Oh! Artis

  • FacebookFacebook
  • TwitterTwitter
  • YoutubeYoutube
  • Google+Google+
  • Utama
  • Kami
  • Hubungi
  • Site Map
  • Iklan
  • Selebriti
    • Tempatan
    • Antarabangsa
    • Indonesia
  • Panazzz
    • Menarik
    • Bikin Panas
  • Gosip
    • Kisahnya
    • Cari Pasal
    • Gambar Artis
  • Gallery
  • TV
  • Kahwin
  • Muzik
  • Promosi
  • Umum
    • International Event
    • Isu Semasa
    • Gambar Menarik
  • Editorial
  • Wayang
    • Most Popular

      All time

    • Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon

      999 Comments

    • Adegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli

      892 Comments

    • Latest Stories

      What is new?

    • Mas Kahwin RM41,000 – Saiful Bukhari Sah Bergelar Suami

      May 26, 2013

    • Dadah Kanabis: Saiful Apek Diarah Bela Diri

      May 25, 2013

    • Comments

      Most Recent

    • rafsbj on:

      Mungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?

    • LadyZuely on:

      Mungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?


bio-factor9
shifra-hijab
JustDealMy
whitebeauty

62

Gambar Menarik · Isu Semasa · Promosi · Selebriti · Tempatan · Umum

Sehari di Panini Cafe, Desa Pandan

  • by Gadis Lonely?
  • May 16, 2012
  • Tweet
  • Share
  • Email
  • Tweet
  • Share
  • Email

Mesti ada antara anda tertanya-tanya, di manakah tempat pilihan krew-krew Oh! Artis dan Oh Media melepak. Di mana agaknya kami selalu membawa dan bercerita tentang dunia hiburan ini? Kami juga seperti anda di luar sana yang tidak terlepas dari suka melepak, berchatting dan menyelesaikan kerja kami di tempat-tempat terbuka. Yelahkan, sambil siapkan kerja sambil penuhkan perut kata orang. Kata orang tu ada ‘pelayan’ – senang order je terus dapat.

Untuk video pertama dari Oh! Media TV, kami bawa anda ke sebuah Cafe di Desa Pandan yang sering menjadi tempat kunjungan kami berhampiran Pejabat Urusan Oh Media Network yang memang menjadi pilihan kami yang utama. Di sinilah kami seringkali menyelesaikan kerja-kerja kami, meeting, sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam mahupun sekadar suka-suka online selain di office kami sendiri. Lokasi yang dekat bukanlah sebab utama mengapa selalu kami ke sini. Kalau ikutkan banyak lagi kedai di sini. Agaknya, mengapa kami memilih Panini Cafe?

Mengapa kami memilih Panini Cafe?

Kami memilih Panini Cafe kerana lokasi strategiknya di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Tempat ini akan menjadi tempat kami ‘standby’ sekiranya ada panggilan kerja yang perlu segera kami hadiri. Panini Cafe ini terletak di Desa Pandan,Kuala Lumpur. Desa Pandan merupakan kawasan di belakang Menara Great Eastern, Jalan Ampang. Panini Cafe ini dengan Mc Donalds, Desa Pandan. Panini Cafe juga dikelilingi oleh tempat-tempat awam seperti pejabat pos, bank, stesen minyak dan sebagainya.

Jika anda pernah ke sini, anda akan rasa apa yang kami rasakan. Tempatnya yang relaxing dan begitu selesa. Jauh dari gangguan dan agak privacy menjadikan tempat ini merupakan tempat sesuai untuk kami menyelesaikan tugasan kami. Sambil bekerja, sambil mengenyangkan perut. Selain seharian di pejabat kami, Panini Cafe sememangnya menjadi tempat wajib bagi kami setiap hari. Suasana tenangnya membuatkan kami lebih suka menyudahkan kerja di sini berbanding di tempat lain.

Panini Cafe menyediakan tempat makan berhawa dingin di sebelah dalam dan disebelah luarnya, terdapat tempat makan terbuka khas untuk mereka yang merokok atau lebih selesa untuk berbual-bual di luar. Bagi kami, ianya amat bagus sekali kerana kami bebas untuk memilih tempat mengikut keselesaan kami pada setiap kali kami berkunjung ke sini. Kalau rasa tepu duduk di dalam, kami sambung kerja kami di tempat makan sebelah luar.

Di bahagian dalam, Panini Cafe menyediakan plug point percuma untuk anda gunakan begitu juga dengan plug point di bahagian luar. Pendek kata tak perlu risau kalau-kalau bateri laptop habis ketika anda membuat kerja. Apa yang perlu anda ingat adalah sentiasa membawa charger laptop apabila datang ke sini. Selebihnya, Panini Cafe ada sediakan.

Rata-rata dari anda pastinya tahu satu perkara yang paling tak best bila buat kerja di luar adalah mungkin kerana internet yang begitu perlahan. Bila di Panini Cafe, semua itu tak lagi perlu difikirkan. Ini kerana Panini Cafe dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi (TM UniFi) dan apa yang lebih menarik, dilengkapi dengan password bagi memastikan keselamatan anda ketika menggunakan WiFi percuma di sini. Bagi kami di Oh Media, internet yang laju merupakan salah satu yang akan mempengaruhi mood kerja kami dan Panini menepati apa yang kami mahukan.

Selain dari persekitaran yang bersih dan menarik, ada satu lagi perkara terpenting bagi sesebuah kedai makan iaitu dapur masakan dan tandas kegunaan pelanggan yang disediakan mereka. Kami gemar menilai tahap kebersihan sesetengah kedai bermula dari kebersihan dapur dan tandas mereka. Jika bersih dapur serta tandas mereka, maka boleh disimpulkan pemilik kedai berkenaan memang menitik-beratkan tahap kebersihan bagi kedai mereka.

