
Sudah agak lama juga Flop Poppy sudah lama tidak muncul dengan produk atau album baru. Peminat muzik tempatan sudah tentu tertunggu-tunggu buah tangan terbaru Flop Poppy, lebih-lebih lagi penyanyi kumpulan itu Andy.

Sebenarnya bukan tidak ada buah tangan baru tetapi malangnya menurut Andy peminat kumpulan Flop Poppy sukar untuk menerima karya barunya. Andy agak kecewa apabila album kelima mereka, Rasa tidak begitu mendapat sambutan berbanding album sebelum itu seperti Cinta.
Demi untuk diterima kembali peminat muzik tempatan, Andy Flop Poppy kini telah muncul dengan kumpulan yang baru dan dinamakan The Malayan. Tetapi ini bukan bermakna, Flop Poppy sudah berkubur. Andy tetap menjadi vokal untuk kedua-dua kumpulan ini.

“Saya bukan tak mahu keluar dengan produk atau album baru untuk Flop Poppy, tetapi orang sukar untuk terima lagu baru dan hanya sukakan lagu lama kami. Sehinggakan ada yang mahu kami keluarkan lagu-lagu lama yang popular seperti Cinta, Aku Dan Kamu dan banyak lagi dalam bentuk akustik pula.
“Saya bukan apa, kalau orang masih tidak boleh terima Flop Poppy dengan lagu baru kami, bagaimana produk baru saya hendak dihasilkan serta dijual. Jadi sebab itu, saya tubuhkan kumpulan baru The Malayan, untuk saya berkarya lagi.”
The Malayan sebenarnya telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu. Dianggotai oleh ahli baru iaitu Khian (gitaris), Hafiz (pemain drum) termasuk anaknya sendiri,Megat Daniel Azreen, 21 sebagai pemain Bass.
“Genre muzik di The Malayan masih lagi saya dan mengikut arus muzik terkini sebab itu single yang kami keluarkan mudah diterima oleh peminat muzik tempatan. Single pertama kami iaitu Aku Bukan Lagenda sudah pun dimainkan di radio, manakala lagu 3 Kali menjadi OST untuk Cerekarama TV3 berjudul Alamak 7 Hari Lagi. Jika tiada apa-apa halangan, kami akan melancarkan album pertama kami,” luahnya lagi.
Sungguhpun begitu, Andy berkata dia akui masih bersama Flop Poppy untuk memenuhi jemputan nyanyian seperti persembahan korporat dan sebagainya.
“Flop Poppy masih lagi wujud dan saya merupakan penyanyi kepada dua kumpulan ini. Saya rasa tiada masalah selagi saya menghormati lagu di setiap kumpulan. Saya akan menyanyikan lagu Flop Poppy jika bersama band mereka begitu juga sebaliknya bila saya bersama The Malayan,” tambahnya lagi.
Selain bakal keluar dengan album The Malayan daripada kumpulan terbarunya itu, Andy banyak melakukan kerja-kerja di balik tabir termasuk mencipta lagu tema untuk program masakkan BABA’S cu-bits. Program masakkan BABA’S cu-bits yang dikendalikan Chef Kamarul itu bakal ditayangkan di TV3 bermula 1 Julai setiap Ahad jam 7.30 malam.
Wah! Chef Kamarul…
OH ARTIS: LANGKAH YANG BAGUS DIAMBIL OLEH ANDY. KADANG TU, PEMINAT FANATIK MEMANG TIDAK MAHU PEMBAHARUAN SESUATU KUMPULAN TU. KALAU BOLEH NAK GENRE YANG SAMA JE DULU, KINI DAN SELAMANYA.



















