Datuk Sharifah Aini telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Damansara kerana jangkitan pada paru-parunya. Biduanita negara ini juga agak sibuk , Datuk Sharifah Aini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Damansara selepas tamat rancangan mentor yang secara langsung disiarkan Ahad lalu.

Shamim Faiz yang merupakan rakan kepada beliau memaklumkan, selain jangkitan kuman, kesibukan Sharifah Aini memenuhi persembahan dan beberapa program hiburan menyebabkan beliau tidak mendapat rehat yang secukupnya.
“Saya tidak pasti berapa hari beliau akan di tahan di hospital, mungkin sehingga dia benar-benar pulih dan doktor kini memberi ubat antibiotik kepadanya. Saya tidak bersama dengan dia ketika dia dimasukkan ke hospital dan saya hanya tahu perkara ini selepas dimaklumkan oleh beliau.”
Sebelum itu, berita mengenai kesihatan penyanyi Bunga Tanjung ini tersebar menerusi laman sosial Facebooknya.

Menurut Khalilah Dato’ Mohd Talha yang merupakan sahabat baik Kak Pah juga, keadaan beliau sudah beransur stabil.
“Kak Pah memaklumkan kepada saya dia sudah stabil. Berita itu sangat melegakan kerana kami risaukan keadaannya. Namun, saya sendiri belum melawatnya kerana keadaan kurang sihat. Bimbang pula demam saya berjangkit kepadanya nanti. Saya difahamkan Kak Pah mula tidak sihat selepas dia pulang daripada menjayakan persembahan Hari Ibu di Johor Bahru, Sabtu lalu. Bagaimanapun, pada keesokan harinya dia masih memberikan komitmen kepada program Mentor 6 kerana tanggungjawab sebagai juri tetap.”
“Sampaikan ucapan terima kasih kepada semua mendoakan kesihatan Kak Pah.” – pesanan Kak Pah.
Wah. Komited Kak Pah ni. Walaupun kurang sihat tetap menghadiri Mentor. Memang ‘orang lama’ memang tinggi komitmen mereka. Bukan macam kebanyakkan artis-artis baru ni. Kami doakan semuga kesihatannya semakin pulih dan tidak merbahaya. Kak Pah perlu rehat tu.
OH ARTIS: ANTARA BIDUANITA SENIOR YANG DIKAGUMI BAKATNYA. INGAT LAGI RAMBUTNYA YANG TAKDE SAPA LEH KALAHKAN TU. NOW BERTUDUNG SUDAH. ALHAMDULILAH.






















