
Teruskan membaca artikel ini kerana di penghujung artikel ini kami telah menyediakan bukan sahaja tiket percuma untuk anda menonton filem ini tetapi cenderamata edisi khas ‘Gone’ yang amat bernilai untuk anda yang bertuah tanda penghargaan kami kepada anda.
Trailer dan Sinopsis
Sinopsis Filem ‘GONE’ :
Kisah yang penuh dengan tandatanya dan misteri ini bermula apabila Jill Parrish (Amanda Seyfried) pulang ke rumah dan mendapati adik perempuannya, Molly telah diculik. Jill yang pernah terlepas daripada seorang penculik dan pembunuh setahun yang lalu percaya bahawa pembunuh bersiri itu telah kembali untuk menuntun dendam tersilap menculik adiknya. Jill tahu bahawa adiknya bakal dibunuh seperti mangsa-mangsa penculikan yang lain.
Namun begitu, Jill bernasib malang apabila pihak berkuasa tidak percayakannya. Malah menuduhnya gila dan mereka cerita penculikannya dahulu kerana tiada bukti yang mengesahkan kejadian tersebut. Oleh itu, Jill tiada pilihan melainkan menyelematkan adiknya seorang diri. Tetapi ada benar Jill berada di dalam dunianya sendiri atau dia bercakap benar? Di manakah Molly dan apakah nasibnya?
Filem misteri yang hebat ini diarahkan oleh Heitor Dhalia dan ditulis oleh Allison Burnett.
Durasi : 95 minutes
Diedarkan oleh Gala Entertainment Sdn. Bhd.


Komen kami :
kami telah menonton filem ini bertempat di TGV, KLCC pada 2 May 2012 dan kami berpendapat ‘GONE’ merupakan satu filem thriller yang menarik dan penuh dengan kejutan. Perjalanan ceritanya tidak meleret-leret dan memaku kami di tempat duduk menanti pengakhiran ceritanya. Filem yang ringan tetapi penuh dengan suspen, misteri, teka-teki dan debaran, tidak melampau, ringan dan sesuai untuk semua. Kami memberikan 4 bintang dari 5 bintang untuk filem ini. Kepada anda yang meminati filem suspen dan misteri seperti ini, jangan lupa untuk menyaksikannya hujung minggu ini.
Seperti biasa, kami menyediakan 10 tiket percuma untuk anda menangi. Tetapi bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah di abwah ini. Ambillah peluang ini sekarang tanda penghargaan kami kepada anda.

T-shirt Edisi Terhad ‘GONE’ – Bernilai RM165 (3 pemenang)
Lampu Suluh Edisi Terhad ‘Eco’ – Bernilai RM110 (3 pemenang)
Tiket Menonton ‘GONE’ – 2 tiket seorang (5 pemenang)
Tema dan Syarat Untuk Hadiah Ini:
Untuk tiket wayang akan kami poskan ke alamat pemenang. Untuk T-shirt dan Lampu Suluh, para pemenang hendaklah menuntut sendiri hadiah mereka dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pengumuman dari kami/wakil kami bertempat di Kuala Lumpur. Selepas tempoh tersebut, hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan.
Nyatakan mengapa anda tertarik untuk menonton filem ‘Gone’ ini ? Teruskan mencuba dan kami akan mengumumkan pemenang-pemenangnya Jumaat nanti.
Senarai Pemenang Kontes Ini
Sila hubungi kami dengan menyertakan User Id, nama sebenar, alamat, contact no untuk kami poskan tiket anda. Tuntutan tiket hanya seminggu selepas keputusan diumumkan. Kepada pemenang lampu suluh dan T-shirt – sila tuntut sendiri dari kami|wakil kami sebelum 17 June 2012. Kelewatan tuntutan akan menyebabakan hadiah anda terbatal. Email kami di events@ohmedia.my

Tahniah!