Itu semua tentang apa yang menjadikan Panini Cafe lebih menarik dari kedai-kedai biasa. Tidak hairanlah bila kami ada kerja di Damansara contohnya, kami sanggup untuk tahan lapar dan makan di Panini Cafe bila pulang ke pejabat urusan kami. Bagaimana pula dengan makanan di Panini Cafe ini? Apa yang menarik berbanding kedai-kedai yang lain? Bagaimana pula dengan harganya? Ok kami akan jelaskan kepada anda.

Panini Cafe mempunyai ‘Specialty Food & Beveranges‘ yang tersendiri serta bercirikan sebuah restoran untuk keluarga. Mempunyai keunikannya sendiri di mana, anda memang tak boleh jumpa di tempat lain. Selain makanan dengan gaya nyonya dan melayu, makanan barat atau western food juga turut disediakan. Pendek kata semua makanan mengikut selera tekak anda, ada di sini.

Sarapan Pagi

Kita cerita dahulu mengenai Sarapan pagi. Panini Cafe dibuka seawal jam 7.30 pagi setiap hari kecuali pada hari Ahad. Kami dapat menikmati pilihan pakej sarapan pagi yang begitu murah (memang betul-betul murah) dan mengenyangkan. Terdapat 6 set pilihan tersedia untuk kami pilih serendah RM3.50 sahaja untuk satu set lengkap sarapan. Apa yang membuatkan ianya lengkap, dengan hanya serendah RM3.50 anda akan dapat menikmati sarapan pagi beserta air.

Sebagai contoh, Set A mempunyai dua pilihan dengan harga RM3.50 sahaja. Pertama, Oranic Toast Hailam Bread (Butter & Kaya) beserta dengan air. Untuk pilihan kedua, anda boleh memilih Organic Steam Hailam Bread (Butter & Kaya) beserta air.

Bagi set B pula, dengan harga RM4.50 sahaja anda boleh menikmati menu di Set A dan ditambah pula dengan 2 biji telur separuh masak. Kiranya hanya tambah RM1 sahaja untuk telur separuh masak yang begitu istimewa. Set B ni memang kegemaran kami sebelum masuk office setiap pagi. Ini kerana ini sudah cukup untuk kami untuk memulakan kerja sehingga waktu tengahari.

Untuk Set C, anda ada 4 pilihan. Semua ini didatangkan dengan harga RM4.00 sahaja.

1. Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis + Air
2. Mee Hoon Goreng + Air
3. Mee Goreng + Air
4. Kuey Teow Goreng + Air

Anda kata anda gemar makan makanan barat sebagai sarapan pagi, anda ada pilihan dari Set D, E dan juga F. Sarapan hebat seperti Panini Sandwich Chicken Ham & Cheese serta Panini Sandwich Tuna boleh menjadi santapan untuk memulakan pagi anda.

Makan Tengahari

Sememangnya Panini akan penuh bila menjelang tengahari. Tempatnya yang dikelilingi oleh pejabat-pejabat menjadi pilihan utama untuk pekerja-pekerja pejabat ini menjamu selera sambil dibuaikan dengan suasana relaxing di Panini. Turut tersedia pilihan promosi yang begitu lengkap, mengenyangkan dan menepati citarasa kami serendah RM6.50 termasuk minuman. Setiap hari Isnin hingga Jumaat pula, Panini menyediakan ‘Daily specials set’ untuk pelanggan-pelanggannya.

Selain set makanan yang disediakan, terdapat juga pelbagai makanan ‘Ala-carte’ yang boleh anda pilih. Hidangan berat seperti pelbagai pilihan Fried Rice seperti Thai Fried Rice yang dihidang bersama Fried Chicken Strips, Mango dan Egg set yang hanya serendah RM6.50 sahaja. 

Untuk hidangan istimewa di Panini, mereka menyediakan 14 ‘Specialty Rice Set’ dengan serendah RM6.00 sahaja. Turut disediakan hidangan vegetarian dan 24 pilihan Noodles berharga RM5.50 sahaja. Juga terdapat 15 pilihan makanan ‘Western & Snacks’.

Jika anda sudah kenyang, anda boleh memilih hidangan yang ringan-ringan seperti snek, pencuci mulut atau dessert seperti banana ice cream dan pancake, ice cream, ice kacang, flake ice dan sebagainya. Minuman pula anda boleh memilih pelbagai hidangan jus buah-buahan segar, ice blended, milkshakes, soft drinks, Italian Soda dan Expresso, gourmet tea baik yang sejuk atau panas. Harganya… sememangnya sangat murah hanya bermula dengan harga RM1.80.

Makan Malam

Sebelah malam pula, Panini menjadi pilihan biasanya selepas kami pulang dari mana-mana event. Kami akan duduk berbincang dan menyiapkan kerja kami di Panini tanpa perlu tergesa-gesa menyiapkannya kerana Panini tutup jam 12 malam. Sambil buat kerja sambil layan perut. Memang terbaik!

Majlis

Kepada anda yang ingin mengadakan sebarang jamuan atau majlis di sini, bolehlah berurusan dengan Panini Cafe di talian yang disediakan. Pastinya pakej yang bersesuaian juga murah akan disediakan. Dengan tempat yang selesa dan makanan yang sedap, Panini Cafe pasti menjadi tempat paling sesuai untuk anda. Lebih-lebih lagi sangat-sangat privacy.

