
Sampai bila mahu berlakon. Kalau populariti menurun, goyah jugak periuk nasikan? Jadi langkah Fazura yang membuka butuk miliknya ini memang patut dicontohi. Usahawan muda kita ini, khabarnya akan melancarkan sebuah butik miliknya di Bangsar.
Palakon filem Pisau Cukur, Fazura sudah merancang membuka butiknya sendiri dua tahun lalu. Kini butik “House of Doll” yang sememangnya ideanya sendiri bakal dilancarkan Ahad ini.

“Saya terfikir untuk memiliki sebuah butik hasil titik peluh saya sendiri setelah melihatkan aktiviti lakonan saya sendiri semakin berkurangan. Faz sendiri suka berfesyen dan apa yang ditawarkan oleh butik ini lebih kepada apa yang Faz suka. Faz mahukan kelainan dan apa yang kami tawarkan lebih kepada “ready to wear’ dan ada satu kejutan buat peminat.”
Fazura tidak mahu mengulas panjang mengenai ini dan mahu menjadikannya kejutan. Cuma menurut Fazura ia melibatkan kerjasama untuk “Couture Wear”.
Fazura juga terpilih sebagai jurucakap jenama telefon pintar Blackberry yang kini sedang mengadakan kempen “Stop Missing Out!” yang menawarkan peluang kepada peminat dan pengguna Blackberry bagi memenangi hadiah menarik antaranya menonton wayang, sesi memanjakan diri, karaoke, futsal dan membeli-belah bersama selebriti.
“Faz menghabiskan banyak masa di Twitter dengan menggunakan Blackberry. Saya yakin Blackberry merupakan peranti komunikasi terbaik untuk mendekatkan Faz dengan peminat.”
Selain Fazura, turut terlibat antaranya Bunkface, Jehan Miskin, Joe Lee, Julie Woon, Liyana Fizi dan Megan Tan. Kempen ini bakal bermula pada 1 Jun hingga 1 Julai depan. Layari www.StopMissingOut.com.my untuk menyertai.
OH ARTIS: ARTIS BUAT BUTIK MEMANG BEST. BARANG RM10 LEH JADI RM100 SEBAB POPULARITI MEREKA. TAPI JANGAN TUNGGU BILA DAH TAK POPULAR BARU BUKA BUTIK. SUSUT NILAI GITU.



















