
Marsha gedik tak? Apa pendapat anda. Tetapi bagi kebanyakkan peminat seni, Marsha dilabelkan sebagai seorang yang gedik. Tang mana gedik tu, kami pun tidak tahu.
Tapi bagi penyanyi dan pengacara Marsha Milan Londoh, 27, dia sedikit pun tidak berkecil hati terhadap segelintir pihak yang menuduh dirinya begitu.Malas mahu memikirkan hal itu sebaliknya lebih selesa memberi untuk beri tumpuan kepada dunia seni yang diceburi sejak tujuh tahun lalu itu.
“Kalau hendak diambil kira setiap apa yang orang katakan pada kita, memang pening jadinya. Saya sedar ramai orang yang memandang remeh akan kewujudan saya dalam industri. Mereka anggap saya hanya tahu buat gedik selain kewujudan saya dilihat seperti tidak memberikan sumbangan tetapi saya tidak berkecil hati dan enggan memikirkan perkara itu.”

Pengacara program Propaganza di Astro Ria itu berkata, atas kesedaran tersebut dia sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kerjanya agar dapat meyakinkan khalayak terhadap kebolehannya dalam bidang seni.
“Saya tahu bukan mudah untuk mengikis persepsi orang jika kita sudah diberikan sesuatu jolokan. Sama juga kesnya dengan saya di mana orang akan tetap labelkan saya seorang yang gedik walau apa pun saya lakukan.
Namun, saya berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam apa juga kerja yang diceburi. Saya tidak pernah berputus asa untuk meyakinkan masyarakat terhadap bakat yang dimiliki dan bukan sekadar berperangai gedik dan menggoda semata-mata.”
Selepas kontrovesi melanda dirinya yang didakwa menelan pil untuk membunuh diri, Marsha berkatadia mahu melupakan kisah hitam itu.
“Saya semakin bersemangat selepas lapan bulan kes itu berlalu. Saya akui kejadian itu benar-benar membuatkan saya tertekan dan trauma tetapi kini saya sudah stabil.
Saya berharap agar 2012 akan menjadi tahun yang baik dalam kerjaya dan kehidupan peribadi. Lagipun, pada tahun ini saya mahu mengeluarkan beberapa buah lagu dan kerjaya lakonan juga kian berkembang.”
Benda sudah berlalu, lupakan sahaja. Janji terus berubah ke aras kebaikkan. Kena pandai-pandai tangani stress dan mencintai diri sendiri.
OH ARTIS: OK JE DENGAN MARSHA NI. MENYANYI OK, BERLAKON PUN OK. GEDIK BAIK TAKPE. JANGAN MENGGATAI SUDEY.



