Apa kata pelanggan tetap Panini Cafe?


“Panini merupakan tempat yang sangat selesa. Setakat ini saya belum mencuba semua menunya. Tetapi yang telah saya cuba semuanya menepati selera saya. Servis mereka juga cepat.” – Sham


“Saya bekerja di area Desa Pandan dan Panini Cafe menjadi pilihan untuk saya makan tengahari. Very nice and cozy place. Banyak menunya merupakan makanan kegemaran saya tetapi yang paling saya gemari adalah Steam Chicken Rice dan Coffee. Pekerja mereka juga bagus dan friendly.” – Mala


“Menu Panini memang menepati rasa terutama mee gorengnya. Saya ke sini waktu lunch dan minum petang memandangkan saya bekerja di kawasan ini.” – Farhan


“Saya tinggal di Bangsar tetapi sering kemari kerana bekerja di kawasan ini. Pastinya Panini saya pilih untuk lunch saya. Harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan. Apa yang saya harapkan, Panini akan terus mengekalkan harganya dan menjadikan tempat ini lebih esklusif. Antara yang saya suka, Chicken Chop di Panini Cafe ini. Best!” – Alia

“Tempat ini sangat relaxing. Boleh katakan saya akan duduk di sini agak lama. Menu di Panini semuanya sedap dan saya sudah merasai kesemua menunya. Di harapkan Panini akan mengeluarkan menu baru lagi. Pekerja di Panini juga tidak sombong dan melayan kita dengan baik.” – Khair

“Tempat ini selesa dan menjadikan saya pelanggan tetap cafe ini. Harga berpatutan dan sesuai untuk seisi keluarga untuk berkunjung ke mari.” – Azhar, Kajang

“Saya selalu berkunjung ke mari. Boleh katakan hampir setiap hari. Makanan, minuman dan dessert disediakan memang best. Memenuhi citarasa saya. Di harapkan Panini Cafe akan menambah lagi menu yang sedap-sedap untuk kami pelanggan tetap cafe ini. ” – Mohammad, Ampang

“Saya memilih Panini Cafe untuk membawa client saya ke sini. Dengan kemudahan Wi-Fi di sini, memang sesuai dan selesa untuk berbincang hal perniagaan sambil menjamu selera sesama kami. Keadaan yang selesa dan tenang membuatkan saya suka membawa client saya ke sini.” – Johari, Pandan Indah

Jika anda mahu seperti kami dan merasakan keenakkan pilihan makanan, minuman juga dessert di sini, datanglah kami ke Panini Cafe. Mana tahu boleh kita bersua-muka di Panini Cafe nanti?

Alamat:

Panini Cafe
24, Jalan 1/76C,
Desa Pandan,
Kuala Lumpur.

Tel: 03-9202 3212
Facebook Page: Panini Cafe


View Larger Map

Jika anda menggunakan GPS, anda boleh search Mc Donalds Desa Pandan dan Panini Cafe berada di blok bangunan berdepan dengan Mc Donalds. Atau jika anda biasa mencari tempat menggunakan coordinate dengan GPS, anda boleh gunakan coordinate berikut untuk terus tiba di Panini Cafe.

Coordinate: 3.148052, 101.736657

Jika anda mempunyai perniagaan apa sahaja jangan lupa jemput kami. Bukan sahaja makanan dan minuman tetapi apa sahaja yang boleh kami rasai dan kongsikan bersama pengikut di Oh! Media. Jika anda ada tempat-tempat menarik untuk kami, hubungilah kami. Kami pasti akan berkunjung ke tempat anda pula.

Kami akan berkongsi lebih banyak lagi tempat menarik yang kami kunjungi di masa akan datang.

Kontes Panini Cafe

Sempena pembukaan Oh! Media TV, kami seperti biasa meneruskan tradisi kami untuk membelanja para penyokong Oh! Media. Untuk kali ini, kami telah menyediakan 32 voucher untuk anda menikmati juadah di Panini Cafe, Desa Pandan. Kata orang ‘Tak Kenal, Maka Tak Cinta’. Jadi apakata anda rasainya sendiri dan kosnya ditanggung oleh pihak kami!

1 Hadiah Utama : Jemputan khas kepada anda untuk membawa orang-orang tersayang ke Panini Cafe. Anda akan dihidangkan dengan pilihan makanan,minuman dan pencuci mulut yang pasti tidak akan anda lupakan bernilai RM100.00

1 Hadiah Kedua : Jemputan khas untuk anda membawa orang-orang tersayang ke Panini Cafe untuk menikmati pelbagai pilihan makanan, minuman dan pencuci mulut yang enak bernilai RM50.00.

30 Hadiah Saguhati : Voucher potongan RM10.00 untuk anda datang menikmati pilihan juadah anda.

Bagaimana mahu menyertainya ?

Berikan respon anda di dalam artikel ini. Beritahu kami mengapa anda rasa Panini Cafe adalah sebuah tempat makan yang menarik untuk dikunjungi dan mengapa anda ingin mencuba masakan di Panini Cafe.

32 respon TERBAIK akan menerima hadiah yang kami janjikan. Makan sampai lebam orang kata. Haha.

Kontes mudah ini berakhir pada 20 May 2012 dan pemenang akan diumumkan pada 22 May 2012. Para pememang akan diumumkan di dalam entri ini dan akan menerima baucer ini selepas sahaja menghubungi kami semula dengan maklumat yang diperlukan pihak kami. Hadiah tersebut valid sehingga 30 Jun 2012. Selamat mencuba!