saya tertarik untuk menonton ‘GONE’ sebab sy mmg suka menonton cerita yang penuh dgn kejutan..
Saya ingin menonton FIlem “Gone” kerana saya amat meminati cerita yang bergenre misteri seperti filem ini selain penuh dengan suspen, teka-teki dan debaran. Pasti saya akan kaku di kerusi pawagam.
Sebab saya suka filem thriller!!! and saya suka tengok cerita omputih. =D
saya tertarik dgn filem ‘GONE’ kerana penceritaan yg bgitu misteri dan penuh dgn adengan yg suspen yg mampu mmbuat saya tidak jemu serta mmbuatkan saya ternanti-nanti untuk melihat kesudahannya..,
saya tertarik untuk menonton ‘GONE’ sebab inilah filem yang penuh dengan teka teki serta debaran yang mendatang serta akan membuatkan sya akn tidak berganjak untuk megetahui penamat cerita ini..
sy ske flem gone sbb sy ske hadiahnye..dpt hadiah bru sy g mnonton flem ini
Saya tertarik untuk menonton filem ‘Gone’ ini kerana jalan ceritanya yang penuh suspen dan misteri membuatkan kita tertanya-tanya apakah yang akan berlaku di penghujung ceritanya disamping menampilkan beberapa pelakon hebat membuatkan saya tidak sabar untuk menonton di pawagam berhampiran.
saya tertarik untuk menonton GONE kerana ia telah menarik saya untuk menonton cerita ini..baru tengok thriller da excited giler, belum tengok movie lagii… di tambah pula dengan kata cerita ini penuh teka teki,, makanya tahap excited untuk menonton itu bertambah lagi..
saya tertarik untuk menonton cerita GONE ini kerana saya ingin sendiri merasa bagaimana perasaan soeorang kakak yg kehilangan adiknya yang dibunuh! cerita ini penuh dgn misteri dan membuat kan saya tidak duduk senang di dalam panggung wayang!
Saya ingin menonton FIlem “Gone” kerana saya baru habis exam final dan baru habis asasi dan perlukan tiket ni untuk melepaskan tension menjawab soalan exam yang x berapa mudah itu…ahaha
saya sangat minat gone ni sbb boleh dpt hadiah dr oh media..!
saya mahu menonton fiLem Gone kerana cerita misteri dn suspen ini membuatkan saya tidak akan tidur di dalam pawagam ketika men0ntonnya..
saya tertarik untuk menonton filem GONE kerana lakonan Amanda Seyfried semakin hari semakin matang dalam setiap filem yang dilakonkannya dan saya pasti Gone tidak akan mengecewakan penonton.
saya tertarik untuk menonton Filem “GONE” kerana ceritanya yg penuh dengan misteri dan menimbulkan tanda tanya serta ingin mengetahui kesudahannya .
sya tertarik dgn filem ‘GONE’ ni kerana sya suka dgn crita suspen,berdebar,yg x akan sesekali membuatkan sya ‘GONE’ dri panggung wayang tu..
i want to be GONE this WEEKEND !!!!
saya tertarik untuk menonton filem GONE sebab dah lama saya tak tengok wayang hampir 6 bulan dan alangkah bertuahnya saya kalau dapat menang tiket free, bolehlah saya ajak satu keluarga saya untuk berhibur menonton fileh thriller ini ^_^
Saya tertarik untuk menonton filem ‘Gone’ kerana ingin membandingkan antara filem ini dengan filem bergenre thriller suspen yang sebelum sebelum ini seperti ‘sucker punch’ yang mempunyai nilai seni nya sendiri dan mengharapkan filem ini adalah sesuatu hasil karya baru yang berkualiti…dan diharapkan malaysia juga mampu mewujudkan filem filem sebegini…
saya tertarik untuk menonton filem “GONE” kerana ingin melihat jalan ceritanya yang ringandan dalam masa yang sama merelease tension setelah 4 minggu bersengkang mata membuat projek tahun akhir…adooooiii~~
saya tertarik untuk menonton filem ‘GONE’ kerana selain daripada menyukai filem yang bercorakkan misteri dan teka teki, saya juga sebenarnya sangat meminati pelakon utama filem ini iaitu Amanda Seyfried di atas keberkesanan beliau memegang apa jua watak dalam setiap filem yang beliau bintangi.
^.^
saya nak menonton filem “GONE” sebab nak tahu samada si Jill tu cakap benar ataupun die tuh betul-betul gila…lagipun saye boleh drag ramai lagi orang lain tgok citer ni same..(pilih aku..pilih aku weh!!!!!!!!!!!!!!) =P
saya tertarik menonton filem gone ni disebabkan oh artis yang promote……
saya tertarik untuk menonton filem ‘Gone’ ini sebab ohartis bg 4/5 bintang…sebelum nie,kalau ada cerita baru masuk panggung sebelum pergi tgk aq mesti rujuk kat ohmedia or ohartis…kalo dorng bg 4,3,5 bintang,,,aq pergi tgk…kalo dorng kate x best…or ‘bolelah’..aq x pegi….for example…battelship..aq tgk traler dia pun x paham…pastu aq tgk kat ohmedia ..dorang kate dorng bg 5/5 bintang…cept2 aq g booking tiket walaupun aq x taw citer tu mengisahkan tentang ape…lepas tgk..aq pun bg 5/5 bintang…kesimpulannye..kalo aq nak tgk wayang,…mesti aq rujuk ohmedia or ohartis…hihi
baru nak kuar wayang ker.. hahaha kantoi aku tgk dvd haram.. hehehe amanda yg awesome
respon kt ne?
aik,,bwu kluar ke ? ciap download dh,,haha
tahu… dah lme dah tngok
Asal tak leh pon post kat situ? -.-
yg dikatakan awesome tu, Torchlight GONE tu. pakailah cermin mata anda
Filem ni baru nak masuk Msia.
Nadiah Abdullah, berikan respon di artikel tersebut. Klik link berikut http://ohartis.com/2012/05/trailer-sinopsis-filem-gone-menangi-hadiah/
DONE.. hope i win..hihii
Oh! Media, resultnya pkul brape ye?jap lg nak punch card dah
mcm mane?
Resultnya akan menyusul Jumaat ini ya. Maaf penulis kami terlupa nak beritahu di entri tersebut.
Saya berminat untuk menonton filem GONE ini kerana saya begitu meminati filem ber’genre’ thriller. Sebelum saya menonton mana-mana filem saya suka untuk membuat rujukan dan membaca komen-komen orang yang sudah tonton dan kini ohartis.com sendiri pun dah buat review positif tentang filem ni. Banyak juga yang mengatakan lakonan Amanda Seyfried kali ini begitu mantap dan ini yang membuatkan saya tak sabar mahu menonton filem ini dengan mata saya sendiri.

