupu Amy Mastura iaitu Hajah Mazuin Hamzah. Masihkah anda mengingatinya? Tiba-tiba pula kami teringat akan Mazuin Hamzah atau Pengiran Bini Mazuin yang pernah menjadi isteri kepada adik Sultan Brunei iaitu Pengiran Sufri satu ketika dahulu?

Tentu sesetengah peringkat umur tidak mengenali pemain drum juga vokalis kepada sebuah band adik-beradik yang menamakan diri mereka Quinari M. Di dalam kumpulan itu empat perempuan dan hanya seorang sahaja, abang mereka Mazlan bermain keyboard.

Berita paling top adalah pada tahun 1987 di mana Mazuin telah dilamar oleh adik Sultan Brunei dengan wang hantaran RM1 juta, setelah jatuh hati dengan Mazuin ketika dia  mengadakan persembahan di Brunei. Zaman sekarang pun 1 juta tu tinggi nilainya, inikan pula tahun 80-an. Sebenarnya, pertemuan pertama mereka adalah di Villa Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) itu memberi kesempatan kepada pasangan itu untuk bertentang mata antara satu sama lain.

Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan Mazuin pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepada kekasihnya itu bertaraf lima bintang. Sufri memberanikan diri mengadakan pertemuan dengan artis wanita berkenaan yang ditemani ibunya, Maimon dan menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin yang ketika itu berumur 23 tahun.

Percintaan pandang pertama itu, disusuli dengan dengan pinangan dari Pengiran Sufi dengan menggunakan jet peribadinya yang diterbang khas dari Bandar Seri Begawan. Alhamdulillah, pinangannya telah diterima dan majlis pernikahan telah dilangsungkan dengan gilang-gemilang. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan ketiga bagi Pengiran Muda dan pertama bagi Mazuin. Mazuin telah menjadi artis wanita pertama diangkat kedudukan sebagai permaisuri kepada kerabat diraja negara paling kaya di dunia. Majlis perkahwinan pasangan ini kekal sebagai perkahwinan paling gemilang artis tempatan sehingga ke hari ini.

Namun, tiada siapa yang pernah menyangka kegemilangan majlis pernikahan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu. Jodoh mereka yang dikurniakan tidak sampai ke penghujungnya. Perkahwinan mereka yang bertahan selama 17 tahun rapuh juga pada tahun 2004. Demikian jugalah ketentuan yang sudah ditakdirkan terjadi kepada jodoh bekas artis popular tahun 80-an, Mazuin Hamzah dengan adinda Sultan Brunei Darussalam, Pengiran Muda Sufri Bolkiah.

Pengiran kini masih bersama isteri muda yang dikahwinin pada tahun 1999 dengan Pengiran Bini Hajah Faizah bt Dato’ Hj Nasir dan kekal sehingga sekarang (Khabarnya makcik Fazura). Hasil daripada empat perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan tiga orang putera dan tujuh puteri.

Kami teringin nak tahu perkembangan Mazuin yang memang comel ketika muncul di persada seni hiburan dan wajahnya memanglah seiras dengan Amy Mastura.Dengar khabar, beliau bermastautin di London kerana anak-anak belajar di sana. Ada juga yang kata, Mazuin sekarang sudah menetap semula di Brunei.  Dia akan datang ke KL berjumpa kakak-kakak dan abangnya dari masa ke semasa. Kakak-kakaknya berkhidmat sebagai guru dan beberapa tahun lagi akan bersara. Semua mereka sudah berkeluarga, bermenantu dan Insyaallah akan mendapat cucu tidak lama lagi.

OH ARTIS: BIASALAH BERKAHWIN DENGAN KERABAT. MESTI TIDAK BOLEH SUKA-SUKA NAK DEDAH CERITA PERIBADI. APAPUN, DI MANAKAH MAZUIN SEKARANG? KOT ADA YANG BOLEH KONGSI-KONGSI..