OHMEDIA: ANDA MUNGKIN BOLEH AMBIL GAMBAR ANDA MAKAN DI PANINI. KEMUDIAN BUAT ARTIKEL TENTANG OHMEDIA BESERTA GAMBAR ANDA MAKAN DI PANINI. SUNGGUH KAMI MENILAI PARA PEMENANG BERDASARKAN EFFORT PALING TINGGI. SELAMAT MENCUBA!

UPDATE: KEPUTUSAN CONTEST PANINI CAFE

1 Hadiah Utama : Jemputan khas kepada anda untuk membawa orang-orang tersayang ke Panini Cafe. Anda akan dihidangkan dengan pilihan makanan,minuman dan pencuci mulut yang pasti tidak akan anda lupakan bernilai RM100.00

IdrisIdris [Pemenang voucher makan percuma RM100.00]

Dengan respon: Salam, pertamanya sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Oh! Media kerana mengeluarkan artikel mengenai Restoran Panini nih.. Berdasarkan review dan gambar yg dikeluarkan oleh team Oh! Media, sudah tentu Restoran Panini merupakan restoran yg menjadi tumpuan ramai terutama selepas review ini dikeluarkan. Dari struktur kebersihan restoran, melalui gambar kita dapat lihat yang restoran nihnsangat menitikberatkan akan kebersihan kawasan didalam serta disekeliling restoran. Sesuai untuk family or friends yg mana selalu makan dan lepak-lepak terutama bg mereka yg mempunyai gadget2 mahal, sudah tentu kemudahan yg disediakan oleh Restoran Panini nih seperti wifi n plug services amat disenangi oleh pengunjung. Bagi sy, restoran Panini wajib dicuba masakannya kerana menu yg disediakan agak menjimatkan n berbaloi utk seorang pelajar seperti sy. Dari gambar makanan yg ditunjukkan oleh team Oh Media! di atas, sy ingin mencuba masakan yg tersapat di Panini Cafe terutamanya masakan yg menunya lain dari yg lain daripada Cafe-Cafe yg lain.. InsyaAllah suatu hari nnti akan mengunjungi Panini Cafe dgn rakan-rakan atau family bagi tujuan untuk menikmati sendiri hidangan & juadah yg disediakan oleh Panini Cafe.. Terima kasih krew Oh Media! Ketana bg sy peluang seperti ini.. TQ… =)

1 Hadiah Kedua : Jemputan khas untuk anda membawa orang-orang tersayang ke Panini Cafe untuk menikmati pelbagai pilihan makanan, minuman dan pencuci mulut yang enak bernilai RM50.00.

dya dhyradya dhyra [Pemenang voucher makan percuma RM50.00]

Dengan respon: Mengapa saya rasa Panini Cafe adalah sebuah tempat makan yang menarik untuk dikunjungi dan mengapa saya ingin anda mencuba masakan di Panini Cafe??Jawapannya mudah saja. Saya pun tidak pernah tahu ade cafe sebegini yang begitu berpatutan harga2 makanannya meskipun berkonsepkan cafe yang agak mewah serta kebersihannya terjamin dari segi pembuatan makanan serta kemudahan2 yang disediakan di sini jikalau http://www.facebook.com/ohmedianetwork tidak mempromosikan tempat yang istimewa ini . Konsep moden yang diketengahkan serta kemudahan seperti “wi-fi” mampu menarik golongan remaja serta golongan workaholic yang menyukai tempat yang santai serta tenang untuk melakukan “task” atau “assignment”. Saya tidak sabar ingin membawa orang2 tersayang untuk mencuba sesuatu yang berlainan di Panini Cafe. ;)

30 Hadiah Saguhati : Voucher potongan RM10.00 setiap seorang untuk anda datang menikmati pilihan juadah yang disediakan.

1. IdayuIdayu
2. Zuriaf Luziaf
3. JohariHamzah
4. farina16
5. Najwa Rawk
6. FidoshoppeShoppe
7. nasehwm
8. Muhd Afham
9. azzaedris
10. Robin Brian
11. Lily Zamr
12. aizatgaijin
13. happy eat
14. qamarul
15. NagaBerjanggut
16. MsNasionalisme
17. Azizul Aziz
18. EmeirSuhaily
19. faizalanuar
20. Nikganu
21. MohdSani
22. MuhdFauzi
23. milahmilah

Untuk 7 orang lagi pemenang saguhati, menjadi milik pemberi komen yang menerima LIKE dari kami melalui post di page OH! Media.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Ini adalah satu dari pelbagai cara kami di Oh! Media menghargai anda. Kepada para pemenang yang bertuah, anda perlu menghubungi kami melalui support@ohmedia.my beserta nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon sebelum 20 Jun 2012. Sebarang tuntutan selepas tarikh tersebut, tidak lagi kami terima. Selamat menjamu selera! <3

Tags: best restaurant in desa pandancafe in desa pandandesa pandan kuala lumpurkampung pandanOh! MEdiapaniniPanini cafepanini cafe desa pandanPanini Cafe Kampung PandanPanini Oh! MEdiaPanini ohmediarestoran di desa pandan


— Gadis Lonely?

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri. Pernah menjadi pengurus seorang artis dan mengetahui terlalu banyak rahsia artis di dalam industri ini. Gemarkan Pop Corn melebihi nasi dan sentiasa amalkan minum air suam untuk kekal menarik. Heh!