P/s: Tajuk cerita pun dah misteri..
Poster, trailler dan sinopsis filem ‘gone’ yang penuh dengan elemen misteri membuatkan jiwa terasa kekurangan dan tidak tenteram jika tidak mengikuti perjalanan cerita dan watak sebenar di layar perak. Pastinya perasaan ini akan terlerai apabila misteri telah terungkai sepenuhnya.
Penyertaan sampai bila?
Saya tertarik untuk menonton filem ini kerana untuk menilai satu2 karya itu saya perlu menonton sendiri,bukan menilai melalui review @ pendapat orang lain.Jarang2 saekali saya akan tonton wayang kecuali cerita yang ditayangkan benar2 menarik perhatian saya.GONE benar2 membuat saya begitu teruja untuk menonton berdasarkan Trailer yang disertakan disini.
Saya tertarik untuk menonton filem “GONE” kerana filem telah mndapat sambutan yang hangat di ngara tersebut. Ia juga menyebabkan keperhatinan Oh ! Artis dalam menyampai hadiah kepada kami dan menyebabkan kami sayangkan produk OH ! MEDIA ini . Ia juga kerana saya ingin menilai betapa terhibur nya filem ini
saya tertarik untuk menonton filem ‘Gone’ kerana ingin mengetahui apakah kesudahan kisah ini samaada Jill berada di alam khayalan ataupun tidak. Ingin mengetahui bagaimana Jill dpt menyelamatkan adiknya yg hilang dan samaada penculik tersebut adalah org yg sama pernah menculiknya.
Saya tertarik untuk menonton filem “GONE” kerana sangat2 teruja bila baca trailer dia… wahhh terasa mcm mana perasaan jill bila dikatakan membuat laporan palsu… nak sangat tau mcm mana jalan cerita yg saya yakin sangat menarik dan penuh dengan konflik untuk menyelamatkan adik nya…. dan sy ingin mengikuti perjalanan jill…
Saya tertarik untuk menonton filem ‘Gone’ ini kerana saya sangat suka kepada konsep jalan cerita yang misteri. Filem seperti ini akan membuatkan penonton tertanya-tanya babak-babak seterusnya kesudahan konflik iaitu antara khayalan atau tidak yang pastinya mengejutkan penonton. Jadi, saya ingin menjadi salah seorang pembaca Oh Media untuk menyertai ‘angkatan’ penonton untuk turut sama menyelami misteri yang akan dirungkaikan satu persatu.
hai media? die akan umum pemenang melalui emeil atau direct kat sni?
YEAYYYY TERIMA KASIHHHH OH MEDIA….
Toce2 walaupun menang tiket je
Hehehe
terima kasih oh mediaaaa!
terima kasih oh! media
tapi saya orang johor…
jauh nya laa hai nak tuntut…..
takde inisiatif lain kah ?
yeayyy!!!!! daPat T-shirt pon dah Alhamdulillah..haha..thanks oh! media..=)
Syukur alhamdulillah. Akhirnya menang juga. Dptla Lampu Suluh Limited Edition dari filem ‘Gone’ walaupun slogan saya takdela power sgt. Terima kasih Oh ! Artis kerana memilih saya sebagai pemenang.
Syukur alhamdulillah. Akhirnya menang juga. Dptla Lampu Suluh Limited Edition dari filem ‘Gone’ walaupun slogan saya takdela power sgt. Terima kasih Oh ! Artis kerana memilih saya sebagai pemenang.
Terima kasih Oh ! Media.
saya mmg ske filem thriller mcm nie…xcited na tau ape sebenaryer terjadi pd moly…dan na tau ape yg sedang dilalui oleh jill,adakah berhalusinasi @ reality….amat teruja utk menonton filem ini…menanti babak yg penuh konflik…dijamin semua akan puas ati menonton filem nie….tgk poster jer da tau best giler filem nie
k
memang laa menang,,,
terima kasih sangat2 kat Oh! Media
aku menang torchlight tu….
tapi nak datang tuntut hadiah tu yang problem..
aduhai~
download je..
cerita gone ni triller ringan-ringan je,,,
events@ohmedia.my saya mnang tshirt. kat mane nak collecT? e-mel tak reply pun.
terima kasih oh media.