
Emelda yang merupakan isteri kepada Adlin Aman Ramli mengakui tidak gilakan populariti. Oleh itu, sudah sekian lama kurang mendapat publisiti di mana-mana media. Namun begitu, apa yang penting tawaran dalam bidang seni tidak pernah putus.
“Saya kurang mendapat publisiti mungkin sebab status saya yang dah berkahwin agaknya. Tidak dinafikan publisiti memang penting tapi saya tak kecewa dengan hal ini.”

Mel atau Emelda kini sedang sibuk menjalani latihan bagi pementasan teater ‘Primadona..Perahu Mimpi’ yang akan dipentaskan di Matic pada 22 hingga 26 Jun 2012. Selepas itu, Mel akan menjalani penggambaran sebuah telemovie Ramadhan pada 29 Jun ini. Selain bidang lakonan, pelakon ‘Manjalara’ ini turut menjadi pengacara bagi program ‘i Cipta Biz’ di RTM.
Mungkin kerana tidak mahu publisiti, Mel bertindak untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung seorang bayi comel berusia lima bulan dipercayai anak angkat Mel dan Adlin. Pertengahan tahun lalu, Emelda dan suami, Adlin Aman Ramli membawa seorang bayi comel berusia lima bulan dipercayai anak angkat mereka di sebuah majlis Akikah yang dilakukan oleh produser, Raja Azmi.
Namun ketika ditanya mengenai anak angakat mereka, Edra Rafael, Mel kelihatan tidak selesa.
“Dari dulu lagi, saya memang tak gila publisiti atau nak popular. Saya suka jadi diri sendiri dan lebih gemar low-profile. Bagi saya, tak perlu nak bodek atau jadi plastik untuk dapat sesuatu job ataupun publisiti.
Tentang Endra Maaf, kalau boleh saya tak mahu bercakap pasal hal itu. Apa yang boleh saya katakan, bayi itu masih dalam penjagaan saya.”
Emelda yang hadir bersama suami ditemui ketika majlis pelancaran drama terbaru di Slot Seram TV3, ‘Waris’ di Platinum Lounge, e@Curve, petang Rabu. Memegang watak sebagai Marisa, dalam drama sekuel ‘Kekasihku Seru’ itu, Emelda memberitahu wataknya kali ini agak mencabar berbanding drama sebelum ini. Jangan lupa saksikan drama arahan Kabir Bhatia, ‘Waris’, bermula 14 Jun 2012, setiap hari Khamis, jam 10.00malam di TV3.
OH ARTIS: MESTI ADA ALASAN MEL. MUNGKIN TIDAK MAHU MENGUNDANG PUBLISITI YANG TIDAK PENTING ATAU TIDAK MAHU SOALAN LAIN PULA DIAJU WARTAWAN. TAHNIAH MEL DAN ADLIN ATAS PENJAGAAN BAYI TERSEBUT.



















