

Al-Fatihah. Kami baru sahaja mengetahui tentang kehilangan ayahanda tercinta kepada Radhi OAG, Allahyarham Razali bin Sabang, pada jam 1.40 pagi semalam.
Takziah kami ucapkan kepada Radhi sekeluarga dan sememangnya serangan jantung merupakan satu penyakit yang boleh meragut nyawa secara tiba-tiba sahaja.
“Ayah meninggal dunia kerana serangan jantung yang dialaminya sejak sekian lama. Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada April lalu. Selepas itu, kami hanya berhubung melalui telefon sahaja.
“Arwah ada berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan dalam masa yang sama gembira melihat perubahan diri saya,” katanya dalam nada sebak.
Paling tersedntuh hati menurut Radhie, pesanan yang cukup tersentuh buatnya apabila arwah ayahnya berpesan agar tidak memanggilnya dengan nama panggilan ‘Mulo’ yang tidak membawa sebarang maksud. Sebaliknya memanggil dengan nama Radhi, yang membawa maksud ‘Yang Redha’.
Jenazah telah dikebumikan di kampung halaman Radhi, tengah hari semalam. Semuga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
OH ARTIS: PEMERGIAN MERENTAP JIWA ADALAH KEHILANGAN KEDUA IBUBAPA SECARA TIBA-TIBA.
Takziah daripada MH Online.

