Tags: Di Manakah Mazuin Hamzah?mazuinmazuin hamzahpengiran bini Mazuin hamzah


— Eiza Isis

  • Previous story (Alahai) Ustaz Don Daniyal Rupanya Tunangan Orang
  • Next story (Video) Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai
10 comments
  Livefyre
  • Get Livefyre
  • FAQ
Sign in
+ Follow
Post comment
 
Link
Newest | Oldest
Anak Istana
Anak Istana 5pts

kalau dah berkahwin dgn kerabat diraja brunei.. mmg ketat juga syaratnya.. mazuin tak boleh kembali ke malaysia walaupun dia sah bercerai dgn pengiran Sufi. mazuin hanya boleh melawat sanak saudara di malaysia hanya apabila diizinkan dari pihak sana. itu pun sekadar lawatan. sebab tu mazuin pernah kembali ke malaysia tapi tidak lama, kerana dia perlu kembali ke Brunei. anyway.. kuatkan semangat utk Mazuin.

DASO
DASO 5pts

Cikgu mahayon mmg baik.. Hehe

Vera Abina
Vera Abina 5pts

Seingat aq dia ada kat brunei

Raisen Kamri
Raisen Kamri 5pts

lau xsilap bbrp thn dlu kta die ada kt Msia

Nur Hayatie
Nur Hayatie 5pts

sepupu Amy Mastura kan....

Norita Rahman
Norita Rahman 5pts

mestilah ingat...dimana dia sekarg

Xara Ariff
Xara Ariff 5pts

ohh dia ni.

Nadia Syirma
Nadia Syirma 5pts

dgr cte die kt Singapore...

Faizun Nur Haris
Faizun Nur Haris 5pts

kt umah sye....hehhex3 :)...just kidding je

cikida
cikida 5pts

mahayon tu cikgu muzik sy lah dulu.sgt baik :) wp dh meningkat usia

  • Sponsor


  • Tentang Kami


    Oh! Artis merupakan laman hiburan terkemuka di Malaysia di mana aktif memaparkan berita-berita terkini tentang selebriti tempatan dan antarabangsa. Jimatkan duit anda dari membeli majalah kerana semuanya ada di sini! Heh!
  • Tabs

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • ohartis-saiful-apek-dadah-kanabisDadah Kanabis: Saiful Apek Diarah Bela Diri25/05/2013
    • 8791604997_d378f0cfa7_oApa Yang Best Akademi Fantasia 2013?24/05/2013
    • afiq-muiz-2Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon24/05/2013
    • ohartis-leuniey-natasha-tudungMungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?23/05/2013
    • ohartis-zed-zaidi“Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi23/05/2013
    • ohartis-hattan-arianieHattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.23/05/2013
    • afiq-muiz-2Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon24/05/2013
    • mencari-cinta-rusdy-ramli-nora-danishAdegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli27/03/2013
    • gangnam-styleTuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah09/09/2012
    • norman-kru-anti-pas“Orang Tidak Rasional Sahaja Yang Tidak Boleh Menerima Kenyataan Saya” – Norman KRU30/04/2013
    • sakit ati den on:“Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi
    • SharafuddinVanHalen on:Dadah Kanabis: Saiful Apek Diarah Bela Diri
    • Helmi Hidayat on:Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon
    • Farah Bert on:Dadah Kanabis: Saiful Apek Diarah Bela Diri
  • Premium


  • Filem

  • Kami di Facebook & Twitter



    Follow @ohtweet
    • Gosip Terkini

      • Dadah Kanabis: Saiful Apek Diarah Bela Diri
      • Apa Yang Best Akademi Fantasia 2013?
      • Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon
      • Mungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?
      • “Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi
      • Hattan dan bekas isteri nikah semula Ramadan ini.
    • Mulut Kepoh

      • sakit ati den on “Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi
      • SharafuddinVanHalen on Dadah Kanabis: Saiful Apek Diarah Bela Diri
      • Helmi Hidayat on Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon
      • Farah Bert on Dadah Kanabis: Saiful Apek Diarah Bela Diri
      • Babybiol Syah on Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon
    • Kami

         Creative Commons License
    • Carian

    • Iklan
    • Site Map
    • Penafian
    • Hubungi
    • FacebookFacebook
    • TwitterTwitter
    • YoutubeYoutube
    • Google+Google+

    © 2008 - 2013 | Oh! Artis by Oh! Media Network | Some Rights Reserved | Powered by People.