  • Previous story Pertunangan Pija dan KJ – Hantaran Sekaton Rokok Dunhill?
  • Next story Aidil Batal Tuntuan Cerai – Apa kata Rita?
59 comments
  Livefyre
  • Get Livefyre
  • FAQ
Sign in
+ Follow
Post comment
 
Link
Newest | Oldest
Aim Dot Dot
Aim Dot Dot 5pts

HAHAHAHA gile

Oh! Media
Oh! Media 5pts

akan diumumkan petang ini atau malam. Audit dan penerimaan komen terbaru masih dilakukan.

Luqman Sollehin
Luqman Sollehin 5pts

umum la cepat. Haha

Ariff Asril
Ariff Asril 5pts

Dari apa yg arip nampak ipad, apple macbook, kia forte, DSLR, style rambut lelaki tu, adakah die khai hassan?

Robin Brian
Robin Brian 5pts

Keluarga saya jarang sekali makan di luar kerana takut akan faktor kebersihan dan nutrisi makanan. Namun setelah membaca review daripada Oh Media TV, saya bercadang untuk membawa seisi keluarga menjamu selera di Panini Cafe kerana ia selesa, menunya yang menarik dan sesuai untuk semua golongan umur.

Idayu
Idayu 5pts

sesiapa ingin mencuba dan mengambil peluang utk ke tempat mkn yg selesa dan di tambah pula dgn harga yg berpatutan. melihatnyer shj blh membuat terliur mata & tekak.. Panini bkn shj tempat utk mkn, tp di lengkapi dgn tmpt2 utk bersantai, berkumpul dan mengadakan ape2 majlis.. kemudahan yg sukar utk di temui dr tmpt kedai2 mkn yg lain.. tahniah Panini Cafe..

Zuriaf Luziaf
Zuriaf Luziaf 5pts

tgk dari komen2 org kat sini..macam menarik utk tambah lokasi lepak2 ni..thanks to oh media sbb reviewkan tempat ni..lagi pun lokasi takde la jauh sgt dari rumah saya.ala..takat desa pandan..tutup mata pun leh sampai..anyway thanks to all yg komen..n team oh media.. :)

JohariHamzah
JohariHamzah 5pts

Menyelerakan, menarik dan tertarik.. Kedai makan yang agak menarik kalau tengok daripada video dri oh!media dgn artikel ni. Pada saya Panini Cafe ini salah satu kedai yang tahu citarasa dan kehendak pelanggan mereka. Keselesaan mungkin yang diutamakan oleh pemilik kedai ini. TV ada, berhawa dingin dan paling penting. UNIFI(paling penting tu.. :D).

 

Rupa-rupanye sebab ni la @Sisi Azie  selalu lepak cafe ni eak.. :D

OhArtis Krew
OhArtis Krew 5pts

Fairuz - Semua tempat kami layan bro sebab tu kami tau Panini terbaik.. Selain Nurin, Hameedia.. gerai-gerai depan Maybank tu pun akan kami review nanti. ehehehe. lebih-lebih lagi tempat tengok bola bro!

FairuzKgPandan
FairuzKgPandan 5pts

wakakakak oh media tipu .. selalu lepak dekat mamak belakang esso tipu tak baik

OhArtis Krew
OhArtis Krew 5pts

 @FairuzKgPandan Kalau anda kenal krew kami, cuba tengok FB diorang, asyik-asyik upload gambar makanan Panini. Mamak lepak jugak bro.. Terbaek lebih-lebih lagi time bola. Siang Panini la bro best.. Panini tutup awal jam 12mlm.

farina16
farina16 5pts

pada pendapat saya, panini cafe adalah sebuah tempat makan yang menarik untuk dikunjungi kerana mempunyai persekitaran yang sangat menarik, cantik, bersih untuk dikunjungi seisi keluarga, jika sesiapa lalu dihadapan cafe panini akan tertarik untuk masuk mencuba makanan disini termasuk lah saya!!!! saya juga ingin mencuba masakan di panini cafe kerana apabila oh media memaparkan menu-menu yg berada di panini cafe membuat kan saya tertelan air liur serta ingin mengalirkan air liur melihat juadah yang panini cafe berikan. sesiapa saja termasuk saya mesti akan pergi mencuba makanan yang di hidangankan oleh panini cafe :)

Najwa Rawk
Najwa Rawk 5pts

mengapa anda rasa Panini Cafe adalah sebuah tempat makan yang menarik untuk dikunjungi dan mengapa anda ingin mencuba masakan di Panini Cafe?

Kerana makanan-makanan di situ semuanya  sedap-sedap belaka . harga pun tak mahal sangat .. selalu jaga kebersihan .. patutlah Panini Cafe Bersih berseri , selesa dan sejuk . Semua buah-buah disitu semuanya segar-segar . Memang berselera makan disitu .

Napi Zakaria Cbk
Napi Zakaria Cbk 5pts

ni diaa!!! http://napicbk.says.com/recommendations/puma1-dream-team http://napicbk.says.com/recommendations/mm-fun http://napicbk.says.com/recommendations/ocbc-campaign-gsc

Anas Daniel
Anas Daniel 5pts

pasal akak waiter dia yang bapok tuh badan tough :3

MsNasionalisme Eyla
MsNasionalisme Eyla 5pts

Lepas mkn kt panini cafe nih kte promote kt jjcm pulak so nnt boleh la bos oh meria turun kn tmn host jjcm mkn..hehe

Saiful Afdzan Seinei
Saiful Afdzan Seinei 5pts

walaupan ada error sikit berkenaan video tu,tapi masih mantap.satu percubaan yang agak berani.tahniah buat krew oh media.

