

Penyanyi terkenal, Elton John, terpaksa berehat panjang setelah menghidap jangkitan kuman di saluran pernafasannya.
Kejadian mengejut ini telah menyebabkan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Candle in the Wind’ ini terpaksa membatalkan segala kegiatan nyanyiannya dalam masa yang terdekat.
“Atas arahan doktor, saya terpaksa membatalkan empat konsert yang akan berlangsung di Los Angeles.
“Walaupun berat untuk membatalkan konsert itu, saya terpaksa akur dan memohon maaf kepada semua peminat kerana tidak dapat menghiburkan mereka,” katanya.
Suspen. Ingat kuman apa tadi. Semuga cepat sembuhlah seperti biasa. Nasib ada ‘suami’, leh suami jaga huhu.
OH ARTIS: SEMUGA KEMBALI KE PANGKAL JALAN SELAGI MASIH ADA PELUANG – TIADA KENA MENGENA DENGAN ELTON JOHN YE KOMEN KAMI NI

















