

Pasti anda akan menantikan filem terbaru Mr. Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson yang bertajuk ‘Mr Bean Kesurupan DP’. Tidak pasti pula apa maknanya kerana filem ini merupakan filem kerjasama Mr. Bean dengan aktres kontroversi Indonesia bernama Dewi Persik (Depe).
Dalam filem ini , Mr. Bean dikehendaki memakai kostum ‘Pocong’. Apa yang menggelikan hati, Mr. Bean terkejut kerana tidak pernah melihat hantu seperti ‘Pocong’ sebelum ini. Setelah diterangkan, memang wujud hantu itu di Indonesia, barulah Mr. Bean memahaminya.
Sememangnya Mr. Bean yang terkenal sebagai seorang lelaki yang kelakar dan lurus bendul dalam watak lakonannya digemari oleh semua orang. Memang dia seorang yang suka membuat lawak sehingga krew-krew yang bekerja dengannya tidak kering gusi.
Filem yang sedang dalam proses penggambaran di indonesia ini diterbitkan oleh KK Dheeraj.
Walaupun tidak tahu berapa banyak babak yang membabitkan Rowan, namun bintang filem “Johnny English Reborn” itu dikatakan akan bertutur sedikit dalam Bahasa Indonesia dalam filem itu. Aha.. mesti menarik Mr. Bean cakap bahasa Indonesia.
OH ARTIS: MEMANG ORANG YANG SUKA MENCERIAKAN ORANG LAIN DISENANGI LAGI-LAGI MR. BEAN YANG BIJAK SEBENARNYA.

