Oh! Media
Oh! Media 5pts

Saiful Afdzan Seinei, ya. Terima kasih untuk feedback anda. Ianya cubaan pertama kami. Itupun dalam beberapa jam sahaja rakaman dibuat. Di masa akan dtg pastinya kami akan cuba lebih baik bila ohmedia.tv dilancarkan secara rasmi nanti dgn equipment yg lebih baik dan tenaga kerja yg lebih kuat. Sokongan anda semua amatlah kami hargai.

MsNasionalisme Eyla
MsNasionalisme Eyla 5pts

Yeeaahhh klu sy menang and bos bg oh media style laaaa!hehe..makanan dh nmpk menarik msti la ttarik..oh media bg pluang nk try mkn free sape tanak mmg rugiiii..hehe!! Nk bape byk repson ye en oh media?

Aling Jelangkung
Aling Jelangkung 5pts

serius..spnjg 5 thn duk desa pndan ni...lom skali msuk kt panini ni.....

Jackal Yama Asmodeus
Jackal Yama Asmodeus 5pts

siapa tgh online tu? Khai ke? hak3.. kem salam boss. nk tgk bola, next season la. tunggu bayern vs chelsea k bro?

Oh! Media
Oh! Media 5pts

http://www.youtube.com/watch?v=AkpVzN9zDV8

Oh! Media
Oh! Media 5pts

MsNasionalisme Eyla, boleh kot. kena tanya boss dulu. :D

Oh! Media
Oh! Media 5pts

Jackal Yama Asmodeus, sebenarnya kami buat review Panini ni dalam masa yg sama kami buat rakaman video pertama untuk Oh! Media TV. Tp mmg Panini Cafe ni terbaik dan mmg hari2 kami makan satu sbb dekat dgn opis. Hameedia port lepak malam2 layan bola la bro. hahaha

Jackal Yama Asmodeus
Jackal Yama Asmodeus 5pts

ambooii admin pomot nmpk? mkn free ke? haha.. hameedia sudeey!

MsNasionalisme Eyla
MsNasionalisme Eyla 5pts

Menarik sbb oh dkt dgn ofis oh media and boleh melewat ofis tak?klu sy menang!haha..Nk cuba sbb oh media kate best!!plg jugak sbb oh media blanje..hehe!yeaahhh

Zaleaya Lea
Zaleaya Lea 5pts

Nk cuba lps keje nnti....

Aling Jelangkung
Aling Jelangkung 5pts

laaa...dkt jer rupernyer...tramat dekat ngan umh sy!!!!

Muhd Afham
Muhd Afham 5pts

salah stu restoran makanan yg terbaik penah pgi....muahahaha

Bryan Aziz Lazy
Bryan Aziz Lazy 5pts

aa

FidoshoppeShoppe
FidoshoppeShoppe 5pts

Panini Cafe adalah sebuah tempat makan yang menarik untuk dikunjungi kerana suasana serta dekorasi kedai yang menarik, membuatkan kita rasa tenang semasa menikmati hidangan dari Panini Cafe. Tambahan pula menu masakan cukup enak serta klasik.

nasehwm
nasehwm 5pts

mengapa anda rasa Panini Cafe adalah sebuah tempat makan yang menarik untuk dikunjungi dan mengapa anda ingin mencuba masakan di Panini Cafe?

 kerana berdasarkan gambar-gambar/ artikel di atas saya yakin yang cafe ini mengutamakan kebersihan dalam penyediaan makanannya. Makanan yang dihidangkan juga nampak sangat sedap. Suasana cafe yang mden dan keadaan yang bersih juga menambat hati saya untuk pergi cuba makan di cafe ini suatu masa nanti, insyaAllah....

 

azzaedris
azzaedris 5pts

Salam, terimakasih kpd Oh! Media kerana memberi info yg sgt menarik dan Umph!!..Sy rasa "Panini Cafe" sgt menepati citarasa semua org bayangkan selama ini sy menetap di Kg Baru yg merupakan "syurga tempat makanan" bak kata org sebut jer apa saje teringin nak makan ada semuanya di Kg Baru tp setelah melihat dan mmbaca artikel dari Oh! Media rupa2nya ada yg lebih menarik & tertarik minat sy utk mencuba yg  baru..kata org "Tak Kenal Maka tak Cinta".. Selepas ini sudah pasti sy akan membawa keluarga sy sendiri ke Panini Cafe tp kalo sy dpt peluang memenangi voucher percuma..tentunya lg MANISSSS!!!

Thumb Up for Oh!Media...Keep it up for gud job...

OhArtis Krew
OhArtis Krew 5pts

 @azzaedris Terima kasih Azzaedris. Banyak lagi tempat akan kami review lebih-lbih lagi di sekitar Desa Pandan ini. Stay tune.. Tidak ketinggalan tempat anda juga nantikan...

