
Vokalis kumpulan Indonesia popular, Peterpan, Ariel mungkin akan dibebaskan tidak lama lagi berikutan sikap baiknya yang sudah berubah ketika dipenjarakan. Kini Ariel tidak lagi angkuh dan bersopan ketika bertutur sejak ditahan dan dipenjarakan. Kini, semuanya bergantung kepada kelakuannya.

“Bila dia akan keluar kami belum putuskan lagi. Ariel berkemungkinan akan dibebaskan pada pertengahan bulan Julai. Namun semuanya itu bergantung kepada kelakuannya. Jika dia tidak berkelakuan baik, dia tidak akan dibebaskan atau mungkin akan dipenjara dengan lebih lama,” ujar M Nasir Halmi, Ketua Wilayah Kementerian Hukum dan HAM Jawa Barat, Indonesia.
“Perubahan yang berlaku terhadap Ariel ialah dia menjadi seorang yang baik, tidak menunjukkan sikap angkuhnya sebagai artis dan juga bersopan santun ketika bertutur,” kata Nasir lagi.

Ariel, vokalis kumpulan Peterpan ini yang dipenjarakan sejak 31 Januari 2011 diatas penyebaran video lucahnya dikatakan patuh dengan peraturan ketika berada dalam tahanan.
OHARTIS: BUANG YANG KERUH. TERUS BERUBAH DAN GUNAKAN BAKAT TU DI SALURAN YANG BETUL.

