Idris
Idris 5pts

Salam, pertamanya sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Oh! Media kerana mengeluarkan artikel mengenai Restoran Panini nih.. Berdasarkan review dan gambar yg dikeluarkan oleh team Oh! Media, sudah tentu Restoran Panini merupakan restoran yg menjadi tumpuan ramai terutama selepas review ini dikeluarkan. Dari struktur kebersihan restoran, melalui gambar kita dapat lihat yang restoran nihnsangat menitikberatkan akan kebersihan kawasan didalam serta disekeliling restoran. Sesuai untuk family or friends yg mana selalu makan dan lepak-lepak terutama bg mereka yg mempunyai gadget2 mahal, sudah tentu kemudahan yg disediakan oleh Restoran Panini nih seperti wifi n plug services amat disenangi oleh pengunjung. Bagi sy, restoran Panini wajib dicuba masakannya kerana menu yg disediakan agak menjimatkan n berbaloi utk seorang pelajar seperti sy. Dari gambar makanan yg ditunjukkan oleh team Oh Media! di atas, sy ingin mencuba masakan yg tersapat di Panini Cafe terutamanya masakan yg menunya lain dari yg lain daripada Cafe-Cafe yg lain.. InsyaAllah suatu hari nnti akan mengunjungi Panini Cafe dgn rakan-rakan atau family bagi tujuan untuk menikmati sendiri hidangan & juadah yg disediakan oleh Panini Cafe.. Terima kasih krew Oh Media! Ketana bg sy peluang seperti ini.. TQ... =)

Lily Zamri
Lily Zamri 5pts

Saya membesar di Desa Pandan dan kini menetap di Puchong kerana mengikut suami yg bekerja di sini. Desa Pandan memang terkenal dgn hidangan makanan yang enak2. Oleh itu saya sanggup ke Desa Pandan sekurang2nya sekali dlm 2 minggu ke kawasan sana untuk lunch. Bila dapat tahu ada restoran baru dibuka, semangat untuk mencuba adalah sangat tinggi. Tambahan lagi bila OHMEDIA menyarankan untuk mencuba makanan di Panini Cafe dgn gambar2 yg sungguh mengujakan. Dengan adanya cafe sebegini blh lah saya menikmati dan mengimbau kembali zaman kecil saya, sekali gus blh menjadikan panini sebagai point utk bertemu rakan2 lama yg sememangnya masih ramai yg menetap di Desa Pandan. Semoga Panini cafe dapat mengeratkan lagi hubungan kami dgn hidangan yg indah2... Alamak..lapar sudah perut ni. Semoga Panini Cafe dapat memenuhi citarasa ramai anak2 Desa Pandan... 

aizatgaijin
aizatgaijin 5pts

sy akan berlapar sehingga keputusan di umumkan.. bukan mogok tp sabar nk rase hidangan PANINI CAFE!!!! moga2 sy menang lah~~ hihihi

OhArtis Krew
OhArtis Krew 5pts

Hahahaa - Jangan Bro! @aizatgaijin 

happy eat
happy eat 5pts

 Panini Cafe semesti pilihan keluarga saya kerana tempat yang selesa, bersih dan tempat berkumpul yang besesuaian dengan sesuasana kekluargaan, Harga nya yang berpatutan,dan juga cafe yang besih dan menyediakan makanan yang sihat,semestinya PANINI CAFE pilihan yang terbaik buat keluarga, DAN.....bila terfikir sesuatu kehebatan makanan, saya akan terfikirkan makanan yang akan mampu membuat saya jatuh cinta, dengan rasanya yang enak,kreatviti makanan tersebut ,yang akan membuat mood saya bertambah baik,makanan yang mampu membuat saya gembira,  

Ly
Ly 5pts

adoi mcm mane bleh x tau plak ade kedai baik kat belakang rumah ni..... 

OhArtis Krew
OhArtis Krew 5pts

 @Ly Memang banyak lagi tempat best-best kat area Desa Pandan. Yang mana kami kunjungi kami berkenan, kami kongsikan lagi nanti ya

Ly
Ly 5pts

 @OhArtis Krew nampak sangat aku ni dah lame x balik  desa pandan.....huhuhu...

qamarul
qamarul 5pts

Pada pndangan saya. Kalulah post ni dikeluarkan pada bulan puasa mungkin ramai yg akan kurang pahala puasa mereka dan tidak mustahil ada juga yg akan berbuka sblum smpai waktu mmndangkan gambaran makanan yg dberi sngat-sngat mnarik. Tidak trlepas juga pada krew oh media yg mmbuat muka yg mnnjukkan mkanan di Panini Cafe itu sngat mnepati citarasa dan mmberi prasaan dan suasana yg brlainan dr restoran lain.Saya berharap dpt mrasai makanan yg terdapat di Panini cafe ini dan ia mungkin akan mnjadi satu pngalaman yg terbaik buat saya.terima kasih :)

dya dhyra
dya dhyra 5pts

Mengapa saya rasa Panini Cafe adalah sebuah tempat makan yang menarik untuk dikunjungi dan mengapa saya ingin anda mencuba masakan di Panini Cafe??Jawapannya mudah saja. Saya pun tidak pernah tahu ade cafe sebegini yang begitu berpatutan harga2 makanannya meskipun berkonsepkan cafe yang agak mewah serta kebersihannya terjamin dari segi pembuatan makanan serta kemudahan2 yang disediakan di sini jikalau http://www.facebook.com/ohmedianetwork tidak mempromosikan tempat yang istimewa ini . Konsep moden yang diketengahkan serta kemudahan seperti "wi-fi" mampu menarik golongan remaja serta golongan workaholic yang menyukai tempat yang santai serta tenang untuk melakukan "task" atau "assignment". Saya tidak sabar ingin membawa orang2 tersayang untuk mencuba sesuatu yang berlainan di Panini Cafe. ;)

NagaBerjanggut
NagaBerjanggut 5pts

Berdasarkan respon serta gambar2 hidangan yang menambat selera, Panini Cafe mampu menandingi restoran mewah yang lain. Ini kerana apa yang pelanggan inginkan adalah rasa enak hidangan yang di sediakan dan juga servis yang di berikan dalam masa yang singkat. Apabila kedua-duanya ada, maka harga tidak lagi menjadi batu pengukur kerana kepuasan pelanggan telah dapat dipenuhi. Saya tak sabar untuk membawa keluarga saya mencuba menu-menu yang ada di Panini Cafe.

wan nooraihan
wan nooraihan 5pts

sy mesti cuba masakan di Panini Cafe sbb sy mmg seorg yg suka makan n suka mencuba sesuatu yg baru.lgpon suasana dalam Panini Cafe ni nampak mcm best je yg membuatkan rs mcm x sabar nk pergi..wink2x..:)

 

Azizul Aziz
Azizul Aziz 5pts

Satu - Satunya sebab kenapa saya rasa Panini Cafe ialah tempat menarik untuk menjamu selera ialah kerana artikel di atas. Dan satu - satunya sebab kenapa saya ingin mencuba masakan di Panini Cafe ialah demi membuktikan fakta - fakta yang dinyatakan diatas. Oleh itu? berikan peluang untuk food taster professional mcm saya merasa!

azhar01
azhar01 5pts

tak menang pon takpe...sbb saya tinggal kat johor,jauh nk mmpos g sane smate2 nk mkn.akakwkawkawkaw

OhArtis Krew
OhArtis Krew 5pts

 @azhar01 Tak pe bro. Datang ke KL nanti singgah-singgah la. Terbaek Bro!

EmeirSuhaily
EmeirSuhaily 5pts

Assalamualaikum...Saya rasa saya adalah pemenang yang paling layak menang dalam peraduan dari Oh! Media ni. Hal ini kerana, saya sebelum ni tidak pernah langsung mendengar Restoran-restoran yang namanya begitu unik seperti Restoran "Panini Cafe". Oleh itu, dengan kesempatan dan ruang yang ada yang juga diberikan kepada saya ini oleh Oh! Media saya berharap dapat memenangi peraduan ini dengan harapan dapat membantu saya dalam bidang seni Kulinari ini , saya sedang melanjutkan pelajaran di Kolej swasta milik kerajaan kerajaa negeri dalam jurusan Business Administration, dengan itu saya berharap dapat juga saya mengenalpasti dengan lebih mendalam dalam bidang perniagaan yang ditonjolkan oleh Restoran "Panini Cafe". Selain itu, saya juga merasakan ingin mencuba hidangan serta menu-menu yang ada di Restoran "Panini Cafe" kerana saya sering terlihat pihak Oh! Media banyak menunjukkan gambar-gambar dan resipi yang melazatkan pada pandangan mata kasar saya.Oleh itu, dengan memenangi peraduan ini, saya dapat merasainya sendiri dengan keluarga tercinta.Antara menu hidangan yang mencuit rasa ingin mencuba ialah "Daily Special Set" oleh "Panini Cafe".

  • Sponsor


  • Tentang Kami


    Oh! Artis merupakan laman hiburan terkemuka di Malaysia di mana aktif memaparkan berita-berita terkini tentang selebriti tempatan dan antarabangsa. Jimatkan duit anda dari membeli majalah kerana semuanya ada di sini! Heh!
  • Tabs

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • ohartis-saiful-bukhari-kahwin-nik-suryaniMas Kahwin RM41,000 – Saiful Bukhari Sah Bergelar Suami26/05/2013
    • ohartis-saiful-apek-dadah-kanabisDadah Kanabis: Saiful Apek Diarah Bela Diri25/05/2013
    • 8791604997_d378f0cfa7_oApa Yang Best Akademi Fantasia 2013?24/05/2013
    • afiq-muiz-2Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon24/05/2013
    • ohartis-leuniey-natasha-tudungMungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?23/05/2013
    • ohartis-zed-zaidi“Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi23/05/2013
    • afiq-muiz-2Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon24/05/2013
    • mencari-cinta-rusdy-ramli-nora-danishAdegan ranjang bersama Nora Danish, “Ini kehendak pengarah” – Rusdy Ramli27/03/2013
    • gangnam-styleTuduhan lagu Gangnam Style oleh PSY menghina Rasulullah09/09/2012
    • norman-kru-anti-pas“Orang Tidak Rasional Sahaja Yang Tidak Boleh Menerima Kenyataan Saya” – Norman KRU30/04/2013
    • rafsbj on:Mungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?
    • LadyZuely on:Mungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?
    • LadyZuely on:“Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi
    • Jesus Is Greatest on:(Panas) Adik Pengacara RTM bangga bersalib
  • Premium


  • Filem

  • Kami di Facebook & Twitter



    Follow @ohtweet
    • Gosip Terkini

      • Mas Kahwin RM41,000 – Saiful Bukhari Sah Bergelar Suami
      • Dadah Kanabis: Saiful Apek Diarah Bela Diri
      • Apa Yang Best Akademi Fantasia 2013?
      • Afiq Muiz Mohon Ibu Tarik Balik Kenyataan, Mula Hilang Tawaran Berlakon
      • Mungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?
      • “Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi
    • Mulut Kepoh

      • rafsbj on Mungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?
      • LadyZuely on Mungkinkah Leuniey Natasha Telah Berhijab Sepenuhnya?
      • LadyZuely on “Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi
      • Jesus Is Greatest on (Panas) Adik Pengacara RTM bangga bersalib
      • sakit ati den on “Afiq Muiz, Cukuplah Mengaibkan Keluarga” – Zed Zaidi
    • Kami

         Creative Commons License
    • Carian

    • Iklan
    • Site Map
    • Penafian
    • Hubungi
    • FacebookFacebook
    • TwitterTwitter
    • YoutubeYoutube
    • Google+Google+

    © 2008 - 2013 | Oh! Artis by Oh! Media Network | Some Rights Reserved | Powered by People